Anda di halaman 1dari 2

Teknik bermain kibod.

Teknik Penjarian.

Seseorang yang ingin bermain kibod seharusnya perlu tahu dan memahami peranan serta
fungsi setiap jari yang digunakan.
Pergerakan jari bermain kibod adalah tidak menyerupai dengan cara bermain piano.
Walaubagaimanapun tatacara serta teknik asas dalam bermain piano boleh digunakan
dalam permainan kebod khususnya cara mengaplikasi jari-jari pada papan kibod.
Pada kebiasaanya sesebuah kibod mempunyai tiga hingga enam oktaf pada papan nada.
Ianya juga bergantung kepada jenis model kibod terbabit.
Saiz papan nada pada kebiasaanya sesuai dengan lebar jari orang dewasa namun terdapat
juga saiz papan kibid yang saiznya lebih kecil dan sesuai untuk jari kanak-kanak.



Bagi memperoleh kemahiran sebenar dalam permainan kibod, latihan asas pergerakan lengan, pergelangan
tangan serta jari-jari perlu dibuat bagi kedua belah tangan.
Aras dan arah serta liuk lentuk pergelangan tangan perlulah disesuaikan dan diseimbangkan dengan
kedudukan serta postur semasa bermain kibod.
Untuk memainkan kibod dalam penjarian lima jari, permaianan skel dan Arpeggio terdapat beberapa
panduan yang harus dipatuhi.
Dalam memainkan kibod dalam permainan Skel dan Arpergio, setiap jari mempunyai fungsinya sendiri.
Setiap jari ini perlu saling menyokong antara satu sama lain dalam mengimbangi kedudukan yang juga
mungkin berubah-ubah.
Pergerakan dan keselarasan bahagian lengan amat perlu bagi mana-mana jari itu berubah tempat.
Pergelangan tangan permaian perlu di rendahkan jika ibu jari menekan mana-mana papan nada dan
ditinggikan pula jika jari kelima digunakan juga.
Namun, pergerakan ini boleh diubah jika beberapa not dimainkan. Pergelangan tangan bermula pada aras
rendah jika memainkan permulaan rangkaian melodi.
Untuk mengakhiri sesuatu rangkaian melodi pergelanagan tangan perlu ditinggikan semula kedudukanya
Bagi memainkan skel pula, pemaian harus mengelakan ibu jarinya berada dalam kedudukan terlipat ke
dalam.
Ibu jari haruslah sentiasa berada bersebelahan jari telunjuk. Kombinasi pergerakan lengan,
pergelangan tangan dan jari dapat mengelak rasa kekejangan, lenguh dan rasa ketidak serasian
mengunakan kedudukan ibu jari.
Apabila berada pada kedudukan bermain, gerakkan sedikit bahagian lengan. Melalui cara ini dapat
mengurangkan rasa lenguh dan kejang otot.
Teknik penjarian skel C memerlukan lima jari kanan digerakkan secara melintang iaitu bermula pada jari
1,2,3,1,2,3,4, dan 5



Penjarian skel G pula terdapat satu sharp iaitu F# pada jari keempat .




Terdapat dua syap dalam penjarian skel D major iaitu F# dan C#




Terdapat dua syap dalam penjarian skel D major iaitu F# dan C#Sedikit perbezaan berlaku pada skel F major
kerana susunan jarinya ialah1,2,3,4,1,2,3,4, dan memiliki satu flet iaitu B flet



Penjarian arpeggio pula memerlukan jarak pergerakan jari yang lebih kemas dan teliti.Permainan arpeggio
menggunakan not 1 3 dan 5 serta oktaf . Bunyi skel seoalah-olah melompat jarak 3.

Anda mungkin juga menyukai