Anda di halaman 1dari 15

SUDUT PANDANGAN

NAMA : MUHAMMAD AMIN B. HASSAN BOKHORI


UNIT : L7B
SUBJEK : PSE3102 PENULISAN KREATIF
PENSYARAH : Tuan HJ. ABDUL RANI B. HASSAN



TAKRIFAN SUDUT PANDANGAN
JENIS SUDUT PANDANGAN
KESESUAIAN SUDUT
PANDANGAN

TAKRIFAN SUDUT PANDANGAN
Sudut pandangan ialah cara seseorang pengarang mempersembahkan cerita
kepada pembaca.
Sudut pandangan dalam sesebuah cerita dapat menjelaskan bagaimana cara
seseorang pengarang itu mengisahkan ceritanya.
Dalam sesebuah cerita, adakalanya pengarang sendiri memainkan peranan
sebagai watak, dan ada kalanya pula pengarang hanya bertindak sebagai
pencerita sahaja, tanpa melibatkan dirinya dalam cerita tersebut.
Melalui sudut pandangan yang digunakan, pembaca akan mengetahui sejauh
mana pengarang itu menguasai peristiwa-peristiwa atau watak-watak yang
dipaparkannya dalam cerita.
Secara ringkasnya, sudut pandangan dapatlah dikatakan sebagai pusat
pengisahan sesebuah cerita.
Menurut Anwar Ridhwan (1985), sudut pandangan ialah cara bagaimana
pembaca dihidangkan dengan bahan cerita atau bagaimana pengarang
memilih cara yang terbaik untuk menyampaikanceritanya
jenis
sudut
pandangan
Orang Pertama
Orang Ketiga
Terbatas
Serba
Tahu
Objektif
SUDUT PANDANGAN PERTAMA
Sudut pandangan orang pertama
memperlihatkan keterlibatan pengarang
secara
langsung dalam sesebuah cerita.
Cerita yang mempunyai sudut pandangan
jenis
ini melibatkan pengarang berperanan
sebagai
salah seorang watak dalam cerita.
Biasanya, pencerita akan menggunakan
ganti
nama diri pertama seperti aku atau saya
dalam
ceritanya. Di sini, pengarang berfungsi
sebagai
watak utama ataupun watak sampingan.
Dalam sudut pandangan jenis ini kita dapati,
cerita berpusatkan pengarang atau diri
pencerita sendiri.
Oleh sebab kata ganti aku atau saya
digunakan,
seseorang pembaca akan berasa diri
mereka
turut terlibat dalam cerita.
Dengan itu, sesebuah cerita yang dibaca,
akan
mendatangkan kesan yang mendalami
kepada
pembaca.
Sudut pandangan orang ketiga ini,
memperlihatkan pengarang
berperanan sebagai pencerita.
Pengarang menyampaikan segala
peristiwa serta tindak-tanduk watak
dalam cerita tanpa melibatkan
dirinya.
Biasanya, pengarang akan
menggunakan kata ganti diri dia
atau mereka kepada watak-watak
yang terlibat dalam cerita, di
samping menggunakan nama
watak seperti Tuan Robert,
perempuan tua, Encik X, Ali, dan
lain-lain.
Sudut pandangan orang ketiga
ialah sudut pandangan yang paling
awal dan paling kerap digunakan
dalam cereka.
SUDUT PANDANGAN ORANG
KETIGA
S.P ORANG KETIGA
SERBA TAHU
6
S.P ORANG KETIGA
OBJEKTIF
S.P ORANG KETIGA
TERBATAS
SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA SERBA
TAHU
Sudut pandangan orang
ketiga serba tahu
bermaksud pengarang
sebagai pencerita,
mengetahui serba-serbi
peristiwa serta watak-watak
dalam cerita.
Pengarang dapat
menceritakan secara
terperinci segala-galanya
tentang watak termasuk
fikiran, perasaan serta
tingkah laku watak tanpa
batasan.
SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA
TERBATAS
Sudut pandangan jenis ini juga
memperlihatkan pengarang sebagai
pencerita.
Tetapi pencerita tidak menceritakan
semua peristiwa atau watak seperti
yang dilakukan oleh pencerita
dalam sudut pandangan orang
ketiga serba tahu.
Pengarang hanya memilih watak-
watak tertentu sahaja dan
penceritaan bertumpu kepada
watak tersebut.
Watak yang dipilih diceritakan
dengan jelas dan terperinci.
Manakala, penceritaan terhadap
watak-watak lain adalah terhad atau
terbatas.
Rajah menunjukkan sudut
pandangan orang ketiga
terbatas.
P ialah pengarang yang
berada di luar cerita.
Pengarang bercerita
mendalami tentang watak A.
Manakala, penceritaan
pengarang terhadap watak B
dan C adalah terbatas.
SUDUT PANDANGAN ORANG KETIGA
OBJEKTIF
Sudut pandangan orang ketiga objektif
memperlihatkan pengarang sebagai
pencerita, hanya dapat menceritakan
apa-apa yang dilihat atau didengarnya
sahaja tentang sesuatu watak atau
peristiwa dalam cerita.
Sudut pandangan jenis ini didapati
pengarang bertindak sebagai pelapor
atau pencatat terhadap keseluruhan
pergerakan cerita.
Oleh sebab pengarang tidak
memerihalkan setiap watak atau
peristiwa secara terperinci; maka
pembaca akan dapat membuat tafsiran
sendiri tentang watak atau peristiwa
yang dipaparkan dalam cerita.
Penceritaan terhadap watak-watak lain
adalah terhad atau terbatas.
Rajah di atas menunjukkan sudut
pandangan orang ketiga objektif.
Kita dapati P masih berada di luar
cerita.
Pengarang hanya menceritakan
tentang ketiga-tiga watak iaitu A,
B dan C secara objektif, yakni,
terhad kepada apa-apa yang
terlihat dan didengarnya sahaja.
Sudut pandangan jenis ini
lazimnya digunakan dalam skrip
drama.
KESESUAIAN SUDUT
PANDANGAN
Sudut pandangan ialah kedudukan pencerita ketika
membawa cerita. Pencerita mungkin terlibat dalam
cerita mungkin juga berada di luar cerita.
Jika pengarang menggunakan sudut pandangan
orang pertama, maka pencerita terlibat dalam cerita
ialah watak Aku dalam cerita.
Sudut pandangan orang ketiga meletakkan pencerita
di luar cerita.
Sudut pandangan orang ketiga serba tahu bermakna
pencerita yang berada di luar cerita mengetahui
segala hal yang difikirkan dan dirasakan oleh watak-
watak dalam cerita berkenaan.
H.B Jasin(1965) dalam bukunya Tiga Penyair
dan Daerahnya menyatakan setiap cerita
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu
pengenalan, pertikaian dan penyelesaian.
Sebaik-baiknya dalam bahagian permulaan
cerita lagi pengarang sudah memperkenalkan
kepada khalayak tentamng watak-watak,
permasalahan, latar, SUDUT PANDANGAN
dan nada cerita yang dapat membayangkan
tema dan persoalannya.
Setiap pengarang harus memperlengkapkan diri dengan pelbagai
ilmu pengetahuan, pengalaman dan bersikap serius serta tekun.
Mungkin anda mempunyai pengalaman peribadi umpamanya
dorongan luar yang mendesak anda untuk mengarang.
Terdapat penulis yang mengarang untuk berkongsi sesuatu
contohnya, beliau mahu karyanya dihayati, ditafsir dan dinilai.
Tujuannya supaya sesuatu yang ingin dikongsi secara artistik dan
beliau mahu khalayak pembaca menghayati apa yang dirasa dan
dilihatnya.
Mulakan dengan langkah pertama untuk memperoleh bahan cerita.
Bahan atau subjek sesuatu cerita biasanya boleh ditemui melalui
pengalaman peribadi, menerusi pengalaman individu atau
kelompok masyarakat lain.
Kebiasaannya subjek cerita yang mudah diperoleh adalah daripada
pengalaman yang sebati dengan diri sendiri atau yang paling
hampir.

Kesemua peringkat mengenal diri ini haruslah mempunyai pertalian
hubungan dan mampu direalisasikan dengan insan sebagai watak-
watak dalam cereka dengan pelbagai peristiwa kehidupan sebagai
suatu pengaluran cerita yang mantap dan meyakinkan; dengan
kerencaman latar tempat, transformasi waktu, kepercayaan dan
kerjaya;dihantar pula dengan pengalaman sendiri dan pengalaman
bahasa yang kreatif-imaginatif dan tentunya terletak kepada
kebijaksanaan serta kerelevan pengarangnya memilih atau
mengambil sudut pandangan penceritaannya.
Unsur-unsur ini penting dan wajar diutamakan bagi menghasilkan
hasil karya yang baik, artistik, estetik dan bermanfaat bagi
kehidupan keinsanan.
Dari satu sisi, hal ini dapat diterima apabila isu ini cuba dikaitkan
dengan titik pengalaman individu sebagai pengarang yang
sememangnya logik dan bijaksana dalam menampilkan sesuatu
yang dikenali secara intim mesra, berdasarkan pengalaman peribadi
dan hampir dengan realiti kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai