Anda di halaman 1dari 18

KURIKULUM SESUAI UNTUK MURID PINTAR CERDAS

PENGENALAN
Menurut Ishak Ramly (2003), kurikulum merangkumi semua pengalaman yang didapati di
dalam dan luar sekolah dan perkara yang diajarkan di sekolah dan bilik darjah. Beliau juga
telah mengklasifikasikan kurikulum kepada tiga bahagian iaitu kurikulum sebagai program
yang dirancang dan dilaksanakan di sekolah, kurikulum sebagai program yang dirancang dan
dilaksanakan secara praktikal di dalam kelas dan kurikulum adalah pengisian sepanjang hayat
bagi membudayakan ilmu dan pengalaman individu atau berkumpulan.
Menurut Taba (1962) kurikulum adalah satu perancangan pembelajaran manakala
Saylor et. al (1981) pula mengatakan bahawa kurikulum adalah perancangan yang dibuat
untuk menyediakan set pembelajaran untuk memberi peluang kepada seseorang untuk
berpendidikan. Bushoff et. al pula memberikan definisi kurikulum dengan lebih lengkap iaitu
kurikulum adalah perancangan pendidikan yang menerangkan:

Tujuan, matlamat dan objektif tindakan pendidikan

Cara, maksud dan aktiviti-aktiviti yang dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut

Kaedah dan instrumen yang diperlukan untuk menilai kejayaan sesuatu tindakan
Daripada beberapa takrifan kurikulum di atas, dapat disimpulkan bahawa
kurikulum adalah satu perancangan pendidikan yang dibuat untuk mencapai matlamat yang
telah ditetapkan. Kurikulum juga dirangka dengan meletakkan beberapa perkara penting yang
menjadi panduan kepada mereka yang menggunakannya.
Kurikulum biasa tidak dapat memenuhi keperluan murid pintar cerdas. Beberapa
keperluan penting yang perlu dipenuhi oleh murid pintar cerdas adalah seperti kelajuan
(Saccuzzo, Johnson dan Guertin, 1994), keupayaan untuk belajar lebih mendalam (Davis dan
Rim, 2003), keupayaan untuk memanipulasi pengetahuan sedia ada secara konsepsual
(Sternberg, 2003), canggih, rumit dan kompleks (Gallagher dan Gallagher, 1994) dan

keperluan kepelbagaian dan cabaran dalam pengalaman pembelajaran (VanTassel-Baska,


2003).

2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIDIKAN PINTAR CERDAS


DI DUNIA
Terdapat beberapa konsep kurikulum telah membentuk pemikiran mereka yang terlibat
dengan murid pintar cerdas. Bermula pada tahun 1919 lagi, kelas khas telah bermula di
beberapa lokasi seperti New York dan Cleveland. Pada masa ini, terdapat perbezaan dalam
pembelajaran seperti isi kandungan dan strategi pengajaran. Tiada peperiksaan dijalankan.
Pada tahun 1950 pula, beberapa program dilaksanakan. Masih menekankan kepada
pembezaan isi kandungan, pelajar pintar cerdas dapat belajar dengan lebih sistematik.
Ward (1961) pula mengembangkan teori pembezaan kurikulum bagi murid pintar
cerdas yang ditetapkan. Meeker (1969) menyatakan bahawa isi kandungan kurikulum yang
khusus dapat mengatasi kelemahan pelajar pintar cerdas terutamanya dalam bidang daya
ingatan, kognitif, pemikiran divergen, pemikiran konvergen dan penilaian. Stanley, Keating
dan Fox (1974) menumpukan kepada isi kandungan model pecutan untuk membezakan
program untuk pelajar pintar cerdas. Renzulli (1975) lebih berfokus kepada pembezaan
model kurikulum dengan menyatakan bahawa pelajar pintar cerdas tidak lagi terikat dengan
aktiviti pengayaan tetapi kepada latihan dalam kemahiran berfikir. Program yang
dicadangkan pula berorientasikan projek menangani masalah sebenar untuk diselesaikan.
Passow (1982) merumuskan tujuh prinsip kurikulum yang akan dibincangkan di
dalam tajuk berikutnya. Van-Tassel Baska (1993b) menggariskan sebanyak dua puluh aspek
kurikulum yang baik untuk pelajar pintar cerdas yang menekankan isi kandungan, proses dan
produk dan konsep dimensi tema. Berikutnya, Van-Tassel Baska bersama Johnson, Huges

dan Boyce (1996) menyatakan bahawa data dari kajian terdahulu telah digunakan untuk
membina kurikulum pelajar pintar cerdas.

3.0 SEJARAH PERKEMBANGAN KURIKULUM PENDIDIKAN PINTAR CERDAS DI


MALAYSIA
Sejarah perkembangan kurikulum dan program melibatkan murid pintar cerdas di Malaysia
menyaksikan pelaksanaan beberapa program. Bermula dari tahun 1962 sehingga sekarang,
evolusi kurikulum dan program murid pintar cerdas seperti tidak mempunyai kesinambungan
antara satu sama lain. Setiap satu program yang dilaksanakan hanya berdiri sendiri dan tidak
ada matlamat jangka panjang kecuali program PERMATApintar dan kurikulum yang
dilaksanakan oleh Maktab Rendah Sains MARA.
Kelas Sistem Ekspress dilaksanakan bermula pada tahun 1962 hingga awal tahun
1970-an. Program ini memberi peluang kepada kanak-kanak yang memiliki potensi dan
memperolehi pencapaian yang mengatasi rakan-rakan sebaya mereka untuk memendekkan
tempoh sekolah rendah mereka daripada 6 tahun kepada 5 tahun.
Malaysian Mensa Society pula didaftarkan pada 22 Mei 1984 oleh Tan Sri Dato
Yong Poh Kon. Persatuan ini mempunyai tujuan untuk mengumpul individu pintar cerdas di
Malaysia seramai mungkin. Maka, tujuan yang lebih spesifik ialah untuk mengenalpasti dan
mengembangkan kecerdasan manusia. Mereka yang berminat untuk menganggotai persatuan
ini dikehendaki membayar yuran dan menduduki ujian kepintaran. Hanya mereka yang layak
dan mencapai markah tertentu sahaja yang layak mendaftarkan diri sebagai ahli.
Program BAKA dilaksanakan pada tahun 1985 oleh Profesor Madya Azman Wan
Cik iaitu pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Program ini adalah berbentuk
penyelidikan. Ia menggunapakai satu ujian yang dinamakan BAKA untuk mengenalpasti
pelajar pintar cerdas.

Penilaian Tahap 1 diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun


1996 untuk pelajar darjah 3. Pelajar yang berjaya melepasi ujian ini layak meneruskan
pembelajaran mereka ke darjah 5. Walau bagaimanapun, program ini ditangguhkan pada
tahun 2001 kerana menghadapi beberapa masalah.
Kurikulum Maktab Rendah Sains MARA turut menumpukan pengajaran dan
pembelajaran kepada murid pintar cerdas. Penggunakan Model Pengayaan Seluruh Sekolah
(MPSS) bermula tahun 1988 telah dilaksanakan dimana program ini diadaptasi daripada The
Enrichment Triad Model yang dibina oleh Renzulli (1976). (Sila rujuk Kajian Kes 1 untuk
maklumat lanjut).
Terbaru, Program PERMATApintar telah dilancarkan pada 2 Mac 2010 di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penaung program ini ialah Datin Seri Rosmah
Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia. Program ini bertujuan membantu kanak-kanak
pintar cerdas mengalami proses pembelajaran yang dapat merangsang minda mereka. (Sila
rujuk Kajian Kes 2 untuk maklumat lanjut).

4.0 CIRI-CIRI KURIKULUM DAN PENGAJARAN BERKUALITI TINGGI


Kurikulum bagi murid pintar cerdas adalah sama dengan kurikulum asas bagi murid biasa.
Namun, terdapat beberapa perkara yang membezakan kedua-dua kurikulum iaitu:

Pengayaan kurikulum asas (kaedah pengayaan yang merentas kurikulum dan kaedah
pengayaan yang berfokus pada bidang yang diminati murid).

Kaedah dan teknik pembelajaran melalui pengalaman seperti kerja projek, simulasi, kajian
kes, main peranan, penyelidikan, rekacipta dan pelbagai kaedah lain yang melibatkan aktiviti
koperatif dan komunikasi secara individu atau berkumpulan. Suasana pembelajaran adalah
berbentuk pertandingan dan persaingan konstruktif.

Kaedah dan pengajaran guru yang khusus (kaedah kemahiran belajar, kemahiran berfikir,
pembelajaran masteri, pembelajaran akses kendiri, pembelajaran berarah kendiri,
pembelajaran koperatif dan lain-lain).

Bahan-bahan rujukan dan bahan-bahan bacaan bertahap tinggi yang memberi fokus pada
bidang-bidang yang diminati oleh murid seperti sukan, drama, seni dan lain-lain.
Terdapat beberapa ciri-ciri kurikulum yang berkualiti tinggi dan perlu diambilkira
dalam pembentukan kurikulum untuk murid pintar cerdas. Antaranya ialah lebih fokus
kepada fakta-fakta penting, kefahaman dan kemahiran dalam bidang ilmu yang bernilai tinggi
dan menyediakan peluang untuk pelajar membina pemahaman yang lebih mendalam. Selain
itu, kurikulum hendaklah diselaraskan supaya semua tugas murid sejajar dengan matlamat
untuk memahami lebih mendalam. Kurikulum juga seharusnya menyokong keperluan murid
seperti membina idea, menyeronokkan, melibatkan kolaborasi bermakna, melibatkan
kehidupan seharian, segar, mengujakan, berguna kepada murid, kaya dan padat.
Kurikulum yang baik untuk murid pintar hendaklah mengambil kira ciri-ciri murid
pintar iaitu keupayaan mereka, minat dan keutamaan pembelajaran. Rekabentuk kurikulum
perlulah menyediakan pengalaman pembelajaran yang memerlukan pemikiran kritikal,
penyelesaian masalah, kemahiran pembelajaran kendiri, komunikasi dan kegigihan untuk
menghadapi cabaran. Apabila mereka mengikuti kurikulum sebegini, mereka akan membina
keupayaan yang unik, mempertahankan kecintaan mereka terhadap pembelajaran dan
mempunyai peluang untuk menyumbangkan sesuatu yang positif untuk sekolah, masyarakat
dan negara.

5.0 PEMBEZAAN KURIKULUM

Pembezaan kurikulum adalah kurikulum yang dikhususkan kepada kumpulan murid-murid


tertentu seperti pintar cerdas, pendidikan khas, murid biasa, berdasarkan kebiasaan (habit)
dan cara pembelajaran. Menurut Shahabudddin Hashim, Rohizani Yaakob dan Mohd Zohir
Ahmad (2007), pembezaan kurikulum bukanlah memberi kerja-kerja tambahan kepada
pelajar selepas mereka selesai melakukan aktiviti biasa tetapi lebih merupakan perancangan
strategi yang pelbagai kepada individu, kumpulan dan kelas yang pelbagai.
Menurut VanTassel-Baska (2003a) pula, kurikulum untuk murid pintar perlu
dibezakan pada semua tahap termasuk matlamat pembelajaran, hasil pembelajaran yang
diinginkan, aktiviti dan projek yang perlu dilaksanakan murid, strategi yang digunakan oleh
guru, bahan-bahan bantu mengajar yang digunakan dan cara pentaksiran untuk mengukur
kemajuan pembelajaran murid.
Passow (1982) telah membina tujuh prinsip dalam pembezaan kurikulum yang perlu
diberi perhatian dan menjadi panduan. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
1.

Kandungan kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah mempunyai berfokus dan
disusun dengan lebih teliti, kompleks, pembelajaran yang mendalam terhadap sesuatu idea,
masalah dan tema yang menggabungkan pengetahuan dan merentasi sistem pemikiran.

2.

Kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah membenarkan pelajar membina dan
mengaplikasikan kemahiran berfikir secara produktif yang membolehkan pelajar membina
semula konsep pengetahuan sedia ada atau membina ilmu pengetahuan baru.

3.

Kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah membenarkan murid untuk sentiasa
meneroka ilmu dan maklumat dan membina satu kesedaran bahawa ilmu sangat
mempengaruhi kehidupan mereka.

4.

Kurikulum untuk murid pintar hendaklah menggalakkan pendedahan, pemilihan dan


penggunaan sumber yang sesuai dan khusus.

5.

Kurikulum untuk murid pintar hendaklah dapat membantu murid untuk meningkatkan
inisiatif kendiri dan perkembangan pembelajaran arah kendiri.

6. Kurikulum untuk murid pintar hendaklah menyediakan keperluan pembangunan kefahaman


terhadap diri sendiri, memahami hubungan antara individu, institusi sosial, persekitaran dan
budaya.
7.

Perkembangan kurikulum untuk murid pintar cerdas hendaklah dilaksanakan mengikut


prinsip-prinsip yang telah ditetapkan, menekankan kepada kemahiran berfikir aras tinggi,
kreativiti dan cemerlang dalam pencapaian dan produk.
Terdapat beberapa model dalam pembezaan kurikulum. Namun, penulisan ini hanya
membincangkan model yang popular dan sering digunakan iaitu Model Maker (1982a,
1982b, 1986).
Maker mencadangkan bahawa kurikulum perlu dibezakan mengikut empat perkara
iaitu persekitaran pembelajaran, pengubahsuaian kandungan, pengubahsuaian proses dan
pengubahsuaian produk.
Persekitaran pembelajaran bertujuan untuk mencipta sesuatu persekitaran yang
menggalakkan pelajar untuk menggunakan kebolehan mereka ke tahap yang maksimum,
kesanggupan mengambil risiko dam membina ilmu dan kemahiran yang mereka perolehi
dalam persekitaran yang selamat dan fleksibel. Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian
iaitu pembelajaran berfokus kepada minat murid, menggalakkan berdikari dan toleransi,
persekitaran yang terbuka, menerima sebarang idea dan pendapat sebelum menilainya,
kompleks iaitu mempunyai pelbagai maklumat, idea, kaedah dan sebagainya dan boleh
bergerak dengan mudah dalam persekitaran pembelajaran.
Pengubahsuaian kandungan bertujuan untuk mengelakkan had pembelajaran
pelajar. Kebolehan pelajar seharusnya digunakan untuk membina asas ilmu pengetahuan

dengan lebih banyak, mempunyai kepelbagaian dan lebih berkesan. Bagi mencapai tujuan ini,
kandungan kurikulum hendaklah diubah dari pembelajaran fakta, definisi dan pernyataan
konsep kepada hubungan antara konsep dan generalisasi. Penekanan terhadap mengkaji
hubungan terhadap sesuatu perkara perlu dibuat berbanding mengkaji sesuatu perkara secara
berasingan. Bahan yang digunakan hendaklah dipelbagaikan. Pelajar juga boleh membuat
peyelidikan inkuri terhadap sesuatu prosedur bersama orang yang lebih pakar dalam sesuatu
bidang.
Pengubahsuaian terhadap proses pula bertujuan untuk menggalakkan kemahiran
berfikir pada aras kognitif yang lebih tinggi dan menggalakkan pelajar menggunakan ilmu
mereka telah kuasai secara produktif. Ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Antaranya
ialah menggunakan pengajaran pelbagai aras seperti yang terkandung dalam Proses Kognitif
Blooms Taxonomy (1984), membina pemikiran kreatif yang merangkumi imaginasi dan
intuitif, menggalakkan pengambilan risiko yang munasabah, menekankan bahawa
penerimaan jawapan yang fleksibel, menggalakkan interaksi pelajar, membenarkan pelajar
bergerak dalam pemikiran yang lebih laju, menyertakan kepelbagaian cara pembelajaran dan
membenarkan pelajar membuat penilaian sendiri terhadap pemilihan tajuk, kaedah, produk
dan persekitaran.
Terakhir ialah pengubahsuaian terhadap produk. Ini bertujuan untuk menyediakan
peluamg kepada murid pintar untuk menghasilkan produk yang dapat dapat bertindakbalas
dengan potensi mereka. Ini boleh dicapai melalui beberapa cara seperti menggunakan
masalah yang sebenar dan releven dengan pelajar dan aktiviti, menggunakan audien sebenar,
dalam tempoh masa yang realistik dan menggunakan sistem pentaksiran yang sesuai.
5.1 Pemecutan (acceleration)

Kanak-kanak pintar mampu memahami apa yang diajar oleh gurunya dengan lebih cepat.
Maka bagi mengelakkan kebosanan dan merugikan masa murid, strategi pemecutan
diperkenalkan. Murid pintar boleh belajar dengan kadar yang lebih laju berbanding muridmurid lain dengan masa yang lebih singkat diperlukan (Colangelo, Assouline dan Gross,
2004). Untuk mengetahui keberkesanan pemecutan, guru boleh membuat pra pentaksiran
untuk mengenal pasti kemahiran dan konsep yang telah mereka ketahui iaitu pengetahuan
sedia ada. Sedikit pengubahsuaian terhadap kurikulum diperlukan kerana kanak-kanak dinilai
daripada penguasaan dan bukannya kurikulum yang seragam dengan murid lain di peringkat
yang sama.
Beberapa cara berbeza digunakan dalam melakukan pemecutan. Di antaranya
ialah murid-murid bersekolah pada fasa awal umur dan kelas lompat (grade skipping). Ada
juga menggunakan kaedah kelas tidak bergred iaitu kanak-kanak dikumpulkan dan belajar
mengikut keupayaan dan pengalaman masing-masing. Ringkasnya, mereka belajar bukan
mengikut umur masing-masing tetapi lebih kepada keupayaan individu. Selain itu, guru juga
cuba menyesuaikan kurikulum dengan cara melangkau topik yang mudah dan
menggabungkannya dengan topik yang lain. Grade telescoping pula memerlukan kanakkanak menghabiskan sesuatu program dalam tempoh yang lebih cepat.
Di Malaysia, pemecutan dapat dilihat dalam program Kelas Sistem Ekspress
bermula pada tahun 1962 hingga 1970an dan Penilaian Tahap Satu 1996. Walau
bagaimanapun, kedua-dua program ini dihentikan kerana menimbulkan masalah yang sukar
diselesaikan.

5.2 Pengayaan

Menurut Teare (1997), pengayaan adalah kualiti kerja yang tinggi daripada kumpulan umur
yang normal, memahami lebih mendalam, pengalaman pembelajaran yang lebih meluas,
mempunyai tahap pemikiran yang lebih tinggi, rangkuman pelbagai perkara dan aktiviti
tambahan dan penggunaan bahan dan alatan sokongan yang melangkau sumber-sumber
dalam julat normal.
Terdapat pelbagai model pengayaan telah dibina seperti Model Taylor (1971),
Model Renzulli (1976), Model Torrance (1978), Model Feldhusen dan Kolloff (1978) dan
Model Terffinger (1978). Namun, penulisan ini akan menghuraikan model yang sering
digunakan di dunia dan di Malaysia iaitu Model Pengayaan Seluruh Sekolah atau The
Schoolwide Enrichment Model (SEM). Menurut Renzulli (1988), SEM telah mengambil
masa untuk menjalankan penyelidikan selama 15tahun dan telah dipraktikkan oleh para
pendidik dan penyelidik. Model ini adalah kombinasi Model Pengayaan Triad oleh Renzulli
(1977) dengan The Revolving Door Identification Model oleh Renzulli, Reis dan Smith
(1981). Model SEM mempunyai tiga jenis pengayaan iaitu Type I, Type II dan Type III.
Pengayaan Type I merangkumi pengalaman murid dalam meneroka tajuk, idea
dan bidang ilmu pengetahuan yang baru tetapi tidak dipelajari dalam kurikulum biasa.
Pengayaan Type II pula dirangka untuk menggalakkan pembangunan pemikiran, perasaan,
penyelidikan, komunikasi dan proses metodologi. Terakhir, Pengayaan Type III lebih
menjurus kepada pelajar cuba menjalankan peranan sebagai penyelidik bagi membentuk
pemikiran, perasaan dan bertindak seperti mereka telah professional dalam bidang tertentu.

6.0 KESIMPULAN
Kurikulum untuk pelajar pintar adalah berbeza daripada pelajar biasa. Walaupun terdapat
persamaan dari beberapa segi terutamanya rangka kurikulum tetapi penekanan terhadap

kandungan kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran mengandungi perbezaan


yang ketara.
Program pemecutan ialah pelajar pintar cerdas dikehendaki menghabiskan
pembelajaran dalam tempoh yang lebih pendek. Program pengayaan pula ialah menjalani
pembelajaran pada tahap yang lebih tinggi dari kumpulan umur pelajar dan pemadatan
kurikulum ialah menghilangkan beberapa topik yang telah dikuasai pelajar.
Di Malaysia, perkembangan kurikulum untuk pelajar pintar cerdas mula mendapat
perhatian bermula dari pembentukan Kurikulum Maktab Rendah Sains MARA dan Program
PERMATApintar.

7.0 BIBLIOGRAFI
Noriah Mohd Ishak, Rosadah Abd majid & Siti Fatimah Mohd Yassin (2009).Permatapintar
negara: pengalaman UKM. Selangor: Pusat PERMATApintar Negara, UKM.
Renzulli, J. S. (1977). The enrichment triad model: A guide for developing defensible programs for
the gifted and talented. Mansfield Center, CT: Creative Learning Press.
Gallagher, J., & Gallagher, S. (1994). Teaching the gifted child (4th ed.). Boston: Allyn & Bacon.

Colangelo, N., & Davis, G. A. (2003). Handbook of gifted education (3rd ed.). Boston: Allyn &
Bacon.
VanTassel-Baska, J. (1986). Effective curriculum and instruction models for talented students.
Gifted Child Quarterly, 30, 164169.

VanTassel-Baska, J. (2003). Research on curriculum models in gifted education. In J. VanTasselBaska (Ed.), Curriculum and instruction planning and design for gifted learners (pp. 1334).
Denver, CO: Love.

VanTassel-Baska, J., & Stambaugh, T. (2006). Comprehensive curriculum for gifted learners (3rd
ed.). Boston: Allyn & Bacon.

KAJIAN KES 1
KURIKULUM MAKTAB RENDAH SAINS MARA
Kurikulum MRSM menekankan kepada 3 bidang utama iaitu Program Akademik, Program
Perkembangan Sahsiah dan Program Pembangunan Bakat.
Program akademik bagi pelajar-pelajar MRSM adalah sama seperti Kementerian
Pelajaran Malaysia tetapi mereka dikehendaki mengambil beberapa subjek khas. Bagi pelajar
menengah bawah, subjek-subjek khas yang turut ditawarkan ialah Sains Komputer,
Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar dan Bahasa Arab. Pelajar menengah atas pula
ditawarkan subjek-subjek seperti Sains Komputer, Senireka, Keusahawanan, Perkembangan
Kerjaya dan Kemahiran Berkomunikasi, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar.
Melalui Program Pembangunan Sahsiah pula, aktiviti-aktiviti seperti Program
Pembangunan Diri, Kem Cuti Sains, Kem Astronomi dan Kem Arkeologi Muda
diperkenalkan. Pengenalan aktiviti seperti ini mampu mengoptimumkan keupayaan murid.

Bidang yang terakhir ialah Program Pembangunan Bakat yang merupakan


program pengayaan yang telah diolah berdasarkan The Enrichment Triad Model (Renzulli,
1976). Terdapat tiga aras pengayaan iaitu Pengayaan Type I, Pengayaan Type II dan
Pengayaan Type III. Pengayaan Type I dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada
pelbagai disiplin, topik, isu, kerjaya, peristiwa dan persekitaran yang biasanya tidak diberikan
dalam kelas formal. Antara aktiviti di bawah jenis ini ialah ceramah, dialog, lawatan-lawatan,
tayangan, pembacaan, penerokaan melalui internet dan sebagainya. Pengayaan Type II pula
memberi penekanan kepada aktiviti-aktiviti penerapan kemahiran dan emosi afektif.
Kemahiran generik diterapkan seperti proses pemikiran aras tinggi, cara belajar, membuat
penyelidikan, komunikasi dan sebagainya. Selain itu, kemahiran khusus seperti analisis
statistik data turut diselitkan sebagai persediaan murid untuk menjalankan penyelidikan.
Pengayaan Type III menjurus kepada aktiviti penyiasatan dan menghasilkan produk atau
perkhidmatan yang memberikan kesan ke atas audien sebenar. Mereka akan bertindak
sebagai seorang penyelidik dan mempratikkan semua kemahiran dan emosi afektif yang
diterapkan dalam pengayaan sebelum ini.
Model Pengayaan Seluruh Sekolah (MPSS) atau Schoolwide Enrichment Model (SEM)
Model Pengayaan Seluruh Sekolah (MPSS) atau Schoolwide Enrichment Model (SEM) telah
dilaksanakan di MRSM sejak tahun 1988. Ia terbahagi kepada tiga komponen iaitu komponen
struktur pendidikan, komponen pemberian perkhidmatan pendidikan dan komponen
organisasi.
Struktur pendidikan diwujudkan untuk memantau pelaksanaan MPSS. Struktur
organisasi diwujudkan dan beberapa jawatan khas untuk melaksanakan program ini seperti
Penyelaras Ko-kurikulum, Penyelaras Homeroom dan Ketua Jabatan Pengajian terkandung di
dalamnya. Aktiviti pengayaan dilakukan secara berkumpulan mengikut mata pelajaran dan
kursus yang dibuat adalah berkaitan dengan kemahiran. Bilik sumber yang mengandungi

semua maklumat yang diperlukan oleh guru dan pelajar untuk melaksanakan MPSS
diwujudkan. Selain itu, bilik kaunseling individu dan berkumpulan diwujudkan untuk murid
yang hilang tumpuan dan bermasalah. Satu kaunseling kerjaya dilaksanakan supaya pelajar
jelas mengenai kerjaya dan bidang yang ingin mereka ceburi. Bimbingan juga diberikan
supaya mereka boleh menghasilkan satu produk rekacipta yang sesuai digunakan pada masa
kini. Pengayaan secara berkumpulan mengikut mata pelajaran dan kursus berkaiatan
kemahiran turut dilakukan. Mata pelajaran yang telah dikuasai juga diajar secara pecutan
manakala mata pelajaran lain diajar mengikut kebolehan murid. Pecutan juga dilaksanakan
secara kelas iaitu kelas yang menunjukkan prestasi yang tinggi dan stabil diberi programprogram lain yang sesuai.
Pemberian perkhidmatan pendidikan menumpukan kepada pelbagai aktiviti
seperti penyediaan portfolio yang komprehensif, pengubahsuaian kurikulum dalam bilik
darjah, pelaksanaan program pengayaan pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik
darjah, program peningkatan prestasi, pengiktirafan untuk pelajar yang menunjukkan prestasi
membanggakan dan sebagainya.
Komponen organisasi pula terdiri daripada beberapa jawatankuasa seperti
Jawatankuasa Pemanduan dan Pelaksanaan MPSS dan Jawatankuasa Pembangunan Staf.
Jawatankuasa-jawatankuasa ini diwujudkan untuk pelbagai aktiviti yang menjurus kepada
keberkesanan pelaksanaan MPSS seperti menerbitkan sumber dan bahan maklumat
berkenaan dengan MPSS dan menyediakan jadual program dan aktiviti yang berkaitan
dengan MPSS.

KAJIAN KES 2
PROGRAM PERMATApintar

Program PERMATApintar Negara dinaungi oleh Yang Amat Berbahagia Datin Paduka Seri
Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib bin Tun Abd
Razak. Program ini dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif
program ini ialah untuk mengenalpasti pelajar pintar, cerdas dan berbakat seawal mungkin
supaya potensi dan kebolehan mereka dapat dibangunkan secara optimum.
Terdapat beberapa program yang dijalankan dibawah Program PERMATApintar.
Di antaranya ialah Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar Negara di UKM untuk
pelajar berusia 9 hingga 15 tahun, Program PERMATAinsan yang dikendalikan oleh
Universiti

Sains

Islam

Malaysia

untuk

pelajar

yang

berusia

tahun

dan

AkademiPERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas untuk pelajar tingkatan 3
pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 pada tahun 2011.
Perkhemahan Khas Matematik dan Sains (PKMS) diadakan khas buat pelajar
Tingkatan 3 yang telah berjaya melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2. Perkhemahan ini
bertujuan mengenalpasti pelajar-pelajar potensi intelek yang tinggi. Pelajar-pelajar ini akan
ditawarkan mengikuti Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM.
Antara kandungan kursus perkhemahan ini ialah pemantapan kepimpinan, kemahiran
berfikir, kreativiti, kemahiran penyelesaian masalah, sikap proaktif, kemampuan bekerja
dalam satu pasukan, kemahiran interpersonal, kemahiran intrapersonal, kemahiran
komunikasi, dedikasi, ketabahan dan motivasi.
Program pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar UKM pula
merupakan program pendidikan di UKM. Mereka yang terpilih adalah pelajar yang telah
melepasi Ujian PERMATApintar UKM 2 dan telah berjaya menyertai sesi perkhemahan
khas. Mereka akan mengikuti sesi persekolahan di UKM untuk Tingkatan 4dan Tingkatan 5.
Mereka dikehendaki menduduki SPM dan peperiksaan lain di peringkat antarabangsa. Sesi
pembelajaran juga adalah lebih mencabar.

2.

Kurikulum dan aktiviti yang dijalankan semasa Perkhemahan Khas Matematik


dan Sains (PKMS) ialah:
1.

Ujian Kecerdasan Emosi

Ujian Kompetensi (ujian kecekapan untuk Matematik, Sains,

Bahasa Melayu dan

Bahasa Inggeris)
3.

Penyelesaian masalah Matematik dan Sains secara kumpulan

4.

Pembentangan projek mini

Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATAPINTAR Negara pula


merupakan program yang dirangka bagi menanpung keperluan pelajar-pelajar pintar dan
cerdas di Negara kita. Program berbentuk pengayaan dan pecutan ini telah diadaptasi dari
Program Musim Panas (Summer Camp) di Centre for Talented Youth, John Hopkins
University. Sama seperti Falsafah Pendidikan Negara, objektif perkhemahan ini adalah untuk
mengembangkan bakat dan kebolehan sedia ada pelajar, mengasah potensi pelajar secara
holistik, mengembangkan kemahiran pelajar dan memupuk pembelajaran sepanjang hayat.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti akademik, aktiviti kokurikulum berbentuk
kesenian dan sukan, program kerohanian dan lawatan sambil belajar.
Berikut adalah kursus yang ditawarkan kepada pelajar.
1.

Menjadi saintis

2.

Penulisan dan imaginasi

3.

Penaakulan mantik

4.

Rekacipta

5.

Pengenalan kepada robotik

6.

Biologi pecutan

7.

Bioteknologi

8.

Teknologi hujau

9.

Kristal dan polimer

10.

Kriptologi

11.

Kebarangkalian dan teori permainan

12.

Mengarang penulisan

13.

Rekacipta lanjutan

14.

Robotic lanjutan

15.

Sains penerbangan

Program Pendidikan Menengah Tinggi PERMATApintar pula merupakan


program yang dilahirkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia yang diberi kepercayaan oleh
Jabatan Perdana Menteri untuk melaksanakan program ini. Pelajar-pelajar yang ditawarkan
adalah terdiri daripada pelajar yang melepasi Ujuan PERMATApintar UKM 1 dan 2 dan
Ujian Kompetensi Matematik dan Sains melalui perkhemahan Sains dan Matematik. Program
ini mengambil masa 2 tahun dan menekankan kepada pembezaan pembelajaran iaitu pelajar
belajar pada aras berbeza mengikut tahap pembelajaran masing-masing. Penekanan banyak
diberikan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Maka, kaedah pengajaran yang
digunapakai adalah seperti kaedah koperatif dan kolaboratif, perbincangan kumpulan, amali,
kajian lapangan, projek penyelidikan, pembinaan folio dan sebagainya. Terdapat beberapa
tujuan program ini dijalankan seperti memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk
mendapatkan pengalaman awal dalam menjalankan projek penyelidikan bagi membangunkan
potensi minda yang kreatif dan inovatif dan menjadi model pendidikan pintar cerdas yang
melibatkan integrasi kurikulum pendidikan menengah tinggi dengan suntikan sukatan
pelajaran tahap pengajian tinggi yang diimbangi dengan kurikulum pendidikan peringkat
antarabangsa.

Satu lagi program yang dijalankan ialah ASASIpintar UKM yang bermula
pada bulan Jun 2010 dengan kohort pertama sebanyak 250 orang pelajar menyertainya.
Bidang pengajian tertumpu kepada Sains, Teknologi dan Matematik. Program ini
menggunapakai kurikulum khas yang mengambil sejumlah 40 jam kredit. Pengendaliannya
melibatkan semua fakulti yang berasaskan sains dan teknologi termasuk Fakulti Pendidikan,
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Fakulti Sains dan Teknologi, Fakulti Perubatan, Fakulti
Pergigian dan Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu. Pelajar berpeluang bersama-sama pakar
untuk menjalankan penyelidikan melalui pembelajaran berasaskan masalah.
Setelah meneliti kedua-dua proram iaitu Program PERMATApintar dan
Kurikulum Pengajian Pelajar-pelajar MRSM di Malaysia, jelas menunjukkan bahawa
pendidikan kanak-kanak pintar dan cerdas di Malaysia tidak diabaikan.

Anda mungkin juga menyukai