Anda di halaman 1dari 13

MODEL KURIKULUM

Nordin Tahir
IPIP

Nordin Tahir, IPIP

Pembentukan Model Kurikulum Tyler

Berdasarkan kepada empat persoalan dasar:

1. Apakah tujuan Pendidikan yang perlu sekolah capai?


2. Apakah pengalaman Pendidikan yang boleh diberi supaya tujuan
tersebut dapat dicapai?
3. Bagaimanakah pengalaman Pendidikan dapat diorganisasikan
secara efektif?
4. Bagaimanakah dapat kita tentukan sama ada tujuan-tujuan tersebut
dicapai?

Nordin Tahir, IPIP

Model Tyler:

Penekanan terhadap pembentukan objektif tingkah laku sebagai


tujuan asal proses pendidikan;
Membawa perubahan yang signifikan terhadap pola tingkah laku
pelajar. Perubahan terhadap pelajar berlaku bagi setiap kali
perubahan pernyataan objektif sekolah.
Kekuatan model ini dalam pendekatan terhadap teori kurikulum dan
praktis: ia amat bersistematis dan mempunyai kekuatan untuk
mengurus dengan membentuk objektif tingkah laku
menyediakan idea yang jelas terhadap hasilan agar kandungan dan
tatacara dapat disepadukan serta dapat dinilai hasilan tersebut.

Nordin Tahir, IPIP

Model Tyler:
Persoalan-persoalan yang tertera pada Model Tyler di atas
dapat dijelas dalam rajah di bawah.

Objektif

Kandungan
Kursus

Tatacara

Nordin Tahir, IPIP

Penilaian

Pembentukan Model Kurikulum Taba

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Kurikulum sebagai pelan tindakan; Pendekatan Bawah-Atas (Bottom-up)


terhadap kurikulum di mana guru memainkan peranan utama;
Terdapat susunan yang tertib semasa membentuk kurikulum dan berpendapat
bahawa guru perlu terlibat sama membantu dalam proses pembentukan
tersebut; dan
Tujuh langkah pembentukan kurikulum :
Mengdiagnos keperluan
Pembentukan objektif
Pemilihan kandungan
Menyusun kandungan
Pemilihan terhadap pengalaman pembelajaran
Mengurus aktiviti-aktiviti pembelajaran
Penilaian
Nordin Tahir, IPIP

Pembentukan Model Kurikulum


Stenhouse

Kurikulum sebagai proses;


Kurikulum bukan bersifat fizikal tetapi merupakan interaksi di antara
guru, pelajar dan ilmu pengetahuan;
Kurikulum merupakan apa yang sebenarnya berlaku di bilik darjah
serta persedian-persedian yang dilakukan, dan menilai;
Proses yang aktif dan dikaitkan dengan penaakulan praktikal yang
diperkenalkan oleh Aristotle;
Suatu percubaan untuk menerangkan prinsip-prinsip dan cirri-ciri
usul Pendidikan di dalam bentuk yang telus dan berupaya
menterjemahkannya ke dalam bentuk amalan.
Nordin Tahir, IPIP

Model Stenhouse

Berupaya untuk menyediakan asas bagi merancang sesuatu kursus, meneliti


secara empiris serta dapat dijadikan asas menjustifikasikannya.
Proses Perancangan:
i. prinsip pemilihan kandungan: apa yang perlu diajar dan dipelajari
ii. prinsip pembentukan strategi pengajaran: bagaimana ia patut diajar dan
dipelajari
iii. prinsip menentukan susunan pengajaran
iv. panduan secara praktis untuk melaksanakan kurikulum dalam konteks sekolah
yang berlainan, dalam konteks para pelajar, situasi rakan sebaya dan persekitaran
v. maklumat mengenai kepelbagaian kesan hasil daripada pelbagai konteks situasi
dan pelajar serta memahami faktor-faktor kepelbagaian tersebut;

Nordin Tahir, IPIP

Model Stenhouse

justifikasi : pembentukan matlamat kurikulum yang boleh dikawal


selia;
melihat kurikulum sebagai suatu bentuk spesifikasi tentang amalan
pengajaran ( suatu cara menterjemahkan idea pendidikan kepada
hipotesis yang boleh diuji : menggalakkan pengujian secara kritis
dan bukan menerima secara membuta tuli ; ia bukan sebagai
kurikulum pukal yang direkabentuk dengan tujuan untuk
disampaikan di mana-mana sahaja);

Nordin Tahir, IPIP

Model Stenhouse

Hasilan bukan lagi merupakan ciri asas yang penting dan bukan
untuk mendefinisi fiturnya. Apa yang penting menurut model teori
dan amalan kurikulum ini ialah kandungan dan cara akan
berkembang maju apabila guru dan pelajar berinteraksi dan
bukannya menentukan objektif tingkah laku yang ketat ; dan
Mengikut model ini, pelajar bukannya objek pasif untuk diajar.
Mereka perlu sama-sama menentukan bagaimana sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran perlu dilaksanakan. Fokus utamanya
ialah terhadap proses interaksi (perubahan tumpuan daripada
pengajaran kepada pembelajaran: bagi guru, proses pembelajaran
diberi penekanan yang utama)
Nordin Tahir, IPIP

Model Robert Glazer

Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan


membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama
iaitu objektif pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah
mengajar dan penilaian.
Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut beliau, objektif pengajaran harus ditentukan sesuai dengan
pengetahuan sedia ada pelajar.

Nordin Tahir, IPIP

Model Robert Glazer

Kemudian, kaedah mengajar harus dipilih berdasarkan objektif


pengajaran dan pengetahuan sedia ada pelajar.
Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses
pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru
dapat mengubahsuai proses pengajarannya, demi meningkatkan
keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.
Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina
berlandaskan konsep pengajaran sebagai suatu proses yang
menitikberatkan langkah-langkah pengajaran iaitu perancangan,
pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.

Nordin Tahir, IPIP

Model Sim

Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses


pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa
unsur iaitu guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif.
Model ini dibina berlandaskan konsep pengajaran sebagai bidang
komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan murid dengan objektif
dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu.
Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara
explisit dan mengikut kebolehan murid-murid.

Nordin Tahir, IPIP

Model Sim

Apa yang membezakan model ini dengan Model Glaser ialah


Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru
dengan murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan
suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur
persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai
dengan keadaan sosio-ekonomi dan budaya pelajar.
Kesimpulannya, dengan pertimbangan-pertimbangan tersebut,
interaksi di antara guru, pelajar, objektif, isi pelajaran dan
persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan.
Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai
ke tahap optimum.
Nordin Tahir, IPIP

Anda mungkin juga menyukai