Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H


SMK PALONG SEBELAS TAHUN 2012
(JUMAAT : 9 FEBRUARI 2012)
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada :
Yang Berusaha Puan Rosni Binti Rosli (Pengetua SMK Palong Sebelas)
Yang Berusaha Puan Hajah Zakiah Bin Abu Zarin (GPK Akademik dan
Pentadbiran)
Yang Berusaha Puan Zainab Binti Shamsudin (GPK HEM)
Yang Berusaha En. Zakariah Bin Sahid (GPK Kokurikulum)
Barisan Ketua Bidang, kaunselor-kaunselor Sekolah, guru-guru dan pelajar
yang dikasihi sekalian.
Bersama-samalah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini
bersempena MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH.
Hadirin yang dihormati,
Seperti yang sedia maklum, umat Islam seluruh Malaysia telahpun
menyambut Maulidur Rasul SAW yang jatuh pada hari Ahad 5 Februari
2012, bersamaan 12 Rabiulawwal 1433 Hijrah. Tema yang dipilih pada kali
ini ialah PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH, selaras dengan
tema Maal Hijrah 1433 Hijrah.
Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan
ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad
Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan
cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil
iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul
ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan
wajar diteruskan, InsyaAllah.
Hadirin yang dikasihi,
Bagi menyerikan majlis pada hari ini, dijemput Ayahanda Abu Abu Zarin
bagi mengetuai bacaan selawat dan
. Dipersilakan.
.Bacaan
SAW.

Selawat

ke

atas

Nabi

Muhammad

Terima kasih diucapkan kepada Ayahanda Abu Abu Zarin.


Hadirin sekalian,
1

Seterusnya majlis tanpa membuang masa menjemput Ustaz Huzairi Bin


Adam, ___________________________________________________________ , untuk
menyampaikan ceramah beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
**************************
(KALAU
ABANG
BAGI
KUIZ)
****************************
.Ceramah Maulidur Rasul
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Huzairi Bin Adam atas ceramah
beliau sebentar tadi. Diharapkan dengan ceramah yang baru disampaikan
dapat memberi pengetahuan kepada kita yang tidak tahu mengenainya,
memperingatkan kita yang lupa untuk dijadikan dan ikutan seterusnya
mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Hadirin sekalian, Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Puan
Rosni Binti Rosli (Pengetua SMK Palong Sebelas) diiringi oleh Ustaz
Tuan Lokman Bin Tuan Man (Ketua Bidang Kemanusiaan) bagi
menyampaikan cenderamata..
Dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam menerima cenderamata atas kesudian
beliau menyampaikan ceramah dalam majlis ini.
Seterusnya dijemput Ayahanda Abu Zarin untuk menerima cenderamata
Begitulah tadi penyampaian cenderamata oleh puan pengetua. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.
Sebelum beredar, dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam dan Ayahanda Abu
Zarin diiringi oleh puan pengetua dan pentadbir ke Dewan Selera SMK
Palong Sebelas
untuk menikmati jamuan yang disediakan .
Dipersilakan
.Kuiz Penutup
Para pelajar yang dikasihi sekalian,
Sebelum bersurai, majlis diteruskan dengan agenda seterusnya iaitu soalan
kuiz untuk para pelajar. Soalan ini terbuka kepada para pelajar dimana
soalan-soalannya berkisar daripada ceramah yang telah disampaikan oleh
Ustaz Huzairi Bin Adam sebentar tadi. Pelajar yang ingin menjawab
diminta tampil ke hadapan
Tahniah kepada pemenang kuiz
Dengan ini berakhir sudah MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433
HIJRAH. Serangkap pantun daripada saya,
Pesan rasulullah sematkan di dada
2

Al-quran & al-hadis menjadi pegangan


Ucapan selawat usah dilupa
Itulah sebagai tanda ingatan
Akhir
kata,
wabillahitaufik
warahmatullahiwabarakatuh.

walhidayah,

wassalamualaikum

- Tamat
********** (KALAU ABANG TAK BAGI KUIZ, PEGI MAKAN TERUS
NGEHHH NGEHHH) ******
.Ceramah Maulidur Rasul
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Huzairi Bin Adam atas ceramah
beliau sebentar tadi. Diharapkan dengan ceramah yang baru disampaikan
dapat memberi pengetahuan kepada kita yang tidak tahu mengenainya,
memperingatkan kita yang lupa untuk dijadikan dan ikutan seterusnya
mencontohi sikap dan teladan yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad SAW.
Hadirin sekalian, Sebagai tanda penghargaan, majlis menjemput Puan
Rosni Binti Rosli (Pengetua SMK Palong Sebelas) diiringi oleh Ustaz
Tuan Lokman Bin Tuan Man (Ketua Bidang Kemanusiaan) bagi
menyampaikan cenderamata..
Dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam menerima cenderamata atas kesudian
beliau menyampaikan ceramah dalam majlis ini.
Seterusnya dijemput Ayahanda Abu Zarin untuk menerima cenderamata
Begitulah tadi penyampaian cenderamata oleh puan pengetua. Majlis
merakamkan ucapan terima kasih.
Dengan ini berakhir sudah MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433
HIJRAH PERINGKAT SMK PALONG SEBELAS. Serangkap pantun daripada
saya,
Pesan rasulullah sematkan di dada
Al-quran & al-hadis menjadi pegangan
Ucapan selawat usah dilupa
Itulah sebagai tanda ingatan
Sebelum beredar, dijemput Ustaz Huzairi Bin Adam dan Ayahanda Abu
Zarin diiringi oleh puan pengetua dan pentadbir ke Dewan Selera SMK
Palong Sebelas untuk menikmati jamuan yang disediakan . Para pelajar
diminta tunggu di dalam dewan untuk agenda seterusnya.
Akhir
kata,
wabillahitaufik
warahmatullahiwabarakatuh.

walhidayah,

wassalamualaikum

Majlis diserahkan kepada ______________________________________


agenda seterusnya. Dipersilakan.

untuk

- Tamat

Anda mungkin juga menyukai