Anda di halaman 1dari 9

PANDUAN MELAKSANAKAN TUGASAN 1

Salam dan salam sejahtera


Banyak soalan yang diterima berkaitan dengan Tugasan ini.
Tugasan 1 adalah berkaitan dengan model promosi program kesihatan. Ianya bertujuan untuk
mendedahkan kepada pelajar tentang bagaimana latar belakang sesuatu program tersebut
dirancang dan dilaksanakan. Dengan kata lain, kita beroleh kefahaman mengenai kepentingan
sesuatu program kesihatan, mengapa ianya dilaksanakan, apakah bentuk intervensi atau
saranan yang sesuai, pemantauan dan penilaian program tersebut, kesan atau hasil yang
dikehendaki dan sebagainya.
Pertama sekali anda harus faham apa kehendak soalan.
SOALAN: Bersumberkan daripada model-model utama dalam Promosi Program Kesihatan,
jelaskan perkara-perkara utama berdasarkan perancangan model yang
digunakan bagi menerangkan secara berstruktur mengenai perubahan /
penekanan yang telah / ingin dilaksanakan di institusi pendidikan yang
menjelaskan mengapa dan bagaimana model tersebut telah / mampu untuk
membuat perubahan terhadap masalah tingkah laku kesihatan.
Jadi jelaslah di sini bahawa kita perlukan satu model. Model ini boleh anda pilih berdasarkan
modul ataupun model-model lain. Kenapa perlu adanya model? kerana adalah sangat berguna
apabila sesuatu model promosi kesihatan dijadikan rujukan / guideline dalam merancang
sesuatu program atau untuk mempromosikan program kesihatan. Ini kerana terdapat kelebihan
dan kelemahan yang tertentu dalam sesebuah model yang digunapakai, serta terdapatnya
kesesuaian dari segi konteks penggunaannya.
Kemudian fikirkan mengenai perubahan atau penekanan yang ingin dilaksanakan di sekolah.
Misalnya, kita telah dikejutkan dengan situasi terdapat ramainya pelajar sekolah yang
mengalami obesiti. Jika tidak ditangani dengan segera, akan ramailah pelajar kita yang akan
terdedah dengan gejala kegemukan.
Cadangan organisasi penulisan laporan.
1.0

Pengenalan

2.0

Latar belakang laporan


2.1
Obesiti (penyakit kulit, sakit jantung, denggi, dadah, dll)
- apa maksud obesiti
- situasi yang berlaku sekarang
- bahaya/kesan obesiti

2.2

3.0

Model yang dipilih (cth: PROCEDE-PRECEDE)


- ringkasan tentang model yang dipilih
- masukkan rajah model
- justifikasi kenapa model tersebut dipilih
- dll

Perancangan Program Promosi Kesihatan

Bahagian ini bolehlah dibuat ulasan berdasarkan kepada fasa-fasa yang terdapat dalam model
yang dipilih.
Contoh: yang ini ulasan untuk penyakit kulit iaitu kudis buta dan obesiti.
PROCEDE (predisposing , reinforcing , and enabling causes in educational diagnosis and
evaluation)
3.1

FASA 1 - Penilaian Sosial


Masih terdapat murid-murid sekolah yang menghidap penyakit kudis buta. Jangkitan
kudis buta telah menjadi satu masalah kesihatan bagi murid-murid sekolah kerana ia
masih menular dan menjangkiti mereka. Masalah ini telah dikesan di sekolah dan
2

didapati seramai _____ murid mengalami jangkitan kudis buta. Penghidap scabies

jarang tahu bahawa mereka mempunyai keadaan sehingga beberapa minggu


selepas jangkitan awal, ini bermakna serangan kudis boleh merebak dengan
cepat.
Mereka seringkali menyendiri dan tidak bergaul dengan rakan-rakannya yang lain.
Mereka juga sering didapati tidak hadir ke sekolah. Apabila di tanya adakah mereka
mempunyai masalah, mereka hanya suka mendiamkan diri. Memandangkan cara
pemakaian yang tidak bersih, mereka berasa malu untuk berjumpa dengan guru.

Mereka juga sering meletakkan tangan di dalam poket apabila berjumpa dengan
guru. Guru meminta murid untuk mengeluarkan tangannya dan melihat keadaan
tangannya. Didapati murid tersebut dijangkiti kudis buta yang agak serius di
tangannya. Apabila ditanya, beliau menceritakan bahawa dia mengalami masalah
kudis buta sejak sebulan yang lalu.
3.2

FASA 2 - Penilaian Epidemiologi


Sarcoptes Scabies

Scabies atau dikenali sebagai kudis buta adalah keadaan kulit berjangkit yang

disebabkan oleh hama kecil dipanggil Sarcoptes Scabiei. Lubang hama ini
ditanam ke dalam kulit, kemudian membiak dan bertelur, menyebabkan gatalgatal ruam dan sengit.

3.3

a)

Tanda-tanda Kudis Buta


- huraikan

b)

Punca Kudis Buta


- huraikan

c)

Rawatan kudis buta


-huraikan secara ringkas

FASA 3 - Penilaian Tingkahlaku dan persekitaran

Punca Masalah Kesihatan


Berdasarkan kepada temu ramah antara guru dan murid, terdapat punca terhadap
berlakunya masalah-masalah ini. Ia berpunca daripada tingkah laku dan persekitaran
murid-murid.
a) genetik
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuk genetik. Murid Melayu
obes meningkat daripada 19.1 peratus pada 2002 kepada 26.1 peratus enam
tahun kemudian, peningkatan 7.1 peratus; Cina pula daripada 25.6 peratus
3

kepada 27.6 peratus, manakala murid India daripada 16.9 peratus kepada 26.1
peratus.
b) tingkahlaku
Pakaian murid itu sendiri dapat melambangkan bagaimana ibu bapa
mereka memberi perhatian kepada mereka. Ada dikalangan murid yang ditemu
bual berpakaian kotor dan kasut yang tidak pernah dibasuh. Apabila ditanya,
mereka berkata baju sekolah tersebut hanya dibasuh sekali seminggu oleh
mereka sendiri. Murid tidak ambil berat tentang penjagaan kebersihan diri. Di
dapati hanya 25 orang sahaja yang mandi tiga kali sehari. Manakala selebihnya
hanya mandi dua kali sahaja sehari. Ini menyebabkan kuman mudah merebak
pada diri mereka terutama sekali selepas mereka bermain. Murid yang didapati
mengalami masalah kudis buta lambat mendapatkan rawatan daripada pegawai
perubatan. Mereka beranggapan penyakit itu hanyalah masalah gatal-gatal
sahaja yang boleh hilang apabila diletak ubat. Ini menyebabkan masalah kudis
buta ini lambat untuk pulih.
c) persekitaran
Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan tenaga (kalori). Ia
dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia mewah
dengan makanan dan banyak pilihan termasuk makanan segera, makanan ringan
dengan harga murah tetapi mengandungi kalori, lemak dan gula tinggi selain
pelbagai saiz hidangan daripada kecil hingga besar. Di bandar, berat badan
berlebihan bertambah daripada 22.4 peratus kepada 28.1 peratus, manakala di
luar bandar meningkat daripada 17.6 peratus kepada 24.2 peratus.
Kesimpulannya kedua-dua kawasan menunjukkan peningkatan, namun kadar
peningkatan di luar bandar lebih tinggi

3.4

FASA 4 - Penilaian Pendidikan dan Organisasi

Tiga kumpulan faktor yang menyebab penyakit:


a)

Faktor kecenderungan (huraikan)


- industri makanan yang menjadikan kanak-kanak sasaran pemasaran
dengan menampilkan iklan serta label makanan yang menarik golongan
itu.
- kebudayaan dan kepercayaan yang diwarisi
-pengetahuan

3.5

b)

Faktor Pemungkin (huraikan)


- Keluarga berpendapatan rendah tidak mampu untuk membeli peralatan
menjaga kebersihan diri. Ibu bapa hanya memberi tumpuan terhadap
pemakanan anak-anak sahaja. Ini menyebabkan anak-anak tidak
mempunyai alatan kebersihan diri seperti sabun mandi, shampoo, ubat
gigi dan berus gigi.
-kemudahan

c)

Faktor Pengukuh (huraikan)


- Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak
negara mengharamkan kempen atau pengiklanan pemasaran makanan
untuk mereka. Di Malaysia pula, kadar pertumbuhan dan pembukaan
cawangan baru restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan lepas
hujan dan harga makanan terendah di dunia. Lebih hebat kini ada pula
sistem pesanan dan penghantaran makanan terus ke pintu rumah.
-pengaruh media massa

FASA 5 - Penilaian Polisi & Pentadbiran


PROCEED (policy, regulatory and organizational constructs in educational and
environtmental development)
Permulaan bahagian PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan sumbersumber yang sesuai, perancang memilih kaedah dan strategi intervensi dan
perlaksanaan bermula. Dalam penilaian polisi dan pentadbiran, perancang
mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan keupayaan, maka ia boleh
membangunkan dan melaksanakan program.
a)

Program Kesihatan

Perancangan Program Promosi Kesihatan


-

Perancangan digunakan untuk semua tujuan dan berguna sebagai panduan dan
menentukan hala tuju, sesuai untuk semua peringkat dan masa. Program pula
merupakan sesuatu persiapan yang terancang yang merangkumi matlamat,
polisi,prosedur, peraturan, tugas, langkah yang perlu dibuat dan unsur-unsur lain
yang perlu dalam melaksanakan tindakan. Ia merupakan satu kenyataan yang jelas
berkaitan masalah, isu, objektif, sasaran, aktiviti, sumber, jadual, tindakan jangka
masa dan proses pemantauan. Antara komponen sesuatu program:

Latar belakang program


Kenyataan masalah
Penentuan masalah
Polisi/ peraturan berkaitan
Objektif
Strategi
Aktiviti/ tugas
5

Contoh:
Dengan mengadakan program kesedaran bahaya obesiti di sekolah seperti
ceramah kesihatan, tayangan video, mengadakan minggu kesihatan pastinya
dapat membantu kanak kanak sekolah mengenali dan memahami betapa
pentingnya mengamalkan makanan seimbang serta mengajar mereka tentang
kepentingan mengambil makanan sihat. Pemilihan makanan yang bijak dan gaya
hidup aktif hendaklah dipupuk di kalangan kanak-kanak sejak kecil lagi supaya
mereka terus mengamalkan tabiat positif ini apabila dewasa.
Program ini juga menggalakkan perubahan tingkah laku yang sihat agar muridmurid dapat mencapai tahap kesihatan yang lebih baik melalui 3 elemen asas
iaitu makan secara sihat, mengendali stress dan aktiviti fizikal.
Oleh itu, pihak sekolah telah mencadangkan beberapa aktiviti yang bersesuaian dengan
objektif untuk memberi kesedaran kepada murid tentang bahaya dan kesan ke atas
pengambilan minuman yang mempunyai banyak gula. Sasaran dan tindakan yang akan
diambil di mana dalam perancangan program ini, sasarannya adalah kepada muridmurid, melalui aktiviti yang menyihatkan badan seperti bersenam, beriadah,
berjoging,mendapat khidmat kaunseling,mendengar taklimat, pameran, poster dan
pemeriksaan kesihatan secara berkala oleh pegawai perkhidmatan kesihatan, guru-guru
dan tindakan dari pengusaha kantin sekolah, ibubapa dan masyarakat setempat.
b)

Strategi Pendidikan

Bagi aktiviti khidmat kaunseling dan taklimat kesihatan, pihak sekolah akan
memanggil wakil dari pihak hospital bahagian perkhidmatan kesihatan sekolah hadir
memberi ucapan tentang bahaya obesiti kepada semua murid. Dengan adanya program
ini sedikit sebanyak akan membuka minda murid supaya mengurangkan pengambilan
yang mempunyai kadar gula yang tinggi seperti air tin berkarbonat, kek, coklat dan
sebagainya.

Di samping itu, pameran dan poster juga akan ditampalkan di dalam kawasan
sekolah seperti di kantin, di laluan pejalan kaki, di kelas dan di papan kenyataan.
Guru-guru juga akan memberikan peringatan kepada murid pada setiap minggu
ketika waktu perhimpunan tentang betapa kesan dan bahaya obesiti.
Komponen dan unit program dicipta berdasarkan kepada kumpulan populasi utama,
objektif yang dicadangkan, sasaran intervensi dan tahap, penetapan dan struktur unit
atau saluran intervensi yang digunakan. Rancangan yang dipilih boleh berdasarkan
kurikulum yang sedia ada atau membangunkan rancangan baru. Bagi menjayakan
program ini, pihak sekolah telah memilih untuk mengadakan ceramah kesihatan
mengenai obesiti kepada semua murid.

c)
-

3.6

Polisi Peraturan
apakah polisi yang berkaitan dengan masalah yang hendak diselesaikan
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dan bagaimanakah ianya
diimplementasikan.

FASA 6 Perlaksanaan
Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program disediakan
menerangkan secara terperinci cara untuk menjayakan dan menjalankan aktiviti.

yang

Contoh:
Objektif
90% pelajar
sekolah tahap 2
akan dapat
mengurangkan
5% daripada berat
badan mereka di
akhir program
selama 6 bulan

Aktiviti
Orientasi
Pemakanan
Sihat Kepada
Ibu Bapa dan
Guru

Tarikh/
Masa
Sabtu
8.00 pg

5.00 ptg

Tempat
Dewan
Sekolah

Tenaga Manusia

Senamrobik 3x
seminggu

Jumaat
5.00 ptg

Sabtu
9.00 pg

Bahan

Kaedah
Penilaian

Geran
MYSIHAT

Risalah
Poster

Rekod
Kehadiran
Q&A

Dataran
Sekolah

Jurulatih
Jabatan Belia
Dan Sukan
Guru
Penyelaras

Geran
MYSIHAT

Risalah
Poster
Buku
Nota
Kecil

BMI
Rekod
Kehadiran
Rekod
Kaunseling
Q&A

Dewan
Sekolah

Geran
MYSIHAT

Risalah
Poster
Buku
Nota
Kecil

BMI
Rekod
Kehadiran
Rekod
Kaunseling
Q&A

Sabtu
&
Ahad
8.00 pg
Nasihat
Pemakanan
Sihat

Ibu bapa
Guru
Pegawai
Zat
Makanan
Pegawai
Jabatan
kesihatan
Jurulatih
Jabatan
Belia
Sukan

Sumber
Kewangan

Guru
Pegawai
Zat
Makanan
Pegawai
Jabatan
kesihatan

3.7

FASA 7 Proses Penilaian

3 bentuk penilaian yang digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu


program :
i.
Penilaian Proses
Penilaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan dan pelaksanaan program.
Pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan
jangkauan dan pencapaian program serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini
juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program,
termasuklah dalam mengenal pasti masalah yang berpotensi atau sedang
berlaku. (huraikan berdasarkan program yang dirancang /telah dilaksanakan).
ii.
Penilaian Impak
Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau
dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang
selesai dilaksanakan. (huraikan berdasarkan program yang dirancang /telah
dilaksanakan).
iii.
Penilaian Hasil
Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat
dicapai dalam jangka masa panjang yang dapat dinilai dari segi peningkatan
kualiti hidup, ekuiti atau keadan persekitaran. (huraikan berdasarkan program
yang dirancang /telah dilaksanakan).
3.8

FASA 8 Kesan Penilaian


Huraikan mengenai kesan atau perubahan yang dijangkakan akan / telah berlaku
hasil daripada program yang dirancang tersebut.
Contoh :

Dalam fasa ini, kesan penilaian difokuskan kepada tingkah laku kesihatan yang
berjaya diubah seperti peningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan, sikap
positif terhadap kesihatan kendiri dan pengamalan gaya hidup sihat.
Pemantauan dilaksanakan melalui pemerhatian dan tinjauan guru terhadap
perubahan tingkah laku murid yang banyak meminum air kosong Selain itu,
mendapati ramai murid tidak mengambil makanan yang boleh mengundang
penyakit dan mengundang ke arah kegemukan. Kebanyakan murid sebelum ini
minum minuman air yang bergula tetapi selepas beberapa aktiviti yang
dilaksanakan di sekolah tentang bahayanya obesiti ,murid-murid telah kurang
mengambil minuman yang bergula contohnya seperti milo,air kotak,air tin dan
sebagainya.
8

Selain itu,kerjasama daripada pihak kantin sekolah dengan menjual makanan-makanan


berkhasiat telah sedikit sebanyak membantu menangani masalah penyakit di kalangan
pelajar sekolah.
Perhimpunan mingguan persekolahan pada hari Isnin menjadi tumpuan uatama pihak
pentadbiran dan guru untuk sentiasa mengingatkan murid-murid tentang bahayanya
dan kesan negatif obesiti. Guru bertugas mingguan akan memberi ulasan tentang
kepentingan menjaga kesihatan diri dan selalu mengingatkan murid supaya
mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian. Bilangan pemantauan dari
guru yang ditugaskan akan terus dilaksanakan agar amalan ini berterusan sehingga
masa depan.

4.0

Cadangan

Cadangan penambahbaikan terhadap pelaksanaan program yang dijalankan.


Cara masalah boleh diatasi
Bagaimana program tersebut boleh diteruskan / disemak semula/ diberhentikan dll.

5.0

Penutup

Jika anda memilih masalah yang lain dan juga berpandukan kepada model selain
daripada yang dibincangkan, ANDA boleh mengulas atau menghuraikan mengikut
cara yang sama seperti di atas atau mengikut kreativiti dan kefahaman masingmasing.
Harap menjawab persoalan anda.
TQ

Anda mungkin juga menyukai