Anda di halaman 1dari 13

Topik

2X Tahsin al-Sout

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.
2.
3.

Menjelaskan konsep seni suara menurut pandangan Islam;


Menghuraikan konsep tahsin al-sout dari sudut definisi, peranan dan
kepentingannya; dan
Menerangkan tentang keindahan suara dan kaedah memelihara suara
dalam pelbagai aspek.

X PENGENALAN
Ilmu tahsin al-sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam yang
menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang lunak.
Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s dan
puteranya Nabi Sulaiman a.s. Kemudian bidang ini terus berkembang dari satu
generasi ke satu generasi hingga sekarang. Namun kesenian Islam berbeza
dengan budaya seni anjuran tamadun Barat atau dipelopori oleh golongan bukan
Islam. Ini kerana kesenian Islam berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya
yang unik dan tersendiri. Ia berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan
hiburan dan keseronokkan yang selari dengan konsep tauhid dan tuntutan
syarak.
Justeru, topik ini akan membawa anda perbahasan mengenai ilmu atau kaedah
Tahsin al-Sout. Fokus utama yang dibahaskan adalah melalui definisi,
kepentingan dan peranan seni Tahsin al-Sout dalam membaca al-Quran.

AKTIVITI 2.1

Bincang dalam kumpulan berkenaan pendirian Islam terhadap bidang seni


dan ciri-ciri kesenian yang diharuskan dalam Islam.

28 X

2.1

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT

SENI SUARA MENURUT ISLAM

Seni jika dirujuk maknanya dari sudut bahasa bererti halus, indah atau permai.
Dari segi istilah pula ia merujuk kepada segala yang halus dan indah lagi
menyenangkan hati serta perasaan manusia. Kesenian itu adalah unik yang
wujud dalam setiap jiwa manusia. Ini kerana menurut buku Seni Lagu al-Quran
di Malaysia, tulisan Muhd Ali bin Abu Bakar ada menyebut bahawa seni itu
adalah merupakan salah satu bahagian daripada naluri yang lahir dari jiwa atau
rohani manusia.
Tambahnya lagi, manusia dapat menciptakan sesuatu kerana kemahuan, dan
kemahuan itu timbul kerana adanya daya paduan antara rasa rohaniah manusia
itu dengan akal fikiran. Ini bertepatan dengan bidang ilmu jiwa yang
membahagikan rasa dalam dua bahagian, iaitu rasa indera dan rasa rohani.
Adapun rasa rohani itu pula terkandung di dalamnya beberapa aspek seperti
rasa agama, etika, estetika, intelek, sosial dan rasa diri sendiri.
Melalui konsep rasa sebagaimana dinukilkan dalam ilmu jiwa di atas, kita dapati
bahawa jiwa manusia itu sendiri dihiasi dengan unsur seni. Ini kerana di dalam
jiwa itu terdapat sifat-sifat atau rasa senang dan terharu terhadap sesuatu yang
indah. Hal ini sudah menjadi naluri (gharizah) yang dikurniakan oleh Allah
s.w.t kepada manusia. Ini sejajar dengan firman Allah s.w.t dalam Surah Ali
Imran 3:14;

tt69$#u !$|i9$# Nuy9$# =m $=9 zi


9$#u =y%!$# tss)9$# os)9$#u
tFt 9s 3 ^ys9$#u yF{$#u t|9$# y9$#u
>$ty9$# m y !$#u ( $u9$# 4uys9$#

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT W

29

Maksudnya: Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan

kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan


dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas
dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatangbinatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah
kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat
kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Imam Muslim ada meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w;

Maksudnya: Daripada Abdullah ibn Mas`ud r.a daripada Nabi s.a.w

bersabda: Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan suka kepada


perkara-perkara yang cantik (indah).
Hadis ini pada dasarnya menunjukkan sesuatu yang indah itu disukai oleh Allah
s.w.t kerana Dia sahaja yang layak berdiri dengan zat yang Maha Indah. Justeru,
rasionalnya setiap yang indah itu pasti akan menyukai perkara indah-indah
belaka. Oleh sebab itu, Islam telah menggariskan beberapa kategori yang
dijadikan sebagai kayu pengukur dalam menentukan keharusan atau sebaliknya
sesuatu karya seni itu.
Kategori utama yang perlu ada pada seni atau karya seni itu ialah mestilah baik
dari pelbagai aspek. Antaranya ialah bukan bertujuan untuk merosakkan budi
pekerti yang mulia serta tidak melalaikan orang daripada beribadat dan
mengingati Allah. Namun jika perkara sebaliknya berlaku, maka sesuatu seni
atau sesebuah karya seni tersebut sekaligus ditolak bahkan haram untuk
diamalkan lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan seni suara yang digunakan
untuk membaca al-Quran. Menurut Ibnu Hajar al-Haythami dalam kitabnya,
Kaff al-Ria al-Muharramat al-Sama, kesengajaan membaca al-Quran secara seni
suara (berlagu) dengan menambahkan huruf atau menguranginya untuk
memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq. Bahkan menurut fatwa

30 X

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT

Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan berlagu


yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram
menurut ijma para ulama.

2.1.1

Seni Suara: Definisi, Alat dan Sifat-sifatnya

Suara merupakan salah satu nikmat Allah s.w.t yang berfungsi sebagai alat
komunikasi sesama manusia. Ia boleh didefinisikan sebagai suatu getaran bunyi
yang diproses oleh udara dari paru-paru melalui selaput suara ke rongga-rongga
mulut atau hidung yang akan ditentukan bunyinya oleh alat pertuturan yang
lain mengikut kehendak yang tertentu.
Seni suara jika dipelajari akan mendatangkan banyak manfaat lebih-lebih lagi
dalam memperdengarkan bacaan al-Quran. Dalam hal ini, Islam menggalakkan
umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak sehingga dapat
memberi kesan kepada hati si pembaca mahupun orang yang mendengarnya.
Kaedah ini dikenali sebagai memperelokkan suara atau tahsin al-sout. Ini sejajar
dengan Hadis Nabi Muhammad s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam al-Nasai
dalam Sunannya, bab Menghiasi bacaan al-Quran dengan kelunakan suara:

Maksudnya: Daripada al-Barra berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:


Hiasilah bacaan al-Quran dengan kelunakan suaramu.
Apabila sesuatu seni itu membawa manfaat kepada manusia khususnya seni
suara dengan mempraktikkannya dalam membaca al-Quran, maka
memperindahkan dan menghiasinya dengan melunakkan bacaan dan mengelak
dari sebarang kesalahan tajwid dibenarkan oleh Islam. Oleh sebab itu, kaedah
seni bacaan al-Quran ditentukan melalui seni suara. Manakala seni suara itu pula
tidak dapat dipisahkan dengan seni berlagu (tarannum).

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT W

31

Adapun suara manusia adalah merupakan anugerah yang istimewa kerana ia


boleh diproses, dilatih dan disesuaikan mengikut apa yang dihajati. Contohnya,
suara manusia boleh mengikut suara pelbagai jenis suara haiwan, pelbagai jenis
bunyi alat muzik dan pelbagai jenis gaya pertuturan (loghat).
Dalam konteks proses penghasilan suara, alat memproses suara dikenali sebagai
paru-paru. Ia merupakan organ pernafasan yang mengandungi udara apabila
disedut dan kemudian dihembus keluar melalui halkum, mulut dan hidung. Sila
rujuk Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Halkum, Mulut dan Hidung
Bil.

Alat

Catatan

1.

HALKUM

Iaitu alat salur suara

2.

MULUT

Iaitu corong bawah

3.

HIDUNG

Iaitu corong atas

Dalam konteks mengenali sifat-sifat suara pula, ia boleh dibahagikan kepada


empat kategori seperti yang diterangkan dalam Jadual 2.2 berikut.
Jadual 2.2: Kategori Suara

Bil.

Sifat

Catatan

1.

SUARA TERBAIK

Ia mempunyai sebelas sifat iaitu ketepatan nada, tinggi,


rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih, terang,
lantang dan tajam.

2.

SUARA BAIK

Ia mempunyai sepuluh sifat iaitu ketepatan nada,


sederhana, rendah, garau, lembut, manis, licin, bersih,
terang dan lantang.

3.

SUARA KURANG
BAIK

Ia mempunyai sembilan sifat iaitu ketepatan nada,


tinggi, kecil, lembut, manis, licin, bersih, terang dan
tajam.

4.

SUARA TIDAK
BAIK

Ia mempunyai sifat-sifat sumbang, nipis, lembab, lemah,


keras, serak, pecah, parau, terketar-ketar, tenggelam,
tersepit, terputus, tercekik dan sebagainya.

Adapun kategori pertama, kedua dan ketiga adalah merupakan kategori suara
yang istimewa dan mudah untuk mempelajari tarannum al-Quran. Manakala,
kategori keempat pula dikira sebagai suara yang bermasalah dan sukar untuk
bertarannum. Jika diasah dan diperbaiki mutu suara kategori terakhir ini, ia akan
mengambil masa dan latihan yang agak lama sebelum berupaya untuk
bertarannum.

32 X

2.1.2

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT

Kepentingan Suara dalam Membaca al-Quran

Suara merupakan salah satu anugerah Allah s.w.t yang dikurniakan kepada
manusia. Kepentingan suara dalam kehidupan manusia membolehkan segala
aktiviti komunikasi dan muamalat berjalan dengan lancar. Seni suara jika diteliti
dari sudut hukum asalnya adalah harus. Ini kerana ia adalah fitrah manusia yang
sukakan keindahan dan hiburan. Keharusannya akan berubah dan bertukar
menjadi makruh atau lebih buruk lagi iaitu haram jika didapati ianya melanggar
batas-batas syara.
Para fuqaha' yang terdahulu, antaranya Imam al-Ghazali dalam kitabnya, alSima' min Ihya' dan juga pendapat bekas Shaykh al-Azhar, Mahmud Shaltut dan
edisi fatwanya, al-Fatawa Shaltut, merumuskan bahawa:
(a)

Seni muzik dan seni suara adalah sama hukumnya dengan memenuhi
keperluan pancaindera yang lain seperti makanan yang lazat dan
pemandangan yang indah.

(b)

Islam menetapkan kesederhanaan dalam


menghayati seni musik dan seni suara.

(c)

Fuqaha' terdahulu telah membenarkan seni muzik dan seni suara bila ada
tujuan yang sesuai dan munasabah dan menegahnya bila ada unsur luaran
yang tidak berlandaskan Islam.

(d)

Seni muzik dan suara semuanya tertakluk di bawah kelulusan Ilahi yang
bersifat umum.

semua

aspek

termasuk

Dalam konteks suara dan kepentingannya ke arah amal kebajikan khususnya


dalam membaca al-Quran, perkara ini tidak dapat disangkal lagi keharusannya
bahkan Islam amat menggalakkan penganutnya memperdengarkan bacaan alQuran dengan lunak dan indah. Oleh itu, membaca al-Quran diberikan prioriti
yang utama dalam Islam bahkan ganjarannya juga digandakan. Namun kita
dituntut supaya membaca al-Quran mengikut tajwidnya yang betul dan dengan
suara yang baik. Adapun bacaan yang berlagu yang sedap didengar tapi
melanggar batas-batas tajwid dan bacaan secara tartil, maka perbuatan ini boleh
mendatangkan dosa di mana bacaan tersebut telah merosak dan mungkin akan
menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran serta dianggap suatu amal
bidah.

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT W

2.1.3

33

Peranan Suara dalam Bacaan al-Quran

Pakar tarannum telah menggariskan beberapa peranan suara dalam bacaan alQuran yang selari dengan bidang tajwid, tartil dan tarannum. Perkara ini
dijelaskan dalam Jadual 2.3.
Jadual 2.3: Peranan Suara dalam Bacaan al-Quran
Bil.

Peranan Suara

Catatan

1.

Menentukan bunyi sesuatu huruf atau


kalimah al-Quran dengan tetap.

Iaitu menerusi alat-alat pertuturan


yang tertentu seperti Halqi, Lisani dan
Shafawi.

2.

Menentukan bunyi sifat-sifat huruf


mengikut lahjah yang dikehendaki.

Iaitu menerusi alat-alat pembesaran


dan penyuburan suara seperti Halqum,
Khayshum dan Jawf.

3.

Menentukan tekanan bunyi yang


menarik seperti lembut, keras, halus,
kasar dan licin.

Iaitu menerusi saluran udara dan


pernafasan yang tertentu.

4.

Menentukan peningkatan (Tabaqah)


rendah, sederhana, tinggi dan tertinggi.

Iaitu menerusi alat proses suara seperti


dada, tekak, rongga hidung dan rongga
otak.

5.

Menentukan nada dan irama (lagu) yang


tertentu.

Iaitu menerusi proses penyusunan


perkara-perkara di atas dengan teknikteknik yang tertentu.

AKTIVITI 2.2

Dengan merujuk buku Qawaid Tarannum karangan Haji Nik Jaafar bin
Nik Ismail, bincangkan proses kemanisan suara.

2.2
2.2.1

KELUNAKAN SUARA
Tabaqah Suara

Tingkatan suara atau dalam bahasa Arab dikenali sebagai Tabaqat adalah
merupakan salah satu seni dalam bidang tarannum al-Quran. Kebiasaannya,
tingkatan suara ini digunakan dalam empat paras sahaja, seperti yang
dinyatakan dalam Jadual 2.4.

34 X

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT

Jadual 2.4: Paras Tingkatan Suara atau Tabaqah


Bil.

Tabaqah Suara

Catatan

1.

QARAR

Ianya berfungsi di dada.

2.

NAWA

Ianya berfungsi pada tekak.

3.

JAWAB

Ianya berfungsi pada rongga hidung.

4.

JAWAB AL-JAWAB

Ianya berfungsi pada rongga otak.

Dalam proses mengenalinya, anda boleh mempelajari sistem proses nada iaitu
DO-RE-MI-FA-SO-LA-TI-DO. Sistem proses nada ini berlaku pada tiap-tiap
tabaqah yang disebutkan tadi.

2.2.2

Burdah Suara dan Peranannya

Burdah bererti bunga suara dan lenggoknya. Suara yang mempunyai alunan
burdah akan lebih menarik dan sedap didengar. Umumnya, burdah itu terbahagi
kepada dua bahagian, seperti yang dapat kita lihat dalam Jadual 2.5.
Jadual 2.5: Bahagian Burdah
Bil.

Burdah Suara

Catatan

1.

BURDAH ASLI

Iaitu suara yang hidup dan mempunyai getaran yang


semulajadi.

2.

BURDAH SINA`I

Iaitu bunga-bunga suara yang sengaja digubah dan


disusun rapi mengikut kehendak jenis tarannum yang
diperdengarkan.

Peranan burdah suara adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.6 berikut.

Jadual 2.6: Peranan Burdah Suara

Bil.

Jenis Burdah

Peranannya

1.

Kasar dan Jarang

Bertujuan untuk menghidupkan persembahan.

2.

Kecil dan Rapat-rapat

Bertujuan untuk mencantikkan persembahan.

3.

Lembut dan Bersih

Bertujuan untuk melahirkan seni persembahan.

4.

Keras dan Tegas

Bertujuan untuk menyemarakkan persembahan.

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT W

2.2.3

35

Suara dan Lahjah Arab

Istilah Lahjah bererti loghat dalam bahasa Arab, iaitu gaya bunyi suara yang
berbudaya Arab seperti Lahjah Quraysh, Huzayl, Tamim, Thaqif, Hawazin,
Kinanah dan al-Yaman.
al-Imam al-Bayhaqi dan al-Imam Mahmud al-Alusi berpendapat bahawa alQuran tidak terkeluar daripada tujuh bahasa yang paling fasih dalam bahasa
Arab di kalangan bangsa Arab. Walaubagaimanapun ini bukanlah bererti setiap
kalimah dalam al-Quran menggunakan tujuh bahasa tersebut. Sebaliknya,
ketujuh-tujuh bahasa tersebut tersebar di perbagai tempat di dalam al-Quran.
Di antara ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah seperti berikut:
(a)
(b)
(c)
(d)

Kemanisan dan kebasahan suara.


Gema suara yang meninggi ke arah Khayshum.
Kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban.
Pergerakan suara di samping burdah yang berbudaya kearaban.

AKTIVITI 2.3
Antara ciri keindahan suara ialah Ikhtilal al-Lahn. Bincangkan aspek ini
dalam kumpulan anda.

2.3

LATIHAN SUARA

Manusia dianugerahkan Allah s.w.t dengan nikmat suara yang istimewa berbeza
dengan makhlukNya yang lain. Suara manusia adalah satu getaran bunyi yang
unik. Ini kerana ia boleh diproses, dilatih dan dipelajari serta disesuaikan
mengikut getaran bunyi yang diinginkan. Sebagai contoh, suara manusia mampu
meniru pelbagai jenis gaya suara atau bunyi haiwan, muzik dan pertuturan
bahasa dan loghat sesama manusia.
Getaran bunyi yang dihasilkan oleh manusia juga perlu dikendalikan dengan
baik untuk mencapai tahap kelunakan dan keindahan yang memukau dan
menarik diperdengarkan. Latihan suara manusia ini boleh mengubah dari tahap
suara biasa kepada tahap yang terbaik.

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT

36 X

2.3.1

Cara Memelihara Kualiti Suara

Dalam proses menjaga kualiti suara, khususnya dalam bidang tarannum, beberapa
aspek perlu dititik beratkan. Ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 2.7.
Jadual 2.7: Cara Memelihara Kualiti Suara

Bil.

Kualiti Suara

Catatan

1.

Menjaga
Kesihatan Fizikal

Dengan cara menjaga aspek pemakanan yang seimbang


dan bersukan atau bersenam.

2.

Menjaga
Kesihatan Suara

Dengan cara menjauhkan makanan yang terlampau pedas,


kelat, bergetah, berminyak dan yang boleh membawa kesan
berubahnya suhu badan. Dari segi minuman pula, elakkan
minum air yang terlalu panas dan jauhkan dari merokok.

3.

Banyakkan
Dengan cara melazimi memakan buah-buahan dan sayuran
Memakan Buahan yang berzat.
dan Sayuran

4.

Banyakkan
Minum Air

Dengan cara melazimi minum air panas suam atau air sejuk
tanpa ais. Amalkan cara ini sehingga melebihi 5 liter sehari.

2.3.2

Cara Melatih Suara

Beberapa kaedah latihan dicadangkan dalam melatih suara, antaranya


disebutkan dalam Jadual 2.8.
Jadual 2.8: Kaedah Melatih Suara
Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Kaedah Melatih Suara


Latihan suara dalam Harakah supaya dapat memantapkan Maqam.
Lataihan suara dengan cara membentuk Tabaqah.
Latihan suara dengan cara sebutan Lahjah Arab.
Latihan suara dengan cara Sulalam Nuzul dan Sulalam Su`ud.
Latihan suara untuk menghidupkan Ikhtilal al-Lahn.
Latihan suara dengan membawa Burdah.
Latihan suara untuk mendapatkan Jawab al-Jawab.
Latihan suara dengan menggunakan Qit`ah dan Mahattah.
Latihan suara secara menyumbang Tabaqah.
Latihan suara dalam Fasohah dengan Lahjah Arab.
Latihan suara secara memainkan lagu di dalam persembahan.
Latihan suara untuk melembutkan nada suara di dalam bacaan.
Latihan suara untuk menyampaikan kepada tahap yang dikehendaki.

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT W

2.3.3

37

Latihan Pernafasan

Sistem pernafasan manusia berkait rapat dengan sistem paru-paru di mana ia


berfungsi secara automatik. Sistem ini akan bertambah kuat bekerja apabila
aktiviti gerak berlaku seperti berlari, berjalan, naik tangga dan sebagainya. Ia
kembali normal apabila seseorang itu berada dalam kedaan rehat atau tidur.
Ketika seseorang menarik nafas, paru-paru akan mengembang dan apabila nafas
dilepaskan paru-paru akan mengecil. Semuanya berlaku secara automatik.
Dalam proses latihan penafasan, teknik mengawal pernafasan merupakan aspek
yang penting dalam melatih seseorang melagukan khususnya dalam bacaan alQuran dengan nafas yang panjang dan lebih selesa. Ini bertujuan untuk
mengalunkan harakah-harakah tarannum dengan lebih sempurna dan menarik
di samping waqaf ibtida yang lebih tepat. Di antara kaedah latihan
memanjangkan nafas yang dianjurkan adalah seperti Jadual 2.9 berikut.
Jadual 2.9: Kaedah Latihan Memanjangkan Nafas
Bil.

Sistem Latihan Memanjangkan Nafas

1.

Tegakkan kedudukan badan di dalam keadaan bersedia.

2.

Tarik nafas panjang-panjang kemudian kumpulkannya di bahagian perut.

3.

Lepaskan nafas perlahan-lahan tanpa suara dan beransur-ansur serta


lakukannya berulang kali.

4.

Lepaskan nafas perlahan-lahan dengan bersuara secara beransur-ansur dan


terkawal serta lakukannya berulang kali.

5.

Lepaskan nafas di samping menyebut beberapa patah kalimah dalam


keadaan terkawal serta lakukannya berulang kali.

6.

Lepaskan nafas di samping membaca bacaan ayat-ayat atau surah-surah yang


panjang dalam satu nafas dalam keadaan terkawal serta lakukannya berulang
kali.

1.

2.
3.

SEMAK KENDIRI 2.1


Terangkan definisi suara, peranan dan kepentingannya khususnya dalam
bacaan al-Quran.
Apakah yang dimaksudkan dengan Tabaqah, Burdah dan Lahjah Arab?
Huraikan konsep latihan suara secara ringkas.

38 X

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT

Seni tahsin al-sout merupakan salah satu cabang dalam kesenian Islam
yang menjurus kepada bidang seni membaca al-Quran dengan suara yang
lunak.

Seni juga adalah merupakan salah satu bahagian daripada naluri


semulajadi yang lahir dari jiwa atau rohani manusia.

Islam menggalakkan umatnya membaca ayat suci al-Quran dengan suara


yang lunak sehingga dapat memberi kesan kepada hati si pembaca
mahupun orang yang mendengarnya.

Kesenian Islam dikatakan mula berkembang sejak zaman Nabi Daud a.s
dan puteranya Nabi Sulaiman a.s.

Menurut fatwa Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca alQuran dengan berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka
hukumnya adalah haram menurut ijmak para ulama.

Peranan suara dalam bacaan al-Quran adalah selari dengan bidang tajwid,
tartil dan tarannum. Di antaranya ialah menentukan bunyi, tekanan dan
peningkatannya.

Di antara ciri-ciri suara yang berlahjah Arab adalah kemanisan dan


kebasahan suara, gema suara yang meninggi ke arah Khayshum,
kelembutan bunyi yang berbudaya kearaban dan pergerakan suara di
samping burdah yang berbudaya kearaban.

Latihan suara manusia ini boleh mengubah suara dari tahap suara biasa ke
tahap yang terbaik.

Dalam proses latihan pernafasan, teknik mengawal pernafasan merupakan


aspek yang penting dalam melatih seseorang melagukan, khususnya dalam
bacaan al-Quran dengan nafas yang panjang dan lebih selesa.

TOPIK 2 TAHSIN AL-SOUT W

39

KATA KUNCI
Burdah

Lunak
Menambah Huruf
Seni Suara
Seni Suara
Tabaqah

Kelunakan Suara
Kualiti Suara

Lahjah Arab
Latihan Pernafasan
Latihan Suara

Tahsin al-Sout

Mahdi Muhammad al-Hirazi. (2001). Bughyah al-Murid Min Ahkam al-Tajwid.


Beirut: Dar al-Basyair al-Islamiyyah.
Manna Khalil Qattan. (1998). Mabahis Fi `Ulum al-Quran. Beirut: Muassasah alRisalah.
Manna Khalil al-Qattan. (1973). Studi ilmu-ilmu Quran (terj. Drs. Mudzakkir
AS.). Jakarta: Litera AntarNusa.
Muhammad Abdul Azim al-Zalqani. (2001). Manahil al-Irfan fi Ulum al-Quran.
Beirut: Al-Maktabah al-Asriyyah.
Muhammad Khazar al-Mujali. (2003). Al-Wajiz Fi `Ulum al-Kitab al-`Aziz. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.
Muhammad Rajab Farjani. (1976). Kaifa Nataaddabu Maa al-Mushaf. Qahirah:
Dar al-Itisam.
Muhd. Ali bin Abu Bakar. (1997). Seni lagu al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur:
Darul Fikr.
Nik Jaafar bin Nik Ismail.(1998). Qawaid Tarannum. Kuala Lumpur: Darul Fikr.
Salah `Abd al-Fattah al-Khalidi. (1994). Mafatih Li al-Ta`amul Ma`a al-Quran.
Dimashq: Dar al-Qalam.

Anda mungkin juga menyukai