Anda di halaman 1dari 25

Topik

Pengetahuan
Asas Seni
Visual

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Menjelaskan makna pendidikan seni visual dalam konteks KBSR;

2.

Menerangkan bidang-bidang yang terdapat dalam pendidikan seni


visual di sekolah rendah;

3.

Mengenal pasti asas seni reka dalam konteks berkarya yang berjaya;
dan

4.

Membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan pengajaran dan


pembelajaran pendidikan seni visual di sekolah.

PENGENALAN

Kini, pendidikan seni visual telah dimartabatkan sepenuhnya sebagai subjek


yang berperanan besar dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah kerana
subjek ini merentasi kurikulum dalam subjek-subjek lain. Dalam pengajaran
guru, pendidikan seni visual menjadi alat bantu asas mengajar yang baik melalui
penampilan grafik yang efisyen, pemilihan warna harmoni dan reka bentuk
maujud yang cantik. Di kalangan pelajar, pendidikan seni visual menjadi subjek
penting untuk berkreativiti bagi melahirkan insan yang celik seni dan
berbudaya.

60

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

4.1

PENGENALAN SENI VISUAL

Pendidikan seni visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak dan
tidak tampak kepada seni muzik, seni teater, seni sastera, seni mempertahan diri
dan seni fotografi. Subjek ini lebih menekankan kegiatan dalam proses
penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.
Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui
penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi pelajar. Pelajar
diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi
kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan
kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum
pendidikan seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar,
membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan serta kraf
tradisional. Pelajar dilatih untuk melihat subjek ini dari perspektif yang lebih
luas, sama ada dalam aspek estetik mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek
ini, pelajar akan dapat membuat pemahaman mengenai pelbagai khazanah
dalam konteks seni warisan bangsa.

4.1.1

Bidang-bidang dalam Seni Visual

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, terdapat empat bidang dalam pendidikan
seni visual sekolah rendah iaitu:
x

Melukis dan membuat gambar

Membuat rekaan dan corak

Membentuk dan membuat binaan

Kraf tradisional

Mari kita bincang bidang-bidang ini dengan lebih mendalam.


(a)

Melukis dan Membuat Gambar


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis
serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan
menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi. Penguasaan
gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian
bahan dan teknik yang diaplikasikan. Rajah 4.1 menunjukkan teknik-teknik
tersebut.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

61

Rajah 4.1: Antara teknik menggambar yang sering dilaksanakan di dalam bilik darjah

Dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan


subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar
untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti
menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan pelbagai alat dan bahan
untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini
membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi. Ia juga
penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar.
(b)

Membuat Rekaan dan Corak


Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada pelajar memahami pelbagai
cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu
rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada
mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak terjadi daripada pelbagai teknik dan cara.

62

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat


secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada:
(i)

Alam semula jadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;

(ii)

Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting;

(iii) Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat; dan
(iv) Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.
Jadual 4.1 menyatakan dua jenis susunan corak yang utama, iaitu penuh
dan selang seli.
Jadual 4.1: Jenis-jenis Susunan Corak
Jenis Penuh

Jenis Selang Seli

Turun satu suku

Tampak dam dan tampak catur

Turun tiga suku

Siku keluang

Turun separa

Pucuk rebung

Sisik ikan

Orgee

Batu bata

Tunggal

Berpusat

Sendeng

Berombak

Jidar

Berjalur

Cerminan

Teknik Corak
Teknik corak dibuat dengan dua cara iaitu, terancang dan tidak terancang.
Ia bergantung pada kesesuaian motif dan tujuan corak ini dihasilkan. Sila
rujuk kepada Rajah 4.2 dan 4.3:

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

Rajah 4.2: Corak terancang

Rajah 4.3: Corak tidak terancang

63

64

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

(c)

Membentuk dan Membuat Binaan


Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni
dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan
aspek tersebut, pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka
membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan
membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan
penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi
peluang kepada pelajar berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan
semasa menjalankan proses penghasilan seni.
Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah
merangkumi:
(i)

Arca timbul;

(ii)

Arca asemblaj;

(iii) Arca mudah alih;


(iv) Arca stabil;
(v)

Model;

(vi) Diorama;
(vii) Boneka;
(viii) Topeng; dan
(ix) Origami.
Antara tema dan subjek yang kerap dipilih adalah:
(i)

Alam semula jadi;

(ii)

Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis;

(iii) Aliran dan tema sejagat; dan


(iv) Keperluan dan pengalaman harian.
(d)

Kraf Tradisional
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja
berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta
memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun
temurun mengikut kaum masing-masing.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

65

Berikut disenaraikan jenis-jenis kraf, iaitu:


(i)

Alat domestik;

(ii)

Alat permainan;

(iii) Alat mempertahankan diri;


(iv) Batik;
(v)

Seni tekat;

(vi) Tembikar;
(vii) Anyaman;
(viii) Kelarai; dan
(ix) Ukiran.

4.1.2

Estetika dalam Pendidikan Seni Visual

Hasilan karya dapat menampilkan watak, identiti dan keunikan pelukis yang
dicernakan melalui mesej dan falsafahnya. Sehubungan itu, reka cipta dan
kreativiti pelukis akan menjangkau kepada bidang-bidang dan simbol-simbol
yang telah dibuat oleh pengkarya yang terdahulu dengannya. Mereka akan
membuat kembara seni melalui pelbagai uji kaji dan penemuan: bentuk, rupa,
warna, persepsi dan perasaan yang akhirnya menyelesaikan suatu
permasalahan. Justeru, setiap hasilan pastinya ada cetusan idea dalam ruang
lingkup yang ingin dinukilkan. Burgurt (1961) berpendapat semua orang yang
terlibat dengan pembuatan karya seni semestinya membuahkan suatu keunikan
secara personal untuk disampaikan dalam karyanya.
Apabila pelukis memikirkan kreativiti dalam berkarya, sebenarnya pelukis juga
memikirkan nilai estetika yang ingin ditampilkan. Bagaimana estetika itu boleh
ditampilkan dalam karya?

66

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

Jadual 4.2 menjelaskan empat kaedah estetika yang kerap ditampilkan dalam
karya.
Jadual 4.2: Kaedah Estetika dalam Karya
Kaedah

Penerangan

Peniruan sebagai
representasi gambar
dan imej

Dalam berkarya, peniruan menjadi satu cara dan gayaan


untuk mewujudkan nilai estetika. Peniruan bermakna
menterjemah secara langsung objek atau imej. Estetika yang
ditampilkan daripada gayaan ini mengikut sejauh mana
pelukis dapat menterjemah semula estetika semula jadi atau
tiruannya. Walaupun, Plato menyangkal keras kegiatan
peniruan ini, namun untuk tujuan pembelajaran ia
dibolehkan.

Ekspresi dalam
perasaan dan emosi

Pelukis-pelukis agong seperti Pablo Picasso, Monet, Degas,


Van Gogh dan Goya sering mengekspresikan lukisannya
mengikut perasaan dan emosi. Tema-tema yang berkaitan
dengan kesedihan, kegembiraan, keporakperandaan dan
kecelakaan yang melanda seseorang, tempat, kerajaan dan
negara ditampilkan di kanvas dan arca-arca mereka.
Kebolehan mengekspresikan perasaan dan emosi ini dapat
menimbulkan nilai estetika kerana ia selaras dengan mesej
yang ingin disampaikan.

Menggunakan kaedah
formalistik

Estetika dalam konteks ini menggunakan hukum dalam


prinsip-prinsip rekaan dan unsur-unsur seni. Ia menunjukkan
penguasaan unsur-unsur seni seperti garisan, warna, ruang,
jalinan, bentuk dan rupa. Dari kefahaman ini, karya digubah
dan diolah melalui prinsip-prinsip rekaan seperti harmoni,
pergerakan, kontra, kepelbagaian, pengasan, imbangan dan
kesatuan. Setelah memahami pengetahuan mengenai prinsip
di atas, menstrukturkan rekaan menjadi satu aspek yang
penting. Olahan ruang, pilihan warna harmoni, malah hal
subjek diambil kira untuk menstrukurkan imej gambar
sehingga tertampil sebuah karya yang kelihatan gah, berprestij
dan agong.

Keaslian

Dalam berkarya, keaslian menjadi ciri yang penting dan perlu


difahami oleh pelukis. Dalam berkarya, menciplak atau plagiat
adalah suatu yang ditegah dan dituduh sebagai pelukis
murahan. Justeru dengan pendirian sedemikian, nilai
estetikanya terserlah dari keunggulan idea atau gagasan.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

4.2

67

ASAS SENI REKA

Subtopik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam asas seni reka, iaitu
unsur seni, prinsip-prinsip dan struktur rekaan dan akhir sekali penyerapan
unsur seni visual di sekolah rendah dengan lebih lanjut.

4.2.1

Unsur Seni

Unsur seni terdiri daripada enam unsur utama iaitu, garisan, warna, jalinan,
rupa, bentuk dan ruang. Mari kita bincang unsur-unsur tersebut satu persatu.
(a)

Garisan
(i)

Garisan merupakan cantuman satu siri titik;

(ii)

Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu, putus-putus,


bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi;

(iii) Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan


menggambar; dan
(iv) Melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan
gambar, membuat rupa dan membentuk.
Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti;
(i)

Teknik koyakan;

(ii)

Teknik tampalan;

(iii) Teknik kolaj;


(iv) Teknik gosokan;
(v)

Teknik cetakan; dan

(vi) Teknik capan.


(b)

Warna
Warna terdiri daripada tiga jenis iaitu:
(i)

Warna asas;

(ii)

Warna sekunder; dan

(iii) Warna tertier.

68

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

Rajah 4.4: Roda warna

Warna asas terdiri daripada biru, merah dan kuning (sila rujuk Rajah 4.4).
Warna ini tidak boleh dihasilkan melalui campuran warna lain tetapi boleh
menghasilkan warna sekunder apabila ia dicampurkan antara satu sama
lain.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

69

Sebagai contoh campuran warna:


Kuning + Biru = Hijau (warna sekunder)
Merah + Biru = Ungu (warna sekunder)
Kuning + Merah = Oren/jingga (warna sekunder)
Warna asas dan warna sekunder apabila dicampurkan akan membentuk
warna tertier. Warna tertier terbentuk hasil daripada campuran satu warna
asas dengan satu warna sekunder yang bersebelahan di dalam roda warna
(sila rujuk Rajah 4.4).
Warna asas + Warna sekunder = Warna tertier
Pada amnya, warna asas adalah ibu segala warna. Kefahaman mengenai
warna ini memudahkan pelajar dalam kerja-kerja mewarna kepada subjek
yang dihasilkan.

AKTIVITI 4.1
Apakah warna penggenap? Dengan
bagaimana ia terbentuk? Bincangkan.

(c)

menggunakan

warna,

Jalinan
Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada
kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semula jadi atau
daripada buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semula jadi
mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa.

70

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

Jadual 4.3 menyatakan dua jenis jalinan.


Jadual 4.3: Jenis-jenis Jalinan
Jenis-jenis

Penerangan

Jalinan tampak

Dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua matra


atau dimensi. Ia terdiri daripada gambar, slaid, billboard,
paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia wujud
dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalinan
secara sentuhan.

Jalinan sentuh

Dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga


dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit
kerang, simen, buah durian dan lain-lain lagi.

Jalinan boleh dihasilkan melalui:


(i)

Teknik cetakan;

(ii)

Teknik pualaman;

(iii) Teknik kolaj;


(iv) Teknik campuran;
(v)

Teknik binaan; dan

(vi) Teknik cantuman.


(d)

Rupa
Rupa adalah cantuman di antara dua hujung garisan iaitu permulaan
garisan dan penghujung garisan. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek
dan bersifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi kepada dua, iaitu rupa
organik dan rupa geometri. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang
berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di
dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Ia berbeza dengan rupa geometri yang
terikat dengan bentuk yang khusus seperti bulat, empat segi, kon, kubus,
selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain. Secara
lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.
Jenis-jenis rupa adalah:
(i)

Rupa positif dan negatif;

(ii)

Rupa dan corak;

(iii) Rupa dan lambang; dan


(iv) Rupa dan muka taip.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

(e)

71

Bentuk
Bentuk secara mudahnya mempunyai isi padu. Ia lebih lengkap jika
dibandingkan dengan rupa. Rupa lebih terperinci sifatnya jika dilukis atau
digambarkan kerana ton dan jalinan ruangnya diaplikasi sekali gus.
Jadual 4.4 menyatakan jenis-jenis bentuk.
Jadual 4.4: Jenis-jenis Bentuk
Jenis-jenis Bentuk

Penerangan

Bentuk ilusi (maya)

Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan,


foto, ilustrasi, lukisan dan gurisan. Bentuk ilusi hanya
dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia
berpermukaan datar kerana dalam bentuk dua dimensi.

Bentuk konkrit

Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisi


padu atau berjisim dan mempunyai ton, warna,
jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian,
bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

Sila rujuk Rajah 4.5 untuk gambaran lebih jelas.

Rajah 4.5: Bentuk ilusi ke bentuk konkrit

(f)

Ruang
Ruang merupakan kawasan di antara atau di sekeliling objek. Ia
menggambarkan aspek kekosongan di antara objek atau garisan. Ruang
berada di luar, di tepi, di atas atau sebagainya. Dalam kerja menggambar,

72

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna.


Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan dengan garisan, perspektif, warna dan
bentuk.

4.2.2

Prinsip-prinsip Rekaan

Sila rujuk Jadual 4.5 untuk prinsip-prinsip rekaan.


Jadual 4.5: Prinsip-prinsip Rekaan
Prinsipprinsip

Penerangan

Harmoni

Harmoni menggambarkan situasi yang selesa, teraputik, nyaman, aman


dan tenang. Situasi ini berkaitan dengan konsep keseragaman,
kesamaan, imbangan dan penyerapan. Konsep ini menimbal balas
kepada garisan, bentuk, rupa, jalinan, ruang dan warna yang saling
lengkap melengkapi dan tiada unsur percanggahan di dalamnya.

Penegasan

Penegasan dalam konteks pendidikan seni visual bermaksud


kemampuan sesuatu unsur untuk menarik perhatian si pemerhati. Cara
ini boleh dilakukan ialah dengan mewujudkan kelainan atau keganjilan
dalam hal subjek yang diutarakan. Unsur-unsur seni seperti garisan,
ruang, bentuk, jalinan, rupa dan warna merupakan unsur biasa yang
boleh dikaitkan dengan penegasan.

Imbangan

Imbangan menunjukkan agihan ruang dari segi kedudukannya. Jika


ruangan kiri dan kanannya seimbang, ia bermaksud kedudukan objek
berada dalam keadaan yang stabil, sama berat dan sifatnya harmoni.
Imbangan seringkali dikaitkan dengan saiz, jarak, bentuk, jalinan, rupa
dan warna. Imbangan boleh jadi dalam bentuk simetri atau bukan
simetri. Imbangan simetri bermaksud pembahagian ruang yang
seimbang kiri kanan dan/atau atas bawah. Jika sebaliknya, ia
membentuk imbangan tidak simetri.

Kontra

Kontra menunjukkan percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri


yang ingin diutarakan dalam hal subjek karya. Ciri-ciri yang
berlawanan ini disengajakan untuk mendapatkan reaksi si permerhati.
Kontra boleh berlaku pada rupa, bentuk, garisan, warna dan corak.

Pergerakan

Selain perhatian yang dikontrakan, pergerakan sesuatu objek dalam


gambar juga boleh menambah kekuatan imej gambar itu. Pergerakan
sesuatu kenderaan bermotor, misalnya, nampak lebih hebat dan
menarik apabila ada unsur pergerakan tambahan yang menjadikan ia
kelihatan seperti bergerak. Pergerakan boleh dihasilkan melalui rupa,
jalinan, ruang dan warna.

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

73

Kesatuan

Kesatuan dalam pendidikan seni visual bermaksud gabungan rupa,


corak, bentuk, warna dan jalinan yang boleh menimbulkan suatu tema
atau keseragaman pendapat. Kesatuan boleh dihasilkan melalui
kesatuan bentuk, rupa, corak dan warna. Apabila penyerapan unsurunsur seni ini berlaku dengan seimbang, harmoni dan saksama ia akan
mewujudkan kesatuan.

Kepelbagaian

Kepelbagaian bererti kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan


persembahan yang membentuk satu gubahan. Kombinasi unsur-unsur
seperti jalinan, rupa, bentuk, warna, ruang dan sebagainya akan
membentuk kesatuan dalam kepelbagaian. Perkara penting yang perlu
diambil kira untuk mewujudkan kepelbagaian yang harmoni ialah
dengan menyusun atur secara seimbang dan bersesuaian.

AKTIVITI 4.2
1.

Apakah itu imbangan simetri? Dengan menggunakan contoh di


persekitaran anda, lukiskan lima objek yang mempunyai imbangan
simetri.

2.

Dengan mengambil satu hasil catan yang lengkap, jelaskan


bagaimana pelukis tersebut mengaplikasikan prinsip-prinsip
rekaannya.

4.2.3

Struktur Rekaan

Sebelum berkarya, pertimbangan awal yang menjadi perhatian ialah bagaimana


penstrukturan perihal benda dilakukan. Ia dilakukan untuk mendapatkan suatu
hasilan yang baik dan memenuhi spesifikasi karya yang terancang. Untuk
mendapatkan struktur yang baik, lakaran asas yang mungkin rupa geometri atau
rupa organik digunakan. Struktur asas yang digunakan boleh dibahagikan
kepada dua iaitu:
(a)

Garisan grid
Garisan grid adalah garisan-garisan silang di atas kertas di mana petakpetak terbentuk dan motif corak dilukis pada setiap petak tadi.

(b)

Garisan struktur
Garisan struktur pula ialah garisan yang terbentuk mengikut sifat objek
yang dilukis. Contohnya, bagi sebuah payung, garisan strukturnya
terbentuk sebagai garisan berpancar dari tengah payung itu. Bagi ubat

74

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

nyamuk pula, garisan berpusar menjadi struktur garisannya dan


berpandukan garisan-garisan struktur inilah kerja-kerja menggambar
diteruskan. Rajah 4.6, 4.7 dan 4.8 menunjukkan contoh-contoh grid.

Rajah 4.6: Grid menjadi asas mencorak menggunakan ubi kentang

Rajah 4.7: Grid digunakan untuk menggambarkan struktur rekaan

Rajah 4.8: Grid menjadi panduan untuk membuat rekaan corak

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

4.2.4

75

Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah

Peter Mortimore (1995) mengatakan bahawa sekolah merupakan pendorong


utama pembelajaran di kalangan pelajar. Abd. Rahman Saleh (1976)
menyarankan agar sebuah sekolah yang berkesan dapat dicapai dengan
menggunakan asas-asas didaktik dalam usaha membangkit minat,
memperagakan mata pelajaran, menghasilkan pelajar aktif, mengadakan
penyajian ilmu secara sistematis dan pemilihan bahan yang tidak pasif. Soalnya,
bagaimanakah seni visual ini dapat mencapai sasarannya? Menurut Abd.
Rahman Saleh ia boleh dilaksanakan dengan beberapa cara.
(a)

Pengajaran seni visual dijalankan dengan operational yang khusus.


Maknanya, setiap warga sekolah bertanggungjawab menyerap unsur seni
secara menyeluruh. Ia boleh dilakukan di setiap penjuru kawasan sekolah
yang mungkin berupa landskap, mural, arca, taman permainan, simbolsimbol dan grafik yang menarik. Warga sekolah seharusnya sayang dan
cintakan seni tersebut.

(b)

Memilih kaedah yang tepat. Ini berkaitan dengan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Guru besar sekolah seharusnya mendokong watak sebagai
hero dalam menggunakan peranan seni visual bagi menceriakan
sekolahnya. Guru-guru yang layak dan relevan sahaja yang dibenar untuk
mengajar seni visual. Peralatan seni dan kemudahan belajar dalam konteks
mentarbiyah pelajar dengan seni lengkap, canggih dan sentiasa mendapat
perhatian pihak sekolah.

(c)

Menggunakan peralatan dan bahan seni visual dengan sebaik-baiknya.


Guru seni yang ingin melihat kewujudan keceriaan sekolahnya akan
mengawal, mengawas dan menyelia peralatan seninya dengan baik dan
sistematik.

(d)

Adakan evaluasi atau penilaian mengenai agenda memartabatkan seni di


sekolah. Maksudnya, adakan hadiah atau ganjaran diberi kepada orang
atau kelas yang dapat membuat penampilan seni yang baik dan cemerlang?
Ini boleh dilakukan secara pertandingan, spot-check, kempen atau agenda
tahunan sekolah.

Seterusnya perlaksanaan pendekatan didaktik di sekolah


dilaksanakan ke atas pelajar melalui pendekatan yang berikut:

akan

dapat

(a)

Pelajaran seni harus mempunyai nilai kemasyarakatan, mempunyai


hubungan dengan kehidupan sehari-hari.

(b)

Pelajaran seni dapat diberikan dengan jelas sehingga pelajar dapat


mempelajari penyelesaian sendiri masalah-masalah yang dihadapi.
Sehubungan dengan itu, struktur pelajaran mesti dirancang dengan baik.

76

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

(c)

Guru dan pelajar harus mempunyai hubungan yang baik. Guru harus
membantu dan mendorong kegiatan belajar dan ini dapat membangkitkan
persaingan dengan kerjasama pelajar.

(d)

Memberikan kesempatan seluas-luasnya kepada pelajar-pelajar untuk


mencuba, menyelidik, menyelesaikan masalah dan dididik untuk berdikari.

(e)

Penyajian bahan harus diatur berurutan sehingga tujuannya dapat


ditetapkan dengan jelas. Kesukaran-kesukaran harus diatur secara
bertingkat atau mengikut turutan.

(f)

Untuk meningkatkan usaha dan memperoleh gambaran yang telah dicapai,


guru harus mengadakan penilaian pelajaran. Haruslah diingat bahawa
penilaian merupakan sebahagian daripada proses mengajar.

Sekiranya masalah masih berlaku, apakah formula penyelesaiannya? Dr. Wan


Zahid (1993) mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah ini,
antaranya, sila rujuk Jadual 4.6:
Jadual 4.6: Langkah-langkah Penyelesaian
Langkah-langkah

Penerangan

Pembetulan (correction)

Membetulkan fakta dan konsep yang menyeleweng.

Orientasi (orientation)

Memasukkan pandangan, visi dan tafsiran yang tepat


mengenai mata pelajaran ini.

Penyelarasan (reconciliation)

Menyelaras disiplin-disiplin ilmu yang mengganggu


dan menggagalkan.

Kesepaduan (integration)

Menyatupadukan seluruh ilmu dalam satu acuan atau


paradigma yang berteraskan tauhid.

Namun begitu kejayaan ini, menurut Peter Mortimore (1995), boleh berlaku jika:
(a)

Guru besar berperanan sebagai pemimpin utama sekolah;

(b)

Perkongsian wawasan dan tujuan;

(c)

Pengajaran yang bertujuan atau bermatlamat;

(d)

Jangkaan kejayaan yang tinggi;

(e)

Saranan supaya memberi galakan yang berterusan dalam amalan


pembelajaran;

(f)

Pemantauan kemajuan dan menilai prestasi pelajar;

(g)

Hak pelajar dan tanggungjawab pelajar dipelihara dan dihormati;

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

77

(h)

Hubung kait antara rumah (ibu bapa) dan sekolah (guru-guru) adalah
penting; dan

(j)

Organisasi yang baik dan berkesan penting untuk menanggap, menaakul


dan membina pengalaman.

Akhirnya, hasil (outcome) sekolah dalam penyerapan unsur seni dapat


dilaksanakan dengan berjaya sekiranya ada kerjasama secara menyeluruh.

4.3

AKTIVITI SENI VISUAL

Subtopik ini akan membincangkan aktiviti-aktiviti seni visual dengan lebih


lanjut.

4.3.1

Menggambar

Kegiatan menggambar melibatkan pelbagai jenis teknik, alat dan bahan serta
penilaian. Jadual 4.7 menyenaraikan jenis-jenis teknik dan bahan serta alat yang
terlibat.
Jadual 4.7: Jenis Teknik dan Bahan serta Alat yang Terlibat
Jenis-jenis
Teknik

Bahan

Alat

Lukisan

Kertas, kanvas, kain, papan lapis

Pensel, pensel warna, pen


teknikal, pastel minyak, krayon,
arang, berus

Catan

Kertas, kanvas, kain, papan lapis,


linseed, air, turpentin

Berus, pisau
kadbod, papan

Kolaj

Kertas warna, gam, kapas, bahanbahan tampalan

Gunting, pisau, mangkuk

Montaj

Kertas, gambar,
khabar, gam

Gunting, pisau, pembaris

Cetakan

Dakwat cetak, gam, turpentin,


minyak tanah, minyak linseed,
papan

Penggelek,
papan,
spatula,
cermin, kertas surat khabar

Resis

Kertas, lilin, minyak, air, warna air

Berus, scrapper

Gosokan

Warna, kertas, pensel


pensel, pastel minyak

Kain, papan

Stensilan

Profilm, kertas, dakwat cetak, dye

Squeezy, penggelek dan kain

Percikan

Warna, air, kertas,

Berus, straw, berus gigi

Gurisan

Kayu, kertas, lilin, dakwat

Alat geometri, pembaris

majalah,

surat

warna,

palet,

easel,

78

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

Capan

Warna, dakwat, kertas, bahanbahan terbuang, gam

Papan, gunting, pisau

Mozek

Gam, kertas tebal, kertas warna

Gunting, pisau

Rajah 4.9 dan 4.10 menunjukkan antara contoh teknik menggambar.

Rajah 4.9: Menggambar menggunakan teknik kolaj

Rajah 4.10: Menggambarkan dengan menggunakan teknik catan

4.3.2

Membuat Rekaan dan Corak

Jadual 4.8 dan 4.9 menyatakan secara ringkas bagaimana membuat rekaan dan
corak terancang dan tidak terancang.
Jadual 4.8: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan
Corak Terancang
Jenis Teknik
Lukisan

Bahan

Alat

Kertas, kanvas, kain, papan


lapis

Pensel,
pensel
warna,
pen
teknikal, pastel minyak, krayon,
arang, berus

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

79

Catan

Kertas, kanvas, kain, papan


lapis, linseed, air, turpentin

Berus, pisau palet, easel, kadbod,


papan

Kolaj

Kertas warna, gam, kapas,


bahan-bahan tampalan

Gunting, pisau, mangkuk

Montaj

Kertas, gambar, majalah, surat


khabar, gam

Gunting, pisau, pembaris

Cetakan

Dakwat cetak, gam, turpentin,


minyak tanah, minyak linseed,
papan

Penggelek,
papan,
spatula,
cermin, kertas surat khabar

Resis

Kertas, lilin,
warna air

Berus, scrapper

Capan

Warna, dakwat, kertas, bahanbahan terbuang, gam

Papan, gunting, pisau

Kaligrafi

Kertas, warna, dakwat

Pen kaligrafi, buluh, resam

minyak,

air,

Jadual 4.9: Teknik, Bahan dan Alat yang digunakan dalam Membuat Rekaan dan
Corak Tidak Terancang
Jenis Teknik

Bahan

Alat

Pualaman

Kertas, air, cat kilat, cat


minyak

Besen, berus

Tiupan

Kertas, kanvas, warna air,


warna batik

Straw, berus

Titisan

Warna air, lilin, api

Pembaris keluli

Ikatan dan celupan

Kertas, tisu, warna batik,


getah gelang, kain

Besen warna, berus

Renjisan dan percikan

Warna air, kertas, kanvas

Berus, bekas warna

80

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

4.3.3

Membentuk dan Membuat Binaan

Jadual 4.10 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk membentuk
dan membuat binaan.
Jadual 4.10: Teknik, Bahan dan Alat untuk Membentuk dan Membuat Binaan
Jenis Teknik

Bahan

Alat

Arca timbul

Kepingan kayu, plaster of paris,


batu, kayu, plastik, kertas lumat,
paper-mache, tanah liat

Pahat, penukul, alat pengukir,


pengikis, kikir pari, kertas pasir

Asemblaj

Kayu, logam, batu, simen,


bongkah
kayu,
alat
ganti
kenderaan, bahan kutipan, besi

Alat patri, skru, paku, gergaji,


ragum, gerudi, sepana hidup,
pemutar skru

Mobail

Besi, dawai, kertas, tali temali,


plastik, kepingan logam, zink,
kadbod

Gunting besi, alat patri, sepana,


gerudi, pemutar skru

Stabail

Simen, kepingan logam, plastik,


alat ganti kenderaan, besi, logam,
papan

Alat patri, skru, paku, gergaji,


ragum, gerudi, sepana hidup,
pemutar skru

Model

Kertas tebal, loyang, gangsa,


papan lapis, zink, akar kayu,
papan

Gunting besi, alat patri, sepana,


gerudi, pemutar skru

Diorama

Papan lapis, papan, zink, cermin


lutsinar, patung, karangan laut

Gunting besi, alat patri, sepana,


gerudi, pemutar skru

Boneka

Tekstil, span, plastik, tali, cat,


penyembur warna, gam Dunlop
atau UHU

Gunting, pisau, playar, pemutar


skru

Topeng

Paper-mache, plastik, kertas surat


khabar, habuk papan, gam,
piring plastik, warna

Gunting, pisau, besen

Origami

Kertas, tekstil, benang

Gunting, pisau

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

4.3.4

81

Kraf Tradisional

Jadual 4.11 menerangkan secara ringkas apa yang diperlukan untuk kraf
tradisional.
Jadual 4.11: Teknik, Bahan dan Alat untuk Kraf Tradisional
Jenis Teknik

Bahan

Alat

Alat domestik

Kepingan kayu, tempurung,


besi, kayu, manik

Pahat, penukul, alat pengukir,


pengikis, kikir pari, kertas pasir,
gergaji kecil

Alat permainan

Buluh, kertas, benang, gam,


kertas warna, kayu

Gunting, pisau, gam, gergaji kecil,


pemutar skru, skru

Alat
pertahanan diri

Kayu, timah, besi, plumbum,


loyang

Gunting besi, alat patri, sepana,


gerudi, pemutar skru

Alat perhiasan
diri

Benang, tekstil, prada, gam,


butang, kayu

Gunting, pisau, gergaji


pemutar skru, ragum

Batik

Kain putih, campuran lilin,


pewarna, pemati warna, debu
soda, pelembut kain atau
fabrik

Canting, pemidang kayu, berus,


dapur atau plat pemanas, periuk,
besen besar

Tekat

Benang emas, benang putih,


kain dasar, baldu, kertas
tebal, gam, rotan saga

Pemidang kayu berkaki, cuban

Tembikar

Tanah liat, kaolin

Pisau, span, penggelek, papan


golek, gergaji kecil, pengayak,
dawai, pemotong, kayu ukur,
angkup luar, pinggan, kayu,
pengguris dan berus

Anyaman

Pandan, mengkuang, daun


nipah, buluh, paku pakis,
daun serdang, rotan, rumput
rampai

Parang, alat jangka, pelurut,


tempayan, besen, periuk, penyisip,
pisau kecil

Ukiran kayu

Kayu

Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau,


kikir, ketam, pengikis, daun
mempelas, berus, syelek

kecil,

82

X TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

AKITIVITI 4.3
Telitikan batik Malaysia dan batik Indonesia. Nyatakan perbezaan dan
persamaan yang ketara dari segi penghasilannya.

Dalam topik ini, pengetahuan asas seni visual menjadi bahan penting dan
perlaksanaannya bukan terhad pada waktu yang ditetapkan tetapi boleh
diserap dan diterap dalam mata pelajaran lain pada bila-bila masa sahaja.

Terdapat empat bidang dalam pendidikan seni visual iaitu melukis dan
membuat gambar, membuat binaan serta kraf tradisional. Kesemuanya
mempunyai teknik-teknik tertentu.

Asas seni reka


dibincangkan.

Unsur seni visual boleh diserapkan di sekolah rendah melalui pemilihan


kaedah yang tepat, penggunaan peralatan yang baik dan penilaian yang
bersesuaian.

Antara aktiviti seni visual ialah penggambaran, membuat rekaan dan corak,
membentuk dan membuat binaan serta kraf tradisional.

seperti

unsur-unsur

dan

Asemblaj

Montaj

Diorama

Mudah alih

Kaolin

Resis

prinsip-prinsipnya

turut

TOPIK 4 PENGETAHUAN ASAS SENI VISUAL

83

Chee, K. (1999). Pendidikan seni. Bangi: Penerbitan Pelangi,


Edwards, B. (1986). Drawing on the artist within. New York: Simon & Schuster,
Inc.
Gardner. H. (1989). Toward more effective arts education, arts, mind and
education. Chicago: University of Illinois Press.
Hurwitz, A. & et. al (2001). Children and their art. Fort Worth: Harcourt College
Publishers.
Lark-Harovitz, Lewis H. P. & Luca. M., (1967). Understanding childrens art for
better teaching. USA: Columbus.
Rahmat Salihon. (2003). Pendidikan seni visual tingkatan 1. Selangor Darul
Ehsan: Fajar Bakti
Raja Baharudin. (1999). Kursus amali pendidikan seni PMR. Selangor Darul
Ehsan: Pan Asia Publications, Bhd

Anda mungkin juga menyukai