Anda di halaman 1dari 7

Cap Dagangan Yang Boleh Didaftarkan

Penentuan distinktif

Sejauh mana cap dagangan itu boleh membezakan

Berupaya untuk menjadi berbeza.

Peruntukan dalam seksyen 13 Akta Cap Dagangan 1976 : menyatakan tentang


warna cap dagangan merupakan salah satu faktor dalam menentukan sesuatu
cap itu distinktif.

Contoh warna cap dagangan adalah faktor distinktif


Kes: Smith Kline & French Laborities Ltd lwn Sterling Winthrop Group Ltd

Fakta: permohonan untuk daftar warna pada sarung kapsul. Q samada rupa
penampilan luaran dan kombinasi warna boleh dianggap cap dagangan?

Mahkamah: warna sarung kapsul boleh didaftarkan jika ia distinktif. Faktor lain tidak memperdaya atau mengelirukan, tidak bertentangan dengan undangundang, dan tidak menyinggung mana-mana pihak

Permohonan bagi pendaftaran warna pada sarung kapsul ditentang atas alasan
bahwa rupa penampilan luaran dan kombinasi warna tidak boleh dianggap
sebagai cap dagangan.

Syarat distinktif pada kapsul itu merupakan ciri penting kerana ia disesuaikan untuk
membezakan barang kepunyaan Smith Kline dari barangan peniaga yang lain. Kombinasi
warna boleh didaftarkan dengan syarat ia adalah distinktif.

Cap Dagangan Yang Tidak Boleh Didaftarkan


Seksyen 14(1) : undang-undang melarang pendaftaran sesuatu cap dagangan berikut: **
Imp
Penggunaannya memperdayakan@mengakibatkan kekeliruan kepada orang ramaiinformasi yang tidak boleh dipercayai.
Perkara yang memprejudiskan kepentingan@keselamatan negara.
Menyerupai cap dagangan terkenal milik peniaga lain di Malaysia bagi
barangan@perkhidmatan yang sama.

Bagi cap dagangan terkenal dan didaftarkan di Malaysia untuk


barangan@perkhidmatan yang tidak sama dengan cap dagangan yang dipohon untuk
didaftarkan, penggunaaannya akan menunjukkan perkaitan di antara barang @
perkhidmatan tersebut dengan pemilik cap yang terkenal dan boleh menjejaskan
kepentingaannya akibat penggunaan tersebut,
Cap dagangan yang petunjuk geografi barangan@ perkhidmatan yang tidak berasal dari
wilayah yang dinyatakan, penggunaan petunjuk cap itu di Malaysia akan mengelirukan
orang ramai tentang tempat asal sebenar barang itu.
Cap dagangan wain@spirit yang petunjuk geografi yang mengenal pasti wain@spirit itu
tidak berasal dari tempat yang dinyatakan oleh petunjuk geografi tersebut.
Contoh kes : Elba Group Sdn Bhd v Pendaftar Cap Dagangan dan Paten Malaysia[1998]
Fakta: Pemilik cap dagangan ADAX memohon untuk mendaftarkan cap dagangan adax
tetapi dibantah oleh pemilik berdaftar cap dagangan DAKS;.
Keputusan: Mahkamah perkataan adax dan DAKS bukan sahaja berlainan secara
visual .tapi juga dari segi mana cap adax digunakan untuk menarik pelangga n
tempatan manakala DAKS tumpuan pada pasaran asing atau kelas terpilih pelanggan
tempatan.
Lain-lain sebab menyebabkan cap dagangan ditolak antaranya:
DYMMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, DYMMM Sultan-Sultan, Tuantuan Yang Terutama Yang diPertua Negeri;
Mahkota atau Lambang di Raja atau Imperial, Lencana, Lambang Kebangsawanan atau
Lambang Kebesaran;
Bunga Kebangsaan, Bangunan-Bangunan Kerajaan dan perkataan atau logo ASEAN
Angkatan Tentera di-Raja Malaysia (Darat, Laut dan Udara) dan Polis di-Raja Malaysia;
Bulan Sabit Merah, Palang Geneva dan palang-palang lain seumpamanya;
Cap dagangan seperti bendera, emblem dan lain-lain tanda yang diperlindungkan
selaras dengan peruntukan Article 6ter, Konvesyen Paris.

Contoh Soalan 1 : Trademark


Helmi merupakan pemilik Syarikat Stay Healty Berhad (SSHB) iaitu sebuah syarikat
pengeluar produk-produk kesihatan berasaskan tumbuh-tumbuhan. SSHB telah
menghasilkan pelbagai produk penjagaan kesihatan dan mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada pengguna yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat.
Pada Januari 2007 yang lepas, SSHB telah melancarkan produk minuman kesihatan
terbarunya yang dikenali sebagai Energydrop . Ketika itu juga satu produk minuman
herba Energy dropped keluaran syarikat Minuman Segar Berhad (MSB) telah hangat di
pasaran. Apabila SSHB memohon untuk mendaftarkan cap dagangan Energydrop boleh
menimbulkan kekeliruan dan penipuan kerana kerana dari segi fonetiknya adalah sama.
Selain itu, SSHB juga merancang untuk mengeluarkan vitamin kesihatan yang diperbuat
daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan tertentu khusus untuk wanita yang
berusia 35 tahun ke atas. Pengawai bertanggungjawab untuk produk ini, Encik Safuan
mencadangkan kepada lembaga pengarah SSHB agar vitamin tersebut dikeluarkan
dalam bentuk tablet berbentuk hati dan berwarna hijau untuk menunjukkan ianya
dihasilkan daripada buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Lembaga Pengarah bersetuju
untuk menerima cadangan itu atas alasan bentuk hati membawa maksud untuk
menjaga kesihatan jantung pengguna dan warna hijau melambangkan bahan asal yang
membentuk tablet itu dan ianya berbeza dengan vitamin-vitamin lain yang berada di
pasaran. Bentuk dan warna vitamin tersebut akan didaftarkan dalam masa terdekat ini.
Terbaru, SSHB akan mengeluarkan makanan bijiran yang akan didaftarkan dengan
menggunakan nama Omega. SSHB berpendapat dengan menggunakan nama Omega,
pengguna akan lebih mudah mengingati produk tersebut kerana ianya sama dengan
nama jam tangan terkenal.
Analisa permasalahan di atas berdasarkan peruntukan Akta Cap Dagangan 1976 dan
kes-kes yang berkaitan.
Guideline Answer : Soalan 1
Isu 1: Seksyen 38 : sesuatu cap dagangan berdaftar dilanggar apabila seseorang yang
bukan pemilik berdaftar @ pengguna berdaftar cap itu menggunakan suatu cap
dagangan yang serupa @ hampir menyerupainya hingga memperdayakan atau
mengakibatkan kekeliruan dalam perjalanan perdagangan.
Pelanggaran sesuatu cap dagangan serupa atau hampir menyerupai cap dagangan
berdaftar yang boleh memperdaya atau mengakibatkan kekeliruan.

Contohnya ini juga melibatkan isu cap dagangan yang menggunakan sesuatu perkataan,
penampilan visual dan bunyi fonetiknya yang merupakan ciri penting.
Isunya adakah bila, SSHB telah melancarkan produk minuman kesihatan terbarunya
yang dikenali sebagai Energydrop akan menyebabkan kekeliruan sebab Energy dropped
keluaran syarikat Minuman Segar Berhad (MSB) telah hangat di pasaran pada masa itu?
Merujuk kepada kes Jordache Enterprise Inc Iwn Millennium Pte Ltd [1985], mahkamah
memutuskan cap dagangan Jordane hampir sama @ menyerupai Jordache yang
boleh menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai dalam perjalanan perniagaan. Jadi
defendan dikatakan melakukan pelanggaran di bawah seksyen 38.
Jadi SSHB boleh melakukan pelanggaran bawah seksyen 38 sebab Energydrop dan
Energy dropped boleh mengakibatkan kekeliruan kepada pengguna dalam perjalanan
perniagaan.
Isu 2: Soalannya merujuk kepada produk SSHB, apakah ciri-ciri penting pada vitamin
tersebut yang membezakan dengan vitamin lain di pasaran?
Ciri-ciri penting produk SSHB adalah bentuk vitamin yang berbentuk hati dan
berwarna hijau yang dapat membezakan produk SSHB dengan vitamin lain di pasaran.
Aplikasi : Kes : JS Staedtler & Anor Iwn Lee & Sons Enterprise Sdn Bhd [1993] di mana
mahkamah memutuskan ciri penting pada pensil tersebut adalah pada bentuk hexagon
dengan jalur kuning dan hitam dan ini akan menentukan sama ada berlaku pelanggaran
pada cap dagangan plaintiff.
Rumusan : SSHB semasa membuat pendaftaran cap dagangannya, memberi tumpuan
kepada ciri-ciri penting iaitu bentuk tablet berbentuk hati dan warnanya tabletnya yang
hijau sebab dua ciri penting ini jelas menunjukkan perbezaan antara produk SSHB
dengan vitamin-vitamin lain di pasaran.
Kseimpulan : SSHB berhak mengambil tindakan pelanggaran kepada mana-mana pihak
yang mengeluarkan vitamin yang menunjukkan persamaan dari segi dua ciri penting
produk SSHB.
Isu 3
Seksyen 14(1) (e) : melarang pendaftaran cap dagangan sekiranya cap itu terkenal dan
didaftarkan di Malaysia bagi barangan @perkhidmatan yang tidak sama dengan
barangan@perkhidmatan yang dipohon.

Aplikasi : SSHB dalam pendaftaran makanan bijiran dengan menggunakan nama


dagangan Omega adalah jelas menunjukkan pelanggaran di bawah Seksyen 14(1) (e).
Ini dapat dapat dilihat dalam kes Re Omega.
Kes : Re Omega [1995] : Mahkamah Tinggi Hong Kong menolak permohonan
pendaftaran cap dagangan Omega untuk peralatan menulis bagi menghalang
kekeliruan kepada orang ramai kerana cap Omega terkenal di seluruh dunia termasuk
di Hong Kong sebagai pengeluar jam.
Rumusan : SSHB tidak boleh mendaftarkan makanan bijirannya dengan cap dagangan
Omega sebab akan menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai tentang jenama jam
tangan Omega yang terkenal. Jika SsHB berbuat sedemikian, akan berlaku pelanggaran
berdasarkan seksyen 14(1) (e).
Kesimpulan : Pendaftaran cap dagangan Omega untuk makanan bijiran SSHB adalah
tidak dibenarkan berdasarkan seksyen 14(1)(e) Akta Cap Dagangan 1976 dan kes yang
relevan adalah Re Omega [1995].

Contoh Soalan 2 : Trademark


Anda sebagai pendaftar cap dagangan diminta menentukan sama ada cap dagangan
yang dikemukakan boleh didaftarkan atau tidak, menurut situasi-situasi di bawah.
i)
Sports Attire Sdn Bhd memohon untuk mendaftarkan warna jingga pada kasut
sukan keluarannya sebagai cap dagangan. Sports World Ltd, pesaing kepada Sports
Attire Sdn BHd, mendakwa kasut sukan yang dikeluarkan oleh Sports Attire Sdn Bhd
adalah hampir sama bentuknya dengan kasut sukan keluaran mereka dan perbezaannya
hanyalah pada warna sahaja.
Ii)
ABC Berhad ingin memasarkan rangkaian restorannya ke seluruh rantau Asia
Tenggara dan sebagai permulaannya, ABC Berhad ingin mendaftarkan cap dagangan
restorannya atas nama ASEAN DELiGHT.
Iii)
Mak Munah pengeluar keropok lekor dari Kuala Kedah berhasrat mendaftarkan
cap dagangan lekor keluarannya atas nama KEROPOK LEKOR LOSONG. Sepanjang
pengetahuan anda, keropok lekor losong adalah berasal daripada Terengganu sempena
mengambil masa sebuah tempat yang terkenal dengan aktiviti perniagaan keropok
lekor di Terengganu.

Guideline Answer : Soalan 2


Isu 1) : Adakah Sport Attire boleh memohon pendaftaran cap dagangan kasut sukannya
berdasarkan perbezaan warna iaitu warna jingga merujuk kepada permasalahan yang
diberi?

2) Aplikasi : Menurut Sesksyen 10(1) Akta Cap Dagangan 1976 : untuk sesuatu
cap dagangan didaftarkan harus mempunyai salah satu ciri-ciri seperti : apa-apa
tanda yang distinktif seperti logo, gambar, simbol dan sebagainya.

Akta
Cap
Dagangan
1976
bagi
membezakan
suatu
barang@perkhidmatan/penentuan distinktif: Sejauh mana cap dagangan itu
berbeza dan berupaya untuk menjadi berbeza. Contohnya- warna cap dagangan
juga menjadi faktor dalam menentukan sesuatu cap itu distinktif.

Kes : Smith Kline & French Laborities Ltd Iwn Sterling Winthrop Group Ltd

(1976) Fakta: permohonan untuk daftar warna pada sarung kapsul. Q samada
rupa penampilan luaran dan kombinasi warna boleh dianggap cap dagangan?

Mahkamah: warna sarung kapsul boleh didaftarkan jika ia distinktif. Faktor lain tidak memperdaya atau mengelirukan, tidak bertentangan dengan undangundang, dan tidak menyinggung mana-mana pihak.

3) Rumusan: Warna adalah faktor distinktif (warna jingga pada kasut sukan
Sports Attire Sdn Bhd ) yang membolehkan Sorts Attire Sdn Bhd mendaftarkan
cap dagangannya.

4) Kesimpulan : Sports Attire Sdn Bhd boleh daftar cap dagangan kasut sukannya
berdasarkan warna.

Isu 2) Bolehkah ABC


DELIGHT?

Berhad mendaftarkan

cap dagangannya atas nama ASEAN

1) Aplikasi : Peraturan-peraturan Cap Dagangan 1997 sebab-sebab lian untuk


penolakan pendaftaran- bunga kebagsaaan, bangunan kerajaan, bendera
kebangsaan dan perkataan atau logo ASEAN.
2) Perkataan ASEAN tidak boleh digunakan untuk pendaftaran cap dagangan.
3) Kesimpulan: ABC Berhad tidak boleh mendaftarkan capo dagangannya atas
nama ASEAN delight.

iii)

Bolehkan Mak Munah daftar cap dagangan keropok lekor keluarannya atas nama
KEROPOK LEKOR LOSONG?
1) Aplikasi : Akta Cap Dagangan 1976 memperuntukkan pelanggaran cap
dagangan seperti : Cap dagangan yang petunjuk geografi barangan@ perkhidmatan
yang tidak berasal dari wilayah yang dinyatakan, penggunaan petunjuk cap itu di
Malaysia akan mengelirukan orang ramai tentang tempat asal sebenar barang itu.
2) Rumusan : Nama keropok lekor losong menunjukkan tempat asal keropok
lekor tersebut(petunjuk geografi-berasal dar Terengganu) jadi jika Mak Munah
menggunakan nama teersebut akan mengelirukan pengguna.
3) Kesimpulan : Mak Munah tidak boleh daftarkan cap dagangan keropok lekor
keluarannya atas nama keropok lekor losong : sebab terdapat unsur petunjuk
geografi(Terengganu-tempat terkenal aktiviti perniagaan keropok lekor) yang boleh
mengelirukan orang ramai

Anda mungkin juga menyukai