Anda di halaman 1dari 6

3.

Laporan Sebelum, Semasa & Selepas

3.1

Sebelum

Terdapat beberapa persediaan yang telah saya lakukan sebelum


melakukan sesi kaunseling kelompok ke atas murid-murid yang saya pilih.
Persediaan yang pertama yang saya lakukan ialah saya mengesan dan mencari
murid-murid yang seringkali melakukan masalah disiplin di sekolah. Pada
mulanya saya berjumpa dengan Guru Disiplin sekolah untuk meminta pendapat
dan cadangan nama murid-murid yang bermasalah disiplin.

Beliau memberikan saya beberapa nama yang saya sendiri tidak


mengenali mereka. Saya kemudian, melakukan pemerhatian ke atas murid ini
seorang demi seorang tanpa disedari oleh mereka. Dalam pada itu saya juga
meminta pendapat daripada rakan-rakan yang paling rapat dengan mereka.
Bukan sekadar itu sahaja, saya turut berjumpa dengan guru kelas murid-murid
ini. Pada pendapat saya, guru kelas merupakan individu yang paling rapat dan
sudah memahami tinglaku negatif atau positif murid ini.

Hasil daripada temubual dan pemerhatian yang saya jalankan, ternyata


murid-murid ini memang kelihatan bermasalah dan adakalanya mereka turut
menunjukkan tingkahlaku yang negatif dan kurang menyenangkan. Setelah saya
berpuas hati dengan tinjuan yang telah saya lakukan ke atas mereka, saya
meneliti profil peribadi pelajar ini untuk mendekati mereka dengan lebih dekat
sebelum saya berkesempatan bersua muka dengan mereka.

11

Pada dasarnya murid-murid ini datang dari pelbagai corak latar belakang
yang berbeza. Terdapat segelintir mereka datang dari keluarga yang berada dan
ada juga datang dari keluarga yang susah. Perkara yang sama juga berlaku jika
diambil kira dari bilangan adik beradik. Jumlah adik beradik yang paling ramai
antara murid-murid ini ialah seramai lapan orang dan yang ada juga diantara
mereka yang merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Langkah seterusnya yang saya lakukan ialah melihat rekod masalah


disiplin murid-murid ini sepanjang berada di sekolah. Saya meminta kebenaran
Guru Disiplin untuk melihat rekod murid-murid ini. Pelbagai masalah yang telah
mereka lakukan telah dicatat dengan lengkap pada buku rekod disiplin
termasuklah tarikh, masa, tempat dan juga nama saksi yang melihat kesalahan
dilakukan.

Saya seterusnya berjumpa dengan murid-murid ini seorang demi seorang


dan meminta mereka menghadirkan diri ke bilik disiplin pada tarikh yang telah
saya tetapkan untuk sesi kaunseling. Tujuan saya berjumpa dengan mereka
seorang demi seorang adalah untuk merahsiakan perjumpaan ini agar mereka
tidak berasa malu dengan rakan-rakan yang lain serta merasakan diri mereka
masih dihargai dan diambil berat oleh guru-guru.

12

3.2

Semasa

Pada 15 Februari 2012 saya telah mengadakan sesi kaunseling kelompok


bersama-sama dengan enam orang murid yang telah saya pilih. Saya sangat
bersyukur dan berbangga kerana kesemua murid yang saya piliih menghadirkan
diri ke bilik disiplin untuk sesi kaunseling kelompok ini tanpa dipanggil atau
dipaksa. Mereka datang dengan rela hati dan saya merasakan mereka juga
mempunyai azam yang baru untuk mengubah diri kepada yang lebh baik.

Saya memulakan sesi kaunseling pada hari tersebut dengan memberikan


mereka sebotol air mineral sebagai tanda penghargaan kerana menghadirkan
diri. Saya kemudiannya meminta mereka memperkenalkan diri seorang demi
seorang secara ringkas. Pada masa yang sama saya juga meminta mereka
menyebut nama rakan-rakan yang ada dalam kaunseling kelompok ini. tujuan
saya melakukan perkara ini ialah untuk mewujudkan hubungan mesra diantara
mereka dan memupuskan rasa malu yang terdapat di dalam diri mereka selama
ini.

Perkara ini adalah sangat penting dilakukan kerana pada pendapat saya
sekiranya mereka malu, maka mereka tidak akan dapat berkongsi dan
meluahkan perasaan yang terpendam di dalam diri mereka selama ini. saya
kemudian menukar suasana yang gembira kepada sedih dan menyentuh
perasaan mereka dengan memainkan lagu yang bertajuk Ayah dan Ibu yang
dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman Hj. Arshad. Cara ini akan membuatkan
mereka lebih menghayati dan muhasabah diri serta ingin mengaku perkaraperkara buruk yang pernah mereka lakukan tanpa pengetahuan ibu dan bapa.

13

Pada masa ini hampir ke semua murid meluahkan dan menceritakan hal
sebenar yang pernah terjadi kepada mereka. Langkah seterusnya yang saya
lakukan ialah membacakan hukuman yang akan diambil sekiranya mereka
didapati bersalah. Tujuan perkara ini saya lakukan adalah supaya mengelakkan
pelajar melakukan kesalahan dan mewujudkan perasaan takut di hukum ke
dalam diri mereka.

Selepas itu, saya memberikan pendapat dan nasihat saya dengan


mengaitkan contoh-contoh yang konkrit dan releven. saya turut menggunakan
mengaitkan beberapa teori yang berkait rapat dengan masalah pelajar dan teori
ini

saya

rasakan

sesuai

untuk menyelesaikan

masalah

pelajar. Saya

kemudiannya memberikan pelajar ini sehelai kertas setiap seorang. Tujuan saya
memberikan kertas ini adalah supaya murid ini dapat menyenaraikan kelemahan
dan kekuatan diri mereka pada pendapat mereka sendiri.

Selain itu, saya juga menunjukkan gambar-gambar tokoh-tokoh yang


sudah berjaya di dalam dan luar negara. Saya turut menunjukkan gambar asset
dan kemewahan yang telah mereka miliki selepas usaha keras mereka selama
ini. Tujuan saya menunjukkan gambar ini adalah supaya pelajar sedar bahawa
kejayaan yang ingin dikecapi tidak akan datang bergolek apatah lagi sekiranya
mereka gagal dalam pelajaran dan peperiksaan. Setelah itu, saya beralih pula
kepada gambar-gambar kelakuan negatif dan golongan-golongan yang tidak
berjaya dalam hidup mereka seperti penagih dadah, mat rempit, pencuri dan
sebagainya. Saya kemudiannya meminta mereka membandingkan gambargamabr tersebut dan memilih jalan yang akan mereka pilih untuk mencorakkan
masa depan mereka. Tidak dapat dinafikan mereka sememangnya mempunyai
keinginan untuk berjaya dalam hidup, walaubagimanapun terdapat beberapa
faktor yang mendorong mereka melakukan masalah disiplin.
3.3

Selepas
14

Selepas melakukan sesi kaunseling dengan murid-murid ini, saya


perhatikan mereka berubah dan berasa bersalah dengan diri mereka sendiri
kerana melanggar peraturan sekolah dan melakukan dosa. Ada dikalangan
murid ini yang memeluk saya dan meminta maaf serta berjanji dengan saya
untuk tidak mengulangi perbuatan mereka.

Saya mengambil inisiatif menyediakan halaman pengakuan untuk ke


semua murid. Halaman pengakuan ini mengandungi tandatangan serta janji-janji
mereka untuk tidak melakukan masalah disiplin lagi. Saya menyimpan halaman
pengakuan ini di dalam fail disiplin di bilik disiplin. Sekiranya mereka masih
melakukan masalah disiplin maka guru disiplin bolehlah menunjukkan kepada
mereka halaman pengakuan yang telah mereka isi sebelum ini. Hukuman yang
setimpal juga boleh diberikan kepada mereka kerana mereka sudah berjanji
untuk tidak mengulangi perbuatan mereka lagi.

Sesi kaunseling saya tidak berakhir setakat ini sahaja. Saya tetap
melakukan pemantauan ke atas murid-murid ini selepas sesi kaunseling. saya
ingin memastikan mereka tidak mengulangi perbuatan mereka. Walaupun saya
tidak dapat memantau secara keseluruhan tetapi sekurang-kurangnya saya
dapat mengetahui sama ada sesi kaunseling yang saya jalankan adalah
berkesan atau pun sekadar sia-sia sahaja.

Saya sangat bersyukur kerana terdapat beberapa orang uru kelas yang
berjumpa dengan saya dan memaklumkan murid dibawah jagaan beliau telah
15

berubah sedikit sebanyak selepas sesi kaunseling ini diadakan kepada mereka.
Pada masa-masa akan datang saya akan melakukan yang lebih baik supaya
saya dapat mengubah lebih banyak murid yang bermasalah yang merupakan
aset negar yang amat berharga.

16

Anda mungkin juga menyukai