Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK:

MENGATASI MASALAH BULI DALAM KALANGAN PELAJAR DI


MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERBOK, KEDAH.

OLEH :
Hadawiah binti Junaidi

L20072000065

Siti Aisyah binti Yusof

L20072000342

Nik Haslildha binti Nik Hassan

L20072000229

Rabiaton binti Ayob

L20072000037

ABSTRAK:
Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengatasi masalah buli dalam
kalangan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Merbok dengan cara
mengenalpasti perlakuan-perlakuan yang dikategorikan sebagai buli. Kajian
ini juga bertujuan untuk mendapat gambaran jelas berhubung faktor-faktor
yang mempengaruhi pelajar dengan melibatkan diri dalam masalah buli. Di
samping itu, kajian ini mengutarakan langkah-langkah bagi mengatasi
masalah ini. Dalam kajian ini, penulis menggunakan kaedah pemerhatian dan
pengedaran borang soal selidik kepada 100 orang pelajar Maktab Rendah
Sains MARA Merbok, Kedah iaitu 50 orang pelajar lelaki dan 50 pelajar
perempuan. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian dan soal
selidik. Hasil kajian mendapati pertamanya, bilangan pelajar lelaki lebih
ramai terlibat dalam masalah ini. Namun tidak dinafikan pelajar perempuan
juga terlibat dalam masalah buli tetapi bilangannya adalah lebih sedikit
daripada pelajar lelaki. Keduanya, beberapa jenis perlakuan buli dikenalpasti
dan perlakuan yang melibatkan penderaan emosi yang lebih berpotensi
mencetuskan masalah buli. Ketiga, terdapat tujuh faKtor utama yang
menyebabkan berlakunya kes buli. Keempat, penulis juga mengenalpasti
langkah yang bersesuaian dengan jiwa pelajar remaja untuk mengatasi
masalah buli. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi informasi yang
1

berguna kepada Jawatankuasa Disiplin Pelajar dan guru-guru Maktab Rendah


Sains MARA Merbok dalam usaha mengatasi masalah buli.
1- REFLEKSI PEMERHATIAN YANG LALU.
Selama pemerhatian saya terhadap perlakuan-perlakuan pelajar samaada
pelajar lelaki atau perempuan di Maktab Rendah Sains MARA Merbok ,
Kedah saya dapati terdapat segelintir pelajar yang cenderung dalam
melakukan perlakuan buli. Justeru itu, saya cuba mengetengahkan kajian
ini bagi membantu pelajar-pelajar untuk membina sahsiah yang unggul.
Saya memikirkan bahawa kajian ini penting dilaksanakan agar sahsiah
pelajar dapat dibentuk dan dibendung dalam usaha membantu pelajarpelajar bermasalah.

2- ISU KEPRIHATINAN.
Kajian yang dijalankan ini berfokuskan aspek mengenal pasti perlakuan
para pelajar yang dapat dikategorikan sebagai masalah buli. Di samping
itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan
masalah buli. Rasional kajian ini dijalankan memandangkan masalah ini
seringkali berlaku dalam kalangan pelajar remaja. Masalah yang dihadapi
oleh segelintir pelajar ini merupakan masalah kompleks dan perlu diatasi
agar pelajar-pelajar tidak terjebak dalam masalah yang lebih rumit dan
sekaligus tercicir dalam kecemerlangan akademik serta pembentukan
sahsiah mulia.

3- OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan utama kajian tindakan ini ialah:
1. Menyelidik perlakuan-perlakuan yang dikategorikan sebagai buli oleh
pelajar lelaki dan perempuan.
2. Membantu pihak pentadbiran sekolah dalam mengenalpasti faktorfaktor yang mengakibatkan berlakunya masalah ini.
2

3. Menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi


masalah ini dan mengubah serta memperbaiki perlakuan pelajar.
4- KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 50
orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan secara rawak.

5- PELAKSANAAN KAJIAN
5.1i-

Tinjauan Masalah

Pemerhatian
Untuk meninjau masalah kajian ini, kami telah membuat
pemerhatian melalui perlakuan pelajar terhadap aktiviti yang
dijalankan iaitu dengan melakukan pemerhatian terhadap sikap
pelajar khususnya tingkah laku atau sikap mereka sesama
pelajar semasa bergaul sama ada di dalam bilik darjah, ketika
bersukan mahupun di asrama. Kami juga membuat pemerhatian
melalui respons pelajar kepada soalan-soalan yang diedarkan.

ii- Soal selidik


Kami juga menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik
bagi membolehkan penulis mengetahui pendapat, sikap dan
latar belakang masalah kajian. Kaedah ini kami lakukan dengan
mengedarkan borang soal selidik terhadap 100 pelajar secara
rawak iaitu dengan mensasarkan 50 orang pelajar lelaki dan 50
orang pelajar perempuan. Kaedah ini secara tidak langsung
menjadi alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur
tingkah laku responden dan membantu mendapatkan maklumat
berkaitan masalah atau isu kajian seperti latar belakang
responden, jenis-jenis perlakuan yang dikategorikan sebagai
3

buli, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini


dan langkah-langkah mengatasinya.

5.2-

Analisis tinjauan Masalah


Sebelum kami membincangkan hasil kajian secara khusus dan

terperinci berdasarkan objektif kajian, latar belakang responden akan


dijelaskan terlebih dahulu.
5.2.1- Ciri-ciri demografi responden
Responden

merupakan

pelajar

tingkatan

Maktab

Rendah Sains MARA Merbok, Kedah. Subjek kajian ialah seramai


100 orang iaitu 50 orang lelaki dan 50 perempuan. Ciri-ciri
demografi yang akan diterangkan adalah mengenai kawasan
tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga.
Data-data tersebut akan dibentangkan dalam bentuk jadual
berdasarkan bilangan dan peratusan responden.

Daripada borang soal selidik majoriti responden yang dikaji berasal


dari kawasan bandar iaitu seramai 64% daripada bilangan responden
manakala yang selebihnya iaitu seramai 36% lagi berasal dari luar bandar.
Jadual 1:

Tempat Kediaman Responden

Perkara

Bilangan

Peratus

Bandar

64

64%

Luar bandar

36

36%

100

100

Jumlah

Latar belakang mengenai tempat kediaman responden dikaji bagi


mengetahui tahap pergaulan pelajar dan pengaruh persekitaran terhadap
sikap atau tingkah laku pelajar yang boleh mendorong kepada masalah
buli.

Latar

belakang

pelajar

akan

dikaji

secara

langsung

dalam

menghuraikan kaitan antara masalah buli dan tempat kediaman pelajar.


Selain daripada itu, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga juga
turut dikaji bagi melihat perkaitan dengan masalah ini.
Jadual 2:

Status Ibu Bapa Bekerja

Perkara

Bilangan

Peratus

Kedua-dua ibu bapa bekerja

83

83%

Hanya salah seorang ibu bapa

17

17%

100

100

bekerja
Jumlah

Jadual 3: Analisis Pekerjaan Ibu Responden


Perkara

Bilangan

Peratus

Kerajaan

48

48%

Swasta

22

22%

Peniaga

10

10%

Lain-lain

20

20%

Jadual 4: Analisis Pekerjaan Bapa Responden


Perkara

Bilangan

Peratus

Kerajaan

52

52%

Swasta

23

23%

Peniaga

15

15%

Lain-lain

10

10%

Hasil daripada kajian mengenai pekerjaan ibu bapa responden


didapati 83% daripada responden menyatakan ibu bapa mereka bekerja
dan hanya 17% hanya salah seorang sama ada ibu atau bapa responden
yang bekerja. Ini menyatakan bahawa majoriti daripada responden
mempunyai kedua-dua ibu bapa yang bekerja. Oleh itu daripada kajian ini
kita boleh simpulkan bahawa apabila kedua-dua ibu bapa responden
bekerja, ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang panjang
untuk menemani anak-anak dan bertanyakan masalah yang sedang
dihadapi oleh anak mereka. Selain itu faktor ini boleh kita kaitkan dengan
masalah seperti tekanan kerja ibu bapa yang akhirnya memberi impak
kepada anak-anak sehingga anak-anak merasa tertekan kerana kurang
perhatian daripada ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja.
Daripada borang soal selidik ini kita dapati lebih ramai ibu bapa
responden yang bekerja dengan kerajaan berbanding dengan pekerjaan
lain. Bagi ibu responden ia mewakili 48% daripada seratus orang
responden dan 52% mewakili bapa responden.
Dalam sektor swasta pula 23% bapa responden bekerja dalam
sektor ini berbanding hanya 22% ibu responden.
Manakala bagi ibu bapa yang terlibat dalam bidang perniagaan
pula hanya melibatkan peratusan yang kecil dalam kalangan responden
iaitu 10% bagi ibu responden dan 15% bagi bapa responden.
Berbanding dengan sektor pekerjaan

lain seperti petani, nelayan,

menjahit, surirumah dan sebagainya ibu responden mewakili 20% dan


bapa responden 10%.
Oleh itu kajian mengenai pekerjaan ibu bapa responden ini wajar
diteliti bagi melihat adakah masalah ini berpunca daripada rumah atau
masalah pelajar itu sendiri. Di sini jelas apa yang boleh kita simpulkan
bahawa faktor pekerjaan ibu bapa turut menyumbang dalam menularnya
masalah ini dalam kalangan pelajar. Ini kerana faktor-faktor seperti
kurangnya didikan, kasih sayang dan juga pendidikan agama yang
6

seharusnya diterapkan oleh ibu bapa yang bermula di rumah tidak lagi
berlaku. Ini kerana ibu bapa lebih mementingkan wang ringgit dan
meletakkan tanggungjawab serta kebergantungan penerapan nilai ini
kepada pihak sekolah semata-mata. Oleh itu faktor pekerjaan ibu bapa itu
sendiri menyebabkan anak-anak terbiar sehingga mereka melakukan
perbuatan buli bagi mendapatkan perhatian.
Selain itu daripada pekerjaan ibu bapa responden, pendapatan
purata keluarga responden pada keseluruhannya dianggarkan seperti
dalam jadual 5.
Jadual 5: Pendapatan Keluarga Responden
Perkara

Bilangan

Peratus

Bawah RM500

10

10%

RM501-RM1000

13

13%

7%

RM20001-RM3000

23

23%

RM3000 ke atas

47

47%

RM1001-RM2000

Pendapatan keseluruhan ibu bapa responden pada tahap yang agak


tinggi iaitu dalam lingkungan RM3000 ke atas sebanyak 47%. Ini mungkin
disebabkan majoriti daripada ibu bapa responden yang mempunyai
pekerjaan yang berpendapatan lumayan seperti bekerja dalam sektor
swasta dan juga berniaga.
Selain itu 23% daripada ibu bapa responden berpendapatan
sebanyak RM2001 hingga RM3000 manakala 7% lagi berpendapatan
sekitar RM1001 hingga RM2000.
Dalam

pada

itu

terdapat

juga

ibu

bapa

responden

yang

berpendapatan kurang daripada RM1000. Purata pendapatan RM501


hingga Rm1000 seramai 13% dan purata pendapatan yang paling rendah
iaitu sekitar RM500 seramai 10%.
7

Kajian terhadap pendapatan ibu bapa responden ini menunjukkan


pendapatan ibu bapa responden pada tahap yang tinggi dan hanya
segelintir daripada pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah.
Persoalannya adakah pendapatan keluarga ini turut menjadi faktor yang
mendorong berlakunya masalah buli. Ini kerana jika kita lihat kepada
jenis-jenis perbuatan buli yang dilakukan oleh pelajar antaranya ialah
membuli rakan-rakan mereka dan memeras ugut untuk meminta wang. Ini
mungkin disebabkan faktor pendapatan keluarga pelajar yang rendah
menyebabkan pelajar tidak mempunyai wang saku yang mencukupi
sehingga ada pelajar yang sebegini yang tertekan dan membuli rakan lain
dengan tujuan melepaskan tekanan dan ada juga yang membuli untuk
meminta wang. Oleh itu faktor ini perlu diambil berat dalam membendung
masalah yang kian meruncing ini.
Sehubungan itu juga, jika kita teliti secara mendalam ada juga
kalangan

pelajar

yang

terdiri

daripada

golongan

ibu

bapa

yang

berpendapatan tinggi melakukan perbuatan buli. Ini juga boleh kita


kaitkan dengan cara didikan ibu bapa itu sendiri yang terlalu memanjakan
anak-anak mereka sehingga memberikan apa sahaja keperluan anak-anak
sehingga anak-anak ini sudah terbiasa keperluannya sentiasa dipenuhi.
Oleh itu apabila ada pelajar yang sebegini yang terpaksa menyesuaikan
diri hidup di asrama ini memberikan tekanan kepada pelajar kerana
mereka terpaksa berdikari dan tidak ada tempat mengadu bagi memenuhi
segala kemahuan mereka. Oleh itu pelajar ini membuli rakan-rakan yang
lain agar menuruti kemahuan mereka dengan menunjukkan kuasa atau
ego dengan memaksa rakan-rakan mereka melakukan perkara-perkara
seperti

merosakkan

harta

peribadi,

melakukan

penderaan

fizikal,

menganiaya dan sebagainya.


Dalam pada itu, daripada 100 orang responden yang dikaji
seperti dalam jadual 6, 17 orang pelajar lelaki mengaku pernah dibuli oleh
rakan-rakan mereka dan dan 8 orang lagi mengaku tidak pernah dibuli.
Manakala selebihnya 25 orang tidak pasti sama ada mereka pernah dibuli
atau

tidak.

Bagi

responden

perempuan
8

pula

orang

responden

mengatakan pernah dibuli dan 29 orang mengaku tidak pernah dibuli dan
seramai 25 orang lagi responden perempuan memberikan jawapan tidak
pasti. Daripada keterangan ini didapati di MRSM Merbok kejadian buli
tidak begitu serius dan ia hanya melibatkan sejumlah kecil pelajar yang
pernah dibuli yang melibatkan perbuatan buli seperti penderaan fizikal,
penderaan emosi, memeras ugut, merosakkan harta benda peribadi,
dianiayai atau difitnah dan dipaksa melakukan perkara-perkara di luar
kemampuan. Walaupun perbuatan buli ini tidak serius dan hanya
melibatkan segelintir pelajar namun perbuatan yang dilakukan agak berat
yang

dikhuatiri

jika

tidak

dibendung

dari

peringkat

awal

akan

menyebabkan masalah ini menjadi semakin runcing. Oleh itu beberapa


cadangan pencegahan akan dikemukakan dalam laporan kajian bagi
mengawal masalah ini.

Jadual 6:

Taburan responden yang menjadi mangsa buli dan


mengikut Jantina.

Jantina

Lelaki
Perempu

Pelaja

Perat

Pelajar

Perat

Tida

Perat

r yang

us

yang

us

us

perna

tidak

past

pernah

dibuli

dibuli

17

17%

8%

25

25%

4%

21

21%

25

25%

21

21%

29

29%

50

50%

an
Jumlah

6- DAPATAN KAJIAN
6.1-

Perlakuan yang dikategorikan sebagai buli.

Berdasarkan

soal selidik, kami mendapati terdapat enam

perlakuan yang sering dilakukan dan dikategorikan sebagai buli oleh


pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan yang diperoleh adalah seperti
di dalam jadual berikut:
Jadual 6.1-

Bil

Jenis-jenis perlakuan buli.

Jenis-jenis perlakuan buli

Jumlah
responden
yang
berpendapat
sedemikian

Peratus

Penderaan fizikal

10 %

Penderaan emosi

17

42.5 %

Memeras ugut

10 %

Merosakkan
peribadi

12.5 %

Dianiayai atau difitnah

15 %

Dipaksa melakukan perkaraperkara di luar kemampuan.

10 %

40

100 %

harta

benda

Jumlah

Daripada jadual 6.1, didapati kebanyakan pelajar mengatakan


jenis

perlakuan

buli

dalam

kalangan

pelajar

adalah

berbentuk

penderaan emosi iaitu 42.5 peratus responden. Kebanyakan responden


mengatakan semua sikap yang tidak beradab seperti memeras ugut,
berkasar, menganiaya, merosakkan harta dan sebagainya adalah
termasuk dalam perlakuan penderaan emosi. Responden yang lain
lebih mengklafisikasikan jenis perlakuan buli dengan lebih terperinci
lagi. Antaranya ialah sebanyak 15 peratus mengkategorikan sikap suka
menganiayai atau memfitnah rakan dari perlakuan buli, 12.5 peratus
responden menyatakan perlakuan merosakkan harta benda peribadi
salah satu

perlakuan buli. Manakala perlakuan yang melibatkan


10

penderaan fizikal, memeras ugut dan dipaksa melakukan perkaraperkara di luar kemampuan masing-masing dinyatakan oleh 10 peratus
responden.

Hal

ini

menunjukkan

bahawa

kebanyakan

pelajar

berpendapat keenam-enam perlakuan ini termasuk dalam kategori


perlakuan buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sama ada pelajar
perempuan ataupun lelaki.

6.2- Faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah buli.


Kami juga telah mengadakan soal selidik bagi mengenalpasti
faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah buli dalam
kalangan pelajar khususnya pelajar Maktab Rendah Sains MARA
Merbok. Keputusannya adalah seperti jadual berikut:
Jadual 6.2-

Bi
l

Faktor-faktor berlakunya kes buli.

Faktor-faktor berlaku kes


buli

Bilangan
responden yang
menyatakan
sedemikian

Peratus

Dendam

19

13.29 %

Kurang kasih sayang

24

16.78 %

Kurang didikan agama

17

11.88 %

Pengaruh rakan

25

17.48 %

Keinginan untuk membuli

5.59 %

Rasa diri lebih berkuasa/ego

25

17.48 %

Tekanan

25

17.48 %

143

100 %

Jumlah

Dengan merujuk jadual di atas, kami mendapati kebanyakan


responden mengkategorikan pengaruh rakan sebaya, rasa diri lebih
berkuasa dan tekanan yang dialami adalah faktor yang utama iaitu
11

sebanyak 17.48 peratus responden. Faktor yang kedua pula adalah


berpunca dari kurangnya kasih sayang daripada keluarga yang
mendorong melibatkan diri dalam kes buli yang dipersetujui oleh
sebanyak 16.78 peratus responden. Manakala faktor lain yang
dinyatakan oleh responden ialah berpunca dari perasaan dendam iaitu
sebanyak 13.29 peratus responden, kurang didikan agama sebanyak
11.88 peratus responden dan 5.59 peratus responden mengatakan
keinginan untuk membuli juga turut menjadi

faktor berlakunya kes

buli.

6.3

Langkah-langkah

yang

boleh

diambil

bagi

mengatasi

masalah ini dan mengubah serta memperbaiki perlakuan


pelajar
Berikut ialah cadangan daripada pihak responden mengenai
langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini yang
bersesuaian dengan jiwa pelajar.
Jadual 6.3Bi
l

Cara-cara mengatasi masalah buli.

Cara mengatasi masalah buli.

Bilangan
responden

Peratus
(%)

Motivasi / ceramah

29

27.36 %

Hukuman

15

14.05 %

Kaunseling

27

25.47 %

Didikan agama

11

10.38 %

Ketatkan peraturan maktab

24

22.64 %

106

100%

Jumlah

Berdasarkan jadual di atas, menunjukkan beberapa cara-cara


mengatasi masalah buli yang dicadangkan oleh responden. Seramai
27.36 peratus responden mencadangkan agar diadakan ceramah
12

motivasi kepada pelajar sama ada yang terlibat dengan masalah buli
atau tidak. Langkah kedua yang dicadangkan oleh 25.47 peratus
responden ialah dengan memberi kaunseling kepada pelajar yang
bermasalah. Manakala 22.64 peratus responden yang lain pula
berpendapat peraturan maktab perlu diperketatkan lagi agar dapat
membendung masalah di kalangan pelajar. 14.05 peratus responden
pula mencadangkan agar diberi hukuman yang setimpal kepada
pelajar yang bermasalah dengan kes buli dan hanya 10.38

sahaja

berpendapat pelajar bermasalah perlu diberi didikan agama. Namun


begitu, langkah-langkah perlu di ambil dengan bijaksana agar masalah
buli dalam kalangan pelajar dapat diatasi.

6.4- Cadangan aktiviti yang akan dilakukan.


Berdasarkan kajian yang dilakukan ini, terdapat beberapa
aktiviti yang dirancang bagi membantu mengatasi masalah buli dalam
kalangan pelajar lelaki dan perempuan di Maktab Rendah Sains MARA
Merbok iaitu:
6.4.1-

Ceramah Agama.
Pihak maktab seharusnya memperbanyakkan ceramah atau
kuliah agama khususnya kuliah subuh, kuliah maghrib, kuliah
jumaat dan sebagainya. Aktiviti ini seharusnya diisi dengan
peringatan berkaitan agama dan tuntutan seorang pelajar
muslim. Penglibatan pelajar secara menyeluruh ini juga secara
tidak langsung akan dapat menjalinkan hubungan yang baik di
antara pelajar khususnya pelajar senior dan junior.

6.4.2-

Sesi kaunseling berkelompok.


Pihak kaunselor maktab juga seharusnya memainkan peranan
penting

dengan

melaksanakan
13

program-program

yang

berbentuk motivasi sama ada dalam kelompok yang kecil atau


besar. Sesi kaunseling juga perlu menerapkan tentang Kenali
Diri, cara berkomunikasi dan bersosial dan sebagainya.

6.4.3-

Program Usrah
Para pelajar juga perlu diterapkan dalam program usrah iaitu
perbincangan

tentang

sesuatu

masalah

atau

isu

dalam

kelompok kecil yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima


hingga sepuluh orang ahli. Kaedah ini membantu seorang
pelajar menjadi ketua dan fasilitator yang baik sekaligus
membina perhubungan persahabatan yang erat sesama ahli
kumpulan. Ahli juga dapat lebih mengenali, bantu membantu
antara satu sama lain.

6.4.4-

Kemaskini peraturan sedia ada.


Pihak disiplin maktab juga perlu memainkan peranan dalam
usaha mengatasi masalah buli iaitu dengan mengemaskini
peraturan

yang

sedia

ada

dan

memperelokkan

perlaksanaannya. Pengendalian disiplin yang mantap dapat


mendisiplinkan sikap pelajar.

7- CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA


Memandangkan cadangan aktiviti yang telah dilakukan di maktab ini
menunjukkan

prestasi

yang

memberangsangkan,

maka

kami

mencadangkan agar dilakukan kajian terhadap pelaksanaan programprogram yang menunjukkan potensi dapat membendung masalah buli

14

seperti

kajian

terhadap

pelaksanaan

motivasi, kaunseling dan sebagainya.

8- BIBLIOGRAFI

15

ceramah

agama,

program

Anda mungkin juga menyukai