Anda di halaman 1dari 7

BAHASA MELAYU

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA


KOD 1103/2
KERTAS 2
SOALAN 1: Rumusan
(30 markah)
STRATEGI MERUMUS KARANGAN
PETIKAN 1
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian buat satu rumusan tentang faedahfaedah hidup berjiran dan cara-cara memupuk semangat kejiranan. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kemakmuran sesebuah negara amat bergantung pada kemantapan dan
kutuhan hubungan dalam setiap lapisan masyarakat. Hubungan yang erat antara jiran
dalam masyarakat merupakan ciri masyarakat yang berkualiti. Semngat kejiranan
dapat memainkan peranan yang amat penting dalam menjana kehidupan setempat
yang aman dan harmoni.
Jiran ialah orang yang tinggal paling hampir dengan tempat kediaman kita.
Segala perkara yang berlaku pada diri kita terlbih dahulu diketahui oleh jiran. Oleh itu,
jiran merupakan orang yang paling mudah memberikan petolongan pada saat kita
ditimpa bencana. Pertolongan seperti inilah yang amat diperlukan pada masa
kecemasan sementara menunggu bantuan pihak berwajib atau sanak-saudara. Jiran
yang berbeza latar belakang pekerjaan, pendidikan, agama dan budaya akan
memberikan manfaat yangbbesar kepada kita. Hal ini kerana mereka memiliki
pengetahuan dan kemahiran yang boleh kita kongsi bersama-sama. Di samping itu,
jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan
setempat daripada sebarang ancaman seperti kecurian, penyalahgunaan dadah dan
budaya samseng.
Segala perkara yang mencemarkan keharmonian dan kesejahteraan
masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama dan keprihatinan sesama
jiran. Gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak dan kes-kes jenayah
dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya
kepada pihak berkuasa. Kita perlu bertindak sekalipun gejala tersebut tidak menimpa
ahli keluarga sendiri. Setiap ahli masyarakat seharusnya beringat sebelum terjadi
sesuatu yang buruk, bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Jiran yang
hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah
semestinya dapat menjana program yang menyumbang kebajikan kepada masyarakat
setempat. Rahsia kejayaan program ini terletak pada persepakatan dan persefahaman
yang mantap sesama jiran.
Perpaduan ialah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara. Tanpa

Anda mungkin juga menyukai