Anda di halaman 1dari 4

Beberapa rangkai kata menarik untuk Kertas 1 & Kertas 2 (Soalan 3a)

PENYALUR ILMU
Maksudnya : Pemberi atau sesuatu yang banyak memberikan pengetahuan.
Guru dianggap penyalur ilmu yang baik kerana telah mcnerima latihan pendidikan
yang secukupnya.
ALAF BAHARU
Maksudnya : Masa terkini, zaman ini
Remaja alaf baharu harus memiliki kemahiran yang luas terutama dalam aspek
teknologi moden yang sering berubah.
MUTAKHIR INI
Maksudnya : Pada masa kini, ketika ini
Mutakhir ini, banyak kejadian jenayah yang melibatkan remaja berlaku terutama di
bandar-bandar besar.
SEANTERO DUNIA
Maksudnya : Seluruh dunia
Sudah seantero dunia mengetahui keindahan batik negara ini yang mengutamakan
bentuk-bentuk kesenian alam sekitar.
MEMANIFESTASIKAN FIKIRAN
Maksudnya : menggunakan atau melahirkan idea dan pendapat dengan sebaik
mungkin. Kejayaan penulis mampu dibuktikan menerusi keupayaannya
memanifestasikan fikirannya dalam jalan cerita novel.
MENUKILKAN KATA-KATA
Maksudnya : Menulis atau bercakap sesuatu perkara terutama karya sastera.
Saya menukilkan kata -kata semangat di atas kertas itu untuk memberi semangat
kepada adik yang bakal menghadapi peperiksaan.
MEMBERIKAN IMPAK
Maksudnya : Mengakibatkan atau menyebabkan sesuatu berlaku.
Peristiwa kemalangan itu memberikan impak yang besar dalam kehidupan pemuda
tersebut.

RENTETAN SENARIO
Maksudnya : Selepas sesuatu fenomena itu berlaku.
Rentetan senario itu, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai peraturan di
kawasan sekolah.
JIKA DITELUSURI
Maksudnya : Jika dikaji secara mendalam atau teliti isu tersebut.
Kejadian itu jika ditelusuri membuktikan kegagalan pihak kerajaan mengawal
kehadiran pendatang asing.
MENDABIK DADA
Maksudnya : Kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan.
Kita janganlah mendabik dada semata-mata kerana mahukan pengiktirafan.
KESTABILAN SPIRITUAL DAN FIZIKAL
Maksudnya : Keseimbangan rohani dan jasmani
Kestabilan spiritual dan fizikal penting diperoleh dahulu sebelum seseorang itu
mampu menempa kejayaan.
MEKANISME KAWALAN
Maksudnya : Alat / aspek yang mengawal sesuatu
Mekanisme kawalan yang Iebih efektif perlu dilaksanakan untuk mengawal
masalah kenaikan harga barangan runcit.
PANDANGAN SARWA
Maksudnya : Pemikiran biasa / umum
Pandangan sarwa masyarakat terhadap isu itu meyebabkan polemik itu sukar
diselesaikan.
ANJAKAN PARADIGMA
Maksudnya : Perubahan demi kemajuan atau kebaikan
Anjakan paradigma penting berlaku dalam diri remaja dalam menongkah arus
globalisasi.
RELEVAN DENGAN KEHENDAK ZAMAN
Maksudnya : Diterima dengan perubahan dari semasa ke semasa

Kemahiran diri harus diberi penekanan supaya menjadi relevan dengan kehendak
zaman.
LANDASAN BERFIKIR
Maksudnya : Cara berfikir
Landasan berfikir seseorang itu banyak ditentukan oleh tahap pendidikannya.

MASYARAKAT KONVENSIONAL
Maksudnya : Masyarakat umum / biasa
Masyarakat konvensional pada hari ini memang mementingkan aspek kebendaan
sahaja.
MENGAIBKAN DIRI
Maksudnya : Memalukan diri
Tindakan Ielaki itu melakukan jenayah telah mengaibkan diri dan keluarganya.
ALMA MATER
Maksudnya : Sekolah /universiti / tempat belajar
Dia telah kembali ke alma maternya untuk memberi sumbangan kewangan.
KEMAPANAN FIKIRAN
Maksudnya : Keteguhan cara berfikir
Kemapanan fikiran remaja memastikan diri mereka bebas daripada masalah.
MELUASKAN HORIZON PEMIKIRAN
Maksudnya : Meluaskan pandangan / pemikiran
Remaja harus meluaskan horizon pemikiran mereka jika ingin bersaing dalam
dunia yang serba moden ini.
MENGGABUNGJALINKAN ELEMEN
Maksudnya : Menggunakan pelbagai aspek
Kajian itu cuba menggabungjalinkan elemen yang menjadi punca kegagalan projek
tersebut.

MERANGSANG EKONOMI
Maksudnya : Mengaktifkan proses ekonomi
Langkah kerajaan mewujudkan taman industri itu bertujuan untuk merangsang
perkembangan ekonomi negara.

Anda mungkin juga menyukai