Anda di halaman 1dari 45

Budaya dan

Kepelbagaian
Kelompok di Malaysia
Pengenalan
Suasana
pembelajaran di negara
kita
sekarang
sudah
jauh
berubah.
Kita
berinteraksi dengan pelbagai latar budaya
masyarakat.

Pembelajaran dalam bilik darjah pula


mendedahkan
murid
kepada
pola
hubungan kepelbagaian kaum.
Pendedahan
kepada
pelbagai
latar
belakang masyarakat memerlukan para
pendidik mengetahui konsep budaya di
Malaysia serta kepelbagaian kelompok
tersebut untuk membentuk 1Malaysia
seperti yang disarankan oleh Pemimpin
negara.

Pengertian dan Konsep


Budaya
Budaya merangkumi setiap aspek kehidupan
masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa dan
agama penganutnya.
Perkataan budaya berasal daripada cantuman
perkataan Sanskrit dan Melayu yang
membawa pergertian: Kecergasan Fikiran
dan Akal.
Budaya memberi maksud seseorang individu
itu menggunakan segala kekuatan kuasa,
tenaga dan pengaruh semula jadi bagi
membantu menjana pemikiran mereka.

Budaya merupakan kebolehan seseorang


individu menggunakan kekuatan, tenaga
dan akal fikiran ke arah meningkatkan
kecergasan akal fikiran bagi menangani
sesuatu permasalahan.
Penyelesaian yang boleh diterima oleh
semua anggota masyarakat akan menjadi
amalan bersama.
Amalan yang diterima ini seterusnya
dijadikan Budaya dalam kehidupan mereka.

Kebudayaan
juga
ditakrifkan
sebagai keseluruhan cara hidup
masyarakat yang merangkumi cara
bertindak, berkelakuan dan berfikir.
Kebudayaan
dapat dibahagikan
kepada 2 benda iaitu:
i. Kebendaan
ii. Bukan Kebendaan

Kebudayaan berbeza dari satu


masyarakat ke masyarakat yang lain.
Namun
begitu,
terdapat
juga
beberapa persamaan yang wujud
dalam masyarakat dari segi bahasa,
objek kebendaan, amalan agama,
sistem kekeluargaan, nilai kesenian
dan lain-lain. Persamaan ini dikenali
sebagai Pola Kebudayaan Sejagat.

Terdapat 2 peranan utama bagi pembentukan


kebudayaan baru yang boleh diterima oleh
komuniti setempat.
Tujuan utamanya adalah untuk membina imej
negara ke arah mewujudkan keperibadian serta
identiti.
Budaya juga merupakan sesuatu yang diwarisi
dari satu generasi ke generasi yang lain.
Namun
begitu,
Budaya
sering
berubah
mengikut peredaran masa yang dapat diterima
secara kolektif oleh masyarakat.

Menurut Nik Safiah Haji Abdul Karim,


Budaya adalah tenaga fikiran, usaha
rohani atau kuasa yang menggerakkan
jiwa.
Hasrat serta nilai yang diingini itu pula
seharusnya tidak bercanggah dengan
kehendak masyarakat secara umumnya
dan diterima serta dipersetujui untuk
diamalkan bersama. Nilai tersebut akan
membentuk Norma dalam masyarakat.

Menurut Kamus Dewan (2005),


Budaya
ditakrifkan
sebagai
kemajuan fikiran, akal budi, cara
berfikir, kelakuan, dll.
Budaya
juga
diklasifikasikan
sebagai satu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu
dan
meliputi
sistem
sosial,
susunan
organisasi
ekonomi,
politik,
agama,
kepercayaan,

Sementara
itu,
dalam
Dictionary
of
Philosophy (1996), turut dijelaskan maksud
Budaya sebagai:
The way of Philosophy (1996), The way of
life of people, including their attitudes, values,
beliefs, arts, sciences, modes of perception
and habits of thought and activity.
. Amalan yang dibentuk ini akan menentukan
hala tuju bersama dalam masyarakat
berkenaan.

Prof.
Mohd
Taib
Osman
(1988)
memperlihatkan
budaya
sebagai
satu
himpunan
kelengkapan
intelektual
dan
kebendaan yang mampu memenuhi kehendak
biologi
dan
kemasyarakatan
serta
menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.
Selo
Soemardjan
dan
Soelaiman
Soemardi
(1984),
bersepakat
bahawa
Budaya merupakan alat penghasilan karya
seni, rasa serta penciptaan dalam sesebuah
masyarakat.

Menurut E.D. Tylor (1947), Budaya merupakan


keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu
pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, adat serta amalan kebiasaan yang lain.
Ini merujuk kepada perkataan Bourdieu yang
membawa maksud satu proses sosial yang
membolehkan Budaya dan struktur sosial saling
berinteraksi.
Nilai dalam masyarakat adalah terlalu kompleks.
Proses
Sosialisasi
akan
turut
membantu
memperkembang Budaya yang terdiri daripada Latar
Bangsa dan Agama.

L.A. White (1956), menjelaskan bahawa Budaya


merupakan satu pola tingkah laku, objek, alat, idea,
sentimen, yang bergantung kepada simbol-simbol.
Tindakan dan Tingkah Laku tersebut akan
menunjukkan nilai yang diterima secara bersama
oleh
setiap
individu
yang
terdapat
dalam
masyarakat.
Kroeber & Kluckohn (1954), berpendapat
bahawa Budaya sebagai sebagai satu Entiti yang
mengandungi pola Implisit serta Eksplisit tentang
tingkah laku yang diperoleh dan diwariskan melalui
Simbol serta berbentuk Material.

Malinowsky (1965), dalam bukunya A


Scientific
Theory
of
Culture,
mengkelaskan Budaya sebagai suatu tindak
balas terhadap keperluan manusia.
Budaya merupakan keseluruhan aspek
kemanusiaan dari segi sejarah, kesusteraan,
institusi politik, muzik, lukisan, falsafah, dll.
Budaya secara umumnya adalah cara atau
gaya hidup sesebuah masyarakat atau
bangsa.

Budaya merujuk kepada satu cara hidup


yang diamalkan oleh kebanyakan orang
termasuk pemikiran, nilai kepercayaan,
pandangan dan tabiat berfikir seseorang
dalam menghadapi sesuatu situasi.
Budaya juga boleh dikaitkan dengan
pengalaman
interaksi
sosial
individu
dengan masyarakat sekelilingnya.
Budaya adalah hak masyarakat yang akan
menentukan bentuk tingkah laku mereka.

Dalam konteks pendidikan semasa,


Budaya di sekolah merupakan
sebahagian
daripada
Budaya
masyarakat.
Murid-murid akan dididik untuk
berbudaya
sebagaimana
yang
dikehendaki oleh masyarakat.
Budaya dalam masyarakat juga
akan mempengaruhi Budaya di
sesebuah sekolah.

Adalah
menjadi
tanggungjawab
murid
untuk
menerapkan nilai-nilai pendidikan yang mempunyai
Nilai Material dan Bukan Material.
Guru seharusnya merealisasikan hasrat Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk melahirkan murid yang bakal
memberikan
sumbangan
kepada
pembangunan
masyarakat tanpa menyalahi Budaya yang diterima
bersama.
Dalam kepelbagaian kelompok murid di Malaysia,
Budaya meliputi aspek lokasi, pekerjaan ibu bapa,
pendidikan, status ekonomi, sosial, keturunan, kuasa
politik, bangsa, bahasa, adat resam, kepercayaan dan
jantina.

Budaya
dalam
masyarakat
dikatakan
melibatkan
keseluruhan
aspek
yang
mengandungi unsur Budaya Rakyat Asal.
Terdapat Unsur Budaya Asing dari kaum
lain yang sesuai dan yang tidak bercanggah,
diterima dalam Budaya masyarakat di
Malaysia.
Budaya merupakan aspek kepunyaan
bersama yang dikongsi oleh semua rakyat.

Budaya yang terdapat dalam sesuatu


kelompok mempunyai ciri-ciri berikut:
i. boleh dipelajari
ii. boleh dikongsi
iii. bersifat sejagat
iv. boleh diwarisi
v. sentiasa berubah
vi. mempunyai unsur simbolik
vii. mempunyai pandangan semesta

Pemupukan
Kesedaran
Kebangsaan
dan
Kenegaraan dalam kalangan murid berasaskan
ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan
mental.
Guru perlu menerapkan nilai murni dalam
masyarakat
supaya
mereka
kelak
dapat
menyesuaikan diri dengan Budaya masyarakat.
Kita perlu menyatukan penduduk berbilang etnik
yang mempunyai Budaya berlainan di bawah satu
bentuk Identiti Nasional yang khusus tetapi
dapat diterima oleh hampir semua golongan etnik
di negara ini.

Pengalaman penjajahan telah


meninggalkan pelbagai kesan terhadap
masyarakat kita.
Ilmu Kolonial telah mencipta himpunan
maklumat dan analisis mengenai Etnisiti
iaitu Etnik.
Masalah Perhubungan yang timbul di
kalangan Etnik adalah berpunca daripada
Interaksi Sosial yang tidak mesra serta
kebudayaan yang berbeza-beza.

Jenis dan Demografi


Kelompok
Kelompok Sosial didefinisikan sebagai dua
individu atau lebih, yang berinteraksi, saling
bergantung dan saling bergabung untuk
mencapai sasaran tertentu.
Kelompok bersifat: Formal dan Tidak Formal
Kelompok Formal merujuk kepada kelompok
yang ditentukan oleh Struktur Organisasi
serta Pengkhususan Tugas (Division of
Labour)
untuk
mencapai
objektif
Organisasi.

Klasifikasi Kelompok dalam sesuatu masyarakat


dapat diklasifikasikan kepada beberapa kumpulan:
i. Kelompok Tugas:
Bersama-sama menyelesaikan sesuatu tugas.
ii. Kelompok Kepentingan:
Individu bekerjasama untuk mencapai
sasaran khusus.
iii. Kelompok Persahabatan:
Kelompok yang ditetapkan secara bersama-sama
kerana memiliki satu atau lebih sifat yang sama.

Alasan orang untuk saling bergantung dan


bergabung dalam kelompok adalah seperti
berikut:
i. Keamanan
ii. Status
iii. Harga Diri
iv. Afiliasi: (Dapat memenuhi keperluan
Sosial).
v. Kekuatan
vi. Pencapaian Tujuan

Pengelasan Kelompok Ras dalam


masyarakat pula boleh dilihat kepada
beberapa bahagian seperti:i. Caucasoid- (Orang-Orang
Eropah)
ii. Negroid- (Orang-Orang Kulit
Hitam)
iii. Mongoloid- (Orang-Orang Asia)
iv. American Indian-(Orang Asli
Amerika)

Antara permasalahan yang dikenalpasti


telah diringkas seperti berikut:i. Perbezaan Pencapaian
ii. Jurang Sosial
iii. Monopoli
iv. Budaya
iv. Pengekalan Identiti
v. Prasangka
vi. Ethnocentrisme
vii. Stereotaip

Pengelompokan
masyarakat
ini
juga
boleh
dibincangkan secara bersama dengan Demografi.
Achille Guillard (1885), pertama menggunakan
istillah Demografi ini dalam karyanya yang
berjudul Elements of Human Statistics or
Comparative Demography.
Kata Demografi berasal dari bahasa Yunani
demos bermaksud penduduk di sesuatu kawasan.
Grafein pula bermaksud menulis tentang sesuatu
perkara.

Demografi
Kelompok
merupakan
analisa statistik terhadap jumlah dan
komposisi penduduk di sesuatu kawasan.
Kajian Saintifik dan Statistikal meliputi
soal Fertiliti (kelahiran), Mortaliti
(Kematian),
Perkahwinan
serta
Imigrasi dan bagaimana komponen ini
berubah
mengikut
masa
serta
mempengaruhi
saiz
dan
taburan
penduduk manusia.

Demografi Kelompok di Malaysia pula terdiri


daripada pelbagai bangsa dan agama.
Golongan Bumiputera Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum seperti Melayu, suku kaum etnik
di Sabah serta suku kaum etnik di Sarawak.
Masyarakat di Malaysia boleh diklasifikasikan
kepada pelbagai bangsa dan kelompok iaitu
Melayu (54%), Cina (25%), India (7%),
Suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak
ialah sebanyak (14%).

Penduduk utama Malaysia adalah akibat pembentukan


Masyarakat Majmuk.
Masyarakat Majmuk terdiri daripada etnik Melayu,
Cina, India, Orang Asli dan Suku Kaum di Sabah dan
Sarawak.
Penduduk Asal atau Melayu yang mendiami alam
Melayu ini telah membina asas peradaban yang mantap
sebelum bertembung dan melalui Proses Difusi
Budaya.(Menerima Budaya orang lain ke dalam Budaya
sendiri).
Peradaban
Islam
serta
Peradaban
India
amat
mempengaruhi pembangunan peradaban Melayu di Asia
Tenggara.

Di Sabah, terdapat kira-kira 23


suku kaum etnik manakala di
Sarawak terdapat kira-kira 17 suku
kaum etnik yang menetap di sini.
Terdapat kira-kira 46 Suku Kaum
etnik yang terdapat di Malaysia.
Pada tahun2006, terdapat jumlah
orang Asli seramai 141, 230
orang. Ekonomi orang Asli masih
lagi berasaskan pertanian dan sara

Malaysia meletakkan Perpaduan Nasional sebagai


matlamat akhirnya.
Matlamat akhir proses penyatuan ini ialah
terbentuknya satu Bangsa Malaysia yang terdiri
daripada satu masyarakat berbilang etnik yang
bersatu padu, sejahtera dan mempunyai identiti
nasional tersendiri.
Proses perpaduan negara dalam kalangan negara
yang berbilang etnik diwakili oleh parti politik etnik
masing-masing.
Mereka mengamalkan budaya, agama, bahasa dan
orientasi pemikiran masing-masing.

Perbezaan inilah dikatakan sebagai


penghalang kepada masalah dalam
proses penyatuan, perpaduan dan
pembinaan bangsa Malaysia.
Teori Hubungan Kaum merupakan
teori
yang
terdapat
dalam
menyatupadukan
masyarakat
Malaysia dan membentuk hubungan
atau kepelbagaian kaum.

Peringkat proses seterusnya dinamakan:


Sergresi.
Hubungan yang bersifat Pemisahan antara
etnik dalam sebuah negara seperti pemisahan
kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan,
pengangkutan dan kemudahan awam.
Akomodasi adalah satu keadaan yang mana
kelompok yang berkonflik bersetuju
untuk menghentikan konflik apabila
adanya interaksi secara aman.

Masyarakat Majmuk hidup berdekatan,


saling bekerjasama tetapi tidak bersatu
padu. Mereka hidup secara harmoni dan
menghormati antara satu sama lain.
(Furnival, 1949).
Proses ini berlaku apabila etnik-etnik
menyedari tentang kepentingan norma
dan nilai mereka antara satu sama lain,
namun mereka tetap mempertahankan
Budaya hidup masing-masing.

Institusi-Institusi tertentu seperti ekonomi


dan pendidikan saling bergantungan
antara satu sama lain. Contohnya, negara
Switzerland.
Negara
Switzerland
mempunyai
hubungan etnik bersifat Akomodasi, di
mana etnik-etnik di dalamnya seperti
Etnik Jerman, Peranchis dan Itali saling
membuat penyesuaian antara satu sama
lain dan hidup dalam keadaan aman.

Akulturasi pula merupakan satu proses yang


kadang kala dikenali sebagai Asimilasi Budaya
yang terjadi apabila manusia dalam Kumpulan
Minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola
tingkah-laku dan Budaya dari Golongan Majoriti.
Proses ini merupakan proses meminjam dan
menerima unsur-unsur Budaya golongan Majoriti,
tanpa mengubah unsur-unsur Budaya Asal.
Asimilasi adalah Proses Percantuman dan
Penyatuan antara kelompok dan individu yang
berlainan kebudayaan dan identiti supaya wujud
satu kelompok yang mempunyai identiti yang sama.

Amalgamasi Budaya merupakan satu proses


yang terjadi apabila Budaya dan Ras
bercampur
untuk
membentuk
jenis-jenis
Budaya dan Ras yang baru.
Cara
utama
untuk
menentukan
Proses
Amalgamasi terjadi ialah Perkahwinan
Campur antara Etnik dan Ras.
Perbezaan
Sosio-Ekonomi,
Budaya,
Segregasi, Pemisahan Fizikal, Agama,
Dasar Kerajaan,dll turut menjadi faktor
penghalang ketara.

Pelbagai usaha Sosial dan Kebudayaan turut


diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat
pembentukan Budaya ini.
Pelbagai usaha sosial dan Kebudayaan turut
diadakan oleh kerajaan bagi mencapai matlamat
pembentukan Budaya ini.
Antaranya memperkenalkan Konsep Kebudayaan
Nasional.
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Rasmi dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan telah
diakui dan diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Peristiwa 13 Mei 1969 telah menjejaskan


hubungan antara etnik.
Kemajuan ekonomi sahaja tidak memadai
tanpa
pembangunan
ekonomi
yang
seimbang.
Kementerian
Pelajaran
perlu
bertanggungjawab memupuk semangat
perpaduan sejak dari bangku sekolah lagi.
Murid perlu diberikan kesedaran tentang
kepentingan memahami hubungan Etnik.

. Antara usaha yang telah dijalankan


ke arah memupuk Perpaduan
Nasional yang telah dijalankan oleh
kerajaan adalah:
i. Penubuhan Jabatan Perpaduan
Negara
ii. Rukun Negara
iii. Dasar Ekonomi Baru
iv. Dasar Pendidikan Kebangsaan
v. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

vi. Gabungan Parti-Parti Politik.


vii. Integrasi antara Wilayah.
viii. Integrasi Semenanjung Malaysia dengan
Sabah/Sarawak.
Usaha kerajaan (Top-Down) sahaja tidak
memadai tetapi mesti digenapkan dengan
usaha
yang
berbentuk
(bottom-up)
menerusi
kerjasama
dan
sumbangan
daripada sektor swasta, sektor komuniti dan
semua parti politik.

Hubungan antara Kumpulan Kelas Sosial


yang berbeza seperti Kelas Atasan, Kelas
Menengah serta Kelas Bawahan perlu
ditingkatkan.
Hubungan Etnik merupakan satu ciri penting
yang mencorakkan Sistem Sosial di
Malaysia.
Walaupun tahap Perpaduan Nasional di
negara kita sukar diukur, Malaysia berjaya
mewujudkan hubungan etnik yang harmonis.

Abdul Rahman Embong (2001),


menjelaskan bahawa bangsa yang
terdiri daripada semua kaum di
Malaysia yang terbentuk dalam
sejarah dan mempunyai perasaan
sebangsa dengan nama Kolektif
(Bangsa Malaysia) yang sama
serta berkongsi wilayah, ekonomi,
Budaya dan nasib masa depan
dengan rupa bangsa yang sepunya.

Pembinaan Negara Bangsa (Nation Building)


melibatkan satu proses yang panjang dan
merupakan satu keperluan bagi Malaysia.
. Pembinaan Negara Bangsa (Nation
Building)
memerlukan
penyertaan
menyeluruh setiap anggota masyarakat dan
penglibatan sepenuhnya jentera kerajaan.
. Satu Nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan
dan dihargai oleh seluruh warganegara
Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai