Anda di halaman 1dari 25

GESTATIO

NAL
DIABETES
MELLITUS
Oleh,
MUHAMMA
D HIZUAN
BIN
HAMZAH

Muka surat |1

TUGASAN PERUBATAN KESIHATAN


KOMUNITI
MACH 2212
TAHUN II SEMESTER II
GESTATIONAL DIABETES MELLITUS (GDM)

NAMA

: MUHAMMAD HIZUAN BIN HAMZAH

NO. KP

: 930705-11-5483

NO. MATRIK

: BPP2011 - 6001

JUMLAH PERKATAAN

: 2000 PATAH PERKATAAN

Muka surat |2

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan

Penyataan Masalah

Pencarian Literatur

Penemuan

12

Perbincangan

13

Penyelesaian

16

Rumusan

21

Penanan Penolong Pegawai Perubatan

22

Rujukan

23

10

Lampiran

24

Muka surat |3

PENGENALAN
Gestational Diabetes Mellitus (GDM) atau Diabetes Mellitus jenis 3 merupakan
salah satu penyakit yang sangat kerap dialami oleh ibu mengandung. Seseorang ibu
yang mengandung tidak semestinya bebas dari penyakit ini walaupun sebelum ini tidak
pernah mengalami diabetes ataupun tidak menunjukkan simptom-simptom diabetes. Ini
kerana penyakit ini boleh menyerang ibu-ibu hamil sewaktu mengandung sahaja.
Penyakit ini didefinisikan sebagai penyakit diabetes yang dialami oleh seorang
ibu sewaktu hamil sedangkan sebelum itu tidak pernah mengalaminya. Menurut Dr
Coustan (1998), Gestational Diabetes Mellitus

(GDM) ialah sebarang intoleransi

glukosa yang berlaku secara onset atau sewaktu kehamilan dicatatkan. Ini menunjukkan
bahawa penyakit ini mula berlaku ke atas ibu apabila mereka mengandung. Oleh sebab
itu kebanyakan ibu mengandung tidak menyedari mereka menghidap diabetes kerana
sebelum itu mereka tidak pernah mengalaminya.
Penyakit GDM dikesan melalui saringan yang dilakukan ke atas ibu hamil untuk
mengesan faktor risiko dan di kalangan yang berisiko. Penyakit ini boleh dikesan sama
ada melalui fisiologikal dan keabnormalan genetik serta kebiasaannya ujian toleransi
glukosa yang dilakukan ke atas wanita tersebut.
Dianggarkan 4% dari wanita hamil mengalami diabetes ketika hamil dan 70%
dari mereka akan pulih dari gejala tersebut. Walaupun diabetes semasa hamil selalunya
akan pulih selepas bersalin tetapi kebanyakkan mereka cenderung mendapat diabetes
jenis ke 2.

Muka surat |4
Penyakit ini boleh membawa kesan yang teruk bukan sahaja pada ibu malah
juga pada kandungannya. Oleh sebab itu ibu yang mengandung perlu mendapat ujian
saringan bagi mengesan dan mengenalpasti samada mereka berpotensi menghidapinya
serta langkah pencegahan dapat dilaksanakan bagi mengelak dan mengurangkan
komplikasi yang akan berlaku.
Kajian kes ini dilaksanakan bagi mempelajari penyakit yang biasa dilaporkan di
Klinik Kesihatan Ibu dan Anak iaitu penyakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM).

Muka surat |5

PENYATAAN MASALAH
Masalah ibu hamil yang mengalami GDM amat tinggi di negara ini, menurut
kajian yang dilakukan 40-60 % ibu yang mengalami Diabetes Mellitus pada kehamilan
dapat berlanjutan mengidap Diabetes Mellitus setelah selamat melahirkan bayi.
Keadaan diabetes menjadi lebih buruk jika wanita itu sememangnya menghidapi
diabetes sebelum hamil dan sedang diberi rawatan secara suntikan atau diabetesnya
dikawal dengan mengurangkan pengambilan gula dan kanji (dieting). Keadaan diabetes
ini lebih sukar distabilkan ketika ibu hamil. Dalam kedua-dua keadaan ini, penyakit
diabetes mempunyai beberapa kesan buruk khususnya terhadap bayi dalam kandungan
dan juga kepada ibu yang sedang mengandung.
Jika paras gula di dalam darah dapat dikawal dengan baik sepanjang kehamilan,
komplikasi untuk mengalami masalah ini dapat dikawal dan dicegah. Jika paras gula di
dalam darah berlebihan, maka ia akan meningkatkan risiko untuk menjalani
pembedahan Caesarean.

Muka surat |6

LATAR BELAKANG KES


Butir-Butir Peribadi Pesakit
1

Nama Pesakit

: Gan Soek Ni

Klinik Rujukan

: Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bukit Pelandok

No. Pendaftaran

: E58/2012

Pekerjaan

: Kerani

Alamat

: No.150, Kg Bukit Pelandok, Negeri Sembilan

Umur

: 25 tahun

Jantina

: Perempuan

Bangsa

: Cina

Agama

: Kristian

10

Status

: Berkahwin

11

Kandungan

: Gravida:2

12

Usia kandungan

: 28 minggu 3 hari

13

BMI

: 26.8

14

THA(LMP)

: 23/09/2012

15

TAL(EDD)

: 28/06/2013

Paragravida:0

Muka surat |7
16

Tinggi

: 150 cm

17

Kumpulan Darah

:A

18

RH

: Positif

19

Nama Suami

: Hoo Chee Hiong

20

Pekerjaan Suami

: Jurujual

Sejarah Pesakit
Puan Gan telah merujuk ke unit Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak dengan aduan
berikut:
a. Mulut kering
b. Dahaga yang keterlaluan (Polydipsia)
c. Kencing dengan banyak (Polyuria)
d. Kurang deria rasa.
Pengambilan riwayat Puan Gan telah diambil dan didapati mempunyai ciri-ciri
berikut:
a. BMI 26.8
b. Berumur 25 tahun
c. Ayahnya menghidap penyakit diabetes
d. Usia kandungan 28 minggu

Muka surat |8
Sejarah kandungan lalu juga diambil dan didapati Puan Gan pernah mengalami
kejadian yang berikut semasa kehamilan yang lepas:
a. Pernah menghidap GDM semasa kehamilan yang lepas
b. Anaknya yang kedua dilahirkan seberat 3.9 kg secara normal

Pemeriksaan abdomen dilakukan dan didapati:


a.

Palpasi servik: kepala fetus bayi dalam kedudukan normal, memasuki


brim pelvic ibu.

b.

Pemeriksaan ketinggian fundus: 31cm

c.

Palpasi lateral: kedudukan belakang fetus (fetal back) adalah pada


sebelah kiri ibu.

d.

Pemerhatian am: Normal, tiada sebarang parut kesan pembedahan pada


abdomen.

Muka surat |9

PENCARIAN LITERATUR
Gestational Diabetes Mellitus (GDM)
Menurut sumber yang diperoleh dari sebuah buku bertajuk Risk in Pregnancy
oleh Dr. George Michele, GDM merupakan satu keadaan serius yang berlaku kepada
wanita hamil yang sebelum ini sebagai tidak mengetahui beliau menghidap diabetes,
tetapi kini mempunyai paras glukosa darah yang lebih tinggi dari paras mereka yang
hamil normal. GDM biasanya dikesan pada minggu ke 24 hingga minggu ke 28
kehamilan dan berlaku kepada hampir 20 peratus wanita hamil setiap tahun. Jika tidak
dirawat, GDM boleh menyebabkan komplikasi yang serius kepada ibu dan bayi yang
dikandung. GDM mungkin berlaku kepada wanita yang sudah menghidap diabetes
sebelum hamil dan ini telah menjadi lebih nyata akibat stress daripada kehamilan. Walau
bagaimanapun, lebih kurang 90 peratus daripada kes GDM terjadi apabila badan anda
tidak berupaya untuk menggunakan insulin dengan berkesan ketika kehamilan. Ini
mungkin terjadi disebabkan oleh plasenta mula mengeluarkan hormon-hormon yang

M u k a s u r a t | 10
menghalang insulin untuk berfungsi secara berkesan. Plasenta akan membesar pada
trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan
seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin.

GDM dan Kelahiran


Menurut

sumber

yang

dipetik

dari

laman

web

http://www.edaran

salindah.com/main/diabetes-semasa-hamil, GDM itu sendiri bukanlah merupakan


penunjuk bagi pembedahan Caesarean. Namun jika bayi terlalu besar untuk menjalani
kelahiran normal melalui faraj atau jika bayi dalam tidak dapat dilahirkan secara normal,
maka kelahiran secara Caesarean sangat diperlukan. Jika bayi sangat besar,
kemungkinan akan menyebabkan trauma semasa kelahiran, terutamanya kecederaan
tulang dan saraf di sekitar bahu.Jika terapi insulin diperlukan semasa kehamilan,
suntikan insulin diberi pada waktu pagi semasa pelahiran bermula atau diberi melalui
intravena sepanjang proses pelahiran. Selepas bayi dilahirkan paras gula di dalam
darah biasanya akan kembali ke paras normal dan insulin tidak diperlukan lagi.

M u k a s u r a t | 11

Diabetes
Menurut

sumber

yang

diperoleh

dari

laman

blog

http://drhassanbasri.blogspot.com, Diabetes boleh dibahagikan kepada beberapa


kategori iaitu:1. Type 1 diabetes mellitus. Terjadi kapada kanak-kanak disebabkan oleh kegagalan beta
cell pankreas merembeskan insulin yang mungkin disebabkan oleh jangkitan virus atau
2.

pun kegagalan genetik.


Type 2 diabetes mellitus. Disebabkan oleh rintangan sel terhadap insulin. Faktor utama
penyakit ini ialah kerana pendedahan terlalu lama terhadap hiperglisemia (kandungan

gula tinggi di dalam darah).


3. Gestational diabetes mellitus. Kencing manis semasa mengandung.
4. Tumor seperti insulinoma, kecederaan pankreas, penyakit endokrin yang lain seperti
mengandung. Disebabkan oleh hormon ketika mengandung iaitu human placental
lactogen, cortisol, estrogen dan progestron.
5. Secondary diabetes mellitus. Disebabkan oleh penyakit lain iaitu cushing sindrom,
acromegaly dan lain-lain.

M u k a s u r a t | 12

PENEMUAN
Perempuan yang menghidap GDM kebiasaannya akan mempunyai tanda dan
simptom seperti berat melebihi 80 kg, urin mengandungi gula, berat naik mendadak
serta simptom simptom diabetes seperti haus, makan dengan lahap dan lain lain.
Oleh itu ujian yang dikenali sebagai Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan
bagi mengesan GDM. Ujian ini dilakukan seperti berikut
1. Pesakit perlu berpuasa selama 8 jam sebelum ujian dilakukan
2. Pesakit akan diberikan minuman mengandungi gula sebanyak 75g
3. Ujian gula dalam darah akan diperiksa sebelum pesakit minum air
gula tersebut dan selepas 2 jam selepas pesakit minum air gula tersebut.
4. Jika paras gula dalam darah melebihi 140 mg/dl, maka pesakit akan didiagnosis
sebagai gestational diabetes mellitus.
5. Bacaan bagi pesakit gdm ialah
a. Fasting blood sugar : >7.8 mmol/L
b. 2 hour blood sugar : >11.1 mmol/L

M u k a s u r a t | 13

PERBINCANGAN
Setiap ibu hamil yang baru mendaftar perlu melakukan ujian MGTT bagi
mengesan sama ada ibu tersebut menghidap GDM ataupun tidak. Ini kerana penyakit ini
boleh dihidapi ibu mengandung walaupun sebelum ini bebas daripada diabetes. Bagi
yang berpotensi, pengawasan yang lebih terperinci dilakuan dan perlu dirujuk pada
doktor untuk tindakan selanjutnya. Ibu juga digalakkan untuk bersalin di hospital bagi
memastikan tiada komplikasi yang teruk berlaku sewaktu kelahiran.
Penyakit ini boleh memberi kesan yang negatif kepada ibu dan anak. Ibu lebih
berisiko untuk mendapat tekanan darah tinggi, pre eklampsia dan eklampsia. Komplikasi
ini amat serius kerana menyebabkan peningkatan tekanan darah dan simptom lain yang
boleh menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Ibu juga boleh menghidap diabetes untuk
kandungan seterusnya malahan berpeluang menghidap diabetes jenis 2 apabila usia
meningkat.
Bagi bayi pula mungkin mengalami tumbesaran yang abnormal. Glukosa yang
tinggi menyebabkan pankreas bayi menghasilkan lebih insulin yang merangsang
tumbesaran bayi. Bayi juga mungkin mengalami kelahiran yang lebih awal disebabkan
kandungan gula dalam darah tinggi. Jika ini berlaku, bayi mungkin menghidap sindrom
kesukaran bernafas disebabkan paru-paru yang belum matang.
Selain itu, bayi juga mungkin mendapat hipoglisemia disebabkan penghasilan
insulin yang tinggi serta jaundis akibat hepar yang tidak matang untuk menguraikan
bilirubin. Bayi juga berisiko mendapat obesiti dan diabetes jenis 2.

M u k a s u r a t | 14

Risiko kesihatan akan meningkat dengan peningkatan paras gula darah.


Setengah daripada komplikasi ini meningkatkan risiko untuk kelahiran secara
pembedahan. Inilah sebabnya mengapa paras gula darah perlu dikawal. Permasalahan
yang mungkin dihadapi sekiranya berisiko untuk penyakit kencing manis semasa
mengandung ialah :
1.

Janin menjadi besar dikenali sebagai makrosomia. Ini disebabkan oleh gula
berlebihan memasuki janin dan mengarahkan tumbesaran pesat, akibatnya janin
menjadi besar dan mungkin sukar untuk dilahirkan secara normal, kejadian
kelahiran tersekat terutamanya pada bahagian
bahu meningkat.

2.

Kejadian darah tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing meningkat, ini
dipanggil pre-eklampsia. Jika dibiarkan, boleh menyebabkan sawan, kegagalan
hati dan juga buah pinggang. Puan mungkin terpaksa melahirkan anak sebelum
masanya untuk mengelakkan komplikasi dan musibah yang melanda sistem
dalaman

3.

organ.

Kematian

juga

boleh

berlaku

pada

janin.

Meningkatnya cecair likuor di kantung di mana janin berada. Ini menyebabkan


saiz kandungan melebihi saiz sebenar mengikut kiraan, menyebabkan
ketidakselesaan seperti kesukaran bernafas. Kelahiran mungkin berlaku sebelum
sampainya penggal kematangan iaitu sebelum 38 minggu.

4.

Jangkitan sistem pundi kencing. Sekiranya tidak dirawat, jangkitan di pundi


kencing akan merebak ke buah pinggang.

M u k a s u r a t | 15
5.

Sindrom kesukaran pernafasan mungkin berlaku pada bayi. Risiko ini meningkat
untuk ibu-ibu yang mempunyai kencing manis semasa mengandung, lebih-lebih
lagi apabila kelahiran awal sebelum tempoh terpaksa dilakukan.

6.

Kematian bayi di dalam kandungan, mungkin berlaku sekiranya kencing manis


gagal di kawal. Ini termasuklah keguguran.

PENYELESAIAN

M u k a s u r a t | 16
Terdapat beberapa langkah atau cadangan untuk mengurangkan risiko penyakit
kencing manis semasa hamil. Antaranya ialah ibu-ibu yang sedang hamil hendaklah:
Pengawalan kencing manis
Apabila ibu menghadirkan diri kali pertama ke klinik perbidanan untuk membuat
kad lawatan antenatal, ibuakan diselidiki akan faktor-faktor risiko, sejarah perubatan
serta sejarah perbidanan lampau.Sejarah kesihatan sekarang seperti berat badan yang
melebihi nisbah berat-tinggi yang disyorkan, umur, kandungan yang disyaki secara
relatifnya besar, berat janin, kehadiran lebih daripada satu janin serta kandungan air
likuor yang terlampau (mengikut umur kandungan).
Ibu akan diuji untuk paras glukosa darah, paling mudah diambil dari jari dan
hanya memerlukan setitik darah. Ibu juga akan ditanya bila kali terakhir ujian glukosa
darah diambil, di samping masa ibu makan dan minum. Sekiranya terbukti paras gula
darah kapilari ibu melebihi normal, ibuakan dinasihatkan supaya menjalani ujian
selanjutnya.
Sekiranya ibu sudah pun mengalami kencing manis sebelum mengandung, ibu
dinasihatkan supaya menghadiri klinik kencing manis supaya pengawalan paras gula
darah yang ketat dapat dimanfaatkan. Ini kerana paras gula yang tidak teratur dan tinggi
dapat mencacatkan pertumbuhan serta tumbesaran janin, terutamanya yang berumur
kurang dari 12 minggu. Semasa mengandung, pengawalan paras gula darah dilakukan
dengan penggunaan insulin. Pil-pil tidak digunakan.

Pemakanan

Pemakanan seimbang penting terutamanya untuk mereka yang menghidapi kencing

M u k a s u r a t | 17
manis. Tumbesaran janin bergantung pada pemakanan ibu. Perlu ditegaskan
pemakanan yang diambil perlu diimbangkan supaya paras gula tidak naik melebihi
normal. Pemakanan ibu bergantung kepada berapa berat badan, umur dan juga tahap
kecergasan harian ibu.Peringkat umur kandungan juga memainkan peranan dalam
pemakanan ibu.

Perawatan

Semasa mengandung, sekiranya ibu memerlukan perawatan untuk kencing manis, ubat
suntikan insulin diberikan.Sebelum insulin diberikan, ibu mungkin dimasukkan ke wad
untuk menentukan dos optimum, mengenalpasti apa yang mungkin ibu rasai sekiranya
paras gula jatuh terlalu rendah, serta diajar cara-cara menyuntik dan juga
mengendalikan alat-alat suntikan. Ubat-ubat untuk dimakan mungkin diberikan
sekiranya ibu memang pesakit kencing manis sebelum mengandung lagi.Senaman itu
penting untuk mereka yang berpenyakit kencing manis. Walaupun ibu mengandung, ibu
boleh juga bersenam, contohnya seperti berjalan-jalan dan senaman ringan lain.

Penjagaan kandungan

M u k a s u r a t | 18
Semasa trimester pertama, ujian darah khas seperti darah hemoglobinberglikosi
boleh dijalankan, di mana ujian ini meramalkan sama ada kecacatan janin merupakan
satu kemungkinan. Ibu juga mungkin dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan
ultrasound pada minggu ke-18 hingga ke-20 kandungan untuk mengenalpasti sebarang
kecacatan pada janin.Pemeriksaan antenatal lain seperti yang dijalani ibu-ibu yang
mengandung biasa turut dilakukan. Temujanji puan mungkin lebih kerap sedikit kerana
doktor perlu memastikan pengawalan gula darah, dos insulin dan juga komplikasi lain
dikenal pasti.
Lazimnya di hospital-hospital besar seperti hospital Universiti Sains Malaysia,
puan akan dirawat dan hadir ke klinik gabungan khas yang terdiri daripada pakar
perubatan dalaman dan pakar obstetrik. Puan juga mungkin dirujuk kepada pakar
pemakanan serta jururawat mahir yang mempunyai pengkhususan dalam penjagaan ibu
mengandung yang menghidapi kencing manis.

Kelahiran

Jangan runsing, sekiranya pengawalan gula darah adalah stabil, saiz bayi
biasanya tidak besar dan dalam kebanyakan kes, kelahiran berjalan secara
normal.Semasa proses kelahiran, pengawasan gula darah dan juga paras elektrolit lain
diawasi dengan teliti. Sekiranya terdapat komplikasi ataupun keadaan tidak terkawal,
berkemungkinan kelahiran bayi puan akan dirancangkan lebih awal dari tempoh
masanya.

Penjagaan selepas mengandung

M u k a s u r a t | 19

Kebanyakan bayi tidak mengalami komplikasi tetapi doktor akan memasukkan bayi ke
wad rawatan khas untuk mengenal pasti sebarang komplikasi yang mungkin berlaku
seperti:
1.

Paras gula darah yang rendah

2.

Paras kalsium dan magnesium yang rendah

3.

Peningkatan bilangan sel-sel darah merah

4.

Jaundis neonatal iaitu kulit bayi menjadi kuning

5.

Masalah dengan pernafasan

Kebanyakan masalah ini tidak berlaku sekiranya kencing manis semasa mengandung
adalah terkawal.

Pengawalan paras glukosa

Sejurus selepas bersalin, tentu ibu merasakan keletihan yang amat sangat.Pada masa
tersebut sekiranya ibu belum makan atau minum apa-apa, regim insulin boleh
diteruskan.Insulin diberhentikan sebaik sahaja ibu mengambil makanan atau meminum
minuman bertenaga. Pengawasan gula masih ditumpukan, dan sekiranya paras gula ibu
masih tinggi, ubat anti kencing manis akan dipreskripsikan. Sekiranya paras gula darah
ibu kembali normal, ibu perlu ingat yang ibu adalah lebih berisiko untuk mendapat
kencing manis di kemudian hari. Jadi selalulah berjumpa dengan doktor.

Pengawasan berat badan.

M u k a s u r a t | 20
Tidak digalakkan ibu menurunkan berat badan atau berdiet terlampau semasa
tempoh mengandung. Selepas bersalin,ibu bolehlah meneruskan agenda menurunkan
berat badan dengan bersenam serta cara pemakanan yang betul. Perlu diingat yang ibu
juga akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menjaga bayi kesayangan yang baru
sahaja lahir ke dunia.

Ibu-ibu yang sedang hamil ini juga perlulah mengelak dari melakukan aktiviti atau
kerja berat dan banyakkan berehat. Mereka juga sepatutnya mengurangkan rangsangan
seksual semasa hamil kerana hormon yang dihasilkan ketika itu akan menyebabkan
pengecutan rahim.
Selain itu, ibu-ibu yang sedang hamil mestilah mematuhi temujanji Jadual
lawatan antenatal mereka mengikut tahap risiko kandungan mereka. Bagi mereka yang
berisiko, jadual lawatan antenatal ialah seperti dari tempoh 22 minggu hingga 32 minggu
kehamilan, wanita yang berisiko perlu diperiksa setiap 1 hingga 2 minggu. Ketika
lawatan ini, perkara-perkara berikut akan diperiksa:
1.
2.
3.
4.
5.

Berat badan
Tekanan darah
Paras gula dan albumin dalam air kencing
Ukuran ketinggian fundus rahim
Degupan jantung janin

RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, penyakit GDM bukanlah suatu penyakit yang asing
dalam kalangan masyarakat kita. Ini kerana penyakit ini biasanya dihidapi oleh ibu
mengandung walaupun sebelum ini mereka bebas penyakit diabetes. Penyakit ini lebih

M u k a s u r a t | 21
berpotensi dalam kalangan ibu mengandung yang mempunyai BMI yang tinggi, umur
melebihi 25 tahun dan mempunyai keluarga terdekat yang menghidap diabetes. Ujian
Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) dilakukan dengan mengambil bacaan paras
gula pesakit semasa puasa dan selepas dua jam selepas minum air gula. Melalui kajian
yang dibuat, pengurusan yang dilakukan di klinik adalah sama dengan apa yang telah
dipelajari di kuliah.
Pengurusan bagi penyakit ini adalah dengan monitor kandungan gula dalam
darah serta pemberian pendidikan kesihatan dilakukan bagi mengawal kandungan gula.
Pemberian insulin juga diperlukan bagi kes yang teruk.
Dengan adanya pengetahuan tentang faktor etiologi, faktor risiko, kesan dan
akibat tentang GDM diharapkan ianya dapat membantu serba sedikit dalam memberikan
kesedaran pada masyarakat terutamanya kepada para-para ibu tentang GDM.Sekaligus
dapat mengajar mereka bagaimana untuk mencegah dan untuk mengekalkan kesihatan
mereka dan bayi yang di kandungkan pada tahap yang optimum. Dengan itu diharapkan
ianya dapat mengurangkan kadar motaliti dan mobility pada angka sifir.Kesimpulannya,
GDM boleh dikawal semasa hamil.

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN


Sebagai seorang Penolong Pegawai Perubatan, adalah penting untuk memberi
pendidikan kesihatan kepada masyarakat mengenai penyakit Gestational Diabetes
Mellitus (GDM) di kalangan ibu mengandung berkaitan kawalan dan pencegahan yang

M u k a s u r a t | 22
sewajarnya di ambil bagi mengelakkan lebih ramai lagi mangsa yang terlibat.
Pendedahan kepada masyarakat mengenai penyakit ini dan kesan-kesan akibat
mengidapi penyakit Gestational Diabetes Mellitus (GDM) ini perlu disampaikan.
Pemberian risalah juga penting untuk disebarkan kepada masyarakat agar mereka lebih
berwaspada selain menyampaikan maklumat-maklumat mengenai amalan penjagaan
kebersihan diri, pengambilan makanan yang seimbang dan amalan gaya hidup sihat
seperti bersukan dan bersenam. Maklumat-maklumat ini boleh disampaikan dengan
cara memberi ceramah-ceramah kesihatan, melaksanakan kempen-kempen kesihatan,
pembentangan poster ataupun secara terus dengan individu yang mendapatkan
rawatan.
Penolong Pegawai Perubatan perlu bekerjasama dengan anggota kesihatan lain
dalam membuat diagnosa awal mengenali simptom penyakit ini bagi mengenalpasti
golongan yang berisiko tinggi agar rawatan awal yang sesuai dapat diberikan.
Bekerjasama dengan masyarakat setempat adalah satu kaedah yang baik dalam
melakukan kawalan pencegahan, cara rawatan dan kawalan selain memupuk nilai nilai
murni di antara Penolong Pegawai Perubatan dengan masyarakat.
Pesakit atau ahli keluarga pesakit perlu diberi kaunseling, bimbingan, sokongan
dan nasihat bagaimana cara-cara pencegahan dan kawalan yang perlu dilakukan.
Pengambilan ubat secara teratur, rawatan susulan perlu dipatuhi serta maklumkan
pesakit untuk rujuk semula dengan segera sekiranya pesakit mengalami kesan
sampingan atau keadaan yang semakin teruk.

RUJUKAN
1. Buku bertajuk Risk in Pregnancy oleh Dr. George Michele
2. http://en.wikipedia.org/wiki/GDM

M u k a s u r a t | 23
3. http://blogmoh.moh.gov.my/
4. http://www.moh.gov.my
5. www.myhealth.gov.myhttp://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/
DiabetesSemasaKehamila n.php
6. http://omjun.blogspot.com/2010/01/penyakit-penyakit-yang-dialami-ibu.html

LAMPIRAN

M u k a s u r a t | 24

Anda mungkin juga menyukai