Anda di halaman 1dari 24

1.

0 Pendahuluan

Kurikulum Pendidikan Jasmani telah digubal untuk memenuhi keperluan


pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang
cergas, sejahtera dan produktif. Pendidikan Jasmani juga merupakan suatu
proses yang bertujuan untuk meningkatkanprestasi manusia melalui aktiviti fizikal
terpilih untuk mencapai keputusan yang dikehendaki. Dengan itu murid
diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk
sahsiah dan sikap mulia untuk menghadapi cabaran hidup seharian.

Mulai tahun 1999, kurikulum Pendidikan Jasmani telah dibahagikan


kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan pendidikan
sukan. Matlamat Pendidikan Jasmani ialah membantu murid menjadi cergas
melalui pembelajaran aktiviti fizikal, amalan kecergasan yang merangkumi aspek
perkembangan mental dan sosial. Melalui aktiviti fizikal, peningkatan kecergasan
dilakukan secara fizikal manakala dari aspek sosial dan mental pula, murid
belajar bekerjasama dengan orang lain serta memperkembangkan lagi
kematangan mereka.

Selain itu, kandungan

mata pelajaran ini adalah menekankan kepada

kecergasan yang sesuai dengan ciri-ciri

dan keperluan murid. Oleh itu,

pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran


melalui aktiviti. Murid diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan

nilai berkaitan dengan mata pelajaran ini dengan melakukan aktiviti , eksperimen
dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani
adalah

diwajibkan.

Murid

diberikan

peluang

untuk

meluahkan

emosi,

memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan


melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang kondusif dan selamat.

2.0 Tugas dan Peranan Guru Pendidikan Jasmani

Berdasarkan kenyataan di atas tadi, guru Pendidikan Jasmani mempunyai


tanggungjawab yang amat berat untuk melaksanakan segala program yang telah
dirancangkan agar segala matlamat dan objektif mata pelajaran ini tercapai. Oleh
itu, guru Pendidikan Jasmani perlu memainkan peranannya sebagai pendidik
jasmani dengan lebih berkesan untuk membantu pelajar berkembang secara
seimbang dari aspek fizikal, sosial dan mental.

Menurut Singer (1976), pendidik jasmani adalah sama bertanggungjawab


untuk memenuhi keperluan masyarakat melalui peranannya. Ia hendaklah
berupaya untuk impress upon society that their subject matter is indispensable
to enculturation. Oleh itu, peranan pendidik jasmani ialah mendidik dan
memimpin bukan sahaja pelajar tetapi juga masyarakat. Ini

menunjukkan

bahawa peranan pendidik atau guru adalah sangat penting bukan sahaja setakat
menyampaikan ilmu semata-mata, bahkan juga meliputi tugas menyusun,

mengatur dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang sesuai selaras dengan kehendak


kandungan sesuatu pengajaran.

Seterusnya,

Kementerian

Pendidikan

Malaysia

telah

menyediakan

beberapa garis panduan kepada para pendidik jasmani tentang peranan dan
tugas mereka. Berikut adalah di antara tugas-tugas dan peranan yang perlu
dipraktikan oleh para guru Pendidikan Jasmani :
2.1 untuk menyumbang ke arah pembangunan fizikal pelajar
2.2 untuk meningkatkan keupayaan fizikal pelajar dengan membangunkan sifat
mudah menyesuaikan diri dalam situasi berbeza
2.3 untuk memberi peluang kepada pelajar mengalami pengalaman yang
seluas mungkin melalui pelbagai pergerakan dan aktiviti dalam pelbagai
cara
2.4 untuk membolehkan setiap pelajar mengalami perasaan kejayaan melalui
aktiviti fizikal
2.5 menolong pelajar untuk belajar bagaimana untuk bekerjasama dengan
orang lain
2.6 untuk membangunkan koordinasi fizikal dan mental, kawalan diri dan
keyakinan diri
2.7 menolong pelajar mengalami keseronokan yang berkaitan dengan pelajaran
yang dirancang dengan rapi, memberangsang dan bertujuan.

Adalah jelas di sini, guru Pendidikan Jasmani perlu melaksanakan tugasnya


dengan bersungguh-sungguh agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat
mencapai keberkesanannya. Namun begitu, timbul polemik di kalangan ahli
masyarakat yang mempersoalkan sejauh manakah peranan dan penglibatan
guru

dalam

menentukan

tahap

keberkesanan

pelaksanaan

pengajaran

Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah.

Dalam satu kajian untuk penulisan tesis yang telah dibuat oleh seorang
mahasiswa dari Unimas terhadap kalangan guru Pendidikan Jasmani di sekolahsekolah daerah Tanah Merah, Kelantan, didapati tahap pelaksanaan pengajaran
Pendidikan Jasmani di daerah tersebut adalah pada tahap sederhana sahaja.
Beliau telah membuat tinjauan terhadap 84 orang guru yang mengajar
Pendidikan Jasmani dari 8 buah sekolah di daerah Tanah Merah, Kelantan.
Mengapakah hal ini boleh berlaku sedangkan kurikulum mata pelajaran ini telah
digubal semula dan telah diharmonikan dengan sebaik-baiknya ? Di antara
dapatan beliau ialah kelemahan guru sendiri dalam melaksanakan pengajaran
mata pelajaran Pendidikan Jasmani sehingga

menyebabkan keberkesanan

tahap pelaksanaan pengajaran Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana


sahaja.

Guru didapati kurang berkesan dalam memainkan peranan mereka

sebagai pendidik jasmani yang berwibawa.

Selain itu, tinjauan Utusan Pendidikan (Utusan Malaysia, 1995) mendapati


bahawa ada beberapa sekolah melaksanakan program Pendidikan Jasmani
tetapi tiada penekanan dibuat untuk menjamin keberkesanannya. Ada di
kalangan guru sendiri yang menganggap mata pelajaran Pendidikan Jasmani ini
adalah sekadar untuk mencukupkan syarat dan jika tidak dilaksana pun tidak
menjadi masalah kepada pihak sekolah. Bahkan pelaksanaan yang dijalankan
kerap kali tidak memenuhi kehendak objektif kerana sikap tidak ambil berat guru
terhadap isi kandungan mata pelajaran tersebut menyaksikan kepentingan
Pendidikan Jasmani semakin diabaikan.

3.0 Faktor-faktor Kelemahan Guru

Kegagalan guru dalam melaksanakan pengajaran Pendidikan Jasmani


dengan berkesan telah memberikan impak yang besar terhadap mata pelajaran
ini. Akibatnya mata pelajaran Pendidikan Jasmani hari ini masih dianggap oleh
segelintir ibu bapa dan guru sendiri sebagai mata pelajaran yang tidak penting.
Kelemahan

guru juga menyebabkan pelajar semakin hilang minat untuk

mengikuti pelajaran ini. Akhirnya akan lahir masyarakat pelajar yang hanya
mementingkan bidang akademik sahaja tetapi cetek pengetahuannya dalam
bidang yang berkaitan dengan kecergasan dirinya. Berikut adalah beberapa
faktor kelemahan guru yang menyebabkan pelaksanaan pengajaran mata
pelajara Pendidikan Jasmani berada pada tahap sederhana.

3.1 Kelayakan Guru

Kebanyakan guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani


adalah dari kalangan guru-guru bukan opsyen. Kebanyakan mereka tidak
mempunyai pengetahun dan kemahiran yang mendalam tentang isi kandungan
mata pelajaran ini. Faktor ini adalah penting kerana guru hendaklah mempunyai
pengetahuan dan kemahiran yang berupaya mengatur program yang sesuai
dengan keperluan pelajar. Keadaan ini merupakan masalah yang sering dihadapi
di kebanyakan sekolah sama ada sekolah menengah ataupun sekolah rendah di
negara kita. Ini

kerana jika diteliti kepada latar belakang guru-guru yang

mengajar Pendidikan Jasmani di kalangan guru-guru Pendidikan Jasmani di


sekolah-sekolah menengah daerah Tanah Merah, Kelantan, didapati hanya
seramai 8 orang sahaja yang mempunyai pengkhususan dalam bidang
Pendidikan Jasmani berbanding dengan 84 orang guru yang mengajar mata
pelajaran tersebut.

Kurangnya pengetahuan dan kemahiran menyebabkan mata pelajaran ini


diabaikan oleh guru. Sebagaimana pendapat Prof. Khoo Kay Kim (1995) yang
mengatakan bahawa sebab utama pengabaian ini adalah kerana kurangnya guru
yang berkelayakan. Pendapat ini telah disokong oleh Rahman Shaari (1996).
Beliau berpendapat bahawa pelajaran ini diabaikan kerana kurangnya daya

kreativiti di kalangan guru. Faktor ini juga menyebabkan pengajaran menjadi


lemah dan kurang berkesan.

Selain itu, kekurangan ini secara tidak langsung turut mempengaruhi


kesungguhan pengajaran guru. Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran
dan pembelajaran tidak menarik dan membosankan. Pelajar hanya didedahkan
dengan satu atau dua jenis permainan atau kemahiran sahaja dalam setahun.
Aspek-aspek lain seperti kecergasan dan pendidikan sukan tidak disentuh
langsung. Akhirnya pelajar hanya tahu serba sedikit bermain sesuatu permainan
tetapi skop lain dalam kandungan mata pelajaran ini langsung tidak dipelajari.

Peranan

dan penglibatan guru dalam pelaksanaan pengajaran

Pendidikan Jasmani adalah amat penting sebagaimana kata Ross et al., (1987)
bahawa guru merupakan penghubung yang dapat memahami budaya pelajar. Di
samping itu, Singer (1976) pula menyifatkan guru sebagai penerang yang
menjana dan menggerakkan kepada perkembangan mental pelajar. Oleh itu,
untuk meningkatkan tahap pelaksanaan Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah,
faktor kelayakan guru perlu diberi penekanan dan perhatian yang utama.

3.2 Kaedah Pengajaran Pendidikan Jasmani

Pemahaman guru tentang penyampaian isi pembelajaran kurang dikuasai


oleh guru. Situasi ini menyebabkan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
Pendidikan Jasmani tidak memenuhi kehendak isi kandungan mata pelajaran
Pendidikan Jasmani yang sebenar yang iaitu merangkumi latihan, demontrasi,
pembetulan, peneguhan dan penyampaian isi pelajaran yang dianggap sebagai
masa pengajaran yang sebenar.
bersifat

perintah

tanpa

Kaedah pengajaran yang digunakan lebih

memberi

peluang

kepada

pelajar

untuk

memperkembangkan minat dan kebolehan mereka.

Selain itu, guru juga didapati gagal menguruskan masa pengajaran dengan
lebih efisyen. Kegagalan ini akan menyebabkan isi pelajaran tidak disampaikan
mengikut peruntukan masa yang sesuai. Jadual di bawah menunjukkan tahap
keupayaan guru menguruskan masa penyampaian sesuatu fasa di dalam satu
waktu pengajaran oleh guru-guru Pendidikan Jasmani di daerah Tanah Merah,
Kelantan.

Rating
Sangat rendah
Rendah
Sederhana
Tinggi
Sangat Tinggi

Skor
0 7
8 14
15 21
22 28
29 35

Kekerapan
0
6
46
30
2
n = (84)

%
0.0
7.1
54.8
35.7
2.4
100%

Jadual 1 : Skor dan skala rating bagi penggunaan masa pengajaran Pendidikan Jasmani

Jadual 1 di atas

adalah dapatan yang menunjukkan bahawa faktor

penggunaan masa yang mengikut pengajaran Pendidikan Jasmani yang


sebenarnya berada pada tahap sederhana. Sebanyak 7.1% (n=

6) dalam

rating rendah, 54.8% (n = 46) sederhana, 35.7% (n= 30) tinggi manakala
2.4% (n=2) pada tahap sangat tinggi. Berdasarkan keputusan ini, maka didapati
penggunaan masa tidak diberi perhatian oleh guru dan secara keseluruhannya
berada pada tahap yang sederhana. Ini adalah kerana pengajaran Pendidikan
Jasmani masih dijalankan sebagai amalan turutan yang menjadi tradisi
kebanyakan guru di mana guru yang mengajar Pendidikan jasmani tidak
menggunakan kaedah pengajaran yang terkini. Amalan sebegini mengikut
Singer (1976), akan mengurangkan jumlah masa untuk aktiviti pembelajaran.
Sebaliknya masa banyak dihabiskan untuk aktiviti-aktiviti persediaan sama ada
pada awal atau akhir sesuatu kelas. Oleh itu, penggunaan masa dan kaedah
pengajaran perlu diawasi selalu agar masa Pendidikan Jasmani tidak
disalahgunakan

untuk

aktiviti-aktiviti

lain

selain

dari

pengajaran

dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani.

3.3 Pengalaman dan Umur

Pengalaman mengajar juga merupakan faktor penting dalam menentukan


tahap perlaksanaan Pendidikan Jasmani. Jadual 2 di bawah menunjukkan
bahawa guru-guru yang mengajar Pendidikan Jasmani kurang berpengalaman.
Dapatan tersebut adalah berdasarkan kajian yang dijalankan di sekolah-sekolah
menengah daerah Tanah Merah, Kelantan.

Pengalaman
Kurang 5 tahun
60.7% (n= 51)
6 10 tahun
19.2% (n=16)
11 15 tahun
10.3% (n=10)
Lebih 16 tahun
8.3% (n=7)
100% (n=84)

Sangat Rendah Rendah


0
3

Skala Rating
Sederhana Tinggi
31
17

Sangat Tinggi
0

49

31

Terdapat seramai 51 orang (60.7%) mempunyai pengalaman kurang


daripada 5 tahun, pengalaman antara 6 hingga 10 tahun seramai 16 orang
(19.3%), antara 11 hingga 15 tahun ialah 10 orang ( 10.3%) dan yang melebihi
16 tahun seramai 7 orang (8.3%) sahaja. Mereka yang mempunyai pengalaman
dalam kumpulan kurang daripada lima tahun dan kumpulan di antara 11 hingga
15 tahun menilai pelaksanaan Pendidikan Jasmani lebih kepada tahap yang
sederhana . Keadaan ini mungkin disebabkan oleh mereka tidak mendapat
pendedahan tentang pengajaran Pendidikan Jasmani terkini. Dalam bidang
pendidikan, penyampaian dan penterjemahan ilmu adalah penting dan ini
10

merupakan satu keistimewaan bagi mereka yang berpengalaman. Cameron dan


Mc Laughlin (dalam Al Ramaiah, 1992) berpendapat bahawa pengajaran guru
selepas tahun kelima hingga ketujuh semakin kurang efektif.

Di samping pengalaman, umur juga dijadikan sebagai sumber rujukan


bagi nilaian terhadap tahap pelaksanaan Pendidikan Jasmani sebagaimana
jadual 3.

Umur
Kurang 30 tahun
247.4% (n= 23)
31 - 35 tahun
42.9% (n=36)
36 - 40 tahun
15.5% (n=13)
Lebih 41 tahun
14.3% (n=12)
100% (n=84)

Sangat Rendah Rendah


0
3

Skala Rating
Sederhana Tinggi
17
4

Sangat Tinggi
0

16

18

49

31

Jadual 3 : Skor dan sakla rating mengikut umur terhadap keseluruhan faktor.

Berdasarkan Jadual 3, terdapat sebanyak 42.9% (n=36) terdiri daripada


mereka yang berumur antara 31 hingga 35 tahun dan 27.4% ( n= 23) adalah
kurang daripada 30 tahun. Manakala mereka yang berumur antara 36 hingga 40
tahun adalah 15.5% (n=13) dan yang melebihi 40 tahun hanya 14.3% (n=12)
sahaja. Daripada jumlah tersbut, terdapat sebanyak 4.8% (n=4) memberi nilaian
pada tahap rendah sebaliknya 58.8% (n=49) pada tahap yang sederhana dan

11

37.2% (n=31) pada tahap yang tinggi. Ini menunjukkan bahawa nilaian yang
dibuat adalah secara keseluruhannya adalah sederhana.

Berdasarkan dapatan tersebut, didapati bahawa mereka yang berumur


kurang daripada 30 tahun dan mereka yang berumur melebihi 41 tahun memberi
kelebihan kepada tahap sederhana berbanding dengan tahap tinggi. Manakala
yang berumur antara 31 35 tahun dan yang berumur antara 36 40 tahun
menilai tahap pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani
pada kadar yang sama antara tahap sederhana dan tinggi.

3.4 Guru Tidak Kreatif Dalam Mengajar Pendidikan Jasmani

Dalam memperkatakan hal ini, kita boleh melihat kepada dua perkara.
Pertama dalam pengajaran dan pembelajaran itu sendiri, dan yang kedua dari
segi penyediaan alatan untuk sesi pengajaran Pendidikan Jasmani.

Apabila

memperkatakan

tentang

kreatif

dalam

pengajaran,

ianya

melibatkan tentang cara guru itu mengendalikan sesi pengajarannya.

Guru

mungkin tidak mempelbagaikan kaedah pengajarannya.

Guru masih terikat

dengan cara lama iaitu kaedah perintah. Sesi pengajaran hanya berjalan satu
hala sahaja.

Guru memberikan input manakala murid menerima input yang

diberikan oleh guru.

Contohnya, apabila mengajar kemahiran mengelecek

dalam permaianan hoki, guru mengarahkan supaya murid melihat bagaimana

12

guru melakukannya dan apabila selesai murid dikehendaki melakukan


sebagaimana yang telah dilakukan oleh guru.

Justeru, apabila hal ini berlaku sesi pengajaran dan pembelajaran


pendidikan jasmani menjadi tidak menarik seterusnya tidak dapat menarik minat
murid untuk mengikuti pengajaran dari guru.

Kaedah pengajaran dari guru

memainkan peranan besar dalam menarik penglibatan murid. Pengajaran yang


hambar boleh membunuh minat murid.

Ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan, guru bukan hanya


menyampaikan ilmu bahkan guru juga bertanggungjawab memperkembangkan
minda muridnya untuk menjadi kreatif. Sekiranya guru masih berpegang kepada
cara lama dalam sesi pengajarannya adalah agak sukar untuk membentuk murid
menjadi kreatif.

Sebagai contoh guru boleh memberi kerja rumah kepada

muridnya untuk merancang aktiviti yang akan dijalankan pada sesi pengajaran
yang berikutnya. Seterusnya apabila murid melaksanakan aktiviti tersebut guru
bertindak sebagai pembimbing untuk membetulkan perkara-perkara yang tidak
sesuai.

Di sini murid dapat membperkembangkan bakatnya dalam mencipta

aktiviti-aktiviti baru yang berkaitan dengan sesi pengajaran.

Antara faktor yang menyebabkan guru tidak kreatif dalam mengendalikan


sesi pengajarannya ialah masalah sikap. Guru tidak bersedia dengan sesi
pengajarannya. Guru seharusnya merancang apa yang hendak disampaikan

13

kepada murid dan guru seharusnya mempunyai target iaitu setelah selesai sesi
pengajaran dan pembelajaran murid-muridnya dapat menguasai ketiga-tiga
domain yang telah dirancang dan hendak dicapai.

Guru seharusnya sedar

bahawa murid-murid mempunyai pelbagai peringkat kebolehan.

Guru harus

merancang aktiiviti mengikut peringkat kebolehan muridnya supaya mereka


dapat menguasai kemahiran yang hendak disampaikan oleh guru. Selain dari itu
ia juga dapat melibatkan keseluruhan muridnya dalam aktiviti yang dijalankan.

Perkara

kedua

yang

menyebabkan

guru

tidak

kreatif

dalam

mengendalikan pengajaran dan pembelajaran ialah dari segi penyediaan alatan.


Selain dapat membantu guru memudahkan pengajarannya alatan juga dapat
menarik minat murid untuk terlibat sama dalam sesi pembelajaran.

Guru seharusnya tidak bergantung kepada alatan yang terdapat di


sekolah sahaja. Guru boleh menyediakan alatannya sendiri sama ada guru itu
membuatnya sendiri atau memberikan projek kepada muridnya.

Sebagai

contoh, semasa guru hendak mengajar tajuk berkaitan beban, guru semestinya
memerlukan

alat-alat

seperti

barbell

dan

dumbell

untuk

memudahkan

penyampaian dan memerlukan supaya murid memahami serta merasai


bahagian-bahagian otot yang terlibat. Alat-alat tersebut boleh disediakan sendiri
oleh guru tetapi ianya haruslah menepati atau sekurang-kurangnya hampir
menyamai spesifikasi sebenar.

14

Sekiranya sekolah kekurangan alat guru boleh menyediakan atau


mencipta alat reka ganti yang hampir menyerupai.

Contoh,

sekolah tidak

mempunyai lembing yang mencukupi bagi semua murid, sebagai permulaan sesi
memperkenalkan teknik yang betul, guru boleh menggunakan kayu yang lurus
kepada muridnya. Selain memudahkan ianya menjamin dapat keselamatan.

Bagi alat-alat yang telah rosak, ianya tidak semestinya terus dibuang.
Sekiranya alat tersebut masih boleh digunakan ianya perlu diperbaiki atau
ditukar kegunaanya.

Sebagai contoh bola yang bocor ianya boleh dijadikan

medicine ball atau sebagainya.

Selain itu, bagi menarik minat murid guru harus mempelbagaikan alat
bantu mengajar.

Sebagai contoh motion picture, filem berjalur, penggunaan

komputer dan sebagainya bersesuaian dengan peredaran masa. Alat-alat ini


dapat membantu guru untuk memberi kefahaman yang lebih kepada muridnya.
Dalam sesetengah permainan murid dapat melihat aksi sebenar yang mungkin
tidak dapat dilakukan oleh gurunya.

15

3.5 Guru Tidak Mendapat Pendedahan Terkini

Dalam usaha untuk membentuk masyarakat berilmu yang mempunyai


nilai-nilai murni yang tinggi, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan melalui
Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerajaan sedar usaha haruslah dimulai dari
peringkat sekolah rendah lagi. Oleh itu guru haruslah mempunyai content of
knowledge yang mana guru mempunyai ilmu dan pengetahuan bidang yang
diajarnya. Justeru itu pelbagai kursus sama ada dalam perkhidmatan ataupun
sebagainya telah dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan dengan harapan
dapat melahirkan guru yang boleh mengajar dengan kaedah dan teknik yang
betul. Sebagai contoh Kursus Sijil Perguruan Khas setahun dan kursus empat
belas minggu yang menawarkan pelbagai bidang mata pelajaran.

Akan tetapi masih ada di kalangan warga guru yang tidak mendapat
pendedahan yang terkini dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Antara faktor mengapa perkara ini berlaku ialah tiada tindakan lanjutan dari guru
yang telah mengikuti kursus.
memanjangkan

Guru yang telah mengikut kursus tidak

pengetahuan yang telah diperoleh kepada guru-guru lain di

sekolahnya. Guru tersebut menjadi pasif. Antara tindakan yang perlu dilakukan
oleh guru yang telah mengikuti kursus anjuran kementerian ialah mengadakan
kursus dalaman.

Dengan cara itu segala ilmu yang telah diperoleh dapat

dikongsi oleh guru-guru lain yang tidak berpeluang mengikutinya.

16

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) pula seharusnya memperbanyakkan


kursus-kursus peringkat daerah yang akan melibatkan semua sekolah di bawah
kelolaannya. PPD harus mengenalpasti guru-guru yang mempunyai ilmu yang
mendalam atau guru yang baru balik dari mengikuti kursus agar dapat dijadikan
sebagai guru sumber. Guru-guru sumber ini pula akan bertindak menjadi pakar
rujuk kepada guru-guru lain untuk memperolehi perubahan yang terkini dalam
bidang pendidikan.

PPD juga harus memperbanyakkan penyeliaannya ke

sekolah-sekolah untuk memantau segala perkembangan berkaitan kursuskursus dalaman yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Serta kenalpasti guru-guru
yang memerlukan kursus lanjutan dalam bidangnya.

3.6 Kegagalan Guru Melaksanakan Kurikulum Pendidikan Jasmani

Kurikulum Pendidikan Jasmani yang digubal dan digunapakai oleh negara


kita ini merupakan satu kurikulum yang sempurna dan menepati Falsafah
Pendidikan Negara (FPN) yang mana ianya menitikberatkan perkembangan
insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial. Jika dianalisis kurikulum Pendidikan Jasmani yang ada kita akan dapati
kelima-lima aspek tersebut boleh dipersembah dan diperjelaskan dengan
berkesan melalui Pendidikan Jasmani.

17

Kegagalan guru melaksanakan kurikulum Pendidikan Jasmani dapat


dilihat dari pelbagai sudut dan aspek antaranya ialah seperti berikut:

i.

Rancangan pengajaran
Dari aspek merancang pelajaran termasuklah penulisan
objektifnya, seseorang guru tidak merancang sesi pengajarannya
apa yang berlaku ialah guru merancang secara adhoc yang mana
terdapat banyak kelemahan dalam perancangan secara adhoc. Ini
akan menjejaskan keberkesanan pengajaran guru. Oleh itu
seseorang guru perlu merancang

sesi pengajarannya dari segi

pendekatan, kaedah, teknik dan strategi mengajar yang betul serta


alatan, tempat alat bantu mengajar dan sebagainya.

ii.

Pedagogical Content Knowledge (PCK)


Kekurangan atau ketiadaan pengetahuan tentang PCK akan
menjejaskan

keberkesanan pengajaran Pendidikan Jasmani,

hasilnya nanti seseorang guru hanya menggunakan satu kaedah


pengajaran sahaja. Perkara ini memberi kesan yang negatif kepada
pelajar, rakan sejawat, sekolah dan profesion.

iii.

Pendekatan Tradisional

18

Pengajaran berpusatkan guru, stail perintah dan terlalu


banyak arahan merupakan ciri-ciri pendekatan tradisional. Cara ini
banyak kelemahannya dan kurang sesuai digunakan untuk
mengajar Pendidikan Jasmani. Guru seharusnya mempelbagaikan
kaedah dan teknik mengajar Pendidikan Jasmani

agar sesi

pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat pelajar dan


mencapai objektif yang ditetapkan.

iv.

Penilaian, Pengujian dan Pengukuran (3P)


3P merupakan komponen yang penting dalam Pendidikan
Jasmani kerana ia merupakan satu penilaian yang dibuat untuk
mendapatkan keputusan-keputusan tahap kecergasan dan intelek
seseorang pelajar disekolah. Kebiasaannya hasil keputusan 3P
digunakan untuk menilai akauntabiliti seseorang guru Pendidikan
Jasmani
Ramai di kalangan guru Pendidikan Jasmani yang tidak
melaksanakan 3P sama ada mereka mengetahui atau tidak tentang
3P. Menurut Artikel dalam Journal JOPERD (Measurement &
Evaluation Theory to Practice) terdapat konflik di antara pakarpakar 3P dan guru-guru Pendidikan Jasmani. Permulaan konflik,
Needs of the practitioners vs. the role of the M&E specialist. Pakarpakar 3P dan guru-guru mempunyai matlamat yang sama dalam
menentukan akauntabiliti Pendidikan Jasmani . Setiap pihak

19

memberi pandangan dari perspektif yang berbeza dan pespektif


yang boleh menimbulkan konflik sebagai contoh Pakar 3P memberi
penekanan teori, kaedah, prosedur pengujian, kebolehpercayaan
dan sebagainya yang boleh membekalkan keberkesanan pengujian
dan mendapat skor ujian yang tepat. Sebaliknya guru memerlukan
atau mahukan penyelesaian yang lebih praktikal kepada masalah
yang kompleks yang

Di antara pakar-pakar teori di universiti

dengan guru-guru masih lagi terdapat satu jurang. Kurangnya


pakar-pakar penyelidik membawa hasil penyelidikan kepada guru
dan konsep salah arah yang mana kurangnya penghubung teori
kepada praktikal. Hubungan dua hala yang sangat penting supaya
pakar penyelidik dan guru-guru boleh berkomunikasi selain dari itu
ia

menyedarkan

pakar

penyelidik

akan

keperluan

guru.

Sehubungan dengan itu hubungan dua hala yang lebih efektif perlu
diusaha agar jurang yang sedia ada dapat dikurangkan demi
memartabatkan Pendidikan Jasmani di Malaysia.

3.7 Pemantauan

Pemantauan mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak dilaksanakan di


peringkat sekolah, Pendidikan Daerah, Pendidikan Negeri dan Nazir. Sewajarnya
mata pelajaran Pendidikan Jasmani diberi perhatian yang sama dalam proses
pemantauan di mana-mana juga peringkat agar kredibilitinya sebagai mata

20

pelajaran akademik menjadi kenyataan. Pelbagai kaedah pemantauan boleh


dijalankan disekolah iaitu menerusi Ketua Panitia, Penolong Kanan KoKurikulum, Penolong Kanan Akademik sehinggalah guru dengan guru. Ramai
yang tidak sedar akan masa depan Pendidikan Jasmani dalam konteks kerjaya.
Pendidikan Jasmani menawarkan pelbagai jenis jawatan-jawatan profesional
dalam kerajaan mahupun sektor swasta.

Proses pemantauan yang dijalankan mestilah berterusan dan dibawah


disertakan cadangan jadual pemantauan sepanjang sesi persekolahan:

Semester 1

Semester 2

Catatan

Pendidikan Jasmani

Pendidikan Kesihatan

Sekiranya mata pelajaran Pendidikan Jasmani mendapat tempat dan


perhatian yang sama dengan mata pelajaran peperiksaan yang lain dan proses
pemantauan dijalankan walau hanya peringkat sekolah sekalipun maka
peningkatan

mutu

dan

keberkesanannya

akan

terhasil

kerana

dari

pemantauanlah guru-guru mendapat maklum balas yang amat berguna bagi


21

mereka memperbaiki mutu pengajaran dan seterusnya dapat menyampaikan


ilmu dengan berkesan.

3.8 Etika Guru

Beretika semasa menjalankan tugas adalah amat penting bagi setiap


orang guru. Guru mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak
kementerian semasa menjalankan tugas sama ada formal mahupun tidak formal.
Ini disebabkan guru adalah role model di mana segala tindak tanduk guru akan
menjadi perhatian oleh ibu bapa, pelajar, masyarakat setempat dan sebagainya.
Oleh itu, setiap guru khususnya guru pendidik jasmani perlu sentiasa
memastikan diri mereka tidak terkeluar dari landasan yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir guru pendidik jasmani yang
masih gagal mematuhi ketetapan yang dibuat oleh pihak kementerian.
Contohnya terdapat guru pendidik jasmani yang gagal menunjukkan contoh yang
baik dari segi berpakaian semasa mengajar Pendidikan Jasmani. Selain itu,
masih

terdapat

guru

mengajar

mata

pelajaran

Pendidikan

Jasmani

menggunapakai kaedah yang tersendiri contohnya kaedah remote control.


Ketidakprofesionalan guru semasa menjalankan tugas ini akan menimbulkan
tanggapan negatif pelajar terhadap guru. Kemungkinan juga beberapa tindak
tanduk guru yang kurang elok itu tadi akan menjadi ikutan pelajarnya. Jika
perkara ini dibiarkan berterusan, mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak akan
mencapai keberkesanannya dalam membentuk sahsiah pelajar.

22

4.0 Penutup

Pendidikan Jasmani adalah satu bidang ilmu yang tidak kurang


pentingnya dengan mata pelajaran lain. Lantaran itu, kementerian Pendidikan
Malaysia sentiasa memurnikan lagi mata pelajaran ini dari semasa ke semasa
agar sesuai dengan peredaran zaman serta kematangan pelajar. Langkah ini
bertujuan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Selain itu, melalui mata pelajaran ini bakatbakat pelajar dapat dicungkil sejak mereka di bangku sekolah lagi. Walau
bagaimanapun, hasrat ini mungkin sukar untuk dicapai jika guru masih berada
ditahap lama dan tidak mahu melakukan anjakan paradigma terhadap tugas dan
peranannya sebagai guru yang profesional. Jika semua guru pendidik jasmani
sanggup bersatu padu, saling bekerjasama dan sentiasa bersedia maka mata
pelajaran ini akan dapat dimertabatkan lagi sehingga ke tahap bertaraf dunia.
Namu begitu, hasrat ini akan dapat dicapai dengan usaha yang gigih daripada
semua pihak yang terlibat dengan dunia pendidikan.

Rujukan

23

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Rancangan kurikulum baru sekolah


menengah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
Khoo Kay Kim. (1995). Kurang guru punca abai jasmani. Utusan Malaysia, 29
Julai. 1995. Ms 21.
Mohd Taufek Razak. (29 Julai, 1995). Pendidikan jasmani diabaikan. Utusan
Malaysia,. P.21.
Rahman Shaari.(1996). Kurang kreativiti punca pengajaran lemah. Berita Harian,
2 November, 1996.
Singer, R. N. (1976). Physical education foundation. New York. Holt, Rinehart
and Winston.
http://www.webcastmy.com.my/unimasresearchgateway/thesis/thesis_0017/conte
nts.htm

24

Anda mungkin juga menyukai