Anda di halaman 1dari 4

Asas Masakan Rimba

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli


pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak
mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup
kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya,
memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai,
anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Ada beberapa
contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli
pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan
bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan.

Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau
belahan buluh yang telah dibersihkan.
Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan
dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati
sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang
panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting.
Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika
ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang
sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak
dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang.
Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang
berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah
untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.

Kebaikkan Menggunakan Lubang Api


1.
melindungi
2. mengawal bara api supaya tidak dipijak

tiupan

3. kekemasan dapur bawah (tanah)


4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak
5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh
Cara Menyalakan Api Menggunakan Kanta

angin

1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal


2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)
3. perlukan sebuah kanta
4.
gunakan
habuk
halus
5.
atau
kapas
sebagai
6. kelemahannya, mengambil masa yang lama

(buluh
bahan

diraut
bantu

halus)
mula

7. amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau
daun pandan.
Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua.
Buat lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi
dengan mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahanlahan bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras
ialah separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang
tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak
melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang
berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak.
Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat
kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat
sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan
dua orang dewasa.

Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun
pisang muda.
Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci
sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian
dalamnya (seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam
buluh. Ukuran beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan
air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah
dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi
berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api
dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air
dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk
hidangan
dua
orang
dewasa.
Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur, dua biji buah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.
Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong
ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian
buang bahagian isi dalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan
kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari
buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan
sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum
ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak
terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan cermat di
tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun
pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.

Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.


Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah
liat tidak terlalu cair. Kemudian balut telur tadi dengan menggunakan tanah liat
sehingga tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya
telur tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke
dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah,
bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.

Anda mungkin juga menyukai