Anda di halaman 1dari 23

TEKNIK REBT

Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT)


secara umumnya bermula dengan sistem
kepercayaan dalam diri klien yang memberi
kesan ke atas emosi dan tingkahlaku klien yang
pada kebiasaannya bersifat negatif.
Amir Awang (1997) menyatakan, klien
(manusia) berfikir, berperasaan dan bertindak
secara serentak. Perkaitan yang begitu
signifikan menyebabkan jika salah satu sahaja
menerima gangguan maka yang lain akan
terlibat sama.

Kaunselor perlu bijak dalam mengintegrasikan teknikteknik REBT dengan permasalahan klien, terutamanya
dalam proses D (disputing intervention).
Pengamal REBT perlu menggunakan modaliti yang
berbeza, seharusnya fleksibel dan kreatif dalam
penggunaan kaedah dan melakukan penyesuaian teknik
terhadap keperluan unik bagi setiap klien (Dryden, 2002).
Teknik-teknik REBT boleh dibahagikan kepada tiga cabang
utama iaitu Teknik Kognitif, Teknik Emotif dan Teknik
Tingkah Laku, setiap cabang mempunyai teknik yang lebih
khusus untuk dipraktikkan.

PECAHAN TEKNIK
REBT

TEKNIK
REBT

TEKNIK KOGNITIF
Kaunselor mengajar klien bagaimana berhadapan dengan
penyataan
tidak
rasional
mereka
supaya
tidak
mempercayainya.
REBT
amat
menitikberatkan
pada
pemikiran,
menyingkirkan,
mendebatkan,
mencabar,
mengintepretasikan, menerangkan dan mengajar. Kesemua
ini merupakan cara yang kaedah yang berkesan dalam
memastikan klien melihat pemikiran tidak rasional mereka.
Dryden (2002), menjelaskan bahawa cara yang berkesan
dalam membawa perubahan emosi dan tingkahlaku adalah
melalui perubahan cara berfikir klien.

Menyingkirkan Kepercayaan Tidak


Rasional

Kaunselor
bertindak
secara
aktif
menyingkirkan kepercayaan tidak rasional dan
mengajar klien bagaimana melakukan.
Meneroka keterangan mesti, harus, atau
sepatutnya
sehingga
klien
tidak
lagi
berpegang kepada kepercayaan tersebut.
Mengarahkan klien membuktikan mengapa
klien harus berasa teruk jika sesuatu yang
dilakukannya tidak berjaya. Persoalan tidak
rasional klien perlu dicabar dan digantikan
dengan pemikiran baru yang lebih rasional.
Konfrontasi yang baik mampu menyerang
pemikiran tidak rasional klien dan membuat
klien menyedari keadaan tersebut.

Membuat Tugasan Kognitif


Klien
melakukan
tugasan
kognitif
yang
membina terhadap permasalahan dan isu
kepercayaan tidak rasional klien.
Tugasan kognitif ini adalah satu cara untuk
membantu klien melihat penyataan mesti dan
harus yang dipegangnya dan kemudiannya
mengubah penyataan tersebut menjadi lebih
positif, serta disusuli dengan tugasan praktikal
yang perlu dilakukan oleh klien.
Klien mempunyai pemikiran yang tidak rasional,
klien sering meletakkan sifat negatif itu ke
dalam
situasi
kehidupannya.
Kaunselor
memberikan tugasan kepada klien untuk cuba
melakukan tindakan tertentu dalam situasi

Changing Ones Langguage


Penggunaan
bahasa
yang
tidak
tepat
merupakan salah satu penyebab berlakunya
perubahan proses pemikiran, termasuklah
pemikiran tidak rasional. Penyataan seperti
mesti, harus, atau sepatutnya boleh
diubah oleh klien dengan pilihan yang lebih
baik
Klien
yang
menggunakan
bahasa
yang
menggambarkan keadaan yang tidak berdaya
atau menjatuhkan diri sendiri boleh belajar
menggunakan penyataan baru yang mana
dapat membantu klien berubah tingkahlaku dan
sekali gus mengubah perasaan lebih baik dan
tenang.

Kaedah Psikopendidikan
Kaedah berunsurkan pendidikan merupakan
kaedah yang sesuai dalam proses pengajaran
kepada klien. Terapis mengajar klien tentang
keadaan masalah klien dan bagaimana rawatan
yang boleh dilakukan.
Klien mungkin perlu bekerjasama dengan
program rawatan sekiranya mereka memahami
bagaimana proses berjalan dan memahami
kenapa teknik-teknik tertentu digunakan (Ledly,
Marx, & Heimberg, 2005).
Kaunselor mengambil peranan lebih aktif,
kaunselor boleh berbincang serta menunjukkan
sesuatu kepada klien, seperti ketidaklogikan
dan cara praktis tertentu.

TEKNIK EMOTIF
Teknik-teknik emotif yang terkandung ini
merupakan teknik yang bertujuan mengubah
emosi klien.
Kesemua teknik emotif tersebut boleh
dikatakan sebagai medium untuk menguatkan
dan memberi semangat kepada klien, namun
tujuan utamanya adalah diharap dapat
membawa klien melihat semula kerosakan yang
dilakukan terhadap diri sendiri disebabkan
kepercayaan tidak rasionalnya.

Rational Emotive Imagery


Teknik ini merupakan satu bentuk latihan
mental teknik yang direkabentuk untuk
membina corak emosi yang baru (Ellis, 2001).
Klien
membayangkan
sendiri
berfikir,
merasakan dan berkelakuan sama seperti
dengan cara yang mereka inginkan dalam dunia
realiti (Maultsby, 1984).
Klien juga boleh ditunjukkan bagaimana
membayangkan salah satu perkara yang teruk
yang mungkin berlaku kepada diri mereka,
bagaimana merasa kecewa dengan situasi
tersebut, bagaimana menjiwai perasaan pada
situasi tersebut, dan seterusnya bagaimana
mengubah
pengalaman
tersebut
kepada

Eliis (2001a, 2008) menegaskan bahawa


sekiranya individu mempraktis teknik ini
beberapa kali seminggu untuk beberapa
minggu, individu boleh mencapai satu tahap
yang membantu untuk tidak merasa kecewa
terhadap situasi negatif yang difikirkan. Oleh
itu, melalui teknik ini, klien boleh membuat
imiginasi terhadap sesuatu yang mungkin
berlaku terhadap dirinya sekiranya dia
mengambil
tindakan
tertentu,
seperti
tindakan semasa berfikiran tidak rasional.

Humor
REBT berpendapat bahawa gangguan emosi
sering diakibatkan oleh memikirkan sesuatu
kesalahan diri dengan terlalu serius. Wolfe
(2007) mengatakan bahawa REBT mempunyai
satu aspek menarik di mana ia menggalakkan
klien dalam membangunkan unsur humor dan
membantu dalam meletakkan diri ke dalam
perspektif tersebut.
Unsur humor secara jelasnya dapat memberi
kesan yang baik terhadap perubahan kognitif
dan emosi.
Kaunselor perlu bijak dalam menggunakan
teknik humor dengan berjenaka secara halus
untuk memperolokkan kepercayaan tidak

Role Playing
Melibatkan tindakan emosi dan tingkahlaku
klien. Klien perlu menunjukkan atau memainkan
keadaan di mana klien mempunyai keadaan
kebimbangan, tekanan ataupun kemurungan.
Kemudian, kaunselor mengambil bahagian
dengan memainkan peranan klien ataupun
reverse role-play sehinggalah klien menyedari
dan dapat menerangkan semula bagaimana
pemikiran tidak rasional itu berlaku. Teknik roleplay boleh juga digunakan dengan klien supaya
menjadi lebih asertif apabila dia mendapati
dirinya sukar bertindakbalas dengan keadaan
yang dibimbanginya.
Role-play memberi peluang kepada individu ini

Shame-Attacking
Ellis
(1999,
2000,
2001a,
2001b)
membangunkan latihan ini untuk membantu
individu mengurangkan rasa malu terhadap
sesetengah tingkahlaku yang dilakukan. Beliau
mengatakan kita boleh menolak untuk berasa
malu dengan mengatakan kepada diri sendiri
bahawa ia bukanlah suatu bencana besar
sekiranya seseorang mengandaikan kita kurang
bijak.
Kaunselor memberikan tugasan melakukan
sesuatu yang sebelum ini takut untuk dilakukan
oleh klien atas faktor malu dan rendah diri,
ataupun perkara baru yang mungkin tidak
terfikir untuk dilakukan di khalayak ramai.

Latihan ini akan mampu membantu klien melihat


persekitaran dan orang ramai yang mungkin
tidak berminat atau tidak mengambil perhatian
terhadap tingkahlaku dan tindakan klien tersebut.
Latihan berterusan mampu membantu klien
mengurangkan perasaan malu dan kerisauan
terhadap tingkahlaku mereka. Namun, perlu
diingatkan bahawa latihan adalah berdasarkan
sesuatu yang tidak melanggar undang-undang
atau mendatangkan kerosakan kepada diri sendiri
dan orang lain.

Force and Vigor


Ellis
mencadangkan teknik ini sebagai satu
usaha untuk membantu klien daripada proses
intelektual kepada kefahaman emosi. Kaunselor
akan membantu klien bagaimana untuk
berdialog dengan diri sendiri dan meluahkan
segala
kepercayaan
tidak
rasional,
kemudiannya
menyangkal
kepercayaan
tersebut secara tegas.

TEKNIK TINGKAH LAKU


Pengamal REBT menggunakan teknik tingkahlaku yang
lebih kurang sama dengan prosuder terapi tingkahlaku,
antaranya pelaziman operan, prinsip pengurusan kendiri,
desintesasi bersistematik, teknik releksasi dan modelling.
Kesemua teknik tersebut adalah bertujuan untuk mengubah
tingkahlaku yang tidak diingini pada diri klien.
Teknik tingkahlaku memerlukan klien memberikan
komitmen di luar sesi, ianya mungkin boleh diandaikan
dengan pembelajaran secara teori adalah di dalam sesi,
manakala praktikal pula dilakukan di luar sesi.
Ledly (2005), mengatakan tugasan kepada klien
memberikan mereka peluang untuk praktis kemahiran baru
di luar sesi terapi, di mana ianya mungkin lebih bernilai
untuk klien berbanding semasa sesi terapi.

Teknik Peneguhan
Digunakan dalam proses untuk menggalakkan
perkara yang positif dan menghindari perkara
yang negatif daripada berlaku berterusan.
Konsep peneguhan boleh diaplikasikan di dalam
sesi REBT bagi membantu klien menyingkirkan
kepercayaan tidak rasional dan membuat
peneguhan kepada pemikiran yang lebih positif
agar klien tidak merosakkan dirinya dengan
kepercayaan lama.
Galakkan seperti pujian atas perubahan yang
dilakukan oleh klien ataupun mengendahkan
tingkahlaku yang cenderung kepada pemikiran
tidak rasional dapat membantu klien untuk
melakukan perubahan.

Desintisasi Bersistematik
Teknik ini adalah terapi yang berasaskan
kepada proses counterconditioning (Martin &
Pear, 2003). Pengertian mudah bagi teknik ini
ialah respon yang tidak diingini digantikan
dengan tingkahlaku yang diinginkan sebagai
hasil latihan yang berulang dan berperingkat
oleh klien.
Berdasarkan proses REBT, latihan tersebut
merupakan komitmen daripada klien yang ingin
melakukan perubahan dan menyingkirkan
kepercayaan tidak rasional klien. Teknik ini
boleh
diaplikasikan
kepada
klien
yang
mempunyai perasaan risau, malu, takut dan
tidak yakin.

Modelling
Teknik ini digunakan dalam membantu klien
melihat keadaan yang lebih baik berbanding
keadaannya pada masa sekarang ataupun
permasalahan yang dihadapinya. Melalui teori
REBT, kaunselor boleh memandu klien untuk
melihat
situasi
yang
dihadapinya
dan
memberikan model yang positif agar klien
dapat meniru atau menjadikannya sebagai
panduan dalam melihat dirinya.
Kaunselor turut boleh memperlihatkan dua
model atau situasi berbeza antara positif dan
negatif untuk membantu klien melihat sendiri di
mana kedudukan sebenar klien, dengan itu
klien mampu memilih keputusan yang lebih

Anda mungkin juga menyukai