Anda di halaman 1dari 8

WAJ3121 M1

P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING


PENGENALAN OLAHRAGA

Sejarah Olahraga
Setiap makhluk mempunyai fikiran, dari pemikiranlah terhasilnya perlakuan
kemahiran asas seperti berlari, melompat, membaling ataupun melontar. Lamakelamaan kemahiran ini telah diperkembangkan sehingga menjadi satu acara sukan.
Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga (athletics)
yang merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.
Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun
yang lampau di Greece. Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang
tertua di dunia. Catatan sukan olahraga ini bermula di Sukan Olimpik kuno tahun 776
S.M di Greece. Berdasarkan The Encyclopedia of Sports acara pertama yang
dicatatkan sebagai sukan ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta bernama
Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 inci pada Sukan Olimpik 656 S.M.
Di England, sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di
Sandhurst di mana temasya sukan bermula pada 1812. Kemudian Kelab Olahraga
yang pertama ditubuhkan iaitu The Necton Guild. Selepas itu semakin banyak kelab
olahraga ditubuhkan dan terdapat juga kelab olahraga peringkat universiti yang
ditubuhkan pada tahun 1850 di University Oxford, dikenali sebagai Exeter College
Athletic Club. Kejohanan olahraga kebangsaan yang pertama telah dianjurkan pada
tahun 1866 oleh Amateur Athletic Club di England. Seterusnya kejohananan
Antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.
Menjelang abad ke-20, ramai atlet Amerika Syarikat yang telah mampu mencatatkan
prestasi yang memberangsangkan.
Ternyata

kebanyakan

peserta

dari

negara

Amerika

Syarikat

ialah

berketurunan Negro, namun atlit dari negara Eropah lain turut cemerlang dalam
olahraga. Sememangnya ketika itu atlet dari Asia dan Afrika belum mampu
menyaingi kemampuan atlet dari Eropah. Tetapi kini senario tersebut telah berubah
dan boleh dikatakan atlet Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlet Eropah. Kini
pelbagai kejohanan sukan diadakan seperti Sukan Sea, Sukan Asia, Sukan
Komanwel dan Sukan Olimpik. Mana-mana badan atau pertubuhan yang berdaftar
dibawah IAAF boleh menyertai kejohanan dibawah pengawasan IAAF.

WAJ3121 M1
P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING

Organisasi Olahraga
IAAF atau Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa ditubuhkan pada
tahun 1912 dan semua negara boleh menganggotai badan tertinggi sukan olahraga
di dunia ini. Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf semua kejohanan
sukan terbesar ini. Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang
boleh mengiktiraf sebarang rekod atau kejayaan yang dicapai oleh atlet. Segala
peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan olahraga adalah di bawah
tanggungjawab IAAF.

Acara Olahraga Balapan


Senarai lengkap acara-acara olahraga yang sering dipertandingkan diperingkat
antarabangsa,dan juga kebangsaan adalah seperti berikut :
Bil
1

Kategori
Lari Jarak dekat

Acara
100 m
200 m
400 m

Peserta
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita

Lari Jarak Sederhana

800 m
1500 m

Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita

Lari Jarak Jauh

3000 m
5000 m
10,000 m

Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki

4
5

Lari berhalangan
Lari berpagar

Lari berganti-ganti

3000 m
100 m
110 m
400 m
4 x 100 m
4 x 400 m

7
8
9
10

Marathon
Heptatlon
Dekathlon
Berjalan kaki

Lelaki / Wanita
Wanita
Lelaki
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita
Lelaki / Wanita

Acara-acara khas

7 acara
10 acara
5000 m
10,000 m
20,000 m
50,000 m

WAJ3121 M1
P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING

Selain acara-acara yang dinyatakan,terdapat beberapa acara lain lagi yang


jiga turut dipertandingkan sebagai acara olahraga.Oleh sebab ciri-ciri acara ini agak
berbeza

dan

tersendiri)

agak

sukar

untuk

dikategorikan

sebagai

acara

berbalapan,atauacara padang. Umpamanya, acara dekathon dan heptathon yang


merupakan gabungan ketiga-tiga kumpulan acara tersebut, mungkin juga boleh
dikategorikan sebagai balapan dan juga padang. Begitu juga dengan acara maraton
dan lumba jalan kaki.
Satu

lagi

acara

yang

sering

diadakan

di

peringkat

sekolah

dan

mendapatanibutan yang menggalakkan ialah tarik tali tetapi di kebanyakan


perjumpaan olahraga dunia cara mi tidak diadakan. Di negara kita pertandingan tarik
tab lebih merupakan salah satu acara dalam Sukaneka, yang dianggap sebagai
sukan sambil bergembira dan bukan pertandingan. Bagairnanapun, sejak beberapa
tahun lalu ada pihak yang menganjurkan pertandingan tarik tali secara khusus, dan
telah mendapat sambutan yang menggalakkan.

Marathon
Acara maraton juga merupakan acara olahraga yang disertai oleh lelaki dan
perempuan. Marathon sering diadakan dalam perjumpaan olahraga utama dunia,
walaupun di negara kita, khususnya di peningkat sekolah tidak diadakan. Marathon
adalah acara lan jarak jauh sejauh 26 batu 385 ela diadakan sejak Acara marathon
diadakan di luar kawasan balapan, menggunakan jalar raya biasa. Hanya permulaan
dan akhir acara sahaja diadakan di dalam balapan. Disebabkan jarak yang amat
jauh. kebanyakan penganjur olahraga mengetepikan acara marathon daripada
senarai acara marathon untuk acara ini disamping diadakan secara berasingan. Ada
kalanya juga diadakan pada jarak yang lebih dekat dan dinamakan marathon mini.

Lumba Jalan Kaki


Dilihat pada nama acara Lumba Jala Kaki adalah sejeni acara berjalan laju
yang mungkin juga meupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan berlari. Terdapat
beberapa jarak yang dipertandingkan, khusus untuk lelaki ataupun perempuan.
Biasanya lumba jalan kaki diadakan berasingan, bersempena sesuatu peristiwa atau
hari-hari perayaan. Perkara penting dalam lumba jalan kaki ialah jarak serta
kekerapan membuat langkahan. Kelenturan pergerakan badan dan gabungan

WAJ3121 M1
P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING

ayunan tangan dapat meningkatkan kelajuan. Peserta tidak dibenarkan berlari dalam
acara ini. Disebabkan kelajuan langkahan yang ditunjukkan oleh para peserta,
penonton seolah-olah beranggapan mereka berlari anak, tetapi sebenarnya tidak.

DekathIon
Dekathlon adalah gabungan 10 acara yang merangkumi lanian, lompatan dan
lontaran. Semua acara ini dijalankan disepanjang dua hari, dan dikhaskan untuk
lelaki sahaja. Atlit yang menjuarai acara ini sering dianggap sebagai atlit paling
lengkap.Susunan pertandingan acara adalah seperti berikut.:
Hari Pertama
Hari Kedua
100 m
110 m lari berpagar
Lompat jauh
Lempar cakera
Lontar peluru
Lompat bergalah
Lompat tinggi
Rejam lembing
400 m
1500 m
Perserta yang mengambil bahagian harus menggabungkan kelajuan,
kekuatan, kelenturan, keazaman serta semangat kesukanan yang tinggi. Mereka
juga marnpu mengekalkan prestasi yang tinggi sepanjang dua hari acara itu
dijalankan. Untuk memenangi acara ini secara keseluruhan, peserta perlu
mengambil bahagian dalam semua acara. Setiap pencapaian dalam sesuatu acara
akan diberkan mata mengikut ketetapan yang digariskan oleh persekutuan Olahraga
Amatur Antarabangs(IAAF). Peserta menunjukkan prestasi yang tlnggi sudah tentu
memperoleh mata yang tinggi. Mata yang dipungut oleh para pesertata dalam ke
semua sepuluh acara itu diumlahkan dan eserta yang memungut mata tertinggi dikira
sebagai pemenang.

Heptathlon
Heptathlon mierupakan gabungan tujuh acara yang dikhususkan untuk wanita
sahaja. Untuk menguji kemampuan para peserta menerusi gabungan ketiga-tiga
acara olahraga. Acara heptathlon juga diadakan dalam tempoh dua hari. Acara-acara
yang terdapat dalam acara heptathlon mi mengikut susunannya adalah seperti
berikut:
Hari Pertama
100 m berpagar
Lompat tinggi

Hari Kedua
Lompat jauh
Rejam lembing

WAJ3121 M1
P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING

Lontar peluru
800 m
200 m
Seperti dekathlon, pemenang daIam acara heptathlon ditentukan menerusi
jumlah keseluruhan mata vang dipungut dalam semua acara yang dipertandingkan.
Peserta yang berjava memungut mata terbanyak dikira pemenang. Hanya pemenang
keseluruhan diberikan hadiah dan bukan pemenang untuk setiap acara yang
dipertandingkan. Pemenang acara ini dianggap sebagai juara keseluruhan bahagian
wanita.

Undang-undang/ Peraturan Pertandingan Di Sekolah Rendah


i.

Setiap pertandingan yang dijalankan hendaklah dikawal oleh undangundang dan peraturan pertandingan bersesuaian dengan matlamat
penganjurannya.

ii.

Pembinaan peraturan sesuatu kejohanan akan merujuk dan mengikut


undang-undang dan peraturan

Persatuan Olahraga Antarabangsa.


Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia,
Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM )
Majlis Sukan Sekolah Negeri ( MSSN )
Majlis Sukan Sekolah Daerah ( MSSD)
Majlis Sukan Sekolah cawangan jika ada

iii. Peraturan pertandingan perlu mempunyai perkara berikut;

Nama kejohanan.
Tarikh.
Tempat pertandingan.
Kategori dan acara-acara yang dipertandingkan.
Ukuran, berat alatan dan jarak.
Syarat-syarat penyertaan.
Nombor peserta.
Aturcara dan jadual pertandingan.

iv. Tatacara Pelari Untuk Acara 4 X 200 m

Pelari Pertama akan menggunakan lorong sendiri dan akan bermula di

garisan 1 stagger seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 m.


Pelari Kedua akan bersedia di garisan satu stagger yang akan disediakan.
Pelari Ketiga akan bersedia di garisan stagger (seperti pelari kedua dalam
acara 4 X 400 m). Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari

WAJ3121 M1
P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING

ketiga mestilah berlari di lorong masing-masing sehingga ke selekoh pertama

dan kemudiannya, pelari tersebut boleh memotong masuk ke lorong pertama.


Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut susunan
senarai mula (start list), dan menerima baton dengan syarat dia tidak
menghalang atau menolak peserta lain.

v. Acara Pertandingan

Di peringkat sekolah penyertaan murid dalam satu acara bergantung kepada


jumlah rumah dan trek yang ada bagi memudahkan sesuatu pertandingan

dijalankan.
Di Kejohanan Peringkat Daerah dan Negeri penyertaan TIDAK LEBIH
daripada dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu dan satu (1)

pasukan bagi acara Lari Berganti-Ganti.


Bilangan maksima penyertaan seseorang peserta adalah seperti berikut:

Kumpulan Umur
Individu
Lari Berganti-ganti
12 TKB
2
2
Acara TERBUKA hanya dibenarkan untuk disertai oleh peserta-peserta yang
berumur 12 tahun atau lebih pada 01 Januari tahun pertandingan.

vi. Melaporkan Diri Peserta

Peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara


balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan
berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh

Penyelia Peserta.
Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai
Teknik dalam arena pertandingan.
Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi
acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat yang meminta peserta
melaporkan diri hanya disiarkan di papan kenyataan di tempat Penyelia
Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan

dalam susunan acara atau program kejohanan.


Para peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor penyertaan mereka

mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju masingmasing.


Peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara dimulakan,
TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan
akan dianggap sebagai telah menarik diri.

vii. Prosedur Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan

WAJ3121 M1
P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING

Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar

daripada arena pertandingan sambil diringi oleh Penyelia Peserta.


Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara tamat, peserta-peserta
hendaklah berada di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap
hakim-hakim balapan untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke
tempat peserta dengan serta merta tanpa memasuki padang.

viii. Blok Permulaan

Bagi acara-acara yang tersebut di bawah untuk peringkat umur 12 Tahun Ke


Bawah (Lelaki dan Perempuan) permulaan dekam MESTI DIGUNAKAN,
tetapi penggunaan Blok Permulaan tidak diwajibkan dan terpulang kepada
peserta itu sendiri untuk acara-acara 100 m, 200 m, 80 m Lari Berpagar,
4X100 m, dan 4X200 m.

ix. Paku Kasut (Spikes)

Paku Kasut: Kejohanan yang diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang
maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi 9mm, kecuali untuk acara
Lompat Tinggi dan Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku
kasut tidak boleh melebihi 12 mm.

x. Cara Menanda Di Tempat-Tempat Pertandingan

Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau sebarang bahan


untuk menandakan di tempat-tempat pertandingan. Mereka hendaklah
menggunakan pita.

xi. Cara Menentuan Peserta Terbaik Adalah Berdasarkan Kriteria Berikut:

Pemecah rekod baru berstatus (mengikut ranking kejohanan) Rekod


Kejohanan Olahraga Peringkat Kebangsaan (KOAM), Rekod Remaja
Kebangsaan (KOAM), MSS Asean, dan MSSM dan jumlah rekod yang
diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan bilangan pingat emas,

perak, dan gangsa.


Sekiranya tiada rekod yang diatasi/dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau

perak atau gangsa dalam acara individu akan diambil kira.


Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan

pingat gangsa dalam acara individu akan diambil kira.


Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat
berdasarkan Jadual Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara
tertentu setiap peserta.

WAJ3121 M1
P5B

CHONG YEE LING & TAN JING YING

Olahragawan dan olahragawati diberi kepada peserta terbaik keseluruhan


(lelaki dan perempuan).

Rujukan
Sumber Buku
Naaman bin Mohd Shah, H. A. (t.t). MODUL LATIHAN SUKAN UNTUK GURU
PENASIHAT KELAB SUKAN SEKOLAH (SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH
MENENGAH). Bahagian Guru dan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Naaman bin Mohd Shah, Haji Amir bin Haji Othman, Tan Boon Seng, Zainal bin
Tamby Chik . (t.t). MODUL LATIHAN SUKAN UNTUK GURU PENASIHAT
KELAB SUKAN SEKOLAH (SUKAN OLAHRAGA SEKOLAH RENDAH).
Bahagian Sukan dan Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Sumber internet:
faozika. (2010, Julai 25). Sejarah acara balapan dan padang (olahraga). Retrieved
Februari 19, 2015, from SUKAN OLAHRAGA:
https://olahraga2u.wordpress.com/2010/07/25/sejarah-acara-balapan-danpadang-olahraga/

Anda mungkin juga menyukai