Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Kajian:

Mengurangkan Masalah Tingkah Laku Negatif Di Dalam Kelas Bagi Murid Masalah
Pendengaran Tahun 5 Arif Melalui Peneguhan Negatif.
Kriteria
Kebolehtadbiran

Kepentingan

Kebolehgunaan

Kawalan

Contoh Penulisan
Penyelidik mendapati peneguhan negatif ini dapat dilaksanakan di
dalam kelas tanpa mengira mata pelajaran serta tidak melanggar
etika sebagai seorang guru biasa. Selain itu, penyelidik telah pun
berpendapat kajian ini dapat dijalankan dengan lancar kerana
penyelidik menjalankan intervensi dengan menggunakan waktu
rehat dan waktu pulang. Penyelidik juga berpengetahuan dalam
menggunakan kaedah pengumpulan data seperti temu bual dan
yakin bahawa subjek kajian mampu menunjukkan perubahan
tingkah laku selepas intervensi dilaksanakan. Kajian ini juga mudah
dilaksanakan memandangkan subjek kajian adalah murid dalam
kelas penyelidik dan hanya melibatkan seorang murid sahaja. Jadi
kajian yang dijalankan dilihat mampu dipraktikkan di sekolah.
Kajian ini adalah penting untuk mengukuhkan tingkah laku positif
murid yang diingini ketika berada di dalam kelas. Kajian ini juga
adalah untuk mengurangkan masalah tingkah laku negatif dengan
menggunakan peneguhan yang bersesuaian. Sekiranya tingkah laku
negatif murid tidak diubah ini akan mengganggu keselesaan alam
peiajaran dan mengganggu pengajaran dan pembelajaran guru.
Hasil pembelajaran murid juga mungkin tidak tercapai. Justeru,
fokus kajian ini adalah penting untuk diberi penekanan.
Hasil kajian dapat membantu guru menggunakan peneguhan yang
bersesuaian bagi mengatasi masalah-masalah tingkah laku negatif
murid di dalam kelas. Peneguhan negatif ini juga dapat membantu
guru menanamkan nilai-nilai murni di dalam diri murid ketika di
dalam kelas. Jadi, peneguhan negatif ini boleh digunakan oleh
semua guru tanpa mengira mata pelajaran yang diajar, tempat dan
jantina selagi bersesuaian dengan situasi untuk tujuan modifikasi
tingkah laku murid. Peneguhan negatif ini juga boleh diguna pakai
oleh guru biasa tanpa melibatkan jawatan tertentu kerana kesan
penggunaan peneguhan negatif ke atas tindakan murid tidak akan
menyakitkan, murid.
Skop kajian ini adalah kecil. Murid X adalah murid penyelidik sendiri
dan penyelidik tidak melibatkan murid lain yang bukan subjek di
dalam kajian ini. Aspek kedua adalah masa intervensi. Penyelidik
menjalankan intervensi dengan menggunakan masa interaksi
penyelidik bersama kelas tahun 5 Arif iaitu ketika waktu mata
pelajaran Bahasa Melayu dan penyelidik tidak mengganggu masa
interaksi guru lain bersama tahun 5 Arif. Seterusnya adalah tempat.
Intervensi dijalankan di dalam bilik darjah tahun 5 Arif itu sendiri
dan penyelidik tidak menggunakan kawasan lain untuk
menjalankan intervensi. Akhir sekali adalah isu kajian yang mana

Kolaboratif

Kerelevanan
kepada sekolah

penyelidik dapat mengawalnya dengan intervensi yang dijalankan


oleh penyelidik melalui 2 kitaran. Peneguhan negatif mampu
dijalankan oleh penyelidik kerana tidak melibatkan kos dan tidak
mengambil masa yang banyak.
Penyelidik telah mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di
sekolah. Kerjasama yang diterima penyelidik tidak kira dari pihak
pentadbir dan juga guru-guru. Guru penolong kanan pendidikan
khas telah memberi kerjasama yang baik apabila penyelidik
meminta untuk mengambil alih tahun 5 Arif. Guru kelas mahupun
guru mata pelajaran bagi kelas tahun 5 Arif juga tidak menunjukkan
sebarang masalah apabila pengkaji mengambil alih beberapa waktu
interaksi bersama kelas tahun 5 Arif. Selain itu, penyelidik juga
berkolaboratif dengan rakan sejawat ketika menjalankan intervensi
di dalam kelas.
Fokus kajian ini memberi faedah kepada pihak sekolah terutama
kepada guru-guru disiplin. Buku Pengurusan Sekolah menyatakan
bahawa matlamat akhir guru adalah membentuk disiplin kendiri
yang baik. Pelaksanaan disiplin sekolah adalah tanggungjawab dan
tugas setiap guru dan bukan semata-mata tanggungjawab Guru
Besar, Penolong Kanan dan Guru Disiplin sahaja. Peranan guru
dalam melaksanakan disiplin adalah dengan mengawas disiplin
dalam bilik darjah, di sekitar sekolah dan dalam kegiatan luar
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai