Anda di halaman 1dari 4

NABI MUHAMMAD DI GUA HIRA

Bismillahirrahmaa nirrahiimAssalamualaikum warahmatullahi


wabarokatuh
Terima kasih tuan pengerusi majlis, penjaga masa yang setia, barisan
hakim yang bijaksana, guru-guru, rakan peserta serta sidang hadirin
sekalian.

Al-Quran dan sunnah panduan kita,


Jadi pedoman sepanjang zaman,
Nabi Muhammad di Gua Hira tajuk cerita,
Mari bersama kita dengarkan.

Kawan-kawan ,
Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang terakhir. Baginda
dilahirkan dalam keluarga yang disegani dan dihormati oleh bangsa arab.
Baginda telah dipilih oleh Allah s.w.t sebagai utusan untuk memberi
peringatan kepada umat manusia. Allah berfirman dalam surah Saba ayat
28 yang berbunyi:


....





Maksudnya: Dan tiadalah kami mengutusmu wahai Muhammad melainkan
untuk umat manusia keseluruhannya sebagai pembawa berita gembira
dan peringatan.

Wahyu pertama Nabi Muhammad didahului oleh mimpi yang benar


seperti cahaya subuh. Pada saat itulah baginda suka menyendiri dan
beruzlah di gua hirauntuk mendapat ketenangan.

Kawan-kawan,
Tahu tak di mana letaknya Gua HiraHaaaGua Hira terletak 5
kilometer dari Kota Mekah. Ketika usia 40 tahun, Nabi Muhammad s.a.w
telah pergi ke Gua Hira.

Masyarakat Jahiliah dalam kesesatan,


Berhala disembah anak perempuan dibunuh,
Nabi beredar mengasingkan diri,
Di dalam gua baginda beruzlah,
Agar keimanan dapat dipertahankan.
Sebagai hamba Allah, kita mestilah ikhlas dalam melakukan ibadah.
Kesungguhan beribadah akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.
Pada hari ini banyak kes pembuangan bayi berlaku kerana
kurangnya iman dalam jiwa masing-masing.

Kawan-kawan,
Allah berfirman dalam surah ad-Dhuha ayat 7:





Maksudnya: Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia
memberi petunjuk
Nabi Muhammad.

Semasa baginda di Gua Hira, Khadijah sering menghantar makanan


. Baginda berulang alik dari rumah ke Gua Hira semata-mata untuk
beruzlah. Tanggal 17 Ramadhan, malaikat Jibril datang menemui nabi
Muhammad dan menyuruh nabi membaca.

Pada ketika itu, keadaan masyarakat Arab Jahiliah di Kota Mekah sangat
merisaukan baginda. Oleh sebab itu baginda membawa diri untuk
beruzlah di Gua Hira. Sebelum itu baginda pernah bermimpi semakin
dekat dengan Allah. Demi mempertahankan keimanan kepada Allah,
baginda sanggup bersendiri di gua.

Nabi Muhammad s.a.w mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.


Kita semua harus mencontohi sikap ini. Kita digalakkan berhijran demi
untuk kebaikan. Sebagai seorang pendakwah kita mestilah berhikmah
dalam menyampaikan dakwah. Kita disarankan supaya berhati-hati dalam
pergaulan agar kita tidak terpedaya dengan perkara-perkara yang kurang
baik.
Sebagai contoh pada hari ini banyak kes jenayah yang amat
membimbangkan seperti Mat Rempit, ragut, simbah asid dan sebagainya.

Kawan-kawan,
Semasa nabi Muhammad s.a.w di Gua Hira, isteri baginda sering
menghantar makanan. Baginda berulang alik ke Gua Hira. Pada 17
Ramadhan, malaikat Jibril telah datang ke Gua Hira menemui nabi
Muhammad s.a.w. Ketika inilah wahyu pertama diturunkan. Malikat Jibril
menyuruh nabi Muhammad membaca. Iqra!
Tapi nabi menjawab : Ma ana bi qo ri aku tidak tahu membaca. Lalu
malaikat Jibril memeluk dan menggoncang badan nabi Muhammad s.a.w
3x
Akhirnya Jibril membacakan wahyu pertama..

Selepas kejadian itu, nabi Muhammad pulang ke rumah dalam


keadaan menggigil. Zammiluni..zammiluni..zammiluni..selimuti aku!3x
rasulullah berkata : aku merasa takut. Isiterinya menjawab:
sesungguhnya Allah tidak mengecewakanmu
Khadijah membawa nabi Muhammad berjumpa dengan seorang
pendeta Yahudi yang bernama Waraqah Bin Naufal dan menceritakan
peristiwa yang berlaku di Gua Hira. Waraqah berkata: itulah jibril yang
pernah diturunkan Allah ke atas nabi Musa a.s.

Peristiwa ini memberi pengajaran kepada kita. Kita hendaklah sabar


dalam menempuh rintangan. Nilai kasih sayang amat bernilai. Sebagai
hamba Allah kita mesti yakin akan kekuasaan Allah. Surah al-Alaq
menunjukkan bahawa membaca merupakan jambatan ilmu.

Akibat hilangnya kasih sayang, cemburu dan buruk sangka dalam


masyarakat pada hari ini kes perceraian semakin meningkat. Kerajaan
telah menyediakan perpustakaan awam untuk mendapatkan bahan
bacaan.

Kawan-kawan,
Selepas bertemu dengan malaikat jibril, nabi Muhammad pulang ke
rumah. Baginda telah ditenangkan oleh Khadijah. Lalu Khadijah membawa
baginda berjumpa dengan sepupunya, iaitu Waraqah bin Naufal yang
merupakan seorang pendeta Nasrani. Waraqah menyatakan peristiwa
tersebut merupakan tanda kenabian nabi Muhammad s.a.w.

Anda mungkin juga menyukai