Anda di halaman 1dari 3

PERIBAHASA BERKAITAN EKONOMI.

1.Sikit-sikit lama lama jadi bukit

Makna: sesuatu yang dilakukan dengan penuh kesabaran serta memerlukan masa
yang lama untuk memperolehi hasilnya.

Contoh: Ali menabung sebanyak 50 sen setiap hari kerana ingin menyimpan wang
nya ke dalam bank.Simpanan nya nanti akan digunakan untuk masa depan.

2. Angkat bendera putih.


Makna: Menyerah kalah
Contoh: Pasukan Hirman mengangkat bendera putih setelah penjaga golnya
keracunan makanan.

3. Telur di hujung tanduk


Makna: Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.
Contoh: Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya.
Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka sperti di hujung tanduk.

PERIBAHASA SOSIAL

1.Bagai ayam naik ke surau.


Makna: Bertamu ke rumah orang yang tidak memberi jamu apa-apa.
Sama erti: Bagai bertandang ke rumah janda.
Contoh: sudah hampir dua jam Encik Abu berbual dengan Encik
Ramli, tetapi belum ada tanda-tanda encik Ramli hendak
mempelawanya minum. Sehinggalah ia membuat keputusan untuk
balik, secawan air pun tidak dihidangkan. Keadaan yang dialami
oleh Encik Abu bagai ayam naik ke surau

2 . Bagai bajak wangkang makan diangkat.


Makna: Orang yang gemar dipuji.
Sama erti: 1. Ditanam tebu di telinga, berkembang bunga raya di
muka. 2. Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.
Contoh: Semua kerja yang telah dilakukan oleh beliau, pasti akan
diheboh-hebohkan kepada semua rakan- rakannya. Tindakannya
supaya ia mendapat pujian. Sikapnya bagai bajak wangkang makan
diangkat.

3.Bagai balak terendam.


Makna: Orang gemuk yang malas bergerak.
Sama erti: 1. Seperti badak berendam. 2. Seperti sumpit abu
ditegakkan. 3. Bagai sumpit dientakkan.
Contoh: Banyak tugasan yang belum disiapkan oleh Tina kerana dia
asyik tidur sahaja bila di dalam bilik. Badannya yang gemuk dan
malas ini menjadikan ia digelar bagai balak terendam.

PERIBAHASA PENDIDIKAN
1 Bagai kambing dihalau ke air.

Makna: Orang yang enggan mengerjakan sesuatu pekerjaan.


Contoh: Walaupun mereka telah sampai ke pusat pengajian tinggi
tetapi ada setengah daripada mereka yang menunjukkan tingkahlaku
bagai kambing harga dua kupang.

2 Buta huruf
Makna:tidak tahu membaca
Contoh: Nenek dan datuk buta huruf kerana tidak mengenal huruf dan membaca.

Anda mungkin juga menyukai