Anda di halaman 1dari 15

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK

PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

MISKONSEPSI
Konsep Miskonsepsi
Memahami apa itu miskonsepsi.
Miskonsepsi adalah satu istilah untuk menerangkan idea yang sedia ada pada murid
yang mana idea tersebut tidak selari dengan penerangan saintifik oleh mana-mana ahli sains
yang telah digunapakai sebagai teori, prinsip atau hukum sains.
Kanak-kanak membesar dengan persekitaran yang boleh menjurus kepada
miskonsepsi. Pengalaman yang dilalui semasa dirumah atau semasa bermain boleh
mewujudkan miskonsepsi berdasarkan atas pemerhatian kendiri. Sesuatu perkara yang
kurang jelas akan dinilai dengan pengamatan kanak-kanak itu sendiri. Sudah tentu penilai
mereka adalah cetek dan hanya berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui sahaja.
Maka mereka akan membentuk satu konsep yang dangkal tentang sesuatu pemerhatian.
Hancock (1940) mendefinisikan miskonsepsi sebagai satu idea yang kurang berasas
yang tidak dipengaruhi oleh elemen rasa takut, tuah, takdir atau fenomena luar biasa. Barrass
(1984) pula menyatakan bahawa guru atau murid yang pintar boleh membetulkan
miskonsepsi.
Miskonsepsi bukanlah sesuatu yang bersifat kekal. Ianya boleh dibetulkan, dengan
bimbingan dan langkah pengajaran yang terancang dan terbimbing sesuatu miskonsepsi
pada kanak-kanak boleh diperbetulkan selari dengan idea saintifik yang tergunapakai.
Malangnya jika ianya tidak diperbetulkan miskonsepsi ini akan dianggap betul selamalamanya dan menjadi pegangan individu tertentu untuk menerangkan sesuatu kejadian atau
fenomena yang diperhatikan.
Harus ditegaskan bahawa miskonsepsi boleh dialami oleh sesiapa sahaja. Seseorang
yang mendapat kurang penjelasan tentang sesuatu perkara akan cuba membuat sesuatu
generalisasi yang adakalanya amat bertentangan dengan idea asas sesuatu perkara
tersebut. Miskonsepsi bukan hanya berlaku pada kanak-kanak malah guru juga boleh
mengalami miskonsepsi.
Sesetengah orang rasa berpuashati dengan ilmu yang ada dan tidak cuba
mengembang atau memperbaharuinya. Jika ada idea yang baru tentang sesuatu perkara
ianya tidak diendahkan kerana berpuashati dengan penerangan yang ada pada dirinya. Ini
boleh menyebabkan miskonsepsi. Ilmu itu sentiasa berkembang dan jika ada penerangan
yang lebih baik terhadap sesuatu perkara maka ianya perlu diambil perhatian yang
secukupnya.
Guru mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pelajar. Sebarang miskonsepsi
yang ada pada guru akan diperturunkan dengan mudah kepada murid-muridnya. Guru harus
1

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

bersedia untuk sesuatu pelajaran , kaji dengan teliti isi sesuatu topik, buat rujukan yang
sesuai supaya apa yang akan kita sampaikan nanti adalah benar-benar relevan.

Murid murid datang ke sekolah dengan membawa bersama mereka satu kerangka
pengetahuan yang telah wujud melalui pengalaman seharian. Melalui proses pembelajaran
kerangka pengetahuan ini akan dapat diasimilasikann dengan ilmu sains atau diperbetulkan
jika ianya bersifat kontra dengan penerangan sains yang relevan. Perancangan pelajaran
yang sesuai harus dirangka dan dilaksanakan bersesuai dengan miskonsepsi yang
berkemungkinan ada pada set pelajar yang kita ada.
Banyak faktor yang berupaya menymbang kepada miskonsepsi berlaku dalam kelas
atau semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ;
1. Pemahaman kanak-kanak berkembang lebih perlahan dari kadar sesuatu konsep itu
dipersembahkan melalui buku teks atau arahan guru secara langsung.
2. Penggunaan bahasa dalam buku teks atau guru secara langsung yang mengelirukan.
3. Terdapat konflik yang tidak difahami berhubung pengalaman sedia ada murid dan apa
yang dipersembahkan oleh buku teks.
4. Kita selalu mengharapkan murid akan faham dengan hanya satu penerangan yang
ringkas tanpa cuba menyelidiki adakah murid telah betul-betul memahami satu idea
atau konsep yang diperkenalkan.
5. Pembelajaran yang berbentuk pasif dimana guru menerang dan murid mendengar. Ini
menyebabkan murid mungkin faham dari segi teori tetapi tidak faham dari segi aplikasi
sesuatu teori atau idea.

Keadaan di atas boleh mengakibatkan murid gagal untuk memahami idea kerana dari
aspek pembejalaran adalah tidak selari dengan tahap kesediaan dan pemaham,an murid.
Ini akan menjerumuskan murid berpegang kepada sesuatu konsep yang memang telah
sedia ada padanya berbanding menerima sesuatu penerangan dari guru. Maka
miskonsepsi boleh berlaku walaupun dalam bilik darjah.
Tanpa pemahaman tentang miskonsepsi murid, pembelajaran yang dirancang dengan
begitu teliti sekali[pun akan gagal kerana pengetahuan sedia ada murid memainkan
pertanan bagaimana sesuatu idea itu diasimilasikan menjadi sesuatu pengalaman baru
yang bermakna.
Idea sains kanak-kanak boleh dikumpul dengan cara :
1. Pemerhatian ke atas murid yang dikenalpasti
2. Menemubual murid yang dikenalpasti.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

Pemahaman yang jelas tentang miskonsepsi amat membantu dalam merancang


pembelajaran yang relevan dengan tahap dan pengetahuan murid.

Pengumpulan Maklumat
Maklumat dikumpul dengan cara :
1. Pemerhatian
2. Menemubual
3. Memberi tugasan atau soalan yang relevan

Pendekatan : Pemerhatian

Murid yang berpotensi untuk dikaji diperhatikan untuk beberapa hari. Semua jawapan
untuk setiap tugasan yang diberikan oleh guru dipantau bagi mengesan miskonsepsi yang
ada. Selain itu jawapan murid secara lisan diteliti dan dicatatkan.
Hasil dari pemerhatian dua orang murid telah dikenalpasti untuk dijadikan bahan
kajian. (Sila Lihat lampiran Biodata murid A dan B).
Kedua-dua murid ini kerap memberikan jawapan yang menunjukkan adanya
miskonsepsi pada mereka. Namun mereka juga memberikan jawapan yang relevan untuk
idea-idea sains yang tertentu.

Pendekatan : Temubual

Satu temu bual ringkas telah dijalankan ke atas kedua-dua murid tersebut berkaitan
topik benda hidup. Soalan soalan yang dikemukakan adalah sama. Temubual dijalankan
secara tertutup tanpa kehadiran murid-murid yang lain dan juga guru yang tidak terlibat.
Dapatan dari sesi temubual ini adalah seperti berikut :
1. Murid A
1.1 Soalan pertama : Boleh kamu ceritakan apa yang kamu faham tentang benda
Hidup?
Jawapan : Boleh, benda hidup boleh bernafas dan membiak.
3

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

Melalui jawapan murid ini kita boleh katakan yang murid ini secara asasnya
memahami apa itu benda hidup tetapi ianya tidak diterangkan secara terperinci
merangkumi ciri- ciri bagi haiwan dan tumbuhan. (Sukatan Sains Tahun 4).

1.2 Soalan kedua : Cuba kamu sebutkan ciri-ciri benda hidup?


Jawapan : Ciri-ciri benda hidup ialah memerlukan air, makanan dan udara.

Melalui jawapan ini jelas murid keliru dengan ciri-ciri benda hidup dan keperluan asas
benda hidup. Ini merupakan satu miskonsepsi pada murid A kerana pada pemahamannya
ciri-ciri benda hidup adalah sama dengan keperluan asas benda hidup.

1.3 Soalan ketiga : Bagaimana dengan pokok, adakah pokok benda hidup?
Jawapan : Ya, kerana pokok boleh mencari cahaya dan air.

Disini kita boleh katakan yang murid ini cenderung untuk mengaitkan ciri benda
hidup dengan keperluannya. Melalui jawapan ini murid keliru dengan gerak balas
rangsangan geotropisme dan fototropisme pada tumbuhan dengan ciri-ciri
tumbuhan sebagai benda hidup.

1.4 Soalan keempat : Bagaimana pokok mendapatkan makanannya?


Jawapan : Cara pokok mendapatkan makanan ialah kerana akar boleh men
cari air, pucuk boleh mencari cahaya.

Murid ini cuba menyatakan yang jika pokok perlu untuk mendapatkan makanan
maka ianya hanya perlu menyedut air dan mendapatkan cahaya. Ini menunjukkan yang murid
beranggapan pokok menyedut secara terus keperluan zatnya dari tanah dan cahaya.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

2. Murid B
2.1 Soalan pertama : Boleh kamu ceritakan apa yang kamu faham tentang benda
hidup?
Jawapan : Boleh cikgu.
Melalui jawapan ini murid beranggapan yang soalan ini adalah satu permintaan
dan aka nada soalan seterusnya untuk dijawab.

2.2

Soalan kedua : Cuba kamu sebutkan ciri-ciri benda hidup?


Jawapan : Cikgu, benda hidup boleh bernafas bergerak dan sebagainya.

Melalui jawapan yang diberikan oleh murid ini menunjukkan beliau faham tentang ciri
benda hidup hanya jawapan yang diberikan agak ringkas dan tidak menyeluruh.

2.3

Soalan ketiga : Bagaimana dengan pokok, adakah pokok benda hidup?


Jawapan : Ya, cikgu.

2.4

Soalan keempat : Bagaimana pokok mendapatkan makanannya?


Jawapan : Pokok mendapatkan makanan melalui proses fotosintesis.

Jawapan yang jelas menunjukkan murid ini faham yang tumbuhan perlu menjalankan
proses fotosintesis untuk mendapatkan makanan atau nutrien yang diperlukan.

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

Pendekatan : Menjawab Soalan


Seterusnya murid A dan B diminta untuk menjawab soalan atau tugasan yang
berkaitan. Hasilnya adalah seperti berikut :Sila Lihat lampiran (Jawapan murid)
1.

Murid A
1.1

Soalan 1 : Apakah ciri-ciri benda hidup?

Jawapan yang diberikan oleh murid ini menunjukkan yang murid ini mempunyai pengetahuan
yang amat kurang berkaitan ciri benda-benda hidup.
1.2

Soalan 2 : Apakah keperluan asas bagi tumbuhan?

Murid ini menambahkan baja kepada keperluan asas bagi tumbuhan. Mungkin murid ini
beranggap bahawa jika tidak diberi baja tumbuhan tersebut akan mati.
1.3

Soalan 3 : Terangkan bagaimana haiwan ini membiak?

Jawpannya menunjukkan murid ini faham dengan fakta bahawa paus membiak dengan
melahirkan anak.
1.4

Soalan 4 : Bagaimana haiwan ini bernafas?

Jawapan ini menunjukkan yang murid keliru dengan fakta yang paus bernafas menggunakan
paru-paru. Ini kerana paus tinggal di laut dan dianggap sama seperti ikan ia bernafas
menggunakan insang.

2. Murid B
2.1

Soalan 1 : Apakah ciri-ciri benda hidup?

Jawapan yang diberikan oleh murid menunjukkan yang murid ini faham tentang ciri
benda hidup berbanding dengan jawapannya dalan sesi temubual.
2.2 Soalan 2 : Apakah keperluan asas bagi tumbuhan?
Melalui jawapan yang diberikan murid faham tentang keperluan tumbuhan. Tetapi
mungkin konsep makanan bagi tumbuhan perlu dijelaskan lebih terperinci.
6

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

2.3 Soalan 3 : Terangkan bagaimana haiwan ini membiak?


Murid ini faham yang paus membiak dengan melahirkan anak.
2.4 Soalan 4 : Bagaimana haiwan ini bernafas?
Melalui jawapan yang diberikan jelas murid menganggap paus sama dengan ikan dari segi
pernafasannya kerana sama-sama tinggal dilaut. Ini merupakan satu lagi miskonsepsi yang
ada pada murid B.

Pendekatan : Tugasan
Sila rujuk lampiran.
Murid A
Tugasan 1 : Bina satu peta konsep tentang benda hidup.
Melalui jawapan yang diberikan murid ini boleh menerangkan ciri-ciri benda hidup secara
asasnya.
Tugasan 2 : Bina satu peta konsep tentang pembiakan haiwan.
Murid ini tidak faham atau mempunyai pengetahuan yang kurang berhubung perkara yang
berkaitan.
Tugasan 3 : Bina satu peta konsep tentang bumi.
Hasil kerja murid menunjukkan bahawa murid faham serba sedikit fakta-fakta berkaitan murid.

Murid B
Tugasan 1 : Bina satu peta konsep tentang benda hidup.
Jawapan yang diberikan menunjukkan murid faham idea tentang konsep benda hidup.
Tugasan 2 : Bina satu peta konsep tentang pembiakan haiwan.
Jawapan yang diberikan amat relevan menunjukkan murid ini faham tentang fakta berkaitan
pembiakan haiwan.
Tugasan 3 : Bina satu peta konsep tentang bumi.
Jawapan murid ini amat relevan menunjukkan yang murid ini faham tentang fakta berkaitan
dengan bumi.
7

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

Perbandingan
Dari maklumat yang dikumpul melalui kajian di atas kita dapat mengesan murid A
mengalami miskonsepsi yang pelbagai berbanding dengan murid B. Ini boleh dilihat melalui
perbandingan di bawah.
MISKONSEPSI
MURID A

MURID B

1. Tumbuhan mendapatkan makanan


dengan menyedutnya secara langsung
dari alam.
2. Ciri tumbuhan adalah sama dengan
keperluan asas tumbuhan.
3. Paus bernafas melalui insang

1. Paus bernafas melalui insang.

Murid A mempunyai miskonsepsi yang lebih banyak berbanding Murid A mungkin


berpunca dari segi umur dan belajar dalam kelas yang berbeza. Murid A mungkin baru belajar
tentang konsep-konsep yang disoal berbanding murid B yang telah mempelajarinya lebih
awal dan mungkin juga fakta-fakta yang lebih kedepan berbanding Murid A.
Kedua-dua murid ini mempunyai satu miskonsepsi yang sama iaitu paus bernafas
melalui insang.
Jenis miskonsepsi
Murid A dan B sama-sama menganggap yang paus bernafas melalui insang. Perkara
ini timbul kerana paus tinggal sepenuh masa di dalam air dan dianggap sama sifatnya
dengan ikan-ikan yang tinggal di dalam laut. Maka mereka membuat satu generalisasi yang
paus bernafas melalui insang kerana ia tinggal didalam laut.
Satu lagi perkara yang mengelirukan murid ini adalah istilah yang biasa kita gunakan
termasuk buku-buku teks yang digunakan di sekolah. Iaitu paus biasanya akan disebut atau
ditulis sebagai ikan paus. Penggunaan istilah ikan telah memesongkan fakta sebenar tentang
paus. Maka ini telah mewujudkan miskonsepsi.
8

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

Oleh kerana penggunaan istilah yang kurang sesuai pada paus telah menyebabkan
berlakunya miskonsepsi maka kita boleh mengkategorikan miskonsepsi ini sebagai
Miskonsepsi Vernakular. Miskonsepsi yang wujud kerana penggunaan istilah yang
maksudnya berbeza dalam konteks sains dan kehidupan harian.

Pendekatan pembelajaran yang sesuai bagi mengatasi masalah miskonsepsi


Pendekatan : Konstruktivisme
Tema : Menyiasat alam kehidupan
Topik : (2) Proses kehidupan
Objektif Pembelajaran : Murid-murid akan belajar tentang :
2.3 Menganalisa proses kehidupan haiwan
Hasil Pembelajaran : Murid-murid akan dapat :2.3. Mengenalpasti struktur pernafasan bagi haiwan.
Aktiviti/ langkah-langkah pengajaran.
1. Set induksi
- Guru meminta murid menarik nafas
- Guru meminta murid menyatakan laluan udara yang disedut
- Guru meminta murid untuk menyatakan organ pernafasan bagi manusia.
2. Pencetusan idea
- Guru menunjukkan gambar beberapa jenis haiwan
- Guru meminta murid menyatakan organ pernafasan bagi haiwan yang ditunjukkan.
- Guru mengedarkan lembaran aktiviti berkaitan jenis organ pernafasan.
3. Penstrukturan semula idea
- Guru meminta beberapa orang murid untuk menuliskan jawapan di papan hitam
- Guru membimbing murid membincangkan jawapan rakan mereka.
- Guru membimbing murid untuk memahami fakta berkaitan organ pernafasan
haiwan
4. Aplikasi idea
- Guru menunjukkan beberapa jenis haiwan lagi dan meminta murid mengenalpasti
organ pernafasan haiwan tersebut. (Termasuk Paus).
- Guru membimbing murid untuk mengenalpasti organ pernafasan bagi paus.
- Guru menerangkan bahawa paus bukan ikan sebaliknya ia adalah mamalia dan
bernafas menggunakan paru-paru.
5. Refleksi
- Guru menayangkan video ikan paus sedang bernafas
- Guru bertanyakan soalan berkaitan
9

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

Guru bertanya soalan berkaitan isi pelajaran


Guru membimbing murid membuat kesimpulan pelajaran pada hari tersebut.

Refleksi

Setelah menyelesaikan tugasan ini seharusnya kita faham bahawa murid mempunyai
miskonsepsi tertentu terhadap idea-idea sains. Miskonsepsi ini jika kita abaikan akan
mengakibatkan murid menghadapi konflik idea atau penerangan mengenai sesuatu perkara.
Justeru adalah wajar bagi kita untuk memahami masalah-masalah yang dihadapi oleh murid
terutama berkaitan miskonsepsi mereka.
Miskonsepsi ini boleh kita kesan sama ada melalui pemerhatian, jawapan yang
diberikan oleh murid atau temubual yang dirancang. Kenapa kita perlu mengenalpasti
miskonsepsi murid? Ini kerana jika kita tahu idea murid atau kerangka alternative murid
terhadap sesuatu perkara, kita boleh merancang aktiviti atau pendekatan yang bersesuaian
untuk menangani masalah tersebut.
Miskonsepsi juga sebenarnya membantu kita membuat refleksi terhadap Pengajaran
dan pembelajaran yang lepas. Miskonsepsi menunjukkan murid belum faham tentang perkara
yang telah diterangkan atau diperkenalkan dalam sesi pembelajaran yang lepas. Maka
adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkan miskonsepsi yang timbul akibat
pembelajaran yang mungkin dirancang kurang sesuai dengan faktor kesediaan murid.
Miskonsepsi juga boleh berlaku kepada guru. Fakta ini seharusnya membuatkan kita
agar sentiasa waspada dengan fakta-fakta yang disampaikan agar ianya tidak menyimpang
dari idea sebenar perkara tersebut.Pengaruh guru ke atas murid amat besar. Walaupun
maklumat yang disampaikan tidak tepat namun ianya akan dianggap betul. Maka
miskonsepsi yang lebih rumit akan berlaku malah akan lebih berakar umbi kerana yang
menyampaikannya adalah seorang guru!
Pengetahuan mengenai bagaimana miskonsepsi berlaku boleh membantu kita untuk
menanganinya dari peringkat awal lagi. Kerangka idea seorang kanak-kanak adalah bersifat
cetek kerana wujud dari permerhatian dan pengalaman mereka. Maka kalau miskonsepsi
ditangani dari awal ianya adalah lebih mudah untuk ditangani bernbanding jika seseorang itu
telah lebih berumur. Ini kerana miskonsepsi terhadap sesuatu perkara telah menjadi
pegangan hidup mereka dan amat sukar untuk dicabar.

10

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

BATI ANAK AING

Rujukan :

National Science Teachers Association. Childrens Ideas in Science (1999 2002) Dimuat
turun pada 24 April 2012 daripada
http://homepage.mac.com/vtalsma/misconcept.html

Thompson, F dan Louge, S. An exploration of common student misconceptions in


science. International Education journal, 2006, 7(4), 553-559.
Dimuatturun pada 25 April 2012 daripada
http://ehlt.flinders.edu.au/education/iej/articles/v7n4/Thompson/paper.pdf

Missouri Department of Elementary and Secondary Education. Misconceptions in Science


(2005) Dimuatturun pada 25 April 2012 daripada
http://Dese.mo.gov/divimprove/science/SciMisconc11.05.pdf

11

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

12

BATI ANAK AING

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

13

BATI ANAK AING

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

14

BATI ANAK AING

SCE 3102 : PEMBELAJARAN SAINS KANAK-KANAK


PPG FEB 2012

15

BATI ANAK AING

Anda mungkin juga menyukai