Anda di halaman 1dari 28

Tajuk 4:

Peringkat-Peringkat &
Teori-teori Perkembangan Kanak-kanak
Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh

Peringkat
awal kanakkanak
(2 6 tahun)

Peringkat
pertengahan
kanak-kanak
(6 8 tahun)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Peringkat akhir
kanak-kanak
(9 11 tahun)

Umur (Peringkat)

Perkembangan Fizikal
Menambah berat dan tingginya
dengan kadar lebih perlahan dari umur
1-2 tahun.

2 tahun

3 tahun

Koordinasi berjalan ditambah baik.


Perkembangan kemahiran berlari,
melompat, melontar dan menangkap.
Boleh memakai dan menanggal baju
yang longgar.
Boleh guanakan sudu dengan

berkesan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Umur (Peringkat)

3 tahun

4 tahun

Perkembangan Fizikal
Tidak lagi tidur siang.

Melompat dengan satu kaki.


Boleh menunggang basikal beroda
tiga.
Melukis gambar.
Boleh membezakan penulisan dengan

bukan-penulisan.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

5 tahun
6 tahun

Tubuh badan bertambah


tinggi,anggota mengikut nisbah
seperti dewasa.
Gigi tumbuh pertama reput.
Kemahiran motor kasar
bertambah dengan laju.
Kewujudan kemahiran
melonjak.
Menunjuk pola melontar dan
menangkap
Memakai kasut, melukis
gambar yang kompleks.
Boleh membezakan huruf
dengan abjad.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

6 tahun

8 tahun

Menambah tinggi dan berat dengan


perlahan hingga peringkat awal
remaja.
Gigi beransur-ansur diganti dengan
yang akal.
Penulisan menjadi lebih kecil dan
lebih baik.
Lukisan diorganisasi secara terperinci.
Permainan mengikut peraturan
ditambah dengan aktiviti yang lebih
kasar.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

tahun

11
tahun

Kemahiran diuruskan dengan


lebih cepat dan koordinasi lebih
baik.
Masa tindak balas ditambah baik
dan membantu perkembangan
kemahiran motor.
Perkembangan perwakilan
mendalam dalam lukisan.
Permulaan pertumbuhan
peringkat remaja, 2 tahun lebih
awal untuk perempuan.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Teori Perkembangan Kanak-kanak

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Teori Kognitif Lev Vygostsky


Lev semenovich Vygostsky (1896-1934) merupakan
ahli psikologi Russia.
Beliau medalami ilmu perubatan dan kemudian
beralih kepada pengajian undang-undang dan pada
masa yang sama mendalami bidang kesusateraan.
Penerbitan dan kajian beliau yang mendapat
perhatian bertajuk The Psychology of Art.
Vygotsky percaya bahawa perkembangan kognitif
individu berlaku dalam persekitaran sosio budaya
yang mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran
individu.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

Teori Kognitif Lev Vygostsky


Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang akibat
daripada pergauIan dengan orang lain.
Pergaulan dan interaksi yang bermakna ialah selalunya
berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih
berpengetahuan daripadanya.
Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat membina
pengetahuannya sendiri tentang persekitaran.
Ia harus dibina melalui interaksi sosial dengan indlviduindividu yang berada di persekitarannya seperti ibubapa, adikberadik.
Keluarga terdekat atau rakan sebaya. Individu-individu akan
bertindak memberi arahan, maklumbalas dan membimbing
komunikasi kanak- kanak.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

10

Kanak-kanak kemudiannya akan menggunakan


maklumat-maklumat dalam interaksi-interaksi yang
lain iaitu mungkin semasa bermain atau apabila
berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa
akan datang.
Menurut Vygotsky, perkembangan kognitif individu
berlaku dalam dua peringkat:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

11

Peringkat Sosial
Maklumat atau pengetahuan individu diperolehi
melalui interaksi individu dengan individu lain yang
ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik-beradik,
guru, rakan sebaya, keluarga terdekat, jiran.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

12

Peringkat Individu (Peribadi)


Kebolehan individu menukar maklumat dan
pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi
sosial kepada kefahaman individu (peribadi).
Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar
skemata individu.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

13

Zon Perkembangan Proksimal


Kepentingan interaksi dalam perkembangan kognitif kanakkanak digambarkan oleh Vygotsky dalam konsep Zon
Perkembangan Proksimal.
Ia adalah istilah yang digunakan oleh Vygotsky untuk
menerangkan bagaimana kemahiran-kemahlran yang sukar
dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan
dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan sebaya yang
lebih mahir.
Zon Perkembangan Proksimal menwakili kemahirankemahiran kognitif kanak-kanak yang dalam proses
kematangan dan akan mencapai kematangan dengan bantuan
individu yang lebih mahir (Goos, 2004; Gray & Feldman,
2004).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

14

Had Atas

Berdasarkan rajah di sebelah,


Vygotsky
membahagikan
Peringkat kemahlran kanak- perkembangan kanak-kanak kepada
kanak yang boleh dicapai
had bawah dan had atas. Had bawah
dengan bantuan individu
merupakan kemahiran yang boleh
yang lebih mahir.
dicapai sendiri oleh kanak-kanak.
Manakala had atas pula adalah
Zon Perkembangan
kemahiran-kemahiran yang sukar
Proksimal
dicapai sendiri oleh kanak-kanak dan
memerlukan
bantuan
daripada
individu yang lebih berkemahiran.
Had Bawah
Ruangan
Kemahiran yang boleh/telah Zon
Perkembangan
Proksimal
dicapai sendiri oleh kanakmewakili
kemahiran-kemahiran
kanak. Pengetahuan sedia
kognitif kanak-kanak yang dalam
ada kanak-kanak.
proses kematangan dan akan
mencapai
kematangan
dengan
bantuan individu yang lebih mahir.
Nordin(Goos,
Tahir, IPG Kampus
Ipoh
15
2004;
Gray & Feldman, 2004)

Perancah (Scaffolding)
Konsep scaffolding berkait rapat dengan idea Zon
Perkembangan Proksimal.
Scaffolding bermaksud mengubahsuai tahap sokongan yang
diberikan.
Semasa proses pengajaran berlaku, individu yang lebih
berkemahiran (ibubapa, guru atau rakan sebaya) akan
mengubahsuai tahap bantuan/bimbingan yang diberikan
mengikut keupayaan pelajar.
Apabila seseolang pelajar mempelajari kemahiran baru atau
kemahiran yang sukar, guru mungkin akan memberi
bimbingan penuh tetapi apabila pelajar sudah mula
memahami, bimbingan yang diberi dikurangkan sehingga
pelajar boleh menguasai kemahiran tersebut (Santrock, 2007).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

16

Perbualan dan lnteraksi adalah alat yang penting


semasa proses perancah (scaffolding).
Perbualan akan membantu pelajar menyusun
konsep-konsep baru secara lebih sistematik dan
bermakna dengan bantuan individu yang lebih mahir
(Contoh: Guru).

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

17

Menurut Vygotsky, selain daripada berkomunikasl


dengan orang lain untuk mempelajari kemahiran
baru atau kemahiran yang lebih sukar, kanak-kanak
juga berkomunikasi dengan diri mereka sendiri.
Bercakap sendiri ini menolong kanak-kanak tersebut
merancang dan mengawal tingkah laku mereka
sendiri.
Bercakap sendiri ini cenderung berlaku pada kanakkanak berusia 3 7 tahun yang seterusnya akan
berkembang di mana bercakap sendiri akan bertukar
menjadi komunikasi sendiri tanpa verbal.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

18

Akhirnya, ia berubah menjadi suara hati atau


dorongan pemikiran apabila dewasa kelak.
Vygotsky percaya kanak-kanak yang banyak bercakap
sendiri mempunyai lebih kemahiran sosial
berbanding kanak-kanak yang kurang bercakap
sendiri.
Apabila kanak-kanak bercakap sendiri mereka
menggunakan bahasa untuk mengawal tingkahlaku
dan membimbing pemikiran mereka.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

19

Teori Perkembangan Kognitif Piaget


Jean Piaget (1896-1980) ialah ahli psikologi
Switzerland yang telah cuba menjelaskan tentang
kaedah manusia mempelajari ilmu dan membina
hipotesis.
Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia
membina skemata dan melaksanakan proses
asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu.
Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif
manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan
(Ramlah dan Mahani, 2002).
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

20

Teori Perkembangan Kognitif Piaget


Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah
secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga
kita mencapai kematangan.
Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk
memahami
dan
mengadaptasi
perubahanperubahan yang berlaku di persekitaran mereka.
Piaget mengenalpasti empat faktor yang saling
berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran
individu:

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

21

Kematangan biologi-- Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh


faktor baka/ genetik.
Interaksi individu dengan persekitaran - lndividu berinteraksi
dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang
berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan
menyusun maklumat yang didapati.
Pengalaman sosial - Perkembangan kognitif juga dipengaruhi
oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran:
ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dsb.
Keseimbangan - Proses keseimbangan adalah merupakan
salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk
mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

22

Proses Mencapai Keseimbangan


Menurut Piaget, setiap individu cenderung untuk memahami
persekitaran mereka.
lndividu sentiasa cenderung untuk memahami sesuatu situasi,
menyelesaikan sesuatu kekusutan. Kita akan berasa kurang
selesa sekiranya berdepan dengan sesuatu keadaan yang tidak
menentu atau keadaan yang tidak dapat dijangka.
Ketidakselesaan ini akan mendorong individu mencari
penyelesaian atau keseimbangan. Setiap kali individu
memperolehi sesuatu pengalaman, mereka akan menyusun
pengalaman-pengalaman tersebut dalam minda masingmasing dan membentuk satu sistem yang dipanggil skema.
Proses penyusunan dan pembentukan skema ini dipanggil
organisasi.
Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

23

Skema-skema ini akan digunakan oleh individu


apabila mereka berdepan dengan sesuatu situasi
yang memerlukan penyelesaian.
Pembentukan skema bermula sebaik sahaja
seseorang individu dilahirkan. Ia bermula dengan
pembentukan skema yang mudah kemudian
beransur kepada skema yang lebih kompleks.
Contohnya: Bayi membentuk skema untuk mencapai
sesuatu objek, kanak-kanak membina skema-skema
untuk mengkategori sesuatu benda atau skema
untuk mengenal huruf.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

24

Dalam banyak situasi, skema-skema yang dibentuk


ini akan berdepan dengan situasi yang baru.
Dalam situasi-situasi yang baru ini, individu akan
berdepan dengan masalah.
Mereka perlu mengubahsuai skema lama mereka
supaya mereka dapat mengadaptasi dengan situasi
baru tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

25

Proses perubahan atau penukaran skema lama kepada skema


baru dipanggiI adaptasi.
Adaptasi melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu
asimilasi dan akomodasi.
Asimilasi berlaku apabila individu cuba memahami
pengalaman baru dan cuba untuk menyesuaikan pengalaman
ini dengan skema-skema yang teIah sedia ada.
Akomodasi akan berlaku apabila individu dapat menukar
skema lama untuk disesuaikan dengan pengalaman baru.
Individu akan mengubah cara pemikiran unluk disesuaikan
dengan pengalaman baru dan seterusnya membentuk skema
baru. Dalam contoh di atas, akomodasi berlaku apabila kanakkanak dapat mengenal dan membezakan d daripada b.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

26

Menurut Piaget, proses mengorganisasi, mengasimilasi dan


mengakomodasi adalah proses yang digunakan oleh individu
untuk mencapai keseimbangan.
Individu akan terus menguji minda mereka unluk mencari
keseimbangan.
Secara kesimpulannya, jika kita menggunakan skema baru
untuk Sesuatu situasi/ pengalaman yang baru dan ia berjaya,
maka keseimbangan akan berlaku tetapi sekiranya skema baru
tidak
memberi
penyesuaian
yang
baik
maka
ketidakseimbangan akan berlaku dan kita akan terus membina
skema-skema buru untuk disemaikan dengan situasi baru
tersebut.

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

27

Piaget mencadangkan empat peringkat dalam


perkembangan kognitif:
Peringkat Sensorimotor (Semenjak lahir 2 tahun)
Peringkat Pra Operasi (2 7 tahun)
Peringkat Operasi Konkrit (7 11 tahun)
Peringkat Operasi Formal (11 tahun ke atas)

Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

28

Anda mungkin juga menyukai