Anda di halaman 1dari 24

1

GEJALA BULI DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI SARAWAK

Beritin ak Empawi (M. Princ)

Pengenalan

Dewasa ini gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah begitu hangat

diperkatakan. Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin,

keganasan dan buli yang berlaku di sekolah-sekolah menengah kebangsaan

merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan satu masalah disiplin

yang utama pada ketika ini. Mengikut laporan akbar Berita Minggu, 14 Julai

(2005) yang dipetik dari Mahadi (2007), menyatakan terdapat lebih 35 kes

pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam

tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999 hingga 2003. Kebanyakan kes-kes ini

berpunca daripada perbuatan buli. Berita Harian (2005) dipetik dari

Azneezal dan rakan-rakan (2005), pula melaporkan pada tahun 2003,

peratusan salah laku disiplin pelajar termasuklah kes buli adalah sebanyak

2.11 % dan pada tahun 2004, sebanyak 2.07%.

Berdasarkan kenyataan-kenyataan di atas, keseriusan masalah buli dalam

kalangan murid sekolah perlulah ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya

mungkin menjadi satu masalah besar kepada negara pada masa hadapan.

Peningkatan jumlah kejadian jenayah yang dilakukan oleh pelajar sekolah,

seperti kes rogol, seks bebas, kumpulan samseng, buli dan bunuh telah

menimbulkan kebimbangan segenap lapisan masyarakat di seluruh negara.

1
2

Menurut Smith dan Thompson (1991) yang dipetik dari Azneezal et al.

(2005), buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang mana dilakukan

secara sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi

penerimanya. Tingkah laku buli termasuklah tindakan-tindakan yang bersifat

mengejek, penyisihan sosial dan memukul. Definisi yang dinyatakan di atas

mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington, 1996;

Espelage et al. (2000) yang dipetik dari Mahadi (2007), iaitu jenis tingkah

laku buli termasuklah serangan fizikal seperti menumbuk, menendang dan

menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah seperti cemuhan, hinaan,

panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku buli

antisosial (secara psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan

memanipulasikan hubungan sosial. Banks (2000), pula menghuraikan

perlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam,

memukul, mencuri dan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh

seorang atau lebih terhadap mangsa. Tattum (1988), menyatakan perbuatan

buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi

psikologi atau fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh

individu atau kumpulan yang lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau

keinginan untuk mencederakan seseorang dan meletakkan mangsa tersebut

dalam situasi yang tertekan.

Para pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis tingkah laku buli yang terdapat

dalam kalangan pembuli iaitu fizikal, verbal dan antisosial. Jenis tingkah laku

buli fizikal, verbal dan antisosial termasuklah tindakan-tindakan seperti

mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991; Thompson dan Sharp,

2
3

1998). Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli

secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah

laku buli secara tidak langsung.

Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis

tingkah laku keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologi yang dilakukan

oleh seorang atau sekumpulan individu ke atas individu lain yang tidak

berupaya untuk mempertahankan dirinya dengan niat untuk menyakiti,

mengancam, menakutkan atau meletakkannya dalam keadaan tertekan

secara sengaja.

Kejadian buli yang dilaporkan ini semakin menular di sekolah-sekolah

menengah di Malaysia. Semua pihak harus menggembeling tenaga bagi

memastikan masalah ini tidak berterusan atau menjadi lebih parah lagi.

Penggembelingan tenaga semua pihak seperti ibu bapa, guru, kaunselor,

guru disiplin, penggubalan kurikulum dan pihak polis dilihat mampu

mengatasi masalah ini.

Objektif Kajian

Secara khususnya objektif kajian ini ialah untuk menentukan:

1. Jenis tingkah laku buli

2. Punca-punca tingkah laku buli

Soalan Kajian

3
4

Berdasarkan objektif kajian di atas, adalah diharapkan kajian ini akan

menjawab beberapa persoalan berikut:

1. Apakah jenis buli yang dilakukan dalam kalangan pelajar?

2. Apakah punca-punca buli dalam kalangan pelajar?

Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan ialah kajian kualitatif kerana pengkaji ingin melihat

motif dan perasaan sebenar subjek kajian. Kajian adalah berbentuk tinjauan

di mana tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat daripada responden

mengenai punca-punca mereka melakukan perbuatan buli dan jenis-jenis

buli yang mereka lakukan. Kaedah temu bual semi-struktur dan temu bual

tidak berstruktur digunakan.

Subjek Kajian

Populasi kajian ialah dalam kalangan pelajar di sebuah sekolah menengah di

Sarawak sahaja. Pelajar-pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini

merupakan pelajar yang pernah terlibat dengan aktiviti salah laku buli.

Mengikut rekod Laporan Kes Buli di sekolah ini dari bulan Januari 2007

hingga Julai 2008, seramai 23 orang pelajar telah terlibat dengan kes

membuli pelajar lain. Jumlah kes buli yang dicatatkan sepanjang tempoh

tersebut pula sebanyak 41 kes. Daripada 23 orang pelajar tersebut, pengkaji

memilih sampel seramai 4 orang yang dipilih secara rawak. Kesemua

sampel yang dipilih ialah daripada pelajar lelaki tingkatan 5.

4
5

Cara Mengumpul Data

Data di kumpul melalui kaedah temu bual. Temu bual dijalankan terhadap 4

orang pelajar tingkatan 5 yang pernah terlibat dengan aktiviti salah laku buli.

Temu bual yang dijalankan ialah jenis temu bual semi struktur dan temu bual

tidak berstruktur. Dalam jenis temu bual semi struktur pengkaji menyoal

sebilangan soalan formal yang telah dibina sebelum sesi temu bual

dijalankan, namun dalam masa yang sama pengkaji bebas menyoal dan

menjelajah lebih mendalam tentang jawapan responden kepada satu soalan

formal yang telah ditanya tadi. (Chua, 2006) Manakala dalam jenis temu bual

tidak berstruktur pula, pengkaji tidak menggunakan senarai soalan yang

telah dibina sebelum sesi temu bual dijalankan. Pengkaji hanya akan

membina dan mengubahsuai soalan selepas satu soalan ditanya

berdasarkan kepada jawapan dan objektif subjek kajian. Kaedah temu bual

yang dijalankan ialah kaedah bersemuka secara individu. Kaedah temu bual

bersemuka secara individu ialah pengkaji melakukan temu bual terhadap

setiap responden secara berasingan pada masa yang berlainan.

Analisis Data

Analisis data kajian menjurus kepada jenis-jenis buli dan punca-punca

berlakunya perbuatan buli dalam kalangan pelajar yang terpilih. Analisis

data adalah seperti berikut;

Jenis buli yang dilakukan responden

5
6

Jadual 1 : Jenis-jenis buli yang dilakukan responden


Jenis buli yang dilakukan oleh responden
Responden
Fizikal Verbal
P1 Memukul dan menumbuk Mengejek dan mentertawa
P2 Memukul, menampar,

menendang,
P3 Memeras ugut, menarik Mengejek, menghina dan

rambut, mencubit, mentertawa

menendang
P4 Memukul dan menolak

Terdapat dua jenis buli yang utama yang dilakukan oleh 4 orang responden

kajian. Jenis buli tersebut ialah buli fizikal dan buli verbal. Jenis buli fizikal

ialah perbuatan memukul, memeras ugut, menampar, menolak, menyepak,

mencubit dan menarik rambut. Manakala jenis buli verbal pula perbuatan

mengejek, menghina dan mentertawakan pelajar lain.

Dapatan kajian mendapati keempat-empat responden melakukan buli fizikal

terhadap pelajar lain. Bagi jenis buli fizikal pula, perbuatan memukul pelajar

lain adalah paling dominan. Di dapati 3 respondenden iaitu P1, P2 dan P4

memukul pelajar lain.

“..... Ala, itu cerita lama cikgu. Sekarang dah ok cikgu. Lagipun
saya hanya pukul dia... ”
(P1 baris 030)

“... Bukan pukul saja cikgu. Kita sepak dia, lepas tu kita
tendang dan kawan-kawan... ”
(P2 baris 038)

6
7

Terdapat juga perbuatan memeras ugut dilakukan oleh responden terhadap

mangsa. P3 telah memeras ugut mangsa dengan meminta duit terutama

kepada pelajar yang kecil. Dia melakukan peras ugut di asrama.

“ Ada.. selalu juga cikgu. Di asrama biasanya. Tapi budak


kecik la yang kita pau. Senang cikgu...budak kecik..boleh
makan punya ”
(P3 baris 046 dan 047)

Perlakuan buli yang lain ialah seperti menampar, menyepak yang dilakukan

oleh P2 secara berkumpulan bersama rakan-rakannya. Perbuatan buli juga

dilakukan terhadap pelajar perempuan seperti mencubit dan menarik rambut.

Buli terhadap pelajar perempuan dilakukan oleh P2 dan P3 bersama dengan

rakan-rakan mereka di dalam kelas.

”....Ala... biasa la cikgu, kita tarik rambut ke, cubit ke....”


(P3, baris 055)

Selain daripada buli jenis fizikal didapati bahawa 2 responden melakukan

buli verbal. Responden tersebut ialah P1 dan P3. Kedua-duanya melakukan

buli jenis verbal terhadap pelajar perempuan. P1 membuat perlakuan

mengejek dan mentertawakan pelajar lain, sementara P3 pula selain

daripada mengejek dan mentertawa, dia juga menghina pelajar lain.

“....atau selalunya kita ejek dan ketawakan mereka....”


(P3 baris 056)

Punca-punca buli dalam kalangan responden

Jadual 2: Punca-punca buli dalam kalangan responden

Responden Punca atau faktor yang menyebabkan responden membuli


P1 Diri sendiri, rakan sebaya dan keluarga
P2 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah
P3 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah
P4 Diri sendiri, rakan sebaya, keluarga dan persekitaran sekolah

7
8

Jadual 2 menunjukkan punca-punca responden melakukan perbuatan salah

laku buli. Daripada jadual 2, punca-punca berlakunya tingkah laku buli

dibahagikan kepada empat iaitu faktor individu itu sendiri, pengaruh rakan

sebaya, faktor keluarga dan akhir sekali ialah faktor persekitaran sekolah

dan guru.

Pertama ialah faktor individu itu sendiri. Faktor individu sendiri boleh

dibahagikan kepada beberapa aspek. Antaranya ialah perasaan tidak puas

hati terhadap orang lain, gagal mengawal emosi, suka-suka atau seronok,

ingin menunjukkan kekuatan diri, tidak mengaku kesilapan diri dan akhir

sekali ialah pembuli pernah menjaga mangsa buli.

Daripada temu bual didapati keempat responden melakukan perbuatan buli

kerana dorongan dalam diri dia sendiri. Perasaan ego dalam diri adalah

antara sebab perbuatan buli berlaku. Daripada temu bual juga didapati

kesemua responden melakukan perbuatan buli untuk menunjukkan kekuatan

diri mereka. Bagi P1, P2 dan P4 pula, mereka melakukan perbuatan buli

kerana gagal mengawal emosi. Sementara itu 3 responden iaitu P2, P3 dan

P4 mengatakan mereka tidak tahu sebab yang munasabah membuli pelajar

lain. Ketiga-tiganya menyatakan melakukan perbuatan buli untuk

keseronokan dan suka-suka sahaja.

“....Tak tahu la cikgu. Tak pasti pula. Tapi kita orang seronok
kot.... ”
(P3 baris 034)

8
9

“Ha...a...err....betul cikgu. Bukan dia yang mula. Saya yang


mula cikgu. Tapi saya main-main aja.”
(P4 baris 024 dan 025)

Faktor kedua yang mempengaruhi responden melakukan perbuatan buli

ialah pengaruh rakan sebaya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

pengaruh rakan sebaya adalah faktor yang paling dominan yang

mempengaruhi perbuatan buli dalam kalangan keempat-empat responden.

Keempat-empat mereka memberi alasan bahawa mereka melakukan buli

kerana diransang dan dicabar oleh kawan-kawan.

“ ... Kawan-kawan cabar saya cikgu. Saya pun buat la.... ”


(P4 baris 040)

Di samping itu kesemua responden juga mengatakan bahawa mereka tidak

takut membuli pelajar lain kerana bagi mereka kumpulan yang mereka

bentuk adalah sangat kuat. Kumpulan ini terdiri daripada semua pelajar

tingkatan 5.

“ Ia la cikgu...kita ikut kawan. Satu geng cikgu. Kawan ajak


sekali, kita pegi la balun. Kawan punya pasal cikgu.”
(P1 baris 034 dan 035)

“ Kita campur sejak tahun lepas lagi. Maklumlah cikgu kita


039 orang dah tingkatan 5 dah. Dah serasi cikgu. ”
(P1 baris 038 dan 039)

Faktor yang ketiga ialah faktor keluarga dalam kalangan responden itu

sendiri. Faktor keluarga ialah seperti penceraian ibu bapa, kurang mendapat

kasih sayang keluarga, masalah kemiskinan, dan sebagainya. Faktor lain

pula kerana responden selalu dimarahi dan dipukul oleh ibu bapa ataupun

kerana terlalu dimanjakan.

9
10

Dapatan kajian mendapati ibu bapa P1 terlalu memanjakan anaknya

sehinggakan mereka tidak mengambil kisah apa yang dilakukan oelh

responden. Malahan P1 mengatakan bapanya langsung tidak marah atau

menegurnya walaupun tahu dia melakukan perbuatan buli terhadap pelajar

lain.

“.....Tau.. cikgu,....Nak buat camana kan.......Biasa ja cikgu.....


Dia tak cakap apa pun...... Macam tu je la..... Mak? Ala... dua
kali lima cikgu... mak lagi la lembik. Senang kelentong punya.”
(P1 baris 043 hingga 048)

“Dia orang buat de je.”


(P1 baris 050)

Faktor keluarga yang lain ialah seperti masalah keluarga yang dialami oleh
responden. Misalnya P2 mengalami masalah keluarga yang agak teruk,
kedua-dua ibu dan bapanya telah bercerai. Dia kini tinggal bersama dengan
datuknya sahaja. P2 kurang mendapat kasih sayang daripada ibu dan
bapanya.

”Dah cerai cikgu.. lama da. Saya duduk dengan emak je. Ayah
tak tahu lah, entah mana!”
(P2 baris 067)

Cara didikan ibu bapa di rumah juga mempengaruhi pelajar membuli.

Sekiranya ibu bapa yang sering marah, terlalu garang dan sering memukul

anak-anak, maka kanak-kanak tersebut cenderung menjadi pendendam dan

memberontak. Dia akan melepaskan kemarahannya terhadap orang lain.

Perkara ini berlaku pada P3. P3 mengatakan ayah dan emaknya selalu

memarahi dan memukul dia dan adik beradiknya di rumah. Ayahnya terlalu

garang dan kasar.

10
11

”......Bukan marah saja cikgu. Ayah saya garang. Saya dah


biasa dipukulnya...”
(baris 078 dan baris 079).

Latar belakang keluarga juga mempengaruhi perlakuan pelajar di sekolah.

Misalnya keluarga P4 yang terlalu misikin sehingga ayah dan emaknya tidak

peduli tentang kawan-kawannya di sekolah kerana kedua-dua ibu bapanya

asyik mencari duit siang dan malam. Ini ditambah lagi dengan bilangan adik

beradiknya yang ramai. Malahan dia sendiri tidak tahu matlamatnya pergi ke

sekolah. Akhirnya dia berkawan dengan kumpulan pelajar yang bermasalah

dan terlibat dengan salah laku buli di sekolah.

“Ia la cikgu, dia asyik kerja siang malam. Cari duit cikgu. Kami
orang susah... cikgu. Saya mana ada duit.”
(P4 baris 047 dan o48).

Akhir sekali punca perbuatan buli ialah faktor persekitaran sekolah. Faktor

persekitaran sekolah ialah seperti guru, suasana sekolah, rakan-rakan, mata

pelajaran dan sebagainya. Kajian juga mendapati bahawa faktor

persekitaran sekolah juga mempunyai kesan kepada perlakuan buli terhadap

responden.

Tiga responden iaitu P1, P2 dan P3 kurang mendapat perhatian yang

sewajarnya daripada sesetengah guru di dalam kelas. Ini menyebabkan

mereka rasa rendah diri dan kurang yakin pada kebolehan mereka. Keadaan

ini akhirnya menyebabkan mereka tidak minat belajar. Malahan ada guru

yang suka kepada pelajar yang pandai sahaja.

11
12

”Tanya tu..tanya juga cikgu. Tapi kita budak bodoh cikgu.


Sapa la yang suka. Lagipun dia hanya suka budak terror
saja.”
(P1, baris 048-059)

“......Bukan semua juga cikgu. Dah saya memang tak pandai.


Kadang-kadang ada guru tu yang selalu menengking tak tentu
pasal...”
(P1, baris 065 hingga 066)

“....Ia la, saya bukan orang pandai cikgu. Mestilah kena


marah....”
(P3, baris 070)

Responden P2 pula berpendapat dia bosan belajar dalam kelas dan tidak

berminat dengan apa yang diajar oleh guru matematiknya. Tambahan pula

dia tidak faham Bahasa Inggeris.

”Susah cikgu...dah la tak faham. Cikgu tu langsung tak suka


kita. Maklumlah selalu dapat merah.”
(P2, baris 046)

Dalam masa yang sama terdapat juga sikap guru yang tidak mengambil

berat terhadap responden. Ini menunujukkan persekitaran sekolah, bilik

darjah, guru dan pencapaian akademik yang lemah merupakan antara faktor

mengapa keempat-empat responden tidak minat belajar. Akhirnya mereka

berkawan sesama sendiri dan melakukan perbuatan buli terhadap pelajar

lain.

”Sekolah pun tak seronok cikgu. Tu la kalau bapa suruh


berhenti, dah lama dah saya berhenti sekolah. Boring cikgu.”
(P4, baris 061-062)

Perbincangan

12
13

Daripada temu bual yang dijalankan terdapat 4 orang pelajar yang pernah

terlibat dengan perlakuan buli tadi didapati bahawa pelbagai faktor mengapa

seseorang itu melakukan perbuatan buli terhadap orang lain. Faktor tersebut

sama ada faktor dalaman diri pelajar itu sendiri ataupun faktor luaran seperti

pengaruh rakan sebaya, persekitaran sekolah, faktor guru , tekanan

pelajaran, lemah pencapaian akademik dan kesan daripada masalah

keluarga.

Perlakuan membuli banyak berkaitan dengan emosi para pelajar. Pelajar-

pelajar sekolah menengah yang sedang meniti alam remaja mudah terbawa-

bawa dengan emosi terutamanya yang bersifat negatif. Sesetengah pelajar

atau remaja ini mempunyai emosi dan ego yang tinggi manakala yang lain

pula mempunyai perasaan rendah diri (inferiority complex). Mengikut teori

perkembangan psikososial Erikson, setiap individu akan melalui lapan

peringkat perkembangan iaitu:

1) Peringkat Oral-sensori (tahun pertama kelahiran)

2) Peringkat Muskular-Anal (2 hingga 3 tahun)

3) Peringkat Lokomotor-Genital (4 hingga 5 tahun)

4) Peringkat Latency (6 hingga 12 tahun)

5) Peringkat Remaja (13 hingga 19 tahun)

6) Peringkat Awal Dewasa (20 hingga 24 tahun)

7) Peringkat Pertengahan Dewasa (25 hingga 64 tahun)

8) Peringkat Tua (65 tahun hingga meninggal dunia)

13
14

Setiap peringkat ditentukan oleh pelbagai krisis psikososial yang mana perlu

diselesaikan oleh individu sebelum bergerak ke peringkat yang seterusnya.

Sekiranya individu tersebut menangani krisis-krisis yang berlaku dalam

keadaan yang tidak sesuai, maka ia akan mengalami kesusahan untuk

menanganinya pada masa akan datang.

Berdasarkan kepada teori Erikson, peringkat kelima iaitu remaja berlaku

pada usia antara 13 hingga 19 tahun. Di negara kita usia ini adalah usia

pelajar pada peringkat sekolah menengah. Proses memasuki alam remaja

ini adalah satu transisi yang sangat rumit bagi sesiapa sahaja. Krisis identiti

kerap berlaku pada peringkat ini. Krisis identiti ini timbul daripada kekeliruan

peranan (role confusion). Remaja keliru tentang siapa diri mereka

sebenarnya dan bagaimanakah kehidupan mereka pada masa hadapan.

Remaja akan berusaha untuk menyelesaikan krisis identiti ini dengan

menguji pelbagai peranan, nilai dan perhubungan. Dalam tahap inilah remaja

akan mudah terikut-ikut dengan ideologi yang difikirkan betul tanpa mengira

ianya positif atau negatif seperti menganggotai kumpulan tertentu, tidak

bertoleransi dan membuli remaja yang berlainan identiti untuk

mempertahankan identiti sendiri daripada lenyap. Namun demikian, Erikson

mempunyai pandangan positif terhadap remaja. Menurutnya, kegagalan dan

keraguan remaja bukan salah mereka tetapi faktor politik, budaya dan

teknologi yang menjadikan mereka keliru. Untuk mengatasi krisis ini, sekolah

wajar menyediakan premis untuk pelajar mendalami hal-hal sosial selain

akademik.

14
15

Pelajar yang mempunyai konsep kendiri yang rendah mungkin melibatkan

diri dalam perlakuan membuli dalam usaha mereka untuk meningkatkan

konsep kendiri mereka. Staub (1999) dipetik dari Mahadi (2007),

menyatakan bahawa kanak-kanak mungkin tidak mempunyai niat nilai sosial

untuk mencapai imej positif melalui kompeten dan pencapaian yang baik.

Oleh yang demikian mereka akan mengarahkan estim kendiri mereka dalam

lingkungan kekuatan, kuasa dan kekuasaan fizikal terhadap orang lain.

Mengancam orang lain mungkin akan menjadi satu cara mengukuhkan

identiti kendiri dan untuk memenuhi atau menampung kekecewaan dalam

bidang-bidang yang lain.

Menurut Farrington (1993) dipetik dari Aneezal et al. (2005), perlakuan buli

di sekolah mungkin merupakan salah satu tingkah laku awal yang

menyumbang kepada perkembangan jangka panjang pola tingkah laku anti

sosial, dan ianya boleh juga menjadi perintis kepada tingkah laku anti sosial

dan jenayah. Perlakuan buli telah dikenal pasti secara universal sebagai

perosak psikologi, sosial dan perkembangan kanak-kanak.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN, PPG, pentadbir sekolah, guru-

guru dan ibu bapa tidak boleh memandang ringan masalah atau gejala buli

dalam kalangan pelajar sekolah. Tindakan dan program yang berterusan

mencegah aktiviti buli di sekolah perlulah dilipat gandakan serta dinilai

keberkesanannya. Pelbagai pendekatan harus dilakukan demi mencegah

tingkah laku buli dari terus berleluasa. Salah satu contoh pendekatan iaitu

15
16

dicadangkan oleh Rigby (1996) di mana beliau menggunakan tiga

pendekatan untuk menangani masalah tingkah laku buli iaitu;

i. Pendekatan moral iaitu pendekatan ini menghendaki pelajar-

pelajar mematuhi semua peraturan dan nilai yang ditetapkan oleh

sekolah. Secara unggul, pendekatan ini menegaskan bahawa

semua salah laku dan pembuli akan dikenakan tindakan yang

serius.

ii. Pendekatan undang-undang iaitu berdasarkan kepada peraturan

atau undangundang yang ditetapkan dalam Ordinan Pelajaran dan

melalui pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran atau peraturan

sekolah itu sendiri. Ianya disampaikan kepada pelajar melalui buku

undang-undang sekolah.

iii. Pendekatan kemanusiaan iaitu lebih bersifat kemanusiaan. Ia satu

pendekatan di mana pembuli akan bertemu dengan guru disiplin

atau kaunselor dalam perbincangan tertutup untuk mendengar

alasan, perasaan dan motif tindakan pembuli. Kaunselor

menggunakan pendekatan ini supaya pembuli dapat mengubah

tingkah laku, perasaan dan pemikirannya ke arah kebaikan.

Pendekatan kemanusiaan dalam bentuk keagamaan seperti solat

berjemaah, tazkirah dan sebagainya dalam kalangan pentadbir,

guru dan pelajar perlu dilaksanakan.

16
17

Batsche dan Knoff (1994) dipetik dari Mahadi (2007), mencadangkan

beberapa strategi untuk menangani masalah tingkah laku buli di sekolah.

Cadangan-cadangan yang telah dikemukakan itu termasuklah:

i. Menyediakan fakta-fakta berkenaan perlakuan buli kepada para pelajar

ii. Menghapuskan kepercayaan berkenaan tingkah laku agresif di kalangan

pelajar

iii. Menjalankan penilaian berkenaan kes-kes buli di sekolah.

iv. Membentuk kod tingkah laku pelajar.

v. Menyediakan khidmat kaunseling kepada mangsa buli dan pembuli.

vi. Melibatkan ibu bapa dalam program-program intervensi.

vii. Mengimplimentasikan strategi-strategi intervensi khusus kepada para

pelajar yang aggresif.

viii. Memperkemaskan lagi sistem penilaian dan akauntabiliti.

Kementerian Pelajaran perlu merangka serta membentuk program latihan

kepada guru-guru tentang bagaimana untuk mengenal pasti dan menangani

masalah perlakuan buli dalam kalangan pelajar sekolah. Guru hendaklah

sentiasa bersikap lebih terbuka dan merapatkan hubungan dengan mangsa

buli supaya mereka lebih bersedia untuk melaporkan kejadian buli kepada

guru yang mereka percayai. Ini dapat membantu pihak guru mengenal pasti

tanda-tanda awal masalah tingkah laku buli seterusnya dapat bertindak atas

arahan pihak sekolah untuk mencegah dan membantu pelajar yang

mengalami masalah tingkah laku buli.

17
18

Pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memperkenalkan kurikulum

pencegahan buli di sekolah. Wise (1999) dipetik dari Mahadi (2007),

menyatakan bahawa komitmen yang tetap kepada kurikulum pencegahan

dan penjagaan di sekolah oleh para pendidik merupakan langkah yang

terbaik bagi melindungi kanak-kanak daripada tingkah laku ganas di sekolah.

Kajian beliau mendapati bahawa hanya beberapa orang guru sahaja yang

mempunyai latihan bagi memenuhi kehendak psikologikal atau teknik-teknik

untuk menangani kemarahan dan kekecewaan di kalangan pelajar sekolah.

Anda dan Diane (1999) dipetik dari Mahadi (2007), telah menjalankan kajian

penilaian terhadap program pencegahan tingkah laku ganas untuk pelajar

remaja di sekolah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat

peningkatan kesedaran pelajar yang signifikan terhadap keselamatan

persekitaran dan sikap terhadap tingkah laku ganas di sekolah.

Di peringkat sekolah sendiri perlu mengadakan program atau aktiviti untuk

mencegah perlakuan buli. Contohnya mengadakan banyak aktiviti yang

berbentuk motivasi untuk meningkatkan keyakinan dalam diri para pelajar.

Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di sekolah-sekolah sedia

ada perlu dikaji dari segi keberkesanannya. PRS merupakan salah satu unit

sokongan kepada pelajar-pelajar untuk meluahkan masalah yang mereka

hadapi. Menurut Zuraidah (1988), konsep asas program ini ialah ‘rakan

bantu rakan’. Dalam konteks ini, pelajar yang telah mendapat latihan khas

akan berusaha memberikan bantuan kepada rakan-rakan di sekolah yang

menghadapi pelbagai masalah disiplin dan sosial. Seterusnya, pelajar yang

mempunyai keyakinan dan motivasi yang tinggi lebih cenderung untuk

18
19

melakukan perkara yang berfaedah dan tidak terlibat dalam aktivitiaktiviti

salah laku seperti tingkah laku buli.

Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan ibu bapa.

Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah merupakan antara program

pencegahan buli yang tinggi keberkesanannya. Justeru itu, sebagai orang

yang paling rapat dengan pelajar, penglibatan ibu bapa dalam setiap

program pencegahan yang dijalankan oleh pihak sekolah adalah sangat

diperlukan. Di samping dapat memantau perilaku anak-anak di rumah, ibu

bapa juga perlu diberikan maklumat dan kesedaran tentang masalah tingkah

laku buli ini.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan program pendidikan keibubapaan

yang memfokuskan kepada kemahiran membesarkan dan mendidik anak-

anak dengan sempurna. Aspek yang perlu ditekankan ialah pendekatan

seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran kaunseling, kemahiran

mendengar, kemahiran mengenal pasti masalah dan sebagainya. Oleh itu,

kemahiran-kemahiran ini harus diperkenalkan, dimiliki dan diaplikasikan

dalam sesebuah keluarga agar pembentukan sahsiah dan perkembangan

anak-anak dapat dikawal dan dibimbing secara lebih efektif.

Pihak sekolah juga boleh menjalinkan kerjasama dengan pihak luar seperti

pihak Polis, pihak Berkuasa Tempatan dan penglibatan masyarakat

keseluruhannya adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar

terutama sekali ketika mereka berada di luar kawasan sekolah. Kawalan

19
20

disiplin bukan hanya dalam kawasan sekolah semata-mata, tetapi remaja

juga perlu dididik untuk mematuhi peraturan dan undang-undang ketika

berada di luar kawasan sekolah. Penglibatan semua pihak amat diperlukan

demi membentuk peribadi remaja yang lebih gemilang.

Implikasi Kajian

Daripada temu bual yang dilakukan kepada responden yang terlibat dengan

perlakuan buli, banyak perkara-perkara yang boleh dibincangkan

terutamanya kesan terhadap pembuli itu sendiri. Olweus (1991) menyatakan

bahawa pembuli lazimnya akan menjadi penjenayah pada masa akan

datang. Bayangkanlah apa akan terjadi kepada generasi muda yang bakal

menerajui negara sekiranya pada masa kini mereka terlibat dengan

perlakuan yang negatif ini di sekolah. Menyalahkan pelajar itu semata-mata

adalah tindakan yang kurang bijak. Semua pihak harus menggembelingkan

tenaga untuk sama-sama mengatasi dan mencari jalan menghapuskan terus

perlakuan buli di sekolah. Pendidikan keugamaan harus dititikberatkan

kepada pelajar supaya mereka memahami bahawa perbuatan membuli

orang lain adalah berdosa dan salah di sisi ugama.

Kita juga tidak harus lupa bahawa perbuatan buli juga mendatangkan kesan

negatif kepada orang yang dibuli. Ini kerana pelajar yang dibuli akan merasa

terancam dan takut untuk bersekolah. Mangsa buli juga menurut Olweus

(1991) lagi akan mengalami tekanan yang hebat. Menurut Batsche & Knoff

(1994) yang dipetik dari Mahadi (2007),

20
21

Menyatakan buli yang merupakan subset kepada agresif telah dikenal pasti

sebagai masalah yang boleh memberi impak kepada kesihatan fizikal dan

psikologikal individu yang kerap dibuli dan juga kepada mereka yang

membuli rakan sebaya semasa usia muda.

Kajian Alsaker dan Valkanover (2001) dipetik dari Azneezal (2005),

melaporkan bahawa 16 peratus kanak-kanak lelaki yang berumur antara 5

tahun hingga 7 tahun 11 bulan boleh diklasifikasikan sebagai mangsa buli

dan mereka ini seterusnya membuli kanak-kanak lain.

Pihak Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri dan pihak sekolah

sendiri harus membentuk satu persekitaran sekolah yang selamat untuk

pelajar belajar. Persekitaran sekolah yang selamat amat penting untuk

menjamin kesejahteraan dan ketenangan dalam diri pelajar. Menurut Murphy

et al. (1985) yang dipetik dari Mahadi (2007), menyatakan bahawa sekolah

yang berkesan dan efektif adalah sekolah yang berupaya untuk

mengekalkan persekitaran yang selamat dan teratur untuk persekitaran

pembelajaran. Beliau merujuk kepada keupayaan sekolah untuk

menyediakan suasana di mana pelajar, guru dan kakitangan sekolah adalah

bebas daripada ancaman bahaya yang boleh memudaratkan mereka serta

harta benda mereka di sekolah. Hasrat murni Kementerian Pelajaran untuk

mewujudkan konsep sekolah berkesan tidak akan berjaya sekiranya

persekitaran sekolah masih tidak selamat untuk proses pengajaran dan

pembelajaran berlaku. Dalam masa yang sama, hasrat kerajaan Malaysia

untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan gemilang seperti yang

21
22

terkandung di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan juga tidak akan

tercapai sekiranya perlakuan negatif seperti ini masih berlaku dalam

kalangan pelajar di sekolah.

Kesimpulan

Daripada hasil kajian yang telah dikemukakan, dapatlah dibuat kesimpulan

bahawa jenis tingkah laku buli yang berlaku dalam kalangan pelajar di

sekolah ini ialah buli fizikal dan verbal. Punca perlakuan buli pula boleh

dibahagikan kepada 4 iaitu faktor individu, rakan sebaya, persekitaran

sekolah dan guru serta faktor keluarga. Daripada perbincangan kajian tadi

didapati bahawa keseriusan masalah buli dalam kalangan pelajar perlulah

ditangani dengan segera. Jika tidak, ianya mungkin menjadi satu masalah

besar kepada negara pada masa hadapan. Malah kita perlu melihat semula

sejauh manakah keseimbangan antara tumpuan kepada akademik dan hal-

hal sosial. Kita tidak mahu berbangga dengan pelajar yang mendapat

keputusan akademik terbaik tetapi hidupnya dipenuhi dengan budaya

memukul, membuli dan sebagainya. Maka semua pihak harus

menggembelingkan tenaga untuk sama-sama berusaha mendidik generasi

kita agar selari dengan hasrat yang terkandung dalm Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

22
23

Rujukan

Azneezal Ar Rashid Mohd Ramli, Nora Mislan dan Siti Mislia Selamat (2005).
Gejala Buli. Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan, UTM.

Banks, R. (2000). Bullying in schools. Diakses pada 27 Ogos 2008 daripada


http://www.eric.ed.gov/ERICWebPortal/Home.portal.

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Dan Penyelidikan Statistik. Buku 1. Kaedah


Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill Malaysia Sdn. Bhd.

Mahadi Hj. Khalid (2007). Tingkah laku Buli dalam kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama di Sarawak. Seminar Penyelidikan
Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang, Kuching.

Olweus, D. (1991). Bully/victim problems among schoolchildren: Basic facts


and effects of a school-based intervention programme. Dalam Pepler,
D., & Rubin, K. (Eds.). The development and treatment of childhood
aggression. Hillsdale, NJ: Erlbaum.

Rigby, K. (1996). Bullying in schools and what to do about it. Melbourne: The
Australian Council For Educational Research Ltd.

Tattum, D. (1988). Violence and aggression in schools. Dalam D. Tattum and


D. Lane. (eds). Bullying in schools. Stoke-on-Trent: Trentham Books.

Thompson, D., & Sharp, S. (1998). The dynamics of victimisation and


rejection in school.improving schools: Establishing and integrating
whole school behaviour policies. London: David Fulton.

Zuraidah Abdul Rahman (1988). Boleh saya tolong anda? Kuala Lumpur:
Times Books International.

23
24

Lampiran

Lampiran A1 - Temu bual Responden Pertama. (Muka surat 22-24)


Lampiran A2 - Temu bual Responden Kedua. (Muka surat 25-27)
Lampiran A3 - Temu bual Responden Ketiga. (Muka surat 28-31)
Lampiran A4 - Temu bual Responden Keempat. (Muka surat 32-34)

24

Anda mungkin juga menyukai