Penyelewengan Anti Hadis Updated
Penyelewengan Anti Hadis Updated
S.S TAN SRI DATO SERI (DR) HAJI HARUSSANI HAJI ZAKARIA
MUFTI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN
1.
PENDAHULUAN
Golongan anti hadis bukanlah satu yang asing dalam Islam, malah ia telah mula
bertapak sejak zaman awal Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba untuk
menangkis autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas alQuran. Justeru, mereka menyeru seluruh umat Islam agar berpegang dan beramal
dengan ajaran yang terdapat di dalam al-Quran semata-mata. Hal ini telah membawa
implikasi yang besar bukan sahaja kepada Syariah malah kepada akidah. Kepincangan
terhadap disiplin ilmu Islam juga jelas terbukti apabila tidak menerima sebarang bentuk
pentafsiran terhadap al-Quran melalui kitab-kitab tafsir muktabar. Bahkan, hanya
berasaskan penaakulan melalui akal serta turut mengambil kira realiti kehidupan
semasa dengan maksud bahawa tidak semua hukum-hakam yang terdapat di dalam alQuran dianggap bersesuaian dengan kehidupan umat Islam kini. Kertas ringkas ini
akan cuba menghuraikan berkenaan siri kemunculan fahaman ini, bermula dari zaman
Rasulullah S.A.W. sehingga abad ke 19, kemunculan golongan anti hadis di Malaysia
serta punca yang mempengaruhi fahaman ini, faktor-faktor penolakan hadis serta
hujah-hujah bagi menyanggahinya, seterusnya saranan dan kesimpulan terhadap
kertas kerja ringkas ini.
Kertas ini dibentangkan di Wacana Pengukuhan Nilai-Nilai Islam Bicara dan Khutbah bersama Mufti
pada 25 April 2014 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
1
2.
Pada zaman Rasulullah S.A.W., bibit-bibit kemunculan golongan ini dapat ditinjau di
kalangan kaum Quraisy yang telah mendustakan ajaran Baginda serta melemparkan
tuduhan-tuduhan yang tidak berasas. Namun, mereka ini tidaklah dikategorikan sebagai
anti hadis kerana telah nyata akidah mereka yang tidak beriman terhadap ajaran Islam
itu sendiri.
Semasa zaman Sahabat r.a., terdapat seorang yang bernama Umaiyah bin Khalid yang
cuba mencari penyelesaian terhadap seluruh permasalahan dengan hanya merujuk
kepada al-Quran sahaja. Dia telah membincangkan hal tersebut dengan Abdullah bin
Umar r.a.
Namun, Ibnu
agar menerima
dan
Al-Hasan berkata, semasa Imran bin Husain sedang mengajar hadis, terdapat seorang
yang meminta agar tidak perlu mengajar hadis, memadai dengan al-Quran sahaja.
Imran menjawab, "Engkau dan sahabat-sahabat engkau boleh membaca al-Quran.
Mahukah engkau mengajarkanku sembahyang dan syarat-syaratnya kepadaku? Atau
zakat dan syarat-syaratnya? Engkau selalu tidak hadir. Sedangkan Rasulullah s.a.w.
telah mewajibkan zakat begini.. begini.." Orang itu menjawab, "Terima kasih, aku baru
sedar." Pada kemudian harinya, orang itu menjadi seorang ahli fikah.
Seterusnya, golongan ini telah muncul secara berkelompok dalam kurun kedua Hijrah.
Mereka ini berorientasikan kepada dua perkara iaitu penolakan terhadapa hadis yang
bersifat bukan Mutawatir seperti Hadis Ahad, seterusnya mereka yang mendakwa
bahawa hadis bukanlah penerang atau penguat kepada al-Quran bahkan dianggap
sebagai hukum yang terpisah daripada al-Quran.
Pada zaman berkenaan , orang yang mula-mula berdebat dengan golongan berkenaan
ialah al-Imam al-Syafie r.a. Beliau telah berjaya mematahkan idea-idea palsu yang
dikemukakan oleh anti hadis sehingga mereka kembali bersetuju dengan hujah-hujah
beliau seterusnya berpegang kepada hadis Rasulullah S.A.W.
Selepas kurun ke 11 Hijrah, muncul semula fahaman ini yang dipelopori oleh
segolongan Orientalis di Iraq dengan slogan menolak hadis. Situasi yang sama turut
berlaku di Mesir pada zaman Sheikh Muhammad Abduh (1849-1905).
Hal ini muncul ekoran rancaknya keraguan yang ditimbulkan oleh penjajah Barat di hati
sebahagian umat Islam ketika mana mereka menjajah negara mereka. Tujuan
utamanya ialah untuk melumpuhkan kekuatan umat Islam yang ketika itu berada dalam
keadaan lemah.
Bertitik tolak daripada itu, Dr Tawfiq Sidqi telah menulis dua makalah di dalam majalah
al-Manar bilangan 7 dan 12 yang bertajuk Ajaran Islam ialah al-Quran sahaja. Beliau
telah mengemukakan dalil-dalil dari al-Quran dengan motif agar tidak berpegang
kepada hadis.
Pada tahun 1929, Dr Ahmad Amin telah menulis di dalam bukunya yang bertajuk Fajr
al-Islam yang menyentuh berkenaan hadis dan percampuran antara yang hak dan
yang batil mengenainya. Pendapat tersebut kekal sehinggalah beliau meninggal dunia.
Perihal berkenaan keraguan terhadap hadis ini telah disebarkan pula oleh seorang
yang bernama Ismail Adham di dalam risalahnya yang bertajuk Tarikh al-Sunnah pada
tahun 1934. Beliau menyebut bahawa hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab-kitab
hadis itu bukanlah ada asasnya bahkan boleh diragui bahawa terdapat padanya unsurunsur pemalsuan hadis.
berkelulusan
biokimia
dari
Amerika
Syarikat
dan
berasal
dari
Mesir
telah
Menurut beliau lagi, hadis bukan sahaja dianggap palsu malah ia merupakan ciptaan
Iblis. Maka, sesiapa yang mempercayai hadis bermakna mempercayai ajaran Iblis.
Pendapat-pendapat beliau yang menyeleweng terhadap hadis itu dapat dilihat melalui
buku-buku tulisannya seperti Miracle of the Quran: Significance of the Mysterious
Alphabets, The Computer Speaks: God's Message to the World, Qur'an: The Final
Scripture, Qur'an: Visual Presentation of the Miracle, Qur'an, Hadith and Islam dan
Qur'an: The Final Testament.
3.
Pergerakan anti hadis di Malaysia telah dipelopori oleh Kassim Ahmad, seorang
pengasas Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Beliau bersama-sama rakan-rakannya seperti
Othman Ali dan Abdul Manan Harun mula mengembangkan fahaman ini pada tahun
1985. Mereka cuba menarik perhatian umat Islam dengan mengemukakan teori
bahawa ajaran Islam memadai dengan hanya berpandukan al-Quran serta kajian
saintifik menerusi akal.
membahaskan
berkenaan
Teori
Hadis
di
Pejabat
ALIRAN
(ALIRAN
KESEDARAN RAKYAT) di Jalan Sungai Nibong, Bayan Baru, Pulau Pinang dan juga di
rumah beliau sendiri di No. 8, Jalan Gajah, Tanjung Bunga, Pulau Pinang. Berikutan itu,
beliau telah dikecam oleh para ulama atas doktrin sesatnya itu dan pihak kerajaan
telah membatalkan beberapa siri ceramah beliau yang telah dirancang untuk diadakan
di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.
Seterusnya pada bulan Mei 1986, Kassim Ahmad telah menulis sebuah buku yang
bertajuk Hadis: Satu Penilaian Semula terbitan Media Intelek Sdn. Bhd. Di dalam buku
tersebut, Kassim menceritakan bagaimana ia mendapat idea berkenaan penilaian
semula hadis berasaskan pembacaannya melalui buku-buku tulisan Dr. Rashad Khalifa
seperti The Computer Speaks: Gods Message to the World, Quran The Final
Scripture, Quran, Hadith and Islam dan Quran Visual Presentation of the Miracle.
Beliau juga cuba untuk membuktikan andaiannya bahawa hadis merupakan satu ajaran
palsu yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad S.A.W. dan dianggap sebagai salah satu
dari punca perpecahan dan kemunduran umat Islam. Atas faktor ini, maka kerajaan
telah mengharamkan buku tersebut melalui Warta Kerajaan bertarikh 10 Julai 1986.
Pada Oktober 1992, beliau dengan pendirian yang sama telah menulis sebuah buku
yang bertajuk Hadis Jawapan Kepada Pengkritik terbitan Media Intelek Sdn. Bhd.
Maka, kerajaan sekali lagi telah mengharamkan buku berkenaan melalui Warta
Kerajaan yang bertarikh 21 April 1994.
Dalam perkembangan yang lain, Othman Ali telah menghasilkan karyanya yang
bertajuk Bacaan yang merupakan terjemahan dari kalimah al-Quran. Keseluruhan
kandungan Bacaan ini adalah himpunan tafsiran selapis beliau terhadap setiap bilah
ayat al-Quran yang berbahasa Arab. Oleh itu, kerajaan telah mengharamkannya
melalui warta bertarikh 22 Julai 1995.
Seterusnya pada 11 Jun 1995, golongan anti hadis ini telah menubuhkan Jemaah alQuran Malaysia atau lebih dikenali sebagai JAM di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Motif penubuhannya ialah menyeru umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia
kembali
kepada
ajaran
Tuhan
dalam
kitab
suci-Nya
iaitu
al-Quran. Walau
4.
hukum
Islam
bukanlah
boleh
diukur keberkesanannya
berdasarkan anggapan atau pemikiran yang bersifat terhad malah ia merupakan wahyu
daripada Allah S.W.T. yang tidak boleh dikritik apatah lagi untuk menafikannya secara
mutlak.
Malah, terdapat beberapa orientalis sebelum beliau seperti Ignaz Goldziher dan Joseph
Schacht yang telah mengkritik keautoritian hadis sebagai sumber hukum dengan
menyatakan bahawa hadis merupakan ajaran palsu yang muncul antara 200-250 tahun
selepas kewafatan Nabi S.A.W. dan kemudian dikaitkan dengan Baginda. Mereka juga
mendakwa kitab-kitab hadis sahih tidak mengandungi kata-kata atau perbuatan Nabi
S.A.W., bahkan ia mengandungi anggapan atau tekaan pengumpul-pengumpul hadis
seperti al-Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam alNasai dan Imam Ibnu Majah sebagai hadis sahih atau riwayat-riwayat sahih mengenai
kata-kata dan perbuatan Nabi S.A.W.
Jelas di sini bahawa mereka cuba mengaitkan kebenaran fakta dengan akal pemikiran
dalam membuktikan bahawa sesuatu kebenaran yang tersimpan dan muncul semula
selepas beberapa ketika boleh terdedah dengan unsur-unsur kekurangan atau
penyelewengan. Dalam erti kata yang mudah, kebenaran itu tidak semestinya bersifat
kekal malah perlu dikaji semula akan kesahihannya agar bersesuaian dengan
keperluan akal dan keadaan kehidupan semasa.
5.
Terdapat beberapa faktor tertentu yang dikemukakan bagi menolak autoriti hadis
sebagai sumber perundangan Islam. Namun, ia boleh ditinjau melalui tiga sudut
pandangan iaitu akidah, syariah dan akhlak. Antaranya ialah:
5.1
Akidah
a)
b)
c)
Beliau juga beranggapan bahawa umat Islam telah menyeleweng dari ajaran
Tuhan yang sebenar. Ajaran Tuhan yang sebenar adalah semasa zaman Nabi
Muhammad S.A.W. sebagai Nabi terakhir serta yang dibawa oleh Baginda ialah
al-Quran dan tidak ada yang lain daripada itu.
d)
Malahan, hadis dianggap sebagai satu catatan sejarah yang boleh dan perlu
dikaji oleh para penyelidik untuk memahami dan menilai zaman itu.
e)
Lafaz dua Kalimah Syahadah yang diucapkan oleh umat Islam kini adalah
dilarang oleh al-Quran kerana syahadah yang diwajibkan hanyalah
f)
Beliau turut menolak kepercayaan kepada Qada dan Qadar yang merupakan
salah satu perkara terpenting dalam Rukun Iman. Hanya kerana ia dinyatakan
melalui hadis lalu dianggap bertentangan dengan apa yang terdapat di dalam alQuran.
g)
(
)
ditafsirkan oleh al-Imam al-Syafie sebagai sunnah atau hadis adalah tidak
munasabah. Kassim Ahmad telah merujuk tafsiran oleh Maulana Muhammad Ali
yang menyatakan bahawa kalimah )
( adalah salah satu nama al-Quran.
h)
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan
taatlah kamu kepada Rasulullah
i)
Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu
contoh ikutan yang baik,..
Beliau menyatakan bahawa ayat ini tidak bermaksud untuk merujuk kepada
gerak geri dan kelakuan Nabi Muhammad S.A.W. seperti cara beliau makan,
pakai, tidur dan sebagainya. Ia sebenarnya merujuk kepada keyakinan,
pegangan, pendirian dan perjuangan. Malahan, semua kelakuan dan gerak geri
8
5.2
Syariah
a)
b)
5.3
Akhlak
a)
b)
Seorang pengikut anti Hadis bernama Wadan Kassim dalam tulisannya di dalam
akhbar Berita Harian bertarikh 14 Julai 1995 telah meyamakan kedudukan
ulama dengan pendita-pendita berdasarkan pemahamannya terhadap ayat alQuran.
c)
Puan Kalsom Abd. Rahman telah menulis sepucuk surat kepada BAHEIS
bertarikh 15 Disember 1994 yang antara lainnya menyatakan bahawa
kedudukan Rasulullah S.A.W. adalah sama seperti posmen yang hanya
menyampaikan
ajaran
al-Quran
tanpa
perlu
kepada
sebarang
bentuk
penghuraian mengenainya.
d)
Golongan anti hadis ini tidak menghuraikan penjelasan mereka menurut disiplindisiplin ilmu yang telah digariskan oleh Islam. Ia hanya menggunakan pendalilan
secara aqli dan kaedah saintifik semata-mata tanpa berpandukan al-Quran,
Hadis, Ijma Ulama dan Qiyas. Di samping itu, mereka juga tidak merujuk
kepada kitab-kitab muktabar dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran dan
perkara-perkara yang berkaitan dengan akidah dan syariah. Malahan mereka
hanya merujuk kepada buku-buku yang ditulis oleh orientalis barat seperti Dr.
Rashad Khalifa, Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht.
6.
HUJAH-HUJAH PENYANGGAHAN
Terdapat beberapa hujah yang boleh dikemukakan di sini bagi menjawab beberapa
tuduhan palsu yang dilemparkan oleh golongan anti hadis mengenai peranan hadis
sebagai sumber kedua dalam perundangan Islam. Antaranya ialah:
a)
Semua ayat-ayat al-Quran yang diturunkan ada yang bersifat mujmal, mutlak
dan umum dan bukanlah semua ayat didatangkan secara terperinci sepertimana
yang didakwa. Rasulullah S.A.W. telah diutuskan yang antaranya sebagai
penghurai dan pentafsir kepada ayat-ayat al-Quran yang bersifat mujmal dengan
ayat-ayat yang bersifat bayan serta ayat-ayat yang bersifat mutlak dengan ayat10
ayat yang bersifat muqayyad dan ayat-ayat yang bersifat umum dengan ayatayat yang bersifat khusus. Segala bentuk ibadat tidak dapat dilaksanakan tanpa
bimbingan hadis. Sebagai contoh, kaifiat ibadat solat banyak diperolehi melalui
hadis sedangkan ayat yang terkandung di dalam al-Quran hanyalah perintah
untuk mengerjakan solat yang bersifat mujmal.
b)
( .
)
Antaranya ialah
(
)
c)
Kalimah
(
) dalam surah al-Nisa', ayat 59 adalah bersifat menyeluruh dan
d)
Kalimah
()
( sebagai contoh
ikutan kepada umatnya. Ia menjadi perundangan Islam yang wajib ditaati dan
dilaksanakan oleh umat Islam. Manakala, gerak-geri dan kelakuan Baginda yang
merupakan kebiasaan kepada manusia bukanlah dianggap sebagai Syariat
yang wajib untuk diikuti. Begitu juga perkara-perkara tertentu yang dikhususkan
11
kepada Baginda )
adalah keizinan yang diberi oleh Allah S.W.T. khusus kepada Baginda.
7.
SARANAN
Pada akhir kajian ini, dikemukakan beberapa saranan kepada pihak-pihak yang
berkenaan agar ia dapat dimanfaatkan seterusnya tindakan lanjut dapat diambil agar
fahaman anti hadis ini dapat dikekang daripada terus merebak ke dalam jiwa umat
Islam seluruhnya.
7.1
Individu
a)
b)
Sentiasa
berhubung
dengan
institusi-institusi
agama
seperti
Bahagian
c)
Memberi pendedahan awal berkaitan bahayanya anti hadis kepada ahli keluarga
dalam memastikan institusi keluarga tidak rapuh dek kegersangan akidah
seterusnya bagi melahirkan modal insan yang berjiwa murni dengan pegangan
rohani yang kukuh dan sejati.
d)
12
7.2
Masyarakat
a)
b)
Peranan komuniti setempat seperti JKKK , Rukun Tetangga juga tidak terkecuali
dalam memastikan setiap aktiviti yang dijalankan oleh penduduk setempat tidak
bertentangan dengan nilai-nilai Islam.
c)
7.3
Institusi-institusi Agama
a)
b)
c)
13
d)
7.4
a)
Melakukan
pemantauan
secara
berperingkat
terhadap
pergerakan
dan
b)
c)
Bekerjasama dengan pihak berkuasa yang lain seperti Polis Diraja Malaysia atau
PDRM dalam menjalankan siasatan dan melakukan tangkapan terhadap mereka
yang terlibat dengan fahaman anti hadis ini.
8.
KESIMPULAN
Walaupun terdapat di kalangan pendokong fahaman ini yang telah dan sedang diambil
tindakan undang-undang ke atasnya namun tidaklah bermakna bahawa gerakan ini
akan lumpuh secara serta merta. Selagi ada pengikutnya, sudah tentu akan muncul
pula pendokong lain di kalangan mereka yang akan menghidupkannya serta cuba untuk
meracuni fikiran umat Islam dengan pendekatan yang berlainan. Dalam hal ini
Rasulullah S.A.W. telah menegaskan melalui hadis Baginda:
14
. :
. .
.
Maksudnya: Daripada Miqdam bin Madikariba r.a. berkata: Rasulullah S.A.W.
bersabda: Hampir tiba di suatu masa di mana seorang lelaki yang sedang duduk
bersanda di atas katilnya, lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada
hadisku maka ia berkata: Pegangan kami dan kamu hanyalah Kitabullah (al-Quran)
sahaja. Apa yang dihalalkan oleh al-Quran kami halalkan dan apa yang ia haramkan
maka kami haramkan. Kemudian Nabi S.A.W. melanjutkan sabdanya: Padahal apa
yang diharamkan oleh Rasulullah S.A.W. samalah hukumnya dengan apa yang
diharamkan oleh Allah S.W.T. (Riwayat Abu Daud)
Namun begitu, kesedaran yang tinggi perlu ada dalam diri setiap Muslim terhadap peri
pentingnya peranan hadis dalam perundangan Islam bahkan dalam kehidupan manusia
itu sendiri. Hal ini kerana, ia bukan sahaja untuk tujuan perlaksanaan ibadah sematamata malah turut mempengaruhi pegangan iktikad terhadap ajaran Islam. Justeru,
semua umat Islam perlu berganding bahu dalam memastikan pegangan yang kukuh
terhadap al-Quran dan al-Sunnah dapat ditingkatkan demi menjaga kedaulatan ajaran
Islam daripada sebarang bentuk penyelewengan.
15
RUJUKAN
Al-Quran al-Karim
1.
Buku-buku
1.
2.
3.
Ahmad, Kassim. 1986. Hadis Satu Penilaian Semula. Petaling Jaya: Media
Intelek.
4.
5.
6.
Al-Syafii, Muhammad bin Idris. 2004. Al-Umm. Al-Mansurah: Dar al-Wafa. Jil. 9.
7.
8.
Muda, Ab. Latif & Ali @ Mat Zin, Rosmawati. 2013. Ulum al-Hadith. Kuala
Lumpur: Pustaka Salam.
9.
Zainal, Mohd Ali. 2005. Himpunan Fatwa Warta Kerajaan Negeri Melaka (1986
2005). Melaka: Jabatan Mufti Negeri Melaka.
10.
Zamzam, Ahmad Fahmi. 1998. 40 Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman. Pokok
Sena: Khazanah Banjariyah.
16
Hadis
1.
Al-Naysaburi, Muhammad bin Abdullah al-Hakim. t.t. Al-Mustadrak ala alSahihayn. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah. Jil. 1.
2.
Al-Qazwiniyy, Muhammad bin Yazid. t.t. Sunan Ibnu Majah. t.t.: Dar Ihya alKutub al-Arabiyyah. Jil. 1.
Perisian
1.
Laman web
1.
http://en.wikipedia.org/wiki/Rashad_Khalifa
2.
http://www.dorar.net/hadith
3.
http://www.oamweb.com/business/pineview/
17