Anda di halaman 1dari 16

Penilaian

Portfolio
Perkembangan / Olahan idea
Lakaran dan penyelidikan
Lukisan Kajian
Eksprementasi Bahan dan Teknik
Proses dan penghasilan

Portfolio PSV merupakan satu fail kerja


yang berterusan mengikut keperluan
semasa proses P&P. Guru menilai hasil
usaha murid secara spesifik dan
menyeluruh.

Pengenalan
Dalam PSV, penyimpanan atau dokumentasi
bahan bukti proses pembelajaran pelajar
adalah digalakkan.
Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan,
kemahiran dan pemikiran serta penyataan
perasaan pelajar.
Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan
secara terancang.

Rakaman Proses
Pembelajaran
Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi
beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan
alat penilaian benar. Melalui portfolio Pendidikan
Seni Visual, semua pihak dapat melihat:

Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar.


Contoh hasil kerja pelajar.
Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran
PSV berlaku.

Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi


sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama
pihak lain.

Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses


kerja serta hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada


kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses
penyelesaian masalah dan membuat keputusan.

lni disebabkan portfolio PSV, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut
menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan
penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang
akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula
menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil
kerja yang terbaik.

Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk
tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses
pembelajaran pelajar.

Bentuk Portfolio
Portfolio PSV lebih merupakan portfolio dokumentasi
proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan
sekadar portfolio persembahan.

Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian,


perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung
dengan hasil yang hendak dibuat.

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan


mengandungi 4 aspek:

I . Kajian
Pemerhatian dan pengamatan.
Koleksi bahan serta rekod daripada bahan
rujukan yang sesuai dengan kegiatan.
Rumusan dan pertimbangan dalam membuat
pemilihan.

2. Lakaran
Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan
sebelum mendapat idea yang konstruktif.

Pewujudan idea.
Perkembangan lakaran berkaitan tema atau
tajuk.

3. Rangka Sebenar
Merangka reka cadang atau model.
Menentukan alatan dan bahan.
Prototaip (jika berkaitan).

4. Persembahan Portfolio
Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat.
Mengikut urutan.
Bersih, kemas dan mudah digunakan.

Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran,


rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui
sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan
kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang
ada. Kemungkinan besar pelajar akan menyediakan
portfolio dalam bentuk seperti:

Jurnal
Diari
Laporan
Kompilasi catatan yang dijilid
Beberapa helaian kertas yang di kokot
Ataupun mungkin disket/cakera padat

Terdapat beberapa kegunaan


portfolio secara umum. Antaranya:
Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil

kerja dan pencapaian pelajar


Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil
keria sendiri
Untuk membantu ibu bapa, pentadbir dan guru lain
mengetahui
kemajuan pembelajaran pelajar
Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan
hasil kerja sendiri
Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang
pelajar dengan pelajar lain atau dengan piawai tertentu

PERANCANGAN
PORTFOLIO

Sebelum membuat portfolio, beberapa perkara penting


mesti diambil kira.
a. Menentukan tujuan dan seterusnya jenis portfolio.
b. Menentukan isi kandungan portfolio.
c. Menentukan siapa yang akan memilih isi kandungan,
bahan/sumber portfolio dan bagaimana?
d. Menentukan bagaimana portfolio dinilai

5 peringkat dalam menentukan


cara membina portfolio:
1.
2.
3.

Menentukan tujuan portfolio.


Menentukan kandungan portfolio.
Menentukan pemilihan cara pengendalian
portfolio.
4.
Menentukan apa yang akan dinilai dan criteria
penilaian.
5.
Menentukan kaedah membuat anggaran
perkembangan pembelajaran pelajar.

4 Peringkat Dalam
Menilai Portfolio:
1.Penilaian Awal

Mengambil kira ciri-ciri penting


misalnya draf pertama
perancangan portfolio.

2. Penilaian merentasi tugas


bertulis mengikut kriteria
dengan skala:
Contoh:

Kriteria penilaian:

Sangat Tinggi (5)


Tinggi (4)
Sederhana (3)
Rendah (2)
Sangat Rendah (1)

- Pemikiran dan isi


- Struktur dan organisasi
- Strategi pengurusan
- Variasi isi yang sesuai
- Struktur ayat dan gaya bahasa
untuk tujuan dan kumpulan sasar
yang berlainan

3. Senarai ciri-ciri paling penting

Ini akan menentukan markah


portfolio

4. Penentuan gred

Mengambil kira markah yang


diberi kepada tiap-tiap peringkat
dan lain-lain bukti seperti nota

Anda mungkin juga menyukai