Anda di halaman 1dari 2

Isi

Kawan
Institusi kekeluargaan
Media massa
Kelonggaran kawalan disiplin sekolah

Karangan
Faktor peningkatan masalah buli dalam kalangan pelajar...

Apakah yang dimaksudkan dengan buli? Menurut kamus dewan, buli


bermaksud tindakan memeras ugut, mengejek, menghina dan memukul yang
dilakukan oleh pemangsa terhadap mangsanya. Dalam era globalisasi ini, kes
buli dalam kalangan pelajar di negara semakin meningkat. Saban hari, terpapar
di rubrik- rubrik akhbar berita mengenai kes buli. Hal ini telah menimbulkan
kebingungan terhadap Kementerian Pelajaran Malaysia. Jika tidak kerana angin,
masakan pokok bergoyang. Peribahasa ini menunjukkan setiap masalah yang
timbul pasti ada puncanya. Terdapat beberapa punca yang dikenal pasti
menyumbang kepada berlakunya masalah ini.
Tidak dapat dinafikan lagi, pelajar yang membuli pelajar lain pastinya lahir
dalam keluarga yang bermasalah. Kegagalan ibu bapa dalam membentuk
sebuah intitusi keluarga yang bahagia menjadi faktor utama masalah ini. Hal ini
menyebabkan anak- anak senantiasa berada dalam keadaan tertekan. Sebagai
jalan penyelesaian, mereka akan membuli pelajar lain untuk melepaskan geram.
Selain itu, kawalan disiplin sekolah semakin longgar. Peranan pengawas
sebagai polis sekolah sudah basi dan ketinggalan zaman. Pengawas sekolah
hanya melaksanakan tugas seperti melepaskan batuk di tangga. Hal ini
memberi kesempatan kepada pelajar- pelajar nakal untuk terus bermaharajalela
sekaligus menyebabkan peningkatan masalah disiplin bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan.
Para pelajar yang hanya berusia setahun jagung mudah terpedaya dengan
pengaruh rakan sebaya. Setiap tingkah laku rakan akan menjadi ikutan pelajar
bagaikan span yang menyerap air. Jika rakannya seorang pembuli, pelajar
tersebut juga akan mengikut gaya mereka agar diterima masuk ke dalam
kumpulan mereka. Jika hal ini dibiarkan berlarutan, lebih ramai lagi pelajar akan
menjadi mangsa buli dan kegiatan buli akan terus merebak seperti penyakit
berjangkit.
Media massa turut menyumbang kepada peningkatan masalah ini. Remaja
dasawarsa ini terutamanya remaja lelaki gemar menonton filem berunsur

keganasan yang mempunyai aksi- aksi yang lasak. Filem- filem sebegini selalu
menayangkan adegan yang menunjukkan kepuasan watak apabila dapat
mencenderakan musuhnya. Babak- babak seperti ini yang mudah menjadi ikutan
remaja yang masih menggalas tanggungjawab sebagai pelajar sekolah.
Intihanya, terdapat beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi
kejadian buli. Semua pihak terutamanya ibu bapa perlu memainkan peranan
dalam menangani masalah ini. Hal ini kerana anak diibaratkan sebagai kain
putih, ibu bapa yang memainkan tanggungjawab dalam mencorakkanya. Bukan
itu sahaja,pelajar juga perlu berfikir secara kritis dalam menentukan hala tuju
kehidupanya. Bak kata peribahasa, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tiada gunanya.

Anda mungkin juga menyukai