Anda di halaman 1dari 7

Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja

Pengenalan
Perbuatan atau penyataan yang berbentuk seksual boleh memberi kesan negatif kepada
semangat kakitangan dan seterusnya menjejaskan prestasi. Ia juga dianggap perbuatan yang
tidak bermoral dan melaggari batas-batas perhubungan serta nilai peribadi seseorang
kakitangan.
Program ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kakitangan akan
perlakuan/penyataan yang bersifat gangguan seksual di tempat kerja serta memberi panduan
mengenai langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil.

Objektif

Memahami definisi gangguan seksual di tempat kerja


Memahami kelakuan/penyataan yang dianggap gangguan seksual di tempat kerja

Memahami langkah-langkah untuk mengurangkan/membasmi gangguan seksual

Memahami tindakan-tindakan yang perlu lakukan sekira berlaku gangguan seksual di


tempat kerja

Memahami kandungan `Kod Amalan Untuk Membantu dan Membasmi Gangguan


Seksual di Tempat Kerja 1999.

Kumpulan sasar
Program ini adalah sesuai untuk semua kategori kakitangan.
Tempoh
Jangkamasa kursus satu hari (8 jam).
Kandungan & Program

Definisi gangguan seksual


Kategori gangguan seksual

Bentuk gangguan seksual

Contoh-contoh gangguan seksual di tempat kerja

Hubungkait gangguan seksual dengan pekerjaan

Peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkaitan

Langkah-langkah pencegahan dan pembasmian

Langkah perlindungan dan pemulihan mangsa

Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Di Tempat Kerja,
1999

Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja telah
dilancarkan pada 17 Ogos 1999 yang lalu. Sejak itu, berbagai reaksi telah dikemukakan oleh
berbagai pihak terhadap kod amalan ini.
Kod amalan tersebut telah menggariskan beberapa bentuk perlakuan yang disifatkan sebagai
gangguan seksual. Ia membahagikan gangguan seksual kepada dua. Pertama, pengenaan
syarat berbentuk seksual ke atas pekerjaan atau istilahnya quid pro quo. Kedua, tingkah laku
yang menimbulkan suasana tempat kerja yang tidak tenteram kepada mangsa. Secara mudah,
gangguan seksual bentuk kedua ini bolehlah disimpulkan sebagai tingkahlaku seksual yang
tidak diingini dan tidak disenangi oleh mangsa.
Menurut Salleh Buang, contoh gangguan seksual bentuk pertama adalah seperti, Apabila X
(seorang majikan) berkata pada Y (pekerjanya): Jika kamu ingin naik pangkat, bersedialah
untuk melayan kemahuanku, manakala perkara yang dikehendaki oleh X itu adalah satu
sexual favour (iaitu kesediaan Y untuk membuat hubungan seks atau berasmara dengan X)
.
Gangguan seksual bentuk kedua boleh berlaku secara lisan, isyarat, visual, psikologi dan
sentuhan fizikal. Secara lisan, termasuklah kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang
bersifat seksual. Secara isyarat termasuklah isyarat tangan atau bahasa isyarat yang
membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan. Secara visual
termasuk menunjukkan bahan-bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk
seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi. Secara psikologi termasuk
mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar
bersama atau bercumbu. Secara sentuhan fizikal pula termasuklah sentuhan yang tidak
diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap, menggesel badan, memeluk, mencium dan
serangan seksual seperti meraba.
Walaupun Kod Amalan ini bertujuan untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di
tempat kerja, ia juga terpakai ke atas sebarang gangguan seksual yang berlaku di luar tempat
kerja sekiranya kejadian itu berlaku dalam satu urusan kerja seperti majlis-majlis sosial,
majlis-majlis yang dianjurkan oleh majikan, dalam perjalanan yang melibatkan urusan
pejabat, latihan, mesyuarat atau melalui telefon atau media elektronik yang lain.
Apa yang juga menarik, Kod Amalan ini tidak diasaskan kepada jantina. Ini bermakna kod ini
terpakai dalam hubungan lelaki-wanita, wanita-lelaki, wanita-wanita dan lelaki-lelaki. Jadi,
jika selama ini anda rimas dengan sentuhan-sentuhan yang tidak diingini dari rakan sekerja
yang sama jantina, anda ada saluran untuk menghentikannya.
Walaupun Kod Amalan ini wujud, ia sebenarnya tidak mempunyai sebarang implikasi
undang-undang sekiranya ada majikan yang tidak mahu melaksanakannya. Dalam kata lain,
pelancaran kod amalan ini tidak mewajibkan semua majikan mematuhinya. Ia hanyalah satu

garis panduan bagi majikan untuk menggubal satu kenyataan dasar mengenai gangguan
seksual. Bagi majikan yang prihatin lalu menggubal satu kenyataan dasar berkaitan
dengannya, ia akan menjadi mesej kepada pekerja tentang komitmen majikan untuk
mewujudkan suasana yang selamat di tempat kerja. Bagi majikan yang tidak berminat, tiada
undang-undang yang boleh dikenakan kepada mereka. Oleh kerana itulah, Salleh Buang,
dalam kolum mingguan beliau, mempersoalkan keberkesanan Kod Amalan ini.
Walau bagaimanapun, satu berita baik untuk para pekerja, walaupun majikan tidak
menunjukkan komitmen mereka, para pekerja masih boleh mendapat pembelaan. Ini kerana,
mereka masih boleh mengadu tentang gangguan seksual yang dialami kepada Jabatan Buruh
yang terdekat.
Kod Amalan ini mendapat berbagai reaksi dari masyarakat. Noor Azam Shairi misalnya
menyebut bahawa ramai yang beranggapan dengan terlaksananya kod amalan ini di tempat
kerja, suasana bekerja di pejabat tidak lagi akan seceria sekarang.
Ada juga ahli masyarakat yang bimbang Kod Amalan ini akan menimbulkan masalah yang
lain seperti dakwaan yang salah akibat dari salah tafsiran terhadap sesuatu tingkahlaku.
Tidak dapat dinafikan salah tafsiran boleh saja berlaku. Menurut Y. Bhg. Datin T. D.
Ampikaipakan, kata-kata dan perbuatan seseorang boleh ditafsir dengan berbagai cara
bergantung kepada persekitaran pada ketika itu, taraf pendidikan pelaku dan yang kena laku,
pengalaman mereka serta cara mereka memahami hidup ini. Oleh itu, bagi Y. Bhg. Datin T.
D. Ampikaipakan, yang penting ialah untuk mendidik tenaga kerja yang ada tentang perkara
ini. Pertamanya, mereka perlu dididik untuk membezakan antara gangguan seksual dan yang
bukan. Kedua, mereka perlu dimaklumkan tentang hak mereka iaitu jika mereka merasa telah
menjadi mangsa gangguan seksual tindakan perlu diambil untuk mengatasinya. Mereka perlu
disedarkan bahawa gangguan-gangguan tersebut perlu dihentikan, dan tidak hanya menerina
atau bertolak ansur dengannya. Ketiga, warga kerja juga harus tahu bahawa jika mereka
dimaklumkan tentang sesuatu gangguan seksual, bantulah mangsa tersebut dan janganlah
mengambil sikap tidak peduli atau menganggap sikap mangsa sendiri yang mengundang
gangguan-gangguan itu.
Selain menggariskan perbuatan-perbuatan yang boleh dianggap gangguan seksual dan yang
bukan, Datin juga menasihatkan jika wanita telah menjadi mangsa gangguan seksual tetapi
tidak mahu mengambil tindakan undang-undang, memberi amaran kepada pelaku mungkin
boleh membantu menghentikan perbuatannya itu.
Salleh Buang pula berpendapat, untuk menentukan sama ada sesuatu perbuatan itu
merupakan gangguan seksual ataupun tidak, dua perkara perlu diberi perhatian. Pertama, niat
orang yang menggangu. Kedua, sejauhmana perbuatannya itu mewujudkan satu hostile
environment bagi orang yang diusik?
Menurut Salleh Buang, jika perbuatan itu (gurauan, misalnya) hanya sebentar (pada keadaan
tertentu hari jadi, misalnya) dan di tahap yang paling minima, maka niatnya hanyalah untuk
menimbulkan kemesraan sesama rakan sekerja. Sebaliknya, jika gangguan tersebut berlaku
dengan kerap, disengajakan kerana mempunyai motif tertentu dan pengganggu tahu bahawa
orang yang diusik tidak senang dengan perbuatan tersebut, maka perbuatan itu boleh
dianggap sebagai gangguan seksual.

Saya bersetuju dengan Datin bahawa penjelasan tentang gangguan seksual, Kod Amalan,
hak-hak mangsa serta cara untuk membezakan antara gangguan seksual dan bukan gangguan
seksual perlu diberi kepada pekerja. Ini penting kerana jika tidak, kita bimbang mereka
merasakan fenomena itu adalah sesuatu yang lumrah lalu menerima keadaan tersebut
seadanya. Kita juga bimbang jika mereka tidak tahu tentang kewujudan Kod Amalan tersebut,
ada pekerja yang berhenti kerana memikirkan tiada saluran untuknya mengatasi masalah
yang dialaminya itu. Cara untuk membezakan antara gangguan seksual dan bukan gangguan
seksual juga penting agar tiadanya salah tuduhan akibat salah tafsiran yang berlaku.
Jika kita lihat kepada apa yang disebutkan oleh Salleh Buang tentang gangguan seksual,
perkara utama yang harus diberi perhatian ialah, pengganggu tahu orang yang diusik tidak
senang dengan perbuatan tersebut. Oleh yang demikian, jika kita merasa kurang senang
dengan perbuatan tersebut, kita perlu menunjukkan sikap tidak senang itu dan bukannya
berdiam diri, atau lebih teruk lagi, terseyum simpul semata-mata ingin menjaga hati orang
yang telah mengganggu ketenteraman kita.
Bagi mangsa dan golongan yang membela nasib wanita, tentunya Kod Amalan ini merupakan
berita baik untuk mereka. Di pihak mangsa, mereka boleh berasa lega kerana tidak lagi perlu
bertolak ansur dengan gangguan-gangguan seumpama itu di tempat kerja. Manakala
golongan yang membela nasib wanita melihatnya sebagai satu saluran bagi mangsa
mendapatkan pembelaan. S. Manohary, Penyelaras Khidmat, All Womens Action Society
(AWAM), berpendapat bahawa Kod Amalan ini memberi wanita kuasa dan saluran untuk
mengambil tindakan terhadap pesalah.
Jadi, sekiranya pihak kerajaan merasakan perlu mengadakan Kod Amalan ini dan pihak
tertentu mengalu-alukannya, sejauhmanakah seriusnya masalah ini di negara kita?
Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Sabitha di 60 jabatan kerajaan di empat buah
negeri, 43.9% daripada pentadbir pernah mengalami sekurang-kurangnya satu daripada
tingkah laku yang berunsur gangguan seksual, baik secara fizikal (meraba, menggesel,
mencium), lisan (kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual), bahasa
isyarat (melerek, merenung dengan cara lucah), mahupun secara visual (edaran atau paparan
melalui e-mel atau surat yang bersifat seksual).
Dari segi jantina mangsa, walaupun yang membuat laporan kepada Kementerian Sumber
Manusia itu semuanya wanita, ini tidak bermakna bahawa lelaki tidak mengalaminya. Kajian
Sabitha menunjukkan hampir setengah dari responden lelaki (43.4%) mengakui pernah
mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk gangguan seksual. Namun, mereka agak
keberatan untuk membuat laporan kerana takut dilabel sebagai perasan, syok sendiri atau
tidak macho.
Jadi, ternyata bahawa masalah ini memang berlaku di negara kita cuma tidak ramai yang
melaporkannya. Ini mungkin kerana malu, takut menyalahtafsirkan sesuatu perbutan,
tiadanya saluran atau kerana pemangsa adalah orang yang berwibawa. Jadi, dengan adanya
Kod Amalan ini, mungkin banyak halangan-halangan tadi yang telah diatasi. Maka, seperti
masalah-masalah lain, kita mungkin boleh menjangkakan bilangan kes yang dilaporkan akan
meningkat bermula tahun ini.
Sebagai seorang wanita, saya mengalu-alukan kehadiran Kod Amalan ini kerana dengan
adanya kod ini, kaum lelaki tidak boleh dengan sewenang-wenangnya melakukan sesuatu

terhadap saya. Bagi yang degil pula, saya berasa tenang kerana saya tahu saya ada saluran
untuk menghentikan gangguannya itu.
Berkaitan dengan kebimbangan masyarakat bahawa Kod Amalan ini akan mengurangkan
keceriaan di pejabat, jika anggapan ini benar, saya berasa agak bimbang dengan maksud
`suasana pejabat yang ceria seperti yang difahami sekarang ini. Apakah suasana ceria yang
ada sekarang termasuk gurauan-gurauan lucah, pengedaran gambar lucah, komen-komen
yang berbau seks, bertepuk-bertampar tanpa batasan dan seumpamanya? Memang tidak
dinafikan keceriaan di pejabat merupakan satu faktor utama untuk memotivasikan pekerja
tetapi apakah keceriaan seperti ini yang dimaksudkan? Jadi, berkaitan dengan suasana tidak
ceria ini, saya merasakan ia tidak perlu difikirkan sangat. Yang penting ialah untuk
mewujudkan persekitaran tempat kerja yang membuatkan semua pekerja merasa aman dan
tenteram.
Sebenarnya, apa yang disebutkan dalam Kod Amalan itu tidak lari dari etika Islam dalam
berhubungan, terutamanya antara lelaki dan wanita. Islam sebenarnya mempunyai garis
panduan tentang etika pertemuan antara lelaki dan wanita. Walau bagaimanapun, dalam
artikel ini, saya akan mengenengahkan empat etika yang paling utama iaitu a) serius dalam
pertemuan; b) menahan pandangan; c) menghindari khalwat; dan, d) menghindarkan
pertemuan lama yang berulang-ulang.
Etika pertama ialah serius dalam pertemuan. Ini bermakna, bila lelaki dan wanita bertemu
untuk sesuatu urusan mereka perlu berhubung secara serius. Etika ini berdasarkan kepada
ayat al-Quran, Surah al-Ahzab (33), ayat 32 yang bermaksud, Wahai isteri-isteri Nabi, kamu
semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertaqwa. Oleh
itu, janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing)
kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya
(menaruh tujuan buruk kepada kamu), dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik
(sesuai dan sopan).
Walaupun ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri Nabi, oleh kerana tujuannya baik, maka ia
boleh dijadikan panduan oleh wanita biasa demi untuk mengelakkan kejadian buruk terhadap
diri mereka. Ini bermakna topik perbicaraan dalam pertemuan antara lelaki dan wanita
haruslah dalam batas-batas yang baik dan tidak mengandungi kemungkaran. Menurut Abdul
Halim, pertemuan yang banyak dihiasi dengan senda-gurau membuka jalan menuju
kemungkaran.
Etika kedua ialah menahan pandangan. Ini bermakna, dalam pertemuan antara lelaki dan
wanita, mereka perlu menjaga pandangan agar tidak timbul niat yang tidak baik dan untuk
mengelakkan fitnah. Etika ini berdasarkan ayat 30 31, Surah an-Nur yang mana Allah
mengingatkan kaum lelaki dan wanita agar menyekat pandangan mereka dari melihat yang
haram dan menjaga kehormatan dari melakukan zina. Bagi wanita pula ditambah arahan agar
tidak mendedahkan tubuhnya kepada lelaki yang bukan mahram kecuali anggota tubuh yang
zahir iaitu bulatan muka dan kedua tapak tangan. Ada ulama yang mengatakan muka dan
tapak tangan inipun boleh dilihat dengan syarat pandangan itu tidak mencurigakan.
Pandangan syahwat dikatakan haram, meskipun tertutup pakaian. Ini bermakna dalam
pertemuan antara lelaki dan wanita, mereka perlu menjaga aurat di samping menjaga
pandangan agar pertemuan itu tidak menimbulkan keinginan lain dalam hati keduanya.

Etika ketiga ialah menghindari khalwat. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah s.a.w yang
bermaksud, Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali disertai
mahramnya (Riwayat Bukhari). Jadi, bila bertemu antara lelaki dan wanita untuk sesuatu
urusan, mereka hendaklah mengelakkan dari berdua-duaan. Dalam keadaan kini, agak sukar
untuk mengelakkan keadaan di mana lelaki dan wanita berdua dalam melakukan urusan
kerja, misalnya. Walau bagaimanapun, kita perlu tahu membezakan antara khalwat dan bukan
khalwat. Abdul Halim Abu Syuqqah di dalam bukunya menyebut keadaan-keadaan yang
tidak dikategorikan sebagai khalwat. Lelaki dan wanita itu tidak dikatakan berkhalwat bila:
a) Mereka berdua berada di depan orang ramai;
b) Dua atau tiga orang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita. Ini berdasarkan sabda
Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Sesudah hari ini, seorang lelaki tidak dibolehkan masuk
menemui wanita yang suaminya tiada, kecuali dia bersama seorang atau dua orang lelaki
lain. Ada ulama yang berpendapat bahawa hadis ini merujuk kepada sekumpulan orang yang
tidak mungkin melakukan perbuatan keji kerana kesolehan dan kealiman mereka.
c) Seorang lelaki berkhalwat dengan sejumlah wanita. Ini kerana apabila bersama
sekumpulan wanita lelaki tersebut tiada peluang untuk melakukan sesuatu yang mungkar.
Etika keempat ialah menghindari pertemuan yang lama dan berulang-ulang. Ini merujuk
kepada kunjungan yang berulang-ulang dengan jarak waktu yang sangat dekat antara kerabat
mahupun teman, apatah lagi jika pertemuan itu berlaku berjam-jam. Menurut Abdul Halim,
etika ini perlu dijaga kerana dalam pertemuan seperti ini amat sukar untuk menjaga pelbagai
etika seperti menahan pandangan, serius dalam berbicara atau bertingkahlaku yang sopan.
Apa yang sering berlaku dalam pertemuan seumpama ini ialah nilai-nilai malu dan kesopanan
itu semakin menipis. Oleh itu, adalah lebih baik menghindarkan diri dari pertemuan seperti
ini.
Jadi, jika kita bandingkan Kod Amalan serta etika ini, kita dapati betapa Kod Amalan tersebut
mencerminkan etika Islam yang telah lama diutarakan oleh agama Allah ini. Dengan
mengamalkan etika Islam dalam pertemuan antara lelaki dan wanita, tentunya tiada bentuk
gangguan seksual yang boleh berlaku, baik dalam bentuk lisan, isyarat, visual, psikologi,
apalagi fizikal. Bagi pekerja dalam sesebuah organisasi Islam, mereka tidak perlu bimbang
sekiranya majikan tidak menunjukkan komitment terhadap kod amalan ini, asal sahaja di
tempat kerja tersebut mengamalkan etika Islam yang disebutkan tadi. Kod Amalan ini
mungkin lebih perlu dalam persekitaran kerja yang menggabungkan pekerja Islam dan bukan
Islam kerana dalam persekitaran begini, salahfaham tentang budaya dan ajaran agama serta
salah mentafsir tingkahlaku rakan sekerja boleh sahaja berlaku.
Pada masa yang sama, mereka yang terlibat secara langsung dengan kod amalan ini mungkin
ingin memikirkan kemungkinan kod amalan ini disalahgunakan. Mungkin ada di antara kita
yang masih ingat, beberapa tahun yang lalu, dalam filem Disclosure (Hal) yang dilakonkan
oleh Demi Moore dan Micheal Douglas, heroin tersebut telah menuduh heronya melakukan
gangguan seksual terhadapnya. Oleh kerana ia wanita dan pada kebiasaannya mangsa adalah
wanita, tuduhan tersebut dipercayai dan tindakan diambil terhadap lelaki tersebut.
Sebenarnya, heroin itulah yang melakukan gangguan tersebut dan bila godaannya tidak
dilayan, beliau menuduh lelaki tersebut yang menganggunya. Lumrah hidup, yang baik akan
sentiasa berjaya, lelaki tersebut akhirnya berjaya membuktikan bahawa ia tidak bersalah.
Dalam zaman yang serba canggih ini, tidak mustahil perkara yang sama berlaku di Malaysia.

Menyedari fenomena yang terus melanda masyarakat, khususnya di kalangan wanita ini, Kod Amalan

Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja diperkenalkan 1


Mac 1999.
Berdasarkan kod terbabit, gangguan seksual dinyatakan sebagai perlakuan bercirikan seksual tidak diingini atau
tidak disenangi termasuk gangguan secara lisan, bukan lisan, visual, psikologi atau fizikal.
Seorang peguam, Ahmad Izham Ismail, berkata tidak dinafikan mereka yang menjadi mangsa gangguan seksual
malu untuk membuat aduan,

pihak yang melakukan perkara yang tidak


bertanggungjawab itu boleh disabitkan kesalahan atas
dakwaan cabul kehormatan yang membawa hukuman
penjara maksimum hingga 10 tahun atau denda dan
sebatan.

Anda mungkin juga menyukai