Anda di halaman 1dari 9

MODEL KAUNSELING BRAMMER, EGAN DAN IVEY

PENGENALAN
Model kaunseling mempunyai peringkat atau fasa tersendiri dalam menjalankan
sesuatu proses kaunseling. Dalam erti kata lain kaunselor perlu membantu klien
berdasarkan fasa tersebut sehingga mencapai matlamat klien. Dalam setiap fasa
tersebut kaunselor akan mengaplikasikan teori atau kemahiran yang tertentu bagi
menerokai masalah klien. Iai dijalankan mengikut langkah tertentu tanpa disedari oleh
klien. Dengan adanya pembahagian fasa, kaunselor boleh membantu menyelesaikan
permasalahan klien dengan mudah. Disampng itu juga sesuatu sesi dapat dijalankan
dengan lebih lancar dan konsisten kerana kaunselor dapat mengetahui kelemahan diri
pada tahap tertentu dan juga dapat memperbaikinya untuk sesi yang akan datang. Fasa
dan model kaunseling adalah berbeza mengikut pandangan tokoh-tokoh. Walau
bagaimanapun,setiap fasa perlu dikendalikan dengan baik supaya tidak berlaku urusan
yang tidak selesai dalam diri klien.

MODEL DALAM KAUNSELING

FASA DAN PROES DALAM KAUNSELING


Dalam sumber-sumber yang dinyatakan oleh para tokoh, fasa atau tahap model
kaunseling adalah berbeza-beza namun terdapat juga persamaan pada tahap tertentu
kerana ia adalah tahap penting yang perlu dilalui oleh kaunselor ketika membantu klien
menyelesaikan permasalahan.

Model Brammer
Menurut Brammer (1999), menyatakan bahawa proses kaunseling mempunyi lapan
peringkat, iaitu tiga fasa. Fasa pertama ialah sebelum proses kunseling iaitu peringkat
pra persediaan, fasa kedua pula ialah semasa proses kaunseling ( peringkat
penyediaan,
kemasukan,
penetapan/penjelasan,
menstruktur
perhubungan,
penerokaan, pengukuhan dan perancangan ) manakala fasa ketiga ialah selepas proses
kaunseling iaitu peringkat penamatan.

Fasa 1:
Dalam peringkat ini, perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh kaunselor adalah
mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara
teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memhami persoalan
sebenar kliennya. Ditahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan yang baik
dengan klien dan seterusnya member pertolongan. Pada awal sesi, kaunselor tersebut
haruslah menjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi tersebut. Kaunselor tersebut
perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan menunjukkan perlakuan yang
sentiasa pihatin dan sedia membantu klien.

Dua komponen penting yang perlu diambil kira dalam tahap ini ialah:
1.Tempat sesi kaunseling dijalankan
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan
tempat serta menentukan masa yang sesuia untuk berbincang bagi mengelakkan
sebarang gangguan semasa sesi berlangsung. Tempat yang selesa dan menarik akan
menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan
seterusnya sesi tersebut dapat dijalankan dengan jayanya.
2. Tahap kemampuan kaunselor dengan klien
Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap
kemampuan sama ada dirinya mahupun klien. Sebagai contoh, kaunselor yanag
kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu,
kaunselor harus peka pada tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin kelihatan lemah
ataupun tidak member kerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap
kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar
proses kaunseling dapat diajalankan dengan lancar. Apabila kaunselor denagn klien
masing-masing bersedia untuk memulakan sesi, persetujuan antara kedua-dua pihak
adalah diperlukan bagi memulakan proses kaunseling. Seperti yang dikatakan oleh
Brammer pada tahun 1973, menganggap persetujuan ini adalah sebagai satu kontrak
antara kaunselor dengan klien serta sebagai tanda persetujuan untuk memulakan
sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini, akan berubah paa bila-bila
masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri.
Fasa 2 : semasa proses kaunseling
Setelah memastikan peringkat pra persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan
kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu, semasa proses kaunseling. Dalam fasa
ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan,
penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan.

1.

Peringkat penyediaan dan kemasukan

Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dank lien akan berlaku. Sewaktu
memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan
yang menakutkan serta mempamerkan perlakuan seperti ingin membantu. Umpamanya
perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut
hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dank lien juga perlu diberi
perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Tambahan daripada itu, keadaan
tempat juga merupakan satu perkara penting dalam permulaan hun=bungan anatara
klien dan kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan
memberangsangakan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya.

2.

Peringkat penetapan/penjelasan

Pada peringkat ini kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang
persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat
kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh
digunakan iaitu:
i.
Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan kaunselor akan terus
mendorong klien untuk terus bercerita
ii.
Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak
mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk
bercerita.
Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan soal selidik kepada klien kerana ini
akan menyebabkan klien terasa terancam dan takut. Kaunselor haruslah mahir
menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, kasih
sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat seorang
pendengar yang baik dan kritikal serta membantu kllien jika menghadapi keadaan
tersekat-sekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaan. Kaunselor juga harus
menggalakkan klien untuk menghurai dan menentukan penyataannya tentang bentuk
dan jenis pertolongna yang dikehendaki. Di tahap ini kaunselor juga harus mengamati
dan menentukan siapa yang sedang menghadapi permasalah tersebuat iaitu sama ada
diri klien itu sendiri ataupun melibatkan diri orang lain. Kaunselor juga harus mencungkil
kehendak sebenar kllien dan menetapkan matlamat sebenar klien.

3.

Peringkat penstrukturan

Diperingkat ini kaunselor dank lien akan menetakan sama ada hubungan mereka ini
boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau
berkemahiran membantu klien, memenuhi hahrapan, berasa selesa dengan klien
tersebut dan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien.
Bagi pihak klien perlu memnetukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau
tidak dan bersediakah klien melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang
dikenakan oleh kaunselor. Tahap penstruturan ini kaan menentukan sifat, batasana dan
matlamat perhubungan menolong. Kontrak kaunseling kan dibuat pada peringkat ini iaitu
persetujuan antara kaunselor dank klien bagi berusaha mencapai matalamat yang
ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini,
klien akan berasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai
matlamat-matlamat yang telah ditetapkan

4.

Peringkat perhubungan

Dalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan


perhubungan antara kaunselor dan klien. Perhubungan yang terbina dengan baik
melalui keyakinan dan rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling.
Pada peringkat ini kaunselor harus mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku
yang meyakinkan serta menunjukkan kemesraan.

5. Peringkat penerokaan
Pada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari segi pendirian,
matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu klien. Antara langkahlangkah yang boleh diambil oleh kaunselor ialah mengeratkan hubungan agar perasaan
yakin, percaya dan selamat timbul dipihak klien. Yang kedua menggalakkan klien
meneroka masalah dan perasaannya abgi mencapai kesedaran kendiri. Ketiga,
kaunselor boleh memutuskan asama ada akan meneruskan hubungan sesi kauseling ini
atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Keempat pula, kaunselor boleh
member panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi
mencapai matlamatnya.
6.

Peringkat perancangan

Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad


kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya harus menolong
klien merancang strategi-strategi yang hrus diambil termasuk langkah-langkah
pelaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini merupakan peringkat memperjelaskan
matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikan tindakanya yang bakal diambil.

Fasa 3 : peringkat penamatan


Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga hasil atau
pencapaian klien akan dirumuskan, jika msih terdapat matlamat-matlamat yang tidak
dicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti. Dapat dirimuskan bahawa peringkat
penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan
strategi atau teknik yang telah diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak
berkesan mungkin sesi dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses
kaunseling telah ditamatkan ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan
terputus. Sebaliknya kaunselr harus mengikuti perkembangan klien yang dibantunya.

Model Egan
Menurut Egan, model dalam proses menolong adalah seperti peta yang akan membantu
kaunselor tahu apa yang perlu dilakukan semasa berinteraksi dengna klien. Selain itu
juga, model berperanan menjadi panduan kepada kaunselor dala menentukan dimana
kaunselor berada ketika bersama klien. Seterusnya

1.
i.

Present scenario ( scenario semasa )


Teknik penceritaan

Kaunselor akan membantu klien untuk menceritakan masalah yang dialami. Dalam fasa
ini akan menyatakan isu yang wujud dalam diri atau persekitarannya yang menjadi
penghalang kepada kefungsian dirinya. Tugas kaunselor adalah mendengar dengan
aktif dan memberi focus kepada peristiwa-peristiwa asas atau yang signifikan
dengannya.
ii.

Teknik blinspot

Dalam kaedah ini kaunselor akan membantu klien supaya lebih sedar dan mengatasi
titik buta yang dialami dan seterusnya mengembangkan perspekti baru dalam dirinya
untuk mengatasi masalah. Satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh
kaunselor ialah membantu klien mengenalpasti blinspot bagi mengatasi masalah dan
peluang yang terlepas.
iii.

Mencari kekuatan

Kaunselor akan membantu klien mengenalpasti dan bertindak atas masalah, isu, atau
peluang yang boleh mendatangkan kelainan. Laverage adalah istilah yang digunakan
secara umum bagi dua langkah ini. Yang pertama ialah saranan yang bernilai, kedua
pula, jika klien telah menceritakan kisahnya, mendedhakan / mencatatkan masalah pada
setiap masa atau situasi masalah yang dibincangkan menjadi semakin komplek.

Selepas iu criteria diperlukan bagi menentukan apa jenis masalah yang harus dilakukan
terlebih dahulu.

2.

Preferred scenario ( scenario yang diingini )

Pada tahap ini, pendekatan yang lebih kearah kepada mengurus masalah. Menurut
Egan terdapat dua tahap untuk menangan masalah. Yang pertama, menganalisis
masalah yang dialami klien, yang kedua teroka penyelesaian dan kemudian bertindak
mengurus masalah dan peluang yang tidak digunakan.
i.

Kemungkinan

Pada tahap ini kaunselor akan membantu klien mengembangkan kemungkinan untuk
masa depannya yang lebih baik. Kaunselor akan membantu klien melihat kemungkinan
yang akan berlaku sekiranyanya keadaan permasalahan klien menjadi lebih baik.
ii.

Agenda

Kaunsellor seharusnya membantu klien menterjemah kemungkinan kepada agendaagenda yang realistic dan boleh dicapai. Berbagai kemungkinan boleh dikembangkan
berdasarkan kepada matlamat yang mungkin diperolhi dalam proses menolong. Ini
bermaksud, kaunselor akan mendedahkan klien untuk melakukan perkara-erkara yang
boleh dicapai oleh klien untuk menyelesaiakan masalah yang dialaami.
iii.

Komitmen

Kaunselor membantu klien mengenalpasti galakan yang membolehkan mereka untuk


meningkatkan komitmen kepada agenda yang telah dibentuk. Dalam tahap ini klien akan
memilih sndiri agenda mengikut pandangannya dan pemikirannya. Kaunselor yang
berkesan akan menyerahkan tanggungjawab kepada klien untuk membuat pilihan
mereka sendiri.

3. Getting there ( menuju matlamat )


Dalam tahap ini, kaunselor perlu membantu klien untuk menjelaskan matlamat yang
kabur supaya klien dapat dibantu menuju kearah atau tujuan yang betul. Ada klien yang
tahu apa yang mereka inginkan tetapi tidak tahu bagaimana matlamat tersebut hendak
dicapai. Jadi tugas kaunselor adalah membantu klien tersebut melaksanakan
matalamatnya.

Terdapat banyak strategi untuk membantu klien mencapai matlamat yang diingini.
Langkah 1 : Brainstorming
Kaunselor akan membantu klien untuk melaksanakan agenda yng telah dirancang atau
disenaraikan dalam tahap dua. Klien akan dibantu untuk memikirkan bagaiaman untuk
mencapai matlamat yang telah dirancang berdasarkan strategi-strategi. Preferred
scenario merupakan matlamat, penamat, kejayaan atau hasil-hasil yang ingin dicapai
dala proses menolong. Sementara itu, strategi pula adalah satu set tindakan yang
dibentuk untuk mencapai matlamat tersebut. Setiap sub matlamat yang dibuat
kemudiannya perlu mempunyai strategi-strateginya tersendiri. Proses divide and
conquer boleh membawa kepada kejayaan dan penyelesaian masalah walaupun pada
mulanya kelihatan mustahil. Kaunselor perlu membantu klien menzahirkan seberapa
banyak stretegi atau jalan yang akan meningkatkan kemungkinan untuk salah satu atau
kombonasi beberapa strategi yang dibentuk akan sesuai dengan keadaan klien. Teknik
seperti brainstorming dan fantasi selalunya akan membantu klien mengenalpasti strategi
berbeza untuk mencapai matlamat.
Langkah 2 : Memilih strategi terbaik
Kaunselor akan membantu klien memilih strategi yang terbaik yang menepati
persekitaran dan keupayaan klien. Setelah beberapa pilihan tindakan yang berbeza
dikenalpasti, klien dan kaunselor bersama-sama mengkaji pilihan yang ada dan cuba
memilih pilihan yang terbaik sama ada satu atau beberapa kombinasi pilihan terbaik.
Pilihan yang dibuat perlu diambil kira dari sudut nilai klien itu sendiri.
Langkah 3 : Menukar strategi menjadi rancangan
Kaunselor prlu membantu klien merumus rancangan iaitu step by step untuk
melaksanakan setiap matlamat yang dibina. Klien akan lebih mudah bertindak sekiranya
mereka mengetahui apa yang perlu mereka lakukan langkah demi langkah. Tempoh
masa yang realistic bagi melksanakan setiap langkah perlu dititik beratkan. Cabaran
yang perlu diatasi dalam model ini ialah tuntutan disiplin dalam menjalankan sesi yang
perlu dipikul oleh klien iu sendiri. Matlamat, strategi serta tindakan mesti dibuat oleh
klien itu sendiri dan kaunselor hanya membantu klien bertindak.

Model Ivey
Menurut Ivey, terdapat lima tahap dalam proses kaunseling yang perlu digunakan oleh
kaunselor dalam membantu klien bangkit menyelesaikan masalah dan menjadikan
sesuatu sesi itu Berjaya.
1.

Memulakan sesi hubungan repo dan penstrukturan

Dalam tahap ini kaunselor akan membina hubungan baik dengan klien supaya klien
berasa selesa dengan kaunselor dan percaya kepada kaunselor tersebut. Hubungan
repo ini perlu dilakukan sebelum penstrukturan dijalankan. Penstrukturan perlu
dilakukan bagi menerangkan secara ringkas tentang kaunseling dan tujuan sesi. Selain
daripad itu, penstrukturan juga dapat menjelaskan tanggungjawab kaunselor dank lien
spenjang sesi berlangsung.

2.
Mendapatkan data melakar cerita, masalah atau isu yang dikemukakan oleh
klien
Dalam tahap ini, kaunselor akan memberikan tumpuan kepada masalah yang
dikemukan oleh klien bagi melancarkan perjalanan sesi. Ketika ini, klien akan
menceritakan semua erkara yang ingin dikongsi bersama kaunselor dan kaunsellor perlu
bersikap terbuka terhadap klien. Kemahiran-kemahiran perlu digunakan supaya
kaunselor tidak lari daripada topic yang dibincangkan leh klien dan menjadikan sesi lebih
terarah untuk mencapai matlamat yang diingini. Teknik-teknik yang boleh digunakan
oleh kaunselor supaya apa yang diceritakan oleh klien dapat difahami oleh kaunselor
sekalaigus tidak hilang tumpuan terhadap klien. Iaitu rumusan kecil, dorongan minima,
refleksi isi dan lain-lain.

3.

Saling merangka matlamat

Kaunselor perlu focus kepada matlamat utama klien dalam sesuatu perkara yang
dibincangkan. Selain itu, perangkaan matlamat juga penting bagi mendapatkan keadaan
yang ideal dengan kehidupan klien.

4. Tahap bekerja meneroka alternative bagi mencabar ketidak selarasan klien dan
konflik untuk bercerita semula.
Pada tahap ini, kaunselor bekerja kearah resolusi terhadap isu klien. Kaunselor perlu
mengambil berat terhadap klien supaya klien berpuas hati sepanjang sesi kaunseling
berlangsung. Tugas seorang kaunselor adalah meneroka kemungkinan-kemungkinan
dan membantu klien mendapatkan cara yang baru untuk bertindak dengan lebih baik.
Tahap ini melibatkan model penyelesaian yang kreatif iaitu menjamna alternative, dan

memutus untuk membuat pilihan berdasarkan alternative-alternatif tersebut. Ianya


melibatkan tahap penerokaan dalaman yang lama. Umumnya ditahap ini, model asas
penyelesaian masalah iaitu menjelaskan matlamat atau hasil yang diinginkan dan
seterusnya menjana alternative untuk membuat tindakan

5.

Penamatan rumusan dan bertindak keara cerita baru

Dalam tahap penamatan, aabila perkara ataupun masalah yang dihadapi oleh lien dapat
diselesaikan, klien akan mendapaat perubahan di dalam pemikiran, perasaan dan
tingkah laku klien didalam kehidupan sehari-harian. Kebanyakkan klien yang menjalani
sesi ini tidak berubah kearah tingkah laku yang lebih baik tetapi kekal seperti sedia kala.

RUMUSAN
Secara keseluruhan, model kaunseling adalah satu proses yang dapat dibahagikan
kepada beberapa peringkat sehingga mencapai penamatan. Secara umumnya, proses
kaunseling ini bermula dengan membina hubungan, membuat penstrukturan,
penerokaan, mengenalpasti masalah, mencari alternative, melaksanakan pemilihan dan
penamatan. Pembahagian peringkat dilakukan secara tidak langsung oleh kaunselor
tanpa disedari oleh klien. Ia banyak membantu kaunselor memahami klien dengan
sebaik mungkin. Kaunselor dapat menyelami ruang dalaman dan membantu mereka
menyelesaikan masalah mereka. Dalam hal ini, kaunselor perlu mengambil berat
tentang perkara ini bagi menjadikan sesuatu sesi berjalan dengan produktif.

Anda mungkin juga menyukai