Anda di halaman 1dari 3

Analisis Wacana

Wacana adalah tumpuan makna yang terdapat dalam sesebuah ayat atau serumpun
ayat. Menurut Harimurthi, 1982 di dalam buku Tatabahasa dalam pengajaran Melayu,

unit bahasa ini juga mengandungi satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana
wacana mungkin terdiri daripada dua atau lebih gabungan ayat, satu perenggan,
satu bab, sebuah buku atau siri buku. Secara lazimnya ia lebih merujuk kepada
bentuk penggunaan bahasa perbualan atau percakapan. Wacana bukan sahaja
diguna pakai dalam istilah penggunaan bahasa namun ia juga membawa maksud
yang pelbagai. Bagi melihat tautan dan runtutan penggunaan wacana adalah melalui
penggunaan penanda wacana. Berikut merupakan analisis penggunaan penanda
wacana di dalam wacana perpaduan dalam kepelbagaian.Rujuk lampiran 1, teks
petikan.
Merujuk kepada kohesi dan koheran wacana tersebut ada menggunakan
penanda kronologi. Sebagai contoh, setelah 58 tahun merdeka, perpaduan antara
kaum bukan sahaja perlu dikekalkan malah diperkukuh lagi demi keharmonian dan
kestabilan negara. Contoh menunjukkan bahawa kata hubung setelah digunakan
bagi menghubungkan ayat sebelumnya bagi menggantikan kata kunci bila yang
kemudiannya bertaut dengan ayat seterusnya bagi menyatakan perpaduan perlu
dikekalkan. Penggunaan kata setelah amat sesuai untuk menjelaskan masa kepada
satu keadaan yang diharapkan. Melalui ayat ini, dapat dilihat penggunaan malah
juga digunakan yang berfungsi sebagai pengembangan idea.
Merujuk kepada keseluruhan teks, dapat dilihat penggunaan penanda orgsnisasi
yang berfungsi sebagai satu bahagian wacana dengan bahagian yang lain. Namun, dalam
penulisan teks ini, penulis banyak menggunakan ayat yang sukar untuk menggunakan kata
hubung yang mudah bagi menghubungkan ayat dengan ayat. Sebagai contoh dalam
konteks rasami tiada kepelbagaian bahasa, sebaliknya hanya ada satu bahasa kebangsaan
dan bahasa rasmi, iaitu bahasa Melayu sebagai alat perpaduan dan ternyata dapat
menyatupadukan kaum selama ini. Ayat tersebut terlalu panjang namun masih boleh
difahami tetapi penggunaan kata dalam konteks dalam ayat tersebut boleh digantikan
dengan tegasnya atau dapat dinyatakan bahawa. Hal ini kerana ia lebih mudah untuk
pembaca memahami makna teks dengan lebih mudah dan jelas.

Analisis seterusnya lebih merujuk kepada penanda idea dalam pertentangan


maklumat yang berfungsi sebagai pembolehubah bagi memberikan idea yang

berbeza dengan ayat yang sebelumnya. Sebagai contoh, sebenarnya konsep


perpaduan telah lama diterapkan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Perkataan sebenarnya merupakan kata hubung lawan yang digunakan sebagai
runtutan di antara perenggan sebelumnya kepada perenggan yang baharu. Melalui
penggunaan kata hubung lawan ini, jelas menunjukkan kesesuaian kesinambungan
idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadikan sesebuah teks itu
bermakna.
Selain itu, ananlisis wacana juga dapat dilihat melalui penanda idea yang boleh
menghubungkan idea di antara ayat sebelumnya kepada ayat yang seterusnya. Merujuk
kepada dengan wujudnya keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam masyarakat,
keamanan negara dan seterusnya kestabilan politik akan berkekalan. Melalui kata dengan
wujudnya, dapat dilihat penggunaannya dalam konteks hubungan idea yang cuba
disampaikan oleh penulis. Namun, perkataan tersebut terlalu panjang dan boleh diubah
kepada penanda penghubung yang menghubungkan sebab kepada ayat. Perkataan lain
yang boleh digunakan ialah dengan demikin atau oleh hal yang demikian. Contoh lain di
dalam penggunaan kata hubung bagi menghubungkan idea dalam teks ini ialah oleh itu,
marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab ini untuk membuktikannya. Ayat ini
menggunakan kata hubung oleh itu bagi menyeru kepada pembaca untuk lebih
bertanggungjawab dan sesuai digunakan sebagai penutup kepada sesbuah wacana.
Penggunaan kata hubung dalam wacana ini kurang digunakan namun banyak
menggunakan perkataan yang seumpamanya yang boleh diklasifikasikan penanda wacana
dalam teks petikan. Penanda wacana yang dilihat sebagai penanda penghubung
pengkembangan idea yang menghasilkan keutuhan wacana adalah melalui contoh usaha
memberikan keutamaan atau menjadikan perpaduan sebagai tema patut dipuji apatah lagi
dengan penggunaan bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu. Melalui ayat tersebut,
penggunaan kata apatah lagi berfungsi sebagai kata bagi mengembangkan idea ayat
sebelumnya diikuti dengan penegasan terhadap ayat selepasnya mengenai penggunaan
bahasa Melayu. Hal ini jelas menunjukkan wacana tersebut sesuai namun penulis boleh
menggunakan kata hubung yang mudah iaitu selain itu atau malah bagi menunjukkan
penghubung idea yang mudah.
Kesimpulannya, teks petikan yang dikaji merupakan satu wacana yang ringkas dan
mudah untuk difahami. Hal ini kerana, terdapat tautan dan runtutan bagi menghasilkan satu
penulisan yang bermakna, mempunyai tujuan yang betul dan penggunaan penanda wacana
yang bersesuaian bagi mengubungkan idea lama dengan idea baharu. Sesebuah wacana

yang baik perlu memperlihatkan pertautan dan kesinambungan idea. I bukan sekadar ayat
dengan ayat,perenggan dengan perenggan bahkan antara satu bab kepada bab yang lain.

Anda mungkin juga menyukai