Anda di halaman 1dari 3

aspek teori metafungsi Halliday sebagai medium interaksi dalam teks.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Metafungsi bahasa merupakan bentuk-bentuk dalaman bahasa yang membentuk tatabahasa. Menurut
metafungsi yang diperkenalkan oleh Halliday (1994) dalam Norfaizah et al. (2016:311) merangkumi
tiga metafungsi, iaitu tema ideasional yang berperanan mempersembahkan pengalaman pewacana
terhadap dunia sebagai suatu realiti; tema interpersonal melibatkan interaksi pewacana dan
pembaca; dan tema tekstual melihat bahasa sebagai suatu kesatuan yang direalisasikan melalui
konsep tema.

1.) Tema Ideasional – merupakan elemen pertama dalam klausa yang mengrepresentasikan
pengalaman dunia sekeliling dan yang berlaku dalam diri. Terdiri daripada tiga subentri, iaitu tema
ideasional proses. Contoh ayatnya, “Singgahlah ke rumah kami.”. Seterusnya, tema ideasional pelaku.
Contohnya, Ameer lahir di Batu Pahat, Johor dan subentri terakhir, iaitu, tema ideasional keadaan.
Sebagai contohnya. Pada tahun 2014, telah berlaku banjir besar di Kelantan.

2.) Tema Interpersonal – merupakan hubungan sesuatu peserta dengan peserta lain. Hubungan
ini bukan sahaja dapat dilihat dalam teks lisan tetapi juga dapat dilihat dalam teks bertulis iaitu
berkenaan dengan bagaimana seseorang penulis itu berinteraksi dengan pembaca atau audiens. Fungsi
Interpersonal dapat dibahagikan kepada tiga iaitu Vocative, iaitu kebiasaanya tetapi bukan selalu
digunakan untuk nama orang atau sesuatu benda, Modal/Comment Adjunct, iaitu untuk meluahkan
penegasan atau sikap penulis terhadap isi mesej dan Finite Verbal sebagai Kata Kerja.

3. Tema Tekstual – berfungsi menghubungkan dua klausa, yang berfungsi sebagai pembentuk
teks dalam bahasa. Dengan adanya tema ini membolehkan sesuatu ayat dalam teks terjalin dengan
sempurna. Terdapat tiga subpecahan bagi tema ini. Salah satunya, iaitu penanda wacana atau
struktural. Penanda wacana merupakan perkataan yang digunakan untuk menghubungkan teks.
Penanda wacana ini juga memperlihatkan hubungan semantik dan gramatikal dalam ayat. Hal ini
dapat dibuktikan dengan adanya penanda wacana, maka sesuatu perenggan ataupun wacana yang
terhasil akan menjadi semakin baik. Dalam konteks ini, sesuatu perenggan boleh terjalin dengan baik
dengan suatu perenggan yang lain dengan adanya penanda wacana. Contoh penanda wacana adalah
seperti selain itu, dengan hal yang demikian, oleh itu dan sebagainya. Contoh ayat yang melibatkan
wacana ialah “Selain itu, vitamin-C juga baik untuk mencerahkan kulit. Vitamin ini selalu digunakan
dalam produk kecantikan.”

Kesimpulannya, ketiga-tiga fungsi bahasa ini boleh menyampaikan maksud serentak dalam
unit bahasa seperti ayat, perenggan, dan teks. Perkara ini dapat dilihat dalam teks melalui unsur
leksikografi, iaitu cara-cara perkataan disusun serta maknanya dalam membentuk satu kesatuan dalam
ayat.

RUJUKAN

Halliday, M.A.K. (2003), On Language and Linguistics. New York, London: Continuum.

Anida Sarudin, Idris Mohd Radzi dan Norfaizah Abdul Jobar. (2017). Analisis Metafungsi Bahasa
dalam Penulisan     Karangan. Jurnal bahasa. 16 (2), 308-322. Diperoleh daripada    
https://www.researchgate.net/publication/315815638_ANALISIS_METAFUNGSI_BAHASA_DAL
AM_PENULISAN_KARANGAN_Analysis_of_Language_Metafunction_in_Essay-Writing

Metafungsi bahasa merupakan bentuk-bentuk dalaman bahasa yang membentuk tatabahasa. Dapat
dijelaskan bahawa, metafungsi bahasa dapat menunjukkan hubungan antara bahasa dengan perkara di
luar bahasa iaitu persekitaran sosial dan fungsi bahasa menjadi medium interaksi dalam teks. 

           Metafungsi bahasa yang diperkenalkan oleh Halliday (1994, 2004) merangkumi tiga
metafungsi, iaitu tema ideasional yang berperanan mempersembahkan pengalaman pewacana
terhadap dunia sebagai suatu realiti; tema interpersonal melibatkan interaksi pewacana dan pembaca;
dan tema tekstual melihat bahasa sebagai suatu kesatuan yang direalisasikan melalui konsep tema.

Ketiga-tiga fungsi bahasa ini boleh menyampaikan maksud serentak dalam unit bahasa seperti ayat,
perenggan, dan teks. Oleh itu, ketiga-tiganya dapat dilihat dalam teks melalui unsur leksikografi, iaitu
cara-cara perkataan disusun serta maknanya dalam membentuk satu kesatuan dalam ayat. Tema
merupakan unsur yang bertugas sebagai titik tolak mesej manakala Rema merupakan bahagian ayat
yang mengandungi mesej yang sebenarnya mahu disampaikan oleh pewacana.

Dalam Teori Sistem Fungsional Linguistik (SFL) Halliday, terdapat suatu tema yang disebut sebagai
tema tekstual. Tema ini merupakan bahagian pertama daripada tema yang berfungsi menghubungkan
dua klausa, yang berfungsi sebagai pembentuk teks dalam bahasa. Dengan adanya tema ini
membolehkan sesuatu ayat dalam teks terjalin dengan sempurna. Oleh itu, boleh dikatakan bahawa
tema tekstual ini dikira sebagai medium interaksi dalam teks.

Dalam tema tekstual ini terdapat tiga subpecahan. Pertamanya, penanda wacana atau struktural.
Penanda wacana merupakan perkataan yang digunakan untuk menghubungkan teks. Penanda wacana
ini juga memperlihatkan hubungan semantik dan gramatikal dalam ayat. Hal ini dapat dibuktikan
dengan adanya penanda wacana, maka sesuatu perenggan ataupun wacana yang terhasil akan menjadi
semakin baik. Dalam konteks ini, sesuatu perenggan boleh terjalin dengan baik dengan suatu
perenggan yang lain dengan adanya penanda wacana. Contoh penanda wacana adalah seperti selain
itu, dengan hal yang demikian, oleh itu dan sebagainya. Contoh ayat yang melibatkan wacana ialah
“Selain itu, vitamin-C juga baik untuk mencerahkan kulit. Vitamin ini selalu digunakan dalam produk
kecantikan.”

Selain itu, dalam tema tekstual ini juga terdapat subpecahan conjunct-adjunct. Conjunct-adjunct
merupakan kata hubung tambahan. Kata hubung ini berupaya menghubungkan klausa sebelum
dengan klausa yang lain. Contoh kata hubung tambahan adalah seperti dan, tetapi, yang, sehingga,
lalu, walaupun, sesungguhnya serta meskipun. Contohnya, kata hubung dan menggabungkan klausa
“Ali sungguh kacak” serta klausa “Ali sungguh baik hati” menjadikan ayat baharu “Ali sungguh
kacak dan baik hati.”

Subpecahan yang ketiga dalam tema tekstual ialah continuative. Continuative merupakan penambah
perkataan yang berfungsi membentuk hubungan dalam teks secara berterusan. Continuative ini
kebiasaannya digunakan pada permulaan dalam ucapan. Contohnya seperti “ohh.., tidak.. dan
baik…”. Contoh ayat seperti “Ohh. Perempuan yang berbaju merah itu adik saya.”

Oleh itu, melalui contoh bagi tiga subpecahan dalam tema tekstual ini dapat menjelaskan bahawa
tema ini berupaya untuk menjalinkan teks dengan lebih baik, yang secara tidak langsung tema tekstual
ini telah bertindak sebagai medium interaksi dalam teks.

Anda mungkin juga menyukai