Anda di halaman 1dari 2

SEPUCUK SURAT DARIPADA KAWAN (Kamalkhalid Kamarludin)

Sinopsis
Kamal telah menerima sepucuk surat daripada Abe yang akan berpindah dan
bersekolah semula di Kuantan. Sementara menunggu keluarganya menyusul untuk
proses perpindahan, Abe akan tinggal di rumah Kamal. Mengenang kembali
peristiwa lama, Abe dan Kamal berkawan baik sejak kecil. Tiga tahun yang lalu Abe
terpaksa berpindah ke negeri asalnya, Kelantan mengikut keluarganya. Sejak dari
itu mereka berhubung melalui telefon dan berutus surat.
Sejak berada di Kuantan, Kamal membawa Abe bersiar-siar di sekitar bandar
Kuantan. Kamal berasa runsing melihat Abe yang murung dan kadang kala sakit
perut. Kamal cuba membongkar rahsia Abe tapi tidak berkesempatan berbuat
demikian. Kamil dan Abe belajar di sekolah yang sama. Namun Abe ditempatkan di
kelas yang bersebelahan dengan kelas Kamal kerana keputusan peperiksaannya
lebih baik. Keakraban Kamal dan Abe membuatkan rakan-rakan Kamal yang lain
cemburu.
Pada suatu hari, Abe mengadu sakit perut. Kamal cuba bertanyakan
masalahnya namun Abe hanya menyatakan bahawa suatu hari nanti Kamal akan
tahu juga. Apabila keputusan PMR diumumkan, Kamal dan Abe mendapat
keputusan yang cemerlang. Kamal berasa sangat gembira. Namun, dia berasa sedih
apabila Abe dibawa oleh keluarganya ke Kelantan semula.
Sebelum pergi, Abe sempat memberikan sepucuk surat kepada Kamal. Belum
sempat Kamal habis membaca surat pemberian Abe itu, adiknya telah merampas
surat tersebut dan mencampakkannya ke dalam unggun api.
Tema
Semangat setia kawan antara dua orang insan
Persoalan
i. Menghargai hubungan persahabatan
ii. Keikhlasan dalam persahabatan membawa banyak kesan positif
iii. Berjauhan tidak bermakna akan putus hubungan
iv. Sahabat yang baik dan ikhlas akan kekal dalam ingatan Antologi Kasut Kelopak
Jantung Prosa Moden
Watak dan Perwatakan
Kamal
Berusia 15 tahun
Kawan baik Abe
Menghargai persahabatannya dengan Abe

Ingin mengetahui rahsia kesihatan Abe

Abe
Nama sebenarnya Wan Mohd Tarmizi
Rakan karib Kamal
Bijak dan cemerlang dalam pelajaran
Menyimpan rahsia hidupnya
Adik
Adik kepada Kamal
Merampas surat Abe daripada Kamal
dan mencampakkannya ke dalam
unggun api
Latar
i. Masa : waktu pagi, petang dan malam
ii. Tempat : di Lorong 5, Bandar Teruntum, Kuantan, Terminal Bas Makmur,
Berjaya Megamall dan di Sekolah Menengah Saint Thomas
iii. Masyarakat : masyarakat pelajar di sekolah menengah dan masyarakat guru
Gaya Bahasa
i. Personifikasi - mengukir kenangan, memecah kesunyian subuh
ii. Metafora - buku rahsia, tirai malam
iii. Peribahasa - naik darah, kurang siuman, bagaikan isi dengan kuku, jejak langkah
iv. Hiperbola - Aku melompat seolah-olah melepasi ketinggian Menara Berkembar
Petronas
v. Simile - seperti orang gila, seperti menyimpan buku di perpustakaan
vi. Bahasa Arab Assalamualaikum

Nilai
i. Menghargai persahabatan - Kamal menghargai persahabatannya dengan Abe
ii. Prihatin - Kamal risau akan keadaan kesihatan Abe dan selalu murung
iii. Rajin - Kamal dan Abe rajin mengulang kaji pelajaran bersama-sama
Pengajaran
i. Kita hendaklah mengekalkan persahabatan yang terjalin sejak kecil lagi
ii. Kita hendaklah mengambil berat dan prihatin terhadap masalah orang lain
iii. Kita hendaklah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan

Anda mungkin juga menyukai