Anda di halaman 1dari 21

MODUL KESEMPURNAAN SOLAH

PENEKANAN
1. WUDUK & TAYAMMUM
a) Pengertian wuduk
b) Rukun wuduk
c) Syarat-syaratnya
d) Sunat-sunatnya
e) Perkara-perkara yang membatalkan wuduk
f) Cara wuduk yang sempurna
g) Pengertian Tayammum
h) Syarat-syarat Tayammum
i) Rukun dan sunat tayammum
j) Perkara-perkara yang membatalkan tayammum.
2. SOLAH
a) Syarat wajib solah
b) Syarat sah solah
c) Rukun-rukun Solah
d) Sunat-sunat solah
e) Perkara-perkara yang makruh ketika solah
f) Perkara-perkara yang membatalkan solah
3. BACAAN DI DALAM SOLAH
Bacaan Wajib
Takbiratul Ihram
Membaca surah Al-Fatihah
Tahayat akhir
Membaca selawat ke atas nabi pada tahayat akhir
Salam yang pertama.
Bacaan Sunat
Doa Iftitah
Amin selepas al-Fatihah
Membaca surah selepas al-fatihah
Takbir & Tasbih intiqalat (rukuk, iktidal, sujud, duduk
antara dua sujud)
Tasyahhud awal
Salam yang kedua.
4. ADAB-ADAB SOLAH
1

a) Adab lelaki di dalam solah


b) Adab perempuan di dalam solah
c) Waktu-waktu yang dilarang solat
5. SOLAH JAMAAH, MUWAFIQ DAN MASBUQ DI DALAM
SOLAH
a) Hukum solah Jamaah
b) Adab-adab makmum ketika solah
c) Susunan Makmum
d) Orang yang layak menjadi imam
e) Syarat-syarat solah berjamaah
f) Maksud Muafiq
g) Maksud Masbuq
Bab 1
WUDUK & TAYAMMUM
Pengertian wuduk
Wuduk menurut syara` ialah membersihkan anggota wuduk
untuk menghilangkan hadas kecil. Bagi orang yang hendak
menunaikan solah, wajiblah dia berwuduk dahulu, kerana
wuduk adalah syarat sah solahnya.
Rukun wuduk
Rukun wuduk ada enam:
Niat.
Niat didalam hati ketika membasuh sebahagian muka.
Lafaz niat seperti berikut:









atau










Membasuh muka iaitu dari tempat tumbuh rambut kepala
hingga ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan hingga
ke anak telinga kiri.

Membasuh kedua tangan hingga ke siku. Wajib juga


membasuh apa-apa yang ada di bawah kuku yang panjang,
yang menutupi hujung jari.
Menyapu kepala sekali pun tiada rambut. Jika rambutnya
panjang, maka tidak sah kalau hanya menyapu rambut
yang berlebihan dari atas kepala.
Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali.
Tertib, iaitu berturut-turut.
Firman Allah dalam Al-Quran:
Syarat-syaratnya
Beragama islam.
Mumaiyiz, ertinya seseorang yang telah dapat
membezakan antara yang bersih dengan yang kotor,
antara baik dan buruk. Biasanya usianya lebih kurang
tujuh tahun.
Suci dari haid dan nifas.
Dengan air yang suci dan menyucikan.
Tidak ada sesuatu yang dapat menghalang air sampai ke
kulit (anggota wuduk) seperti getah, lilin, minyak dan
sebagainya.
Mengetahui yang mana sunat dan wajib.
Sunat-sunatnya
1) Membaca Bismillah pada permulaan wuduk.
2) Membasuh kedua tangan sampai ke pergelangan tangan.
3) Berkumur-kumur.
3

4) Memasukkan air ke dalam hidung (Istinsyak).


5) Menyapu keseluruhan kepala.
6) Menyapu kedua telinga luar dan dalam.
7) Membasuh tiap-tiap anggota wuduk tiga kali.
8) Mendahului anggota kanan daripada anggota kiri.
9) Menyilang jari kaki dan tangan.
10) Mualat atau berturut-turut antara anggota wuduk. Iaitu
sebelum kering anggota pertama, anggota kedua sudah
dibasuh, dan sebelum anggota kedua kering anggota
ketiga pula sudah dibasuh dan seterusnya.
11) Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk.
12) Menggosok-gosok anggota wuduk.
13) Bersugi.
14) Membaca dua kalimah syahadah sesudah berwuduk.
15) Berdoa apabila selesai berwuduk.

Perkara-perkara yang membatalkan wuduk


Berikut adalah perkara-perkara yang membatalkan wuduk:
1) Keluar sesuatu sama ada benda keras, cair atau angin
dan sebagainya daripada dua jalan iaitu qubul atau
dubur.
4

2) Hilang ingatan dengan sebab gila, pengsan, mabuk,


pitam atau tidur yang tidak tetap kedudukannya.
3) Bersentuh kulit antara lelaki dan perempuan yang
bukan mahramnya dengan tidak berlapik. (Mahram
bermakna keluarga yang haram dikahwini).
4) Menyentuh kemaluan (qubul atau dubur) dengan
tapak tangan atau perut anak jari. Sama ada
kemaluan sendiri atau orang lain.
Cara wuduk yang sempurna



()
Orang yang hendak menunaikan ibadah solah
mestilah mempunyai wuduk, tanpa wuduk ibadah solah
yang dilakukan itu tidak sah.
Cara mengambil wuduk yang sempurna adalah seperti
berikut:
1) Membaca bismillah sambil mencuci kedua belah
tangan sampai ke pergelangan tangan.
2)

Berkumur-kumur sebanyak tiga kali.

3) Memasukkan air ke lubang hidung sebanyak tiga kali.


4) Membasuh muka tiga kali mulai dari tempat tumbuh
rambut kepala hingga ke bawah dagu, dan dari anak
telinga kanan hingga ke anak telinga kiri, sambil
berniat mengambil wuduk.
5

Basuh tangan hingga ke siku tiga kali.


(Sebahagian

sekali.

)5

6) Menyapu keseluruhan kepala


)ulamak menyatakan tiga kali


) (
7) Menyapu telinga sekali. (Sebahagian ulamak
)menyatakan tiga kali
8) Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali tiga kali.

:
.









) (

Membaca doa selepas wuduk.

)9

Pengertian Tayammum
Tayammum ialah ganti wuduk atau mandi wajib
khasnya bagi mereka yang ketiadaan air atau tidak dapat
menggunakan air atas sebab-sebab tertentu. Caranya ialah
menyapu debu tanah ke muka dan kedua tangan hingga ke
siku dengan beberapa syarat tertentu.
6

Sebab-sebab yang dibolehkan bertayammum:


a) Uzur kerana sakit. Jika dia menggunakan air sakitnya
bertambah parah atau lambat sembuh berdasarkan
keterangan doktor.
b) Kerana uzur dalam perjalanan
c) Tiada air atau ada air cukup untuk minum sahaja.
Syarat-syarat Tayammum
1. Masuk waktu solah, sedangkan air tidak ada.
2.

Tidak ada air sesudah dia berusaha mencarinya,


kecuali bagi yang sakit.

3. Menggunakan tanah yang suci dan berdebu.


4. Menghilangkan najis dari badannya dan dengan
beristinjak sebelum bertayammum.
Rukun dan sunat tayammum
Rukun-rukunya adalah seperti berikut:
1. Niat tayammum.

(







)

2. Menepuk kedua tapak tangan ke atas debu yang suci.
3. Menyapu muka dengan debu tadi.
4. Menepuk kedua tapak tangan ke atas debu sekali lagi
kemudian menyapu kedua belah tangan sampai ke siku.
5. Tertib.
Sunat-sunat tayammum:
1. Membaca bismillah permulaannya.
2. Mengadap kiblat.
7

3. Mendahului menyapu anggota kanan.


4. Mualat.
Perkara-perkara yang membatalkan tayammum.
1. Semua perkara yang membatalkan
membatalkan tayammum.

wuduk

adalah

2. Memperolehi air sebelum memulakan solah.


3. Sudah boleh menggunakan air bagi yang uzur.
Bab 2
SOLAH
Syarat wajib solah
Beragama Islam.
Suci daripada haid dan nifas.
Berakal, orang gila tak wajib solah.
Baligh (Cukup umur).
Tanda-tanda baligh adalah keluar mani atau bermimpi
bersetubuh, atau keluar haid bagi perempuan. Kanakkanak yang belum baligh, maka wajiblah ke atas walinya
menyuruhnya solah ketika usianya tujuh tahun dan
bolehlah dipukul jika dia meninggalkannya jika dia
berusia sepuluh tahun.
Berada dalam keadaan sedar (tidak tidur dan lupa). Orang
yang tidur dan yang lupa tidak diwajibkan solah.





()
Tinggal solah kerana tidur atau terlupa
Apabila seseorang meninggalkan solah kerana tertidur
atau terlupa, wajiblah dia solah apabila dia bangun atau dia
8

ingat dan dia tidak berdosa. Solah orang yang lupa atau
tidur hendaklah diniatkan adaan (tunai).
Syarat-syarat sah solah
Suci daripada hadas kecil dan hadas besar.
Suci badan, pakaian atau tempat solah daripada segala
najis.
Menutup aurat.
Aurat hendaklah ditutup dengan sesuatu yang
menghalangi kelihatan warna kulit. Aurat lelaki antara
pusat dan lutut sementara aurat perempuan pula adalah
seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Masuk waktu solah.
Mengadab qiblah dengan dada dan wajahnya.
Rukun-rukun Solah
Rukun solah ada 13 perkara iaitu:
1. Niat.
Tempatnya di dalam hati dan dilakukan ketika takbirratul
ihram.
2. Berdiri bagi orang yang berkuasa di dalam solah fardhu.
Jika tidak berkuasa, bolehlah duduk. Jika tidak sanggup
duduk boleh berbaring tubuh ke arah kanan. Jika tidak
berkuasa bolehlah bersandar atau melentangkan
badannya.
3. Melafazkan Takbiratul Ihram iaitu ()
4. Membaca surah Al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat,
samaada solah berseorangan atau berjamaah.
Orang yang tidak dapat membaca Fatihah hendaklah dia
membaca sekadar yang dia ingat walaupun satu ayat
sahaja.
5. Rukuk serta tuma`ninah.
9

Rukuk itu hendaklah kedua-dua tapak tangan ke lututnya


sementara kepala dan belakang selari dengan punggung
(90 darjah).
6. Iktidal serta tuma`ninah.
7. Sujud dua kali serta tuma`ninah.
Sujud itu hendaklah dilakukan dengan tujuh anggota
iaitu dahi, hidung, dua tapak tangan, dua lutut dan
hujung kedua kaki. Keadaan sujud itu hendaklah
punggungnya itu lebih tinggi dari kepala.
8. Duduk antara dua sujud serta tuma`ninah.
9. Duduk tasyahhud akhir serta selawat ke atas nabi SAW
dan keluarganya.
10. Membaca tasyahhud akhir.
11. Membaca selawat ke atas nabi pada tasyahhud akhir.
12. Memberi salam yang pertama.
13. Tertib.
Sunat-sunat solah
Sunat-sunat Ab`ad:
1. Membaca tahayyat awal.
2. Membaca selawat ke atas nabi ketika membaca tahayyat
awal.
3. Membaca qunut pada rakaat akhir solah subuh dan pada
rakaat akhir solah witir dalam separuh akhir bulan
ramadhan.
Sunat-sunat hai`ah:
1. Mengangkat tangan hingga bertentangan dengan telinga
ketika takbiratul ihram.
10

2. Meletakkan tangan kanan ke atas tangan kiri di bawah


dada atau di atas pusat.
3. Membaca doa iftitah.
4. Membaca ta`awwuz (A`uzibillah) sebelum membaca
surah Al-Fatihah.
5. Membaca Amin selepas membaca Al-Fatihah.
6. Membaca surah selepas fatihah pada rakaat pertama
dan kedua.
7. Menjaharkan (kuatkan) bacaan pada tempatnya dan sir
(perlahankan) pada tempatnya.
8. Mencucapkan takbir ketika berpindah daripada rukun ke
rukun yang lain, kecuali ketika bangkit dari ruku`.
9. Membaca
ketika bangkit dari ruku`.






ketika I`tidal.
10. Membaca


11. Membaca tasbih
ketika ruku`




dan










ketika sujud.
12. Meletakkan dua tapak tangan di atas lutut ketika ruku`.
13.Di waktu sujud, hendaklah rapatkan hidung dan dahi ke
lantai, dan seluruh jarinya di arah ke qiblah.
14. Membaca



ketika duduk antara dua sujud.
15.

Meletakkan dua tapak tangan ke atas lutut, ketika


duduk, dan menunjukkan dengan jari telunjuk tangan
yang kanan ketika membaca tahayyat.

Perkara-perkara yang makruh ketika solah


1. Bercekak pinggang.
11

2. Melihat ke kanan atau kiri atau ke belakang.


3. Memberi isyarat dengan tangan, kecuali menunjuk ketika
membaca tahiyyat.
4. Meludah.
5. Membiarkan rambut atau pakaian yang kusut dan tidak
teratur.
6. Menyapu tempat sujud ketika sujud, kecuali kalau sangat
terpaksa.
7. Membuka mulut lebar-lebar ketiak menguap dalam
solah.
8. Menahan lapar dan menahan yang sangat mendesak.
9. Kalau bilal sudah iqamah untuk mengerjakan solah
fardhu, maka makruh menyerjakan solah yang lain selain
dari solah fardhu itu sahaja.
Perkara-perkara yang membatalkan solah
1. Semua perkara yang membatalkan wuduk.
2. Terkena najis jika tidak segera dibuang.
3. Terbuka aurat dan tidak segera ditutup kembali.
4. Berkata-kata dengan sengaja, sekali pun sedikit,
termasuklah ketawa.
5. Makan dan minum.
6. Bergerak yang banyak seperti melangkah, menggaru tiga
kali berturut-turut atau memukul tiga kali berturut.
7. Berubah niat: umpamanya niat memutuskan solah atau
sangsi (ragu-ragu) dalam kehendaknya untuk
memutuskan solahnya itu.

12

8. Menambah rukun fi`li (perbuatan) dengan sengaja seperti


menambah ruku` dan sujud.
9. Meninggalkan salah satu daripada rukun solah seperti
tidak membaca Al-Fatihah atau tidak I`tidal.
10.Meninggalkan salah satu daripada syarat-syarat sah
solah seperti tidak mengadap qiblat.

13

Bab 3
BACAAN-BACAAN WAJIB DAN SUNAT
DI DALAM SOLAH
Bacaan-bacaan Wajib

1. Takbiratul Ihram

2. Membaca surah Al-Fatihah


3. Tasyahhud akhir















4. Membaca selawat ke atas nabi pada Tasyahhud akhir



5. Salam yang pertama.

Bacaan Sunat
1. Doa Iftitah



.
2. Amin selepas al-Fatihah
14

3. Membaca surah selepas al-fatihah


4. Takbir & Tasbih intiqalat

Rukuk
Iktidal

















.

Sujud



Duduk antara dua sujud



Tasyahhud awal

5.











Salam yang kedua.

6.

Bab 4
ADAB-ADAB SOLAH
Adab lelaki di dalam solah
1. Berpakaian bersih dan menutup aurat.
2. Merenggangkan siku dari perut.
3. Mengangkat (merenggangkan) perut dari kedua peha
ketika rukuk dan sujud.
4. Menjahar (menguatkan suara) pada tempat bacaan
yang kuat.
15

5. Bila terjadi sesuatu kepadanya ketika solah, seperti


kedatangan tetamu atau mengingatkan imam yang
terlupa dan sebagainya hendaklah membaca tasbih.
Adab perempuan di dalam solah
1. Memakai kain telekong atau pakaian yang menutup
semua aurat.
2. merapatkan kedua belah kaki ketika berdiri lurus.
3. Sewaktu mengangkat tangan ketika takbiratul ihram,
kedua-dua sikunya hendaklah dirapatkan kepada
tulang rusuk. Jari-jari dirapatkan dan diluruskan.
Tangan hendaklah diangkat lebih kurang sampai paras
bahu.
4. Waktu melipatkan tangan di dada, kedua siku
hendaklah rapat pada tulang rusuk.
5. Waktu rukuk jari-jari tangan hendaklah diluruskan dan
letakkan di atas lutut, dan kedua siku hendaklah
dirapatkan kepada bahu dan paha.
6. Waktu sujud jari-jari tangan hendaklah dirapatkan,
telapak tangan hendaklah diletakkan di atas tempat
sujud bertentangan dengan telinga, siku hendaklah
dirapatkan kepada badan dan paha.
7. Hendaklah melembutkan suara kalau solah bersamasama dengan orang lelaki.
8. Bila terjadi sesuatu ketika solah, hendaklah menepuk
tangan. Cara bertepuk itu adalah dengan memukul
telapak tangan kanan kepada belakang tangan kiri.
Waktu-waktu yang dilarang solat
1. Sesudah solah subuh sehingga terbit matahari.
2. Ketika terbit matahari, sehingga sempurna terbitnya
kira-kira tinggi segalah (lebih kurang 5 kaki daripada
tempat terbitnya).
16

3. Ketika matahari betul-betul di kemuncaknya sehingga


tergelincir.
4. Sesudah solah asar sehingga terbenam matahari.
5. Ketika terbenam
terbenamnya.

matahari

sehingga

sempurna

Bab 5
SOLAH JAMAAH, MUWAFIQ DAN MASBUQ
DI DALAM SOLAH
Hukum solah Jamaah
Hukumnya fardhu kifayah bagi solah lima waktu dan
wajib (fardhu) bagi solah jumaat.
Kelebihannya ialah mendapat 27 kali ganda pahala
daripada solah berseorangan.
Bagi lelaki solah lima waktu berjamaah di masjid lebih
baik daripada berjamaah di rumah. Bagi perempuan pula
solah di rumahnya lebih baik daripada di masjid.
Adab-adab makmum ketika solah
1. Hendaklah makmum membaca takbirratul ihram
selepas imam membacanya.
2. Hendaklah makmum mendengar bacaan imam yang
dinyaringkan.
3. Hendaklah makmum menyebut Amin bersama-sama
imamnya.
4. Hendaklah makmum rukuk sesudah imam rukuk dan
menyamakan kepalanya dengan belakangnya.
5. Hendaklah makmum iktidal setelah imam
mengangkat kepalanya dan setelah selesai membaca
Sami Allahu liman Hamidah.
6. Hendaklah makmum sujud setelah imam meletakkan
dahinya di tempat sujud.
17

7. Hendaklah makmum memberi ingat kepada imamnya


apabila imamnya lupa ayat yang dibacanya. Apabila
lupa perbuatan, maka makmum lelaki memberi ingat
dengan bertasbih (Subhanallah) dan makmum
perempuan pula menepuk tangan.
Susunan Makmum
1. Kalau makmum hanya seorang sahaja, hendaklah dia
berdiri di sebelah kanan imam.
2. Kalau makmum ramai dan terdiri daripada lelaki,
perempuan dan kanak-kanak, maka saf pertama
mestilah terdiri daripada makmum lelaki, saf kedua
mestilah kanak-kanak dan saf ketiga makmum
perempuan.
3. Saf hendaklah lurus dan rapat.
Orang yang layak menjadi imam
1. Seorang yang Qari, iaitu yang baik bacaannya
khususnya bacaan al-fatihah lebih baik daripada
seorang yang kurang fasih bacaannya.
2. Seorang yang alim (Faqeh) di dalam ilmu agamanya
lebih baik daripada seorang yang jahil.
3. Seorang yang lebih tua (dewasa) lebih baik daripada
seorang yang muda.
4. Tuan rumah lebih baik daripada tetamu.
5. Seorang yang lebih disukai ramai lebih baik daripada
orang yang dibenci.
6. Seorang yang bersih pakaiannya lebih baik dari orang
yang kotor.
7. Seorang yang bermukim lebih baik daripada orang
yang musafir.
Syarat-syarat solah berjamaah
18

1. Makmum wajib berniat mengikut imam.


2. Makmum tidak boleh mendahului imam dalam semua
keadaan sama ada dari segi saf, tempat dan
perbuatan.
3. Makmum hendaklah mengikut segala perbuatan dan
kelakuan imam. Jangan mendahului imam atau
terlambat daripadanya dalam 2 rukun feli. Jika dia
mendahului imamnya dengan kadar 2 rukun feli atau
terlambat daripada imamnya dalam jarak 2 rukun feli
tanpa uzur, maka batallah solahnya.
4. Imam dan makmum mestilah sama bentuk solahnya.
Tidak sah solah zohor mengikut solah jenazah.
5. Makmum mengetahui segala perbuatan imam,
perpindahan dari satu rukun ke satu rukun sama ada
melihat atau mendengarnya.
6. Hendaklah sama solah imam dengan makmumnya.
7. Kedudukan makmum mestilah di belakang imam. Jika
makmum berdiri di hadapan imam batallah solahnya.
8. Makmum jangan berdiri terlalu jauh daripada
imamnya sehingga lebih dari 300 hasta, kecuali kadar
imam dan makmum di dalam satu bumbung masjid.
9. Makmum hendaklah yakin bahawa solah imamnya itu
sah.
10.Jangan solah fardu mengikut solah sunat, kecuali
kalau makmum tidak tahu bahawa imamnya sedang
menunaikan solah sunat.
11.Imam bukan seorang yang ummi dan makmum
seorang yang qari. Tidak sah orang yang qari
mengikut imam yang ummi.

Maksud Muafiq
19

Sesiapa yang sempat bersama imam sekurangkurangnya kadar bacaan fatihah pada rakaat pertama atau
rakaat yang lain.
Maksud Masbuq
Mereka yang tidak sempat bersama imam pada
rakaat pertama atau rakaat yang lain kadar bacaan fatihah.
1. Jika dia takbir sebelum imam rukuk, hendaklah dia
terus membaca fatihah seberapa yang dapat. Apabila
imam rukuk sebelum dia sempat membaca
fatihahnya maka dia hendaklah rukuk mengikuti
imamnya.
2. Jika dia datang ketika imam sedang rukuk maka
hendaklah dia terus rukuk serta tumakninah, maka
rakaat itu juga dikira.
3. Orang yang muafiq kalau menyanggahi imam sekadar
satu rukun fe`li solahnya masih sah. Tetapi kalau
sampai tiga rukun maka solahnya terbatal atau wajib
baginya mufaraqah imam.
4. Orang yang masbuq tidak disunatkan baginya
melakukan perkara sunat selepas takbiratul ihram,
bahkan surah fatihah melainkan dia yakin dapat
melakukannya sebelum imam rukuk. Dia wajib ikut
imam rukuk untuk mendapatkan rakaat, dan tak perlu
membaca fatihah. Kalau dia baca fatihah juga
sedangkan imam telah habis rukuk maka dia tak
dapat rakaat.
5. Orang yang masbuq kalau dia dapat rukuk bersama
imam sekadar sebentar maka dia telah dapat rakaat.
Kalau dia berselisih seperti dia nak rukuk tapi imam
telah bangun dari rukuk maka dia tak dapat rakaat
tersebut.
: :





()
Maknanya: (Apa yang kamu sempat bersama imam
teruskan, dan apa yang kamu tertinggal maka
sempurnakanlah)
20

H.R Bukhari & Muslim


6.

Sunat bagi orang yang masbuk yang terlepas satu


atau dua rakaat yang awal membaca surah selepas
fatihah di dalam rakaat yang digantikannya.

21

Anda mungkin juga menyukai