Anda di halaman 1dari 2

RINGKASAN SEJARAH MALAYSIA

Sejarah Malaysia dikatakan bermula pada zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu
sekitar tahun 1400 Masihi. Pada masa kegemilangannya, wilayah kesultanan ini
meliputi sebahagian besar Semenanjung dan Pantai Timur Sumatera. Melaka muncul
sebagai sebuah kerajaan yang gemilang kerana kedudukannya yang strategik iaitu titik
pertemuan antara Asia Timur dengan Asia Barat. Keadaan ini membolehkan Melaka
muncul sebagai pusat perdagangan utama khususnya bagi perdagangan rempah di
Asia Tenggara. Islam pula muncul sebagai agama utama yang tersebar dan menjadi
anutan utama penduduk Melaka kerana rajanya sendiri telah memeluk agama tersebut.
Pada tahun 1511, Melaka jatuh ke tangan Portugis dan bermula daripada tahun inilah
Tanah Melayu berada dalam era penjajahan. Selepas itu, Tanah Melayu jatuh ke tangan
Belanda pada tahun 1641 dan akhirnya jatuh pula ke tangan British pada tahun 1824
melalui Perjanjian Inggeris-Belanda. Penjajahan British merupakan penjajahan paling
lama. British telah mencampuri semua urusan pentadbiran Tanah Melayu yang sebelum
ini diuruskan oleh Raja-Raja Melayu dengan bantuan pembesar-pembesar negeri.
Campur tangan British ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan
penduduk tempatan.
Beberapa individu bangkit menentang penjajah namun oleh kerana usaha mereka lebih
kepada bersifat perseorangan maka penentangan tersebut dengan mudah dipatahkan
oleh British. Antara tokohyang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut,
Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.
Semangat Nasionalisme
Pada era 1920-an dan 1930-an, ramai penduduk Tanah Melayu mula mendapat
pendidikan, sama ada dari Timur Tengah atau pendidikan tempatan. Hasilnya, Rahman
telah memberi sinar Melayu mentadbir sendiri negaranya muncullah golongan
berpendidikan yang mula memperjuangkan semangat nasionalisme. Mereka
menggunakan media seperti akhbar dan majalah untuk menyebarkan ideologi masingmasing. Ada dalam kalangan mereka telah membentuk persatuan seperti Kesatuan
Melayu Muda (KMM) dan Kesatuan Melayu Singapura (KMS) yang bermatlamat
mengusir
penjajah
dan
membentuk
kerajaan
sendiri.
Ketika rakyat negara ini begitu bersemangat untuk menamatkan penjajahan, mereka
dikejutkan dengan pendaratan Jepun pada penghujung tahun 1941 yang menandakan
bermulanya satu lagi era penjajahan di Tanah Melayu. Jepun telah menduduki Tanah
Melayu sehingga tahun 1945 sebelum menyerah kalah ekoran pengeboman Hiroshima
dan Nagasaki.
Pengunduran Jepun telah memberi ruang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) untuk
menguasai Tanah Melayu. PKM telah bertindak ganas dengan membunuh dan
memusnahkan harta benda awam dengan sewenangnya sehingga memaksa British
mengisytiharkan darurat di Tanah Melayu (1948-1960).

Keganasan PKM tidak berjaya menakluki Tanah Melayu dan British kembali berkuasa.
Sekembalinya British selepas pendudukan Jepun, mereka cuba memperkenalkan
Malayan Union. Pengenalan ini telah mendapat tentangan yang hebat dan menyeluruh
daripada penduduk tempatan. Pada 11 Mei 1946, penubuhan UMNO telah
menyemarakkan lagi penentangan tersebut dan seterusnya menyemai bibit-bibit
perjuangan ke arah berkerajaan sendiri.
Kemerdekaan Tanah Melayu
Kemunculan Tunku Abdul Rahman telah memberi sinar harapan kepada perjuangan
penduduk Tanah Melayu ketika itu apabila tindakannya membentuk Parti Perikatan
mula membuka mata British untuk membenarkan pendudukan Tanah Melayu mentadbir
sendiri negaranya. Perpaduan antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India
telah menampakkan hasil apabila Perjanjian London yang ditandatangani pada 8
Februari 1956 telah memberi petanda bahawa Tanah Melayu akan merdeka pada 31
Ogos
1957.
Setelah kemerdekaan dicapai, timbul pula masalah berhubung dengan penubuhan
Malaysia yang menggabungkan Sabah, Sarawak dan Singapura. Penentangan
terhadap penyatuan ini datang daripada Parti Rakyat Brunei, Indonesia dan Filipina.
Walau bagaimanapun hasrat untuk membentuk sebuah negara yang dinamakan
MALAYSIA tercapai pada 16 September 1963.

Anda mungkin juga menyukai