Anda di halaman 1dari 17

DBMA14-1780

KOLEJ PEMBANTU PERUBATAN ALOR SETAR

HERPES SIMPLEX AND HERPES ZOSTER

KAMARUL EFENDI BIN RADZALI


DBMA 14 - 1780
MACH 2114
EN. AZLI BIN MOHAMAD
23 MAC 2015

DBMA14-1780

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani


Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya
dapat jua saya siapakan tugasan yang diberikan dengan jayanya.
Pertamanya, ingin saya dengan berbesar hati mendedikasikan ucapan
penghargaan ini kepada pensyarah yang saya En Azli B Mohamad yang tidak
jemu-jemu memberikan tunjuk ajar serta bimbingan kepada saya bagi
melaksanakan tugasan ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan buat ibu dan ayah yang yang
memberi pemudahcara kepada saya untuk melaksanakan tugasan ini. Mereka
telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
berbelah bagi sehingga saya Berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan seperjuangan
yang banyak membantu saya dalam memberi peringatan terhadap setiap apa yang
saya telah alpha. Mereka membantu saya dengan setiap pertanyaan yang saya
utarakan kepada

mereka tanpa rasa jemu dan bosan. Mereka juga turut

memberikan pandangan serta idea untuk saya sempurnakan tugasan ini.


Akhir madah ingin saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam pembikinan kerja kursus ini.

DBMA14-1780

PENGENALAN
Herpes merupakan penyakit radang pada kulit. Lesi herpetic ini merupakam
perkara biasa yang sering terjadi dalam kebanyakan negara yang membangun.
Infeksi awal disusuli dengan serangan berulang yang boleh terjadi dalam jangka
masa tertentu atau dalam masa beberapa tahun. Herpes mempunyai dua jenis iaitu
Herpes Simplex dan Herpes Zoster. Herpes simplex terdiri daripada dua jenis iaitu
Herpes Simplex Virus-1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Virus-2 (HSV-2). Kedua
duanya merupakan virus. Seseorang individu yang telah terinfeksi tidak akan
sembuh kerana virus tidak dapat dimusnahkan sepenuhnya. Hanya melalui
rawatan yang efektif dapat merawat gejala dan tanda infeksi sahaja kerana virus
Herpes akan kekal dalam tubuh seseoorang yang telah terinfeksi.

DBMA14-1780

PERBINCANGAN FAKTA
HERPES SIMPLEX
Herpes simplex adalah penyakit yang disebabkan oleh virus Herpes
Simplex type-1 dan type-2 (HSV-1 dan HSV-2). Infeksi herpes virus termasuk
dalam penyakit yang menimbulkan gejala pada lokasi infeksi (topikal). Pada
herpes oral, gejala akan dapat kita lihat pada mulut dan wajah, dimana bentuk
herpes ini sering dijumpai. Ini adalah disebabkan oleh Herpes Simplex Virus 1
(HSV-1), virus ini menyerang kawasan bahagian mulut dan atau pinggang dan
keatas. HSV 1 menunjukkan simpton seperti lesin di mulut bibir dan ruam se akan
blister (lepuh) yang boleh dirawat, namun, ia tidak dirawat sepenuhnya kerana
individu yang telah terinfeksi dengan virus HSV 1 akan kekal didalam tubuh
badannya. Ia boleh menyerang kembali disaat system imun dalam tubuh seseorang
itu lemah. Jenis kedua dikenali Herpes Simplex Virus-2 (HSV-2), virus ini
menyerang bahagian pinggang dan kebawah, berbeza dari HSV-1. Gejala.
Biasanya berlaku pada kawasan genitalia dan juga dikenali sebagai Herpes
Genitalis. Gejala lain yang banyaknya dijumpai pada infeksi virus herpes adalah
pada kulit bahagian tubuh, mata (ocular herpes), herpes serebral (meningitis) dan
beberapa infeksi virus herpes lain.
Virus herpes menjadi aktif setelah menunjukkan gejala pada pesakit iaitu
blister yang mengandungi partikel virus pada hari ke 2-21 setelah seseorang itu
terinfeksi, kemudian diikuti oleh fasa penyembuhan. Herpes pada alat kelamin
(HSV-2) tidak menunkkan gejala walaupun virus itu ada dalam organ tersebut.
Pada awal infeksi virus akan bergerak sepanjang saraf sensor menuju ke badan sel

DBMA14-1780

saraf, dan virus akan tinggal pada jangkamasa yang lama. Pada keadaan tertentu
virus ini akan bermultiplikasi dakam sel saraf kemudian bergerak sepanjang axon
dari setiap neuron menuju terminal saraf pada kulit, dimana virus akan dibebaskan
dan akan menimbulkan gejala penyakit. Virus ini mampu merebak dengan cepat
namun dapat dikawal dengan rawatan yang sempurna.

Jadual menunjukkan beberapa jenis herpes yang meninfeksi kawasan atau organ
yang terinfeksi

DBMA14-1780

Herpes
Ginnggivostomatitis

Kondisi
Radang gusi dan bibir adalah gejala awal
yang terjadi pada infeksi vius Herpes
Simplex Virus-1

Labialis

Infeksi terjadi apabila virus masuk dan

Oesophagitis

menyerang pada mukosa mulut dan bibir


Gejala ditandai dengan rasa sakit pada
waktu mnelan (odynophagia) dan akan
mengalami
(dysphagia).

kesulitan

untuk

menelan

Kadangkadang

disertai

dengan gangguan system imun (defisiensi


imun)
Genitalis

Jenis ini khas pada virus HSV-1 dan HSV2 pada herpes genital adalah adanya lesi
akibat inflamasi kluster papulae dan
vesikula pada permukaan bahagian luar

Whitlow

dari genital.
Infeksi terjadi pada bahagian jari tangan
dan ibu jari dan boleh berlaku pada
bahagian jari kaki

DBMA14-1780

DBMA14-1780

HERPES ZOSTER

DBMA14-1780

Herpes zoster disebabkan oleh virus yang sama iaitu virus varicella zoster.
Herpes Zoster juga merupakan penyakit infeksi pada kulit kesan akibat daripada
chickenpox (cacar air) kerana virus yang menyerang adalah sama. Tapi yang
membezakannya adalah cirri-ciri

cacar yang terbentuk. Secara umumnya,

Herpess Zoster adalah infeksi yang dialami oleh seseorang yang tidak mempunyai
ketahanan terhadap varicella (misalnya seseorang yang belum pernah terinfeksi
dengan varicella dalam bentuk cacar air). Herpes Zoster menyebabkan
pembentukan cacar gelembung yang lebiih besar berbanding cacar air. Virus ini
kebanyakan menyerang golongan dewasa. Seseorang yang terinfeksi dapat
dirawat melalui ubatan namun virus tetap ada dalam tahap yang aktif. Penyakit ini
bersifat setempat (localiced) terutama menyerang golongan dewasa dengan cirr
khas seperti nyeri radikuler unilateral dan kelompok vaskula yang tersebar.

ETIOLOGI

DBMA14-1780

HERPES SIMPLEX
Herpes simplex disebabkan oleh virus Herpes Simplex Virus-1 dan Herpes
Simplex Virus-2. HSV-1 boleh terjadi akibat dari penularan orang yang menderita
penyakit tersebut. Penyakit kesan dari virus ini mampu menular dengan mudah
melalui sentuhan secara langsung melaui lesi luka atau cairan tubuh pengidap
kepada orang yang sihat. Penularan melalui sentuhan langsung antara kulit dimana
penularan terjadi pada fasa asimptomatik ( tidak ada gejala) dimana virus dalam
kulit pengidap. Secara umumnya, seperti penyakit mata biasa, merah dan rasa
yang amat sakit. HSV-2 yang disebut sebagai Herpes Genital mampu ditularkan
hanya dengan hubungan seks yang dilakukan dengan pasangan yang telah
terinfeksi dengan virus atau penyakit ini. Wanita lebih terdedah kepada infeksi
virus ini berbanding lelaki. angkitan ini mampu menular walaupun tanpa ada
sebarang luka herpes yang bersifat terbuka. Sebahagian besar pengidap tidak
mengetahui dirinya yang telah terinfeksi dengan virus in kerana in tidak
menunjukkan symptom dan tanda yang jelas. Selain dari hubungan langsung
dengan individu terbabit, virus ini boleh juga merebak melalui pemakaian sesuatu
benda yang digunakan bersama iaitu berkongsi alatan peribadi seperti sikat
rambut, sabun dan peralatan makan.

HERPES ZOSTER

DBMA14-1780

Ini adalah disebabkan oleh individu yang pernah mengidap cacar air kerana
reaktiv yang laten yang terdapat pada ganglion dorsalis atau nervous kranials.
Penyakit ini bercirikan ruam yang diakibatkan ooleh Varicella Zoster Viirus
(VZV). Virus ini adalah laten didalam neuron pada saatnya akan menimbulkkan
serangan berulang. Secara in vitro virus ini diseliputi oleh DNA polymerase dan
virus spesifikndeoxypiridine (thymidine) kinase yang disintesis oleh sel yang
terinfeksi. Setelah seseorang yang menderita cacar air, virus ini akan hidup dalam
system saraf yang penuh didalam tubuh dan sukar malah tidak dapat dirawat
sepenuhnya. Secara umumnya penyakit ini meneybabkan shingles dan cacar air
namun tidak sama seperti virus herpes genital pada organ genitalia yang mudah
dijangkiti melalui hubungan secara langsung. Virus ini juga boleh menyebabkan
jangkitan pada individu lain dengan cara seseorang yang belum mendapat cacar
air (chickenpox).

PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN (PPP)

DBMA14-1780

Sebagai Penolong Pegawai Perubatan (PPP), kita perlu bertindak selaku


kaunselor bagi mempromosikan pendidikan kesihatan dalam kalangan masyarakat
bagi mencegah daripada Sexual Transmitted Disease dari terus menular. Cara
yang berkesan bagi mengatasi perebakan infeksi ini adalah dengan cara
menasihati pesakit supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan tidak
melakukan seks dengan pelacur atau selalu bertukar pasangan. Jika melakukan
hubungan seks dengan pasangan yang terinfeksi, mereka digalakkan untuk
memakai kondom secara kerap. Selain itu, kempen pencegahan dan kesedaran
dalam kalangan masyarakat perlu dipergiatkan. Amalan gaya hidup yang sihat
seperti melakukan senama, makan secara berkhasiat dan hanya memiliki satu
pasangan yang tetap yang telah menjalani ujian da telah disahkan bahawa tidak
mengalami apa-apa infeksi bacteria. Infeksi virus herpes boleh menular dan boleh
ditular melaui kawasan genitalia yang amat luas. Pesakit yang mengidap penyakit
ini boleh sembuh sekiranya menerima rawatan dengan kadar yang segera.
Pencegahan infeksi ini perlu bermula dari diiri pesakit itu sendiri. Pesakit haruslah
mengambil ubat sebagaimana yang telah diarahkan oleh doctor dan pada waktu
yang tetap bagi mengelakkan resistant badan terhadap ubat.
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) terlibat secara langsung dalam
pengesanan kes. PPP merupakan first responder dalam mengesan pesakit yang
dating untuk menerima rawatan akan masalah kesihatan yang dialami. Pesakit
yang mengidap infeksi virus Herpes Simplex dan Herpes Zooster tidak
menunjukkan siimptom dan tanda yang jelas. Oleh itu, pengambilan riwayat
pesakit termasuk status perkahwinan serta tahap kesihatan pasangan agar rawatan

DBMA14-1780

dan aktiviti pencegahan lebih berkesan. Infeksi viru Herpes ini tergolong dalam
kategori penyakit berjangkit melalui seksual oleh itu ujian yang tepat dan
diagnosis perlu dibuat dengan betul dan tepat. Diagnosis dapat dilakukan secara
ujian klinikal termasik culture and sensitivity (C&S). Selain itu, ia dapat juga
dilakukan melaui pemerhatianm secara terus terhadap tanda dan gejala yang
timbul dan seterusnya ujian klinikal terhadap pesakit. Herpes Genital sulit untuk
didiagnosis berbanding herpes simplex virus kerana tanda nya seakan akan
kulat, iaitu infeksi fungal, atopic dermatitis, dan urethritis. Ujian makmal perlu
bagi membantu ketepatan diagnose termasuk mengesan adanya virus melalui
direct fluorescent antibody (DFA), skin biopsy, dan polymerase chain reaction
(PCR) untuk mengesan adanya DNA virus.
Diagnosis Herpes Zoster pada anamnesis merupakan keluhan yang berupa
neuralgia beberapa hari sebelum atau bersama-sama dengan timbulnya kelainan
kulit. Adakalanya sebelum timbul kelainan kulitini akan didahului gejala
prodromal seperti demam, pening kepala dan malaise. Kulit ini menunjukkan
kelainan seperti eritema kemudian berkembang menjadi papula dan vesikel yang
dengaan cepat membesar. Isi vesikel yang awalnya jernih menjadi keruhdan dapat
pula bercampur dengan darah. Jika absorsi terjadi, vesikel dan bula menjadi
krusta. Bila erupsi dapat dilihat, ini memudahkan lagi uian diagnose dilakukan.
Cirri-ciri dari eruosi kulit terdiri dari vesikel-vesikel berkelompok dengan dasar
eritematosauni unilateral dan mengenai satu dermatom.
Penolong Pegawai Perubatan juga adalah untuk memberikan rawatan
kepada pesakit setelah virus dapat dikenalpasti. Cara mengubati penyakit ini

DBMA14-1780

adalah dengan menggunakan asiklovir dalam bentuk pil yang boleh diambil dalam
kuantiti 2-5 biji dalam sehari. Selain itu ubat valasklovir juga digunakan yang
boleh diambil dalam kuantiti 2-3 biji dalam sehari, namun harganya jauh lebih
mahal dari asiklovir yang diambil 2-5 biji per kapsul sehari. Fasiklovir merupakan
ubat lain yang boleh diambil bagi membantu mengubati penyakit ini. Dan suatu
penelitian pada tahun 2011 menunjukkan bahawa penggunaan asiklovir boleh
mengurangi viral load HIV dan boleh melambatkan lanjutan dari penyakit
tersebut. Namun begitu, tidak ada ubat yang boleh menyembuhkan penyakit HSV
ini kerana setiap ubatan yang digunakan hanya untuk merawat simpton tetapi
virus tetap kekal aktif dalam tubuh seseorang itu. Namun, ubat dapat mengurangi
dan melambatkan jangkitan yang terjadi. Antiherpes diperlukan dlam seharian
bagi mereka yang sering mengalami jangkitan. Rawatan ini juga membantu untuk
mengurangi jumlah hari dalam jangkamasa intunbasi virus dan juga dari virus
bertindak keatas kulit atau juga pada selaput mukosa dan mungkin dpat merawat
gejala tanpa meninggalkan sebarang kesan.

KOMPLIKASI

DBMA14-1780

HERPES SIMPLEX
Orang dewasa yang sihat, virus herpes tidak akan menyebabkan komplikasi yang
teruk selain ruam pada kulit. Bagi mereka yang mempunyai system ketahanan
badan yang lemah (pengidap HIV dan AIDS) akan mengalami jangkitan herpes
yang lebih teruk dan lama. Risiko untuk menjangkiti penyakit bawaan seksual
lebih berisiko tinggi berbanding virus herpes.ibu dengan ruam pada bahagian
kemaluan boleh menjangkiti anak yang baru lahir semasa bersalin melaluinsaluran
peranakan. Bayi yang dijangkiti akan mengalami komplikasi seperti kerosakan
otak,nkebutaan atau kematian. Kadar jangkitan mudah berlaku pada bayi
sekiranya infeksi herpes sedang aktif pada ibu yang seang bersalin.
HERPES ZOSTER
Salah satu komplikasi yang terjadi pada penyakit Herpes Zoster adalah
postherpetic nerolgianyang merupakan komplikasi umum dari penyakit ini. Dan
komplikasi dari postherpetic ini terjadin sekitar 10-15% pada pesakit yang
mengidap penyakit Herpes Zoster dan boleh mengalami kerosakan pada saraf
trigeminal. Selain itu, paralisis motorik boleh juga berlaku. Ini dapat terjadi akibat
perjalanan virus secara kontinuitatium dari ganglion sensorik ke system saraf yang
berdekatan. Paralisis ini biasanya muncul dalam masa 2 minggu setelah
munculnya lesi. Berbagai paralisis dapat terjadi seperti dibawah wajah, diafragma,
bahagian tubuh, ekstremitas, vesika urinaria dan anus. Secara umumnya
komplikasi ini akan sembuh secara spontan.
RUJUKAN

DBMA14-1780

A. McMillan and G.R. Scott: Sexually Transmitted Diseases 1991, 1st published,
Anthony Wisdom and David A Hawkins, Sexual Transmitted Disease second
edition.
Clinical Medicine, Kumar and Klarks, eight edition.
Corey L. Spear P. Infections with herpes simplex viruses. 1986 page 686.
Corey L. Spear P. Infections with herpes simplex viruses. 1986 page 749.
F.A DAVIS, Tabers CYCLOPEDIC MEDICAL DICTIONARY, edition 20 page
989-991.
Medical Division of Longman Group in UK, page 2-20.
Medical Division of Longman Group in UK, page 15-19. A.P Ball and J.A Gray,
Infections Disease.
Rozman BR, Whitley RJ, and Lopez C, antiviral theraphy.
http://www.ncbi.nlm.nih/books/NBK7627 (Medical Microbiology fourth edition,
Samuel Baron, University of Texas Medical Branch at Galveston 1996).
http://emedicine.medscape.com/article/1132465-overview

(author

Canilla

K.

janniger, may 2014).


Whitley RJ. Ceritjopesine Herpes Viruses 1 (B virus) in press. In fields BN, Knipe
DM.

KESIMPULAN
Secara umumnya, Herpes merupakan salah satu penyakit yang disebabkan oleh

DBMA14-1780

virus. Terdapat pelbagai tanda dann gejala yang yang mempunyai simpton yang seakan
sama dengan penyakit yang menular melalui hubungan seksual. Oleh itu, diagnosis yang
tepat perlu bagi memastikan perawatan yang berkesan. Diagnosis yang tidak tepat
mungkin akan menyebabkan komplikasi yang lebih teruk terhadap pesakit dan
kemungkinan boleh menghadapi secondary infection dimana masalah ini mungkin
member kemudaratan kepada pesakit itu sendiri.
Penolong Pegawai Perubatan yang merupakan first responder perlu mengambil
riwayat pesakit yang dating bagi memastikan tidak ada yang tertinggal. Ini adalah kerana
pengambilan riwayat penting kerana dari situ dapat kita pastikan punca penyakit, cara
transmisi penyakit serta ujian diagnosis seperti makmal dan sebagainya dilakukan. Bagi
herpes simplex yang ditularkan melaui seksual perlulah diberi perhatian kerana amat
mudah menjangkiti pasangan kita. Mengamalkan seks yang selamat seperti memakai
kondom perlu supaya dapat mengurangkan risiko transmisi penyakit tersebut. Bagi
herpes zoster pula, cecair yang keluar dari blister atau luka si pesakit turut membawa
virus bersama. Oleh itu, pesakit harus berhati-hati dalam aspek pemakaian atau hubungan
dengan individu lain.
Kajian yang dilakukan terhadap virus ini memberikan banyak input penting
terhadap seseorang kerana ia merupakan penyakit yang biasa menjangkiti manusia di
seluruh dunia termasuk kanak-kanak. Selain itu, melalui kajian ini dapat kita
mengenalpasti punca, jenis rawatan,m jenis ujian makmal nyang dilakukan, serta kaedah
transmisi penyakit itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai