Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.R.T dan selamat sejahtera sebagai pembuka bicara.


Kami selaku kumpulan 26 merakamkan jutaan terima kasih kepada semua
pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung semasa
pembikinan kerja kursus ini dilaksanakan. Terutamanya kepada Ketua
Program Diploma Pembantu Perubatan KSKB SULTAN AZLAN SHAH, Sir
Hari Mohan. Seterusnya, ribuan terima kasih juga kepada Encik Marzani
Bin Yusoff selaku Ketua Subjek Sains dan Kesihatan Komuniti dan juga
merupakan guru bagi matapelajaran tersebut yang tidak putus-putus
memberi rangsangan dan idea semasa tugasan ini dilaksanakan. Ribuan
tahniah dan terima kasih diatas pemberian tugasan ini dimana kami sendiri
dapat mengetahui dan mendapat banyak maklumat berkenaan tugasan yang
diberikan. Apa yang diharapkan segala usaha yang murni ini di
pengakhiranya mendapat ganjaran yang setimpal dengan dikurniakan
keputusan yang cemerlang serta segala ilmu yang diperoleh dapat kami
aplikasikan semasa bertugas di lapangan di kemudian hari.Sekian Terima
Kasih.

PENDAHULUAN

Kami kumpulan 26 telah diberi tugasan untuk mengkaji serta


mendapatkan beberapa maklumat berkaitan dengan tajuk Infeksi
Herpes,Warts dan Virus. Secara amnya, pada pemahaman awal
kami didapati bahawa Herpes dan Warts ini adalah disebabkan oleh
virus. Oleh yang demikian, kami diberi tugasan untuk mencari
sebanyak mungkin maklumat tentang Herpes,Warts dan Virus yang
menjadikan perkara tersebut berkait rapat antara satu sama yang
lain. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dilaksanakan,
beberapa maklumat yang kami anggap sangat perlu telah
dimuatkan di dalam kerja kursus kami ini dan ianya sangat
membantu didalam kajian kami serta lebih mudah untuk difahami.

HERPES
Herpes merupakan penyakit yang disebabkan oleh Virus jenis
Hepertoviridae. Mereka yang mengidap penyakit ini akan didapati terbentuk
ruam-ruam bintik merah serta bernanah dibahagian kulit dan selaput lender.
Selain itu, virus ini juga menyerang bahagian alat kelamin manusia serta
membrane mukus yang terletak di kawasan mulut/bibir. Oleh yang demikian,
penyakit herpes telah diklasifikasikan didalam dua kategori iaitu yang
pertama Herpes Simplex manakala yang kedua adalah Herpes Zoster.

Herpes simplex

DEFINISI
Herpes terbahagi kepada 2 iaitu herpes simplex dan herpes
zoster.Merupakan infeksi atau gangguan akut pada permukaan kulit oleh
virus herpes dan ia sering menjangkiti kawasan mulut dan konjunktiva (jenis
1) atau genitalia,
(jenis 2) ia merupakan jangkitan berulang.
ETIOLOGI HERPES SIMPLEX
Herpes simplex terbahagi kepada 2 iaitu:
- Herpes simplex virus 1(HSV Type 1) : -sering terjadi pada kanak-kanak.
-jangkitan sentuhan langsung,berkongsi makanan
dan kain tuala mandi
-berlaku pada mulut, bibir, hidung dan dagu.

-Herpes simplex virus 2(HSV Type 2) : - melibatkan kawasan genitalia.


- pada Penis, buttock, vargina dan servic
- penularan melalui hubungan seks.
- infeksi melalui sentuhan langsung dan berlaku
2-20 hari

MANIFESTASI KLINIKAL
-Jenis HSV-1:
- Mendapat gejala Demam (fever) akibat daripada infeksi.
- Terdapat Lesi (blisters) dikawasan permukaan kulit.
- Terasa gatal dan sensitif pada kawasan kulit terlibat.
-Jenis HSV-2:
- Timbul lesi-lesi halus dan gatal.
- Demam (fever).
- Kawasan terlibat terasa sakit terbakar.

PENGURUSAN DAN RAWATAN HERPES SIMPLEX.


-Simptomatik meredakan gejala sistemik.
Jaga kebersihan pada kawasan infeksi cuci dengan sabun, keringkan dengan kain
bersih.
-Antibiotik (krim atau tablet) jika berlaku infeksi bakteria.
Krim acyclovir- peringkat awal infeksi
Tablet acyclovir- peringkat teruk.

PENCEGAHAN DAN KAWALAN HERPES SIMPLEX.


Pendidikan kesihatan seperti :
-Penjagaan kebersihan diri.Mengadakan ceramah- ceramah kesihatan berkenaan penyakit
tulaan oleh perhubungan seks bebas atau rambang.
-Pengambilan makanan seimbang yang kaya dengan zat galian, vitamin dan protein.
-Menasihati agar mengelakan daripada melakukan perhubungan seks yang tidak selamat.
Promosi kesihatan pada peringkat komuniti dan sekolah mengamalkan cara hidup yang
sihat, agar tidak terlibat dengan masalah sosial yang mendatangkan jangkitan penyakit
tulaan seks.
-Elakkan bersentuhan secara langsung dengan pesakit.
-Mengasingkan pesakit yang dijangkiti herpes semasa tempoh jangkitanya.

HERPES ZOSTER
DEFINISI
Herpes zoster adalah herpes yang menyerang seluruh permukaan kulit dan biasanya
menyerang diseluruh badan. Herpes tersebut merupakan herpes yang paling banyak
diderita oleh pesakit dibandingkan dengan herpes simplex. Virus Varcella Zoster
merupakan penyebab seseorang itu terkena herpes zoster. Terdapat tanda awal seperti
terbentuk kemerah-merahan dibahagian kulit. Dalam tempoh 12-24 jam bintik-bimtik
berair mula merebak secara berkelompok diatas kulit yang mengalami kemerahan dan
akan terus berlansung selama 1-7 hari sehingga bintik-bintik merah itu bernanah dan
selanjutnya mengering.

ETIOLOGI HERPES ZOSTER


-

Disebabkan Virus Varcella Zoster.

Jangkitan semua peringkat umur.

Sering terjadi dewasa pada umur 50 tahun ke atas.

Agak verulen pada mereka mengalami immunosuppression.

MANIFESTASI KLINIKAL HERPES ZOSTER


-

Demam (fever).

Sakit kepala (headache).

Rasa sakit, terbakar, gatal, kebas dan sensitive pada kawasan badan yang terlibat.

Bintik merah dan disusuli blisters:- kebiasaannya terdapat pada dada, leher,
muka dan selaput mukosa.

Chills.

Malaise.

PENGURUSAN DAN RAWATAN HERPES ZOSTER.


-

Simptomatik meredakan kesakitan.

Losyen calamine atau kolodion.

Krim acyclovir.

Tablet acyclovir infeksi teruk.

Rundingan pakar oftalmologi atau neurology.

Corticosteroid mencegah berlaku neurology postherpes.

Vitamin E.

PENCEGAHAN DAN KAWALAN HERPES ZOSTER.


1. Pendidikan kesihatan seperti :
2. Jagaan kesihatan diri dengan pengambilan permakanan yang seimbang.
3. Kebersihan diri seperti tidak membiarkan kulit kotor dan terlalu lembab atau
terlalu kering.
4. Menjaga kebersihan persekitaran (persekitaran tidak lembab) agar agen penyakit
infeksi herpes zoster tidak boleh membiak atau merebak.
5. Promosi kesihatan pada peringkat komuniti.
6. Mengamalkan cara hidup yang sihat.
7. Penjagaan kebersihan alam sekitar.
8. Elakkan bersentuhan dengan pesakit.
9. Mengasingkan pesakit dalam tempoh jangkitan

WART DAN VIRUS


DEFINISI WART
Merupakan epidermal neoplasma benign atau diistilahkan sebagai verrucae (pertumbuhan
kecil, seringkali keras dan benigna pada kulit). Ia biasanya terdapat pada muka, jari
tangan, tangan, siku dan lutut.

ETIOLOGI WART YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS


-

-Disebabkan papiloma virus iaitu sejenis virus DNA.

Terdapat beberapa jenis seperti :

Verruca vulgaris kerap menjangkiti.

Verruca plana (pada muka).

Verruca plantaris (pada tapak kaki- kulit).

Verruca mosaic (pada tapak kaki- dalam).

Acuminate wart (pada organ genital).

MANIFESTASI KLINIKAL YANG DISEBABKAN OLEH VIRUS


-

Lesi berbonjol, warna kelabu dan permukaan berveruka (tangan, jari tangan, tapak
kaki).

Lesi berganda.

Kekadang lesi bintik-bintik berdarah halus.

Kadangkala terasa sakit.

Pada zakar dan vulva- permukaan berveruka seperti jarum.

2 atau 3 dermatom terlibat unilateral.

PENGURUSAN DAN RAWATAN WART DISEBABKAN OLEH


VIRUS.
-

Menyejuk-beku wart dengan cecair nitrogen atau cairan karbon dioksida beku.

Campuran acid laktik dan acid salisilik .

Veruka vulgaris gunakan 40% salisilik acid dalam collondion.

Veruka plana gunakan 2% salisilik acid dalam spirit.

Veruka plantar Cauteri / Curretage.

Formaldehyde 1% dalam

air
( 5 minit ).
-

Mingguan 40% salisilik asid plaster.

Ointmen posalfilin malam sahaja.


-

Veruka genital 2-5% podophyllin dalam alcohol tincture benzoin Cocryoterapi.g). -Kondilomata akuminata boleh dirawat dengan larutan podofilin
atau krim 5 -Fluorouracil dengan pengawasan yang teliti.

Selain itu rawatan elektrokauteri juga boleh dilakukan

PENCEGAHAN DAN KAWALAN WART DISEBABKAN VIRUS.


-

Jaga kebersihan diri.

Pendidikan kesihatan seperti:

Pengambilan permakanan yang seimbang.

Kebersihan diri seperti tidak membiarkan kulit terlalu lembab dan terlalu kering.

Kebersihan persekitaran tempat tinggal.

PERANAN PEMBANTU PEGAWAI PERUBATAN


-

Melaksanakan pemeriksaan keatas pesakit seperti memeriksa Vital sign pesakit.

Melakukan pencegahan kepada pesakit yang berisiko seperti melakukan saringan


kesihatan.

Memberi rawatan keatas pesakit seperti memberi rawatan simptomatik keatas


pesakit.

Memastikan pesakit mengambil ubat mengikut perskripsi yang dikeluarkan oleh


doktor.

Memastikan pesakit hadir ke Hospital/Klinik bagi tujuan rawatan susulan


mengikut waktu yang ditetapkan.

Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit bagi tujuan rehabilitasi.

Melaksanakan program promosi kesihatan bagi memupuk kesedaran masyarakat.

OBJEKTIF

Mengenal pasti definisi penyakit Herpes,Wart dan Virus


Mengenal pasti Etiologi bagi penyakit Herpes,Wart dan
virus
Mengenal pasti manifestasi klinikal bagi penyakit
Herpes,Wart dan virus.
Mengetahui pengurusun dan cara rawatan bagi penyakit
ini.
Mengetahui langkah kawalan dan pencegahan bagi
penyakit ini.

PENUTUP

Kesimpulanya, penyakit Herpes,Wart dan virus ini adalah berpunca daripada


infeksi virus yang menyerang sel tubuh. Hasilnya, kelihatan gejala-gejala
terhadap penghidap mendapat infeksi sebagai contoh demam,lesu,kesukaran
untuk bernafas dan yang lebih jelas adalah kewujudan kemerah-merahan di
atas permukaan kulit dan lesi serta bernanah yang menyebabkan ketidak
selesaan. Oleh yang demikian, langkah pencegahan dan kawalan telah
dilaksanakan seperti penjagaan kebersihan tubuh badan,pengambilan
makanan serta pakaian sangat penting bagi mengelak penyakit ini terus
menular. Selain daripada itu, beberapa rawatan telah dapat dikenal pasti
sebagai contoh ubat sapuan serta antibiotic bagi tujuan mengurangkan
kesakitan serta cepat pulih. Akhir sekali, penolong pembantu perubatan perlu
memainkan peranan dalam melaksanakan langkah pencegahan dan
pengawalan serta melaksanakan pemberian rawatan yang tepat kepada
pesakit bagi memastikan taraf kesihatan pesakit dan kesejahteraan
masyarakat terjamin.

KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU SULTAN


AZLAN SHAH,
31250 TANJONG RAMBUTAN,
PERAK DARUL RIDZUAN
TAHUN 2 SEMESTER 1
TAJUK:INFEKSI HERPES,WARTS DAN VIRUS
COMMUNITY HEALTH
( MACH 2114 )
NAMA

NO.MATRIK

MUHAMMAD FAKRUL RADZI BIN OSMAN

BPP2015-2180

MOHD RAHMAD BIN MOHD ROZALI

BPP2015-2134

MOHD ZULFAIZIN BIN NORULHISHAM

BPP2015-2141

NUR AZIEMAH IBRAHIM

BPP2015-2248

AIFA OTHMAN

BPP2015-2023

ISI KANDUNGAN

TAJUK
PENGHARGAAN
PENDAHULUAN
OBJEKTIF

M/S

Anda mungkin juga menyukai