Anda di halaman 1dari 4

RESEPI PANCAKE (BATER CAIR)

BAHAN-BAHAN
1 cawan susu
2 sudu butter cair
2 sudu gula
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh bicarbonate powder
1 sudu teh bicarbonate soda
Secubit garam
CARA:
Di cawan susu letakkan cuka tadi dan biarkan cuka rehat selama 10 minit
sebelum guna.
Dalam bekas lain, letakkan butter cair, gula dan telur aduk rata.
Masukkan tepung, bicarbonate powder, bicarbonate soda dan garam barulah
diletakkan susu
Gaul rata tapi jgn over aduk
RESEPI SKON TITIS (BATER PEKAT)
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula halus
3 sudu makan marjerin
150ml susu cair
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1 biji telur
CARA-CARA
1. Ayak tepung bersama-sama soda bikarbonat
2. Masukkan marjerin kedalam tepung dan ramas sehingga kelihatan seperti
serbuk roti
3. Campurkan gula dan kacau rata
4. Buat lubang ditengah adunan dan masukkan telur dan susu
5. Kacau adunan dengan cepat untuk mendapatkan beter pekat
6. Panas dan sapukankan kuali dengan marjerin
7. Titiskan 2 sudu makan beter tiap-tiap kali diatas kuali panas dan dan
masak hingga berbuih dan buihnya pecah
8. Balikkan beter kesebelah yang lain dan masak hingga kuning
9. Ulang sehingga kesemua beter habis
10.Hidangkan skon panas-panas dengan melapisnya dengan jem ataupun
mentega

RESEPI PISANG GORENG RANGUP (BATER PEKAT)


BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu besar garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (pewarna)
1 biji telur
air secukupnya
2 sudu besar marjerin - dipanaskan hingga cair dan disejukkan.
CARA PENYEDIAAN
1. Satukan semua bahan kecuali air dan marjerin cair.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan agak pekat - adun guna
tangan bkn sudu.
3. Masukkan marjerin cair juga gaul dengan tangan.
4. celup pisang dan goreng dalam minyak yang panas.
*adunan ini sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, keledek,
cempedak, roti, tempe dll

RESEPI KUIH RENGAS (BATER PEKAT)

Inti Kacang Hijau


Bahan :
1 cawan kacang hijau
3/4 cawan gula pasir- (akak campur brown sugar)-kalau nak manis
tambahlah
1 sudu kecil garam
Air secukupnya untuk merebus kacang
Cara membuatnya :
1.
Kacang hijau dicuci dan ditoskan seketika,rebus dengan lebih kurang 7-8
cawan air sehingga empuk.
2.
Apabila air rebusan hampir kering,tambahkan sedikit air supaya kacang lebih
lembut dan tunggu sehingga benar2 kering(sila kacau selalu apabila hampir kering tu
untuk mengelakkan berkerak atau hangus)
3.
Setelah benar2 kering,barulah masukkan gula dan garam tadi. Inti akan
mencair kembali kerana gula yang cair tu..Biarkan renih dan kering lagi sekali..kacau
sekali sekala dan pastikan guna api sederhana perlahan.
4.
Apabila sudah mula kering, perlahankan api..dan kacau sentiasa.
5.
Untuk memastikan inti sudah masak - kacang yang dimasak tadi tidak lagi
mengeluarkan wap dari inti atau tiada renihan lagi walaupun api masih
terpasang..memang senyap je(takde plup2 dah kat adunan inti tu..haha..bahasa apa
aku guna nih),dah siap laa tu..harap faham laa maksudnya ni..hehe
6.
Padamkan api dan sejukkan inti sepenuhnya sebelum dibentuk..
7.
Bentukkan bulat2 sebesar bola pingpong dan leper2kan sedikit.
8.
inti ini juga tahan disimpan dalam peti sejuk dan sedia saja untuk
digunakan..jadi jimat masa kan.

Bahan2 membuat adunan tepung :


1/2 cawan tepung gandum-akak campur sedikit dengan tepung beras

1/3 sudu makan marjerin-tak letak

1 sudu kecil garam

secubit gula

1/2 cawan air

Sedikit pewarna kuning

Minyak secukupnya untun menggoreng - lebih kurang 2 cawan


Cara membuatnya :
1.
Dalam bekas,campurkan tepung,marjerin,garam,gula. Masukkan air dan
kacau menggunakan hand whisk supaya adunan cepat sebati. Tambahkan sedikit
pewarna kuning
2.
Panaskan minyak dalam kuali,celupkan inti yang sudah dibentuk tadi ke
dalam adunan tepung dan goreng sehingga keemasan.

Anda mungkin juga menyukai