Anda di halaman 1dari 6

KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

KONSEP KENDIRI: Personaliti diri yang terbentuk hasil daripada interaksi dengan
orang sekeliling,pengalaman dan persekitaran .
Konsep kendiri positif :
1)
2)
3)
4)
5)

Personaliti harmonis dan seimbang


Tenang dan tabah menghadapi ujian
Pandangan terbuka dan bertimbang rasa
Berfikiran positif
Berani mencuba dan yakin kebolehan diri

6)
7)
8)
9)

sendiri
Mudah bersosialisasi
Sedia menerima teguran
Optimistik dan bijak mengurus emosi
Sentiasa menerima perhatian masyarakat

Konsep kendiri negatif:


1) Emosi tidak seimbang dan keyakinan diri
rendah
2) Tidak suka bergaul atau bekerjasama
dengan orang lain
3) Tidak berani mencuba benda baru
4) Mempunyai tanggapan buruk,tidak percaya
pada orang lain
5) Sensitif terhadap teguran dan kritikan orang
lain
6) Tidak suka mendengar atau menerima
pendapat
7) Sukar bersosialisasi dan menjauhkan diri
daripada khalayak ramai
8) Menunjukkkan wajah muram dan masam
muka
9) Bersifat penakut dan pemalu

Bagaimana guru dapat memupuk dan membina konsep kendiri positif murid :
1) Guru memberi dorangan,sokongan kepada usaha dalam pembelajaran
2) Guru memberi bimbingan yang wajar dalam memberi bimbingan
3) Guru mengajar murid mengikut kebolehan meraka supaya dapat meningkatkan
4)
5)
6)
7)
8)

keyakinan dan penghargaan diri


Guru menghargai kebolehan sedia ada murid
Guru menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya
Guru memberi peluang kepada murid bergiat aktif dalam kelas
Guru menunjukkan sikap, nilai yang baik kepada murid
Guru menyelitkan pengajaran dan refleksi berbentuk motivasi dan pembinaan diri
yang positif

Bagaimana guru dapat melayan pelbagai tingkah laku murid?

Guru perlu memahami perbezaan tingkah laku murid supaya persefahaman


dan perhubungan antara murid dan guru dapat dicapai.
Guru perlu mengelak sikap pilih kasih.
Guru bersifat timbang rasa dan bersimpati dengan murid.
Guru perlu sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam apa jua
keadaan.
Guru perlu sabar melayani pelbagai karenah murid.
Guru harus bijak meramal atau menalah gerak balas atau tingkah laku yang
mungkin timbul dalam sesuatu situasi.
Guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti
kumpulan supaya murid yang cerdas dapat membantu murid yang lemah.
Guru perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat
murid untuk mempelajari topik yang diperkenalkan.
Guru perlu mengenal pasti samada tingkah laku murid merupakan tingkah
laku bermasalah ataupu tidak.
Selain itu, jika tingkah laku bermasalah, guru perlu mengenalpasti samada
tingkah laku bermasalah positif ataupun tingkah laku bermasalah negatif.
Guru menggunakan modifikasi tingkah laku untuk membantu murid.
1 Tingkah laku bermasalah Positif
Tingkah laku bermasalah positif merangkumi : Tingkah laku ingin tahu sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu
perkara yang dilihat
Tingkah laku cepat belajar cepat menangkap atau catch up sesuatu
perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru
dengan cepat
Tingkah laku pintar cerdas sentiasa cepat dan pantas apabila
menggunakan otak dan berfikir
Tingkah laku proaktif sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap
maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

2 Tingkah laku Bermasalah Negatif


Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini


merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.

Kebimbangan sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi


bimbang, tiada keyakinan diri.

Pergantungan lebihan terlalu mengharapkan pertolongan atau


bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat
dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari

Pengunduran diri malu untuk menunjukkan kebolehan,


teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada
kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya

Pengasingan diri tidak suka bergaul atau berkomunikasi


dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi,
perasaan malu pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini


merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.

Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif

Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan, membuli atau


menyakat kawan-kawan sekelas.

Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .

Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran,


berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku,
melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.

Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa
menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya

Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata kasar, lucah,


kurang ajar, tidak sopan

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan


tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.

Permusuhan nyata suka bergaduh, berlawan, bertumbuk,


mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan
sebaya.

Vandalisme suka merosakkan harta benda awam seperti


menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau

tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan


kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau
menconteng meja.

Kumpulan liar terlibat dengan kumpulan tidak bermoral

Klik mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang


mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada
tingkah laku tidak baik

Geng menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah,


kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain,
bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk


mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai
teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku
murid-murid di sekolah.

Peneguhan
Positif dan peneguhan Negatif
Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu
stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu.
Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.
Peneguhan Positif
Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi
tingkah laku berulang-ulang.
Peneguhan Negatif
Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini
berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.
Denda dan Peneguhan

Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang.
Dengan erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak
baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat
sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah
laku tersebut.
Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau
sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

Reverse Psychology
Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku
negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku
negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

Shaping
Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa
peneguhan diberi secara beransur-ansur.

Token Economy
Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang
akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit,
markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh
bagi pengukuhan disiplin murid.

Kontrak ( Lisan atau Bertulis )


Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara
perjanjian lisan atau bertulis.
Kawalan Kendiri

Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri.
Ia dilakukan seperti berikut :-

a Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan


b Mengumpulkan data
c

Merancang program tindakan

d Menilai program
e Menamatkan Program

Anda mungkin juga menyukai