Anda di halaman 1dari 7

Pengertian Muamalat

Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan
dunia,dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual-beli, tukarmenukar, pinjam-meminjam dan sebagainya.
Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan
manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang
berlandaskan syariat Allah s.w.t yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam .
Muamalat yang dimaksudkan ialah dalam bidang ekonomi yang menjadi
tumpuan semua orang bagi memperoleh kesenangan hidup di dunia dan
kebahagian di akhirat.
Segala harta yang ada di alam ini samada di muka bumi, dilaut atau di dasar
adalah milik Allah s.w.t secara mutlak.Manusia disuruh memiliki harta yang di
sediakan oleh Allah s.w.t melalui ilmu pengetahuan dan kemahiran yang di
anugerahkan kepadanya.Mereka yang memiliki harta kekayaan di dunia adalah
sebagai pemegang amanat Allah s.w.t dan bertanggungjawab terhadap harta-harta
tersebut.
Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka


berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat kembali
kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk Ayat 15)

Mencari harta kekayaan amat di galakkan oleh Islam,kerana harta merupakan


alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat.
menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama.
Dalam mencari harta kekayaan,umat Islam di kehendaki menggunakan
sebahagian daripada hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah
bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia
dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. Islam lah
menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

Tujuan Muamalat

1.

Iaitu supaya didalam kehidupan manusia tidak akan berlaku sesuatu kecurangan

seperti rampas-merampas,ceroboh-menceroboh pada pemilikan serta tipudaya dan


sebagainya.
2.

Kehendak manusia itu sendiri ialah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi

sehingga beroleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.


3)
Muamalat juga menentukan peraturan-peraturan berusaha dan bekerja untuk
manusia dengan jalan yang halal.

Peranan Muamalat
1. Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang di jalankan
berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh
daripada sebarang penipuan,pemerasan,ketidakadilan,memonopoli harta dan
sebagainya,inilah matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat
manusia.
2. Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya
sebarangpenindasan sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan
perbuatan-perbuatan yang tidak baik yang akan menyusahkan pihak yang di tindas.
3. Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang
perbuatan yang dilarang oleh Allah s.w.t,kita hendaklah meninggalkan perkaraperkara yang keji seperti riba,rasuah,menipu atau sebagainya yang dilarang oleh
Allah s.w.t.
4. Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam
menjalankan suatu amanat Allah s.w.t.
5. Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah s.w.t dengan cara yang
betul dan diredhainya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat,manusia akan
melakukan apa saja untuk memperoleh harta yang banyak,mereka juga akan
mengunakan harta mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain.
6. Mengalakkan manusia supaya rajin bekerja untuk meningkatkan taraf ekonomi
keluarga,masyarakat dan negara.
7. Melahirkan masyarakat yang saling bekerjasama, tolong menolong dan bantumembantu untuk kebaikan dan kebajikan bersama.
8. Supaya harta kekayaan yang disediakan oleh Allah s.w.t tidak hanya di monopoli
oleh golongan tertentu sahaja. Semua manusia berhak mendapat dan memiliki
harta mengikut keupayaan masing-masing asalkan dengan cara yang betul dan
diredhai Allah s.w.t

Fadhilat Muamalat

1. Memperolehi harta kekayaan dengan cara yang diredhai oleh Allah s.w.t.
2. Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada
jalan kebajikan.
3. Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan
beroleh pahala daripada Allah s.w.t.
4. Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat
keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t:



Maksudnya :Berimanlah kamu kepada Allah dan rasulnya dan belanjakanlah
(pada jalan kebajikan) sebahagian daripada harta benda (pemberian Allah)
yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil,maka orang yang
beriman antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian daripada
harta itu pada jalan Allah) maka tetap beroleh pahala yang besar.
(Surah Al-Hadid Ayat 7 )
5. Peraturan-peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak
langsung melahirkan manusia yang berakhlak mulia .
6. Mewujudkan masyarakat yang adil,bertanggungjawab,amanah,jujur dan
terhindar daripada melakukan perbuatan yang tidak baik.
7. Antara kesan-kesan yang timbul sekiranya muamalat yang dijalankan tidak
mengikut syariat Islam termasuklah :
a) Membawa kepada pergaduhan dan permusuhan
b) Melahirkan sebuah masyarakat yang tidak aman.
c) Melahirkan individu yang bersikap mementingkan diri sendiri.
d) Mendapat harta dengan cara yang tidak halal.
e) Menggunakan harta pada perkara-perkara yang tidak diredhai oleh Allah
dan membazir.
f) Melahirkan manusia yang bersifat tamak, kedekut, haloba dan sanggup
menindas orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Perkara Berhubung Muamalat


MURABAHAH (JUALAN PENAMBAHAN UNTUNG)
Iaitu menyebutkan harga modal barang-barang yang dibeli kepada orang

yang akan membeli dengan memberi syarat,supaya barang itu diberi


untung.
Contoh : Umpamanya seseorang berkata : "Barangku ini aku beli berharga
RM100,sekarang berilah aku keuntungan 10%" lalu diterima oleh orang
yang akan membeli .
-Maka penjual diatas mendapat untung RM10 dari modal belian beharga
RM100.

WADIAH (SIMPANAN)
Ertinya barang yang diserahkan (diamanatkan) kepada seseorang
supaya barang itu dijaga dengna baik. Jadi barang Wadiah itu beerti
barang amanat yang harus dikembalikan kepada orang yang
empunya,bila ia datang meminta.
Firman Allah s.w.t:


Maksudnya: "Sesungguhnya Allah menyuruhmu,supaya amanat itu diserahkan
kepada orang yang berhak menerimanya (yang empunya)".
(Surah An-nisa' ayat 58)
BAIUSSALAM (PENANGGUHAN PENYERAHAN BARANG)
Perkataan Salam itu asal maknanya serah atau tangguh, maksudnya
disini iaitu menjual sesuatu barang yang disifatkan kepada tanggungan
seseorang yakni jual secara pesanan atau order(memesan barang).
Contoh : Umpamanya Zaid berkata kepada si Ali :"Buatkanlah saya satu
seluar dari kain woll yang berwarna kuning muda,ukurannya 105cm
panjang,70cm pinggang,25.5cm besar kaki,43cm lebar pinggul,kocek
belakang satu dan sebagainya dengan harga RM100.

AL-IJARAH (UPAHAN)

Menurut istilah Bahasa Arab,kalimah Ijarah merujuk kepada bayaran yang


diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada
apa yang dilakukannya.
Contoh : Ahmad datang membawa sepotong kain kepada seorang tukang jahit untuk
dibuat seluar,tukang jahit itu menjamin dalam pengakuannya,bahawa seluar tersebut
akan selesai tempoh 3 hari. Setelah sampai waktunya,si Ahmad datang mengambil
seluarnya dan menyerahkan wang sebanyak RM 50 kepada tukang jahit itu.
Firman Allah s.w.t :


Maksudnya: Salah seorang diantara perempuan yang berdua itu berkata:"Wahai
ayahku
ambillah
dia
menjadi
orang
upahan(mengembala
kambing
kita),sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang
kuat lagi amanah. Bapa perempuan itu berkata (kepada Musa)"aku hendak
mengahwinkan dengan salah seorang dari dua anak perempuanku ini,dengan syarat
bahawa engkau bekerja denganku selama 8 tahun,dalam pada itu jika engkau
genapkan menjadi 10 tahun,maka yang demikian itu adalah dari kerelaanmu sendiri.
Dan (ingatlah) aku tidak bertujuan hendak menyusahkanmu,engkau akan dapati aku
insyaallah,dari orang-orang yang baik layanannya".
(Surah Al-Qasas ayat 26-27)
AR-RAHNU (PAJAK GADAI)
Menjadikan harta benda sebagai jaminan atas hutang iaitu maksudnya
menjadikan sesuatu barang sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan menjadi
bayaran sekiranya tidak terdaya membayar hutang itu nanti.
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :
Dan jika kamu sedang dalam perjalanan (lalu kamu berhutang)
dan tidak kamu peroleh orang yang akan menuliskannya maka boleh diserahkan
saja jaminan yang dapat dipegang".

(Surah Al-Baqarah ayat 283)

AL-WAKALAH (BERWAKIL)
Ertinya seseorang yang menyerahkan sesuatu urusannya kepada orang lain
pada apa yang boleh diwakilkan menurut syarak,agar orang yang diwakilkan itu
dapat melakukan sesuatu yang diserahkan kepadanya Selagi yang menyerahkan itu
masih hidup.
Al-Wakalah ini lebih berhubung dengan muamalat & munakahat seperti bab
jual-beli dan bab perkahwinan dan lain-lain. Tidak sah mewakilkan
sembahyang,puasa dan lain-lain hal yang bersangkut-paut dengan ibadah kecuali
ibadah haji & umrah(kedua-duanya boleh diwakilkan),sebab ibadah itu adalah
perhubungan manusia dengan tuhannya.
Firman Allah s.w.t :

Maksudnya :
"Maka kirimlah(utuslah) seorang hakim dari keluarga yang lakilaki dan seorang hakim dari keluarga perempuan,jika kedua-duan orang tengah itu
(dengan ikhlas) bertujuan hendak mendamaikan".
(Surah An-Nisa' ayat 35)

AL-MUDHARABAH (BERKONGSI UNTUNG)


Pada bahasa ialah musafir untuk berniaga.
Mudharabah juga dikenali dengan nama qiradh iaitu potong,kerana orang
yang memiliki harta memotong sebahagian hartanya untuk diniagakan dengan harta
itu.
Mudharabah juga dikenali sebagai Mu'amalah yang dimaksudkan disini ialah
aqad perjanjian yang dibuat oleh dua pihak :
Pihak pertama:
Memberi sejumlah wang kepada pihak kedua supaya berniaga,dengan syarat
keuntungan dibahagikan antara keduanya mengikut persetujuan sebagaimana yang
dijanjikan seperti 1/2,1/3 dan seterusnya.
Pihak kedua :
Berusaha atau berniaga dengan modal yang diberikan oleh pihak pertama
mengikut segala syarat yang dipersetujui kedua pihak.

AL-QARDH AL-HASAN (HUTANG TANPA SYARAT/JANJI)


Ialah hutang tanpa syarat atau janji untuk membayar balik lebih
daripada hutang tetapi memberi saguhati kepada tuan punya hutang
semasa membayar,bukan kerana syarat atau janji.
Contoh 1 :
Seorang berhutang daripada seorang lain tanpa syarat atau janji
sebarang bayaran lebih atau manfaat, semasa akad atau di luar akad atau
sebelum hutang itu di jelaskan tetapi apabila menjelaskan hutangnya
orang yang berhutang itu memberi saguhati atau hadiah kepada tuan
punya hutang.
Contoh 2 :
Ali membayar hutangnya kepada Abu sebanyak RM50 beserta RM3
berupa saguhati.
AL-BAI BITHAMAN AJIL (JUALAN DENGAN HARGA TANGGUH)
Jualan dengan harga tangguh atau jualan dengan bayaran ansuran
ialah menjual sesuatu dengan disegerakan penyerahan barang yang dijual
kepada pembeli dan di tangguhkan bayaran harganya sehingga ke satu
masa yang di tetapkan atau dengan bayaran beransur-ansur.
Contohnya :
Umpamanya kerusi antik, harga tunai RM2000, jika tangguh RM2200.

Anda mungkin juga menyukai