Anda di halaman 1dari 2

Jenis-Jenis Gula

Di pasaran terdapat berbagai-bagai jenis gula. Samada untuk masakan harian ataupun untuk
baking seperti membuat kek,biskut, roti dan sebagainya, kita hendaklah tahu kegunaan dan
kesesuaian gula itu dengan produk yang hendak kita hasilkan.
Gula Pasir (Coarse Sugar)
Jenis ini adalah yang paling mudah didapati. Ia berwarna putih dan butir-butir gula agak kasar.
Ia sesuai untuk kegunaan harian seperti membancuh minuman dan membuat kuih-muih. Jika
anda hendak membuat gula hangus untuk puding atau kek, cairkan gula pasir ini diatas api
yang sederhana hingga gula cair dan keperangan, kemudian baru dimasukkan air dan kacau
hingga cair.
Gula Halus (Fine Granulated Sugar)
Gula halus jenis ini bewarna putih dan sesuai untuk membuat kek kerana butir-butir gulanya
yang halus mudah cair apabila dipukul bersama mentega ataupun dipukul bersama telur.
Gula Kastor (Castor Sugar)
Gula ini bewarna putih dan ianya pilihan yang paling ideal untuk membuat kek, biskut, pastri,
roti dan lain-lain. Butir-butir gulanya lebih halus dari gula halus dan ia mudah cair apabila
dipukul bersama mentega atau telur. Sekiranya gula ini tiada , boleh gunakan gula halus.
Gula Aising (Icing Sugar/Confectioners Sugar)
Gula ini adalah yang paling halus dalam kategori gula putih. Ia bukan 100 peratus gula kerana
telah dicampur dengan sedikit tepung jagung. Ia jarang digunakan dalam pembuatan kek
tetapi ada digunakan dalam pembuatan biskut jenis piping untuk mendapatkan tekstur yang
lembut supaya mudah dipicit keluar. Gula ini biasa digunakan untuk membuat aising mentega
dan membuat fondant atau pes gula (sugarpaste).
Gula Perang (Brown Sugar)
Terbahagi kepada dua jenis iaitu light/dark brown.Biasanya warna yang lebih gelap
mempunyai rasa gula perang yang lebih kuat. Gula perang ini selalunya kasar dan saya selalu
kisar supaya ia lebih halus dan mudah dipukul bersama mentega. Gula perang ini selalunya
digunakan untuk membuat biskut seperti cip coklat, biskut halia, kek buah-buahan dan lainlain yang memerlukan rasa gula yang lebih kuat.
Gula Merah/Gula Melaka/Gula Kabung
Gula ini selalunya digunakan untuk membuat kuih-muih tempatan seperti kasui, kuih
lompang,kuih buah melaka dan sebagainya. Gula merah biasanya berpasir.Setelah melarutkan
dalam air panas, ia hendaklah ditapis bagi membuang kotorannya. Gula melaka dan gula
kabung agak keras dan memerlukan pisau untuk membelahnya. Rasa kedua-dua gula ini lebih
sedap dari gula merah biasa. Ianya dijadikan inti untuk kuih buah melaka.
Sirap Emas (Golden Syrup)
Ia bewarna keemasan dan rasanya seakan rasa gula hangus tetapi tidak sekuat rasa gula
hangus yang asli. Ia adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula. Ia selalunya menjadi
bahan penambah rasa untuk biskut, kek atau pencuci mulut.

Gula Hitam (Treacle @Molasses)


Adalah bahan sampingan dari pemprosesan gula dan ia bewarna gelap seakan kehitaman.
Digunakan sebagai bahan penambah rasa untuk kek dan pencuci mulut ala barat.
Sirap Gula (Corn Syrup/Glucose Syrup)
Cecair jernih yang pekat. Dihasilkan secara komersil untuk memudahkan tugas membuat
aising krim mentega atau fondant tanpa perlu membuat sendiri sirap gula.

Anda mungkin juga menyukai