Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

Pada 27 April 2014, saya telah mengikuti lawatan kajian di Komplek Matang di
Perak. Sejujurnya, Kajian sejarah yang dilaksanakan telah berjalan dengan lancar. Saya dan
ahli kumpulan lain telah berpeluang berbual secara santai dengan orang- orang kampong
disana. Sambil berbual, kami sempat menanyakan beberapa soalan yang berkaitan dengan
kajian. Seperti yang dijangka, pelbagai cerita menarik telah kami dapati melalu perbualan
dengan orang- orang kampung di situ.
Saya berasa gembira kerana berpeluang merasa bagaimana menjadi sejarawan dengan
pelbagai kaedah yang dilaksanakan seperti temubual, kaedah menganalisis sumber kedua di
perpustakaan yang disediakan dan yang paling menarik, saya dapat melihat dan
membayangkan keadaan sewaktu zaman kedatangan British dan Pendudukan Jepun. Semasa
berbual dengan orang kampung, secara tidak langsung saya dapat merasa empati dalam
sesuatu peristiwa sejarah dengan lebih mendalam. selain itu, melalui kaedah temubual ini
juga saya dapat memupuk keberanian ketika berhadapan dengan orang yang baru dikenali.
Penduduk kampong yang menyambut kedatangan kami dengan mesra menambahkan
perasaan yang menyenangkan dalam melaksanakan projek kami.
Selain daripada itu, melalui kajian ini juga saya dapat merangka pelan untuk
mempelbagaikan kaedah dalam pengajaran saya di dalam kelas pada masa akan datang
sewaktu di sekolah. Sudah tentu lawatan sambil belajar menjadi keutamaan dalam
mepelbagaikan kaedah selain dalam bilik darjah. Memupuk keberanian dalam kalangan
pelajar dengan memberi tugasan mengkaji selidik sesuatu peristiwa sejarah akan mengasah
bakat dan membuat pelajar lebih aktif dalam menganlisis sesuatu peristiwa sejarah.
Monumen- monumen sejarah yang ditinggalkan seperti meriam, tembok- tembok, rumah

tokoh sejarah dan sebagainya dapat memupuk empati yang lebih berbanding hanya melihat
dalam gambar semata- mata.
Saya melihat juga, perasaan ketika mendlami sesuatu peristiwa itu lebih mendalam
dan meninggalkan memori jangka panjang sekiranya kita benar- benar mendalami perkara
itu. Begitu juga murid- murid mungkin akan mempunyai rasa yang sama. Jika dapat
diselitkan aktiviti dalam proses pengukuhan seperti kuiz dan permainan dalam proses
pembelajaran, pasti murid akan mendapat kesan yang lebih baik kelak terutama dalam
pelajaran mereka khususnya dalam subjek sejarah. Guru boleh menggunakan proses
mengimbau kembali dalam proses pembelajaran di dalam kelas. Walaupun mungkin tidak
seratus peratus murid dapat mendalami sesuatu peristiwa sejarah itu ketika membuat lawatan,
peningkatan kefahaman murid yang faham berbanding dengan yang tidak faham adalah
sangat tinggi.

Anda mungkin juga menyukai