Anda di halaman 1dari 14

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa

Melayu
1.0 Pengenalan Kepada Penggabungjalinan
1

Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil
bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan
boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara bagaimana sesuatu tugasan itu dilaksanakan.
Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang
beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan
kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang
diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan.
Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai
objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah
mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Ini kerana, dengan mengetahui latar
belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan
menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang
sama terhadap murid yang berlainan. Ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat
mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat
memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.
Terdapat beberapa pendekatan kesepaduan yang membolehkan penyampaian ilmu
pengetahuan kepada murid disampaikan dengan cara yang menarik dan tidak
konvensional, antaranya ialah Penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan
pemulihan.
Pendekatan ini sesuai bagi semua matapelajaran terutamanya pengajaran bagi
matapelajaran Bahasa Melayu. Strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di
peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,
pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam
Falsafah Pendidikan Negara. Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk
menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid.
Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik
dan penggunaan bahan bantu mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan muridmurid berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
2

2.0 Konsep Penggabungjalinan


2.1 Definisi penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan suatu proses penyampaian beberapa kemahiran di dalam
sesuatu pelajaran. Kemahiran di sini merujuk kepada kecekapan melaksanakan pelbagai
jenis aktiviti pembelajaran seperti membaca, menulis, menghurai, mengira, mewarna,
menyanyi, melukis, melabel, mengarang, bercerita, berlakon dan sebagainya.
Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep
yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan
yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan
menulis atau sebagainya.
Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang
telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh
sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan dengan cara
yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi.
Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan
compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar
sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan
bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk
mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu
pengajaran lebih berkesan.
Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran
dibahagikan kepada 2 :
i. Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran dalam satu mata pelajaran
ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.
Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam
kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan
kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu
dalm sesuatu pengajaran.
Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia
mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan,
maka guru hendaklah mengetahui :
a) Apakah objektif yang hendak dicapai?
b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan?

3Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan

berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan.
Contohnya :
Lisan membaca menulis
Membaca lisan menulis
Lisan membaca lisan
Lisan menulis membaca
|_____________________________________|
|
TATABAHASA
Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang
mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi
kemahiran fokus maka kemahiran menulis sebagai kemahiran sampingan mengukuhkan
kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan
kefahaman.
(i) (ii) (iii)
Lisan 45% 10% 30%
Membaca 25% 40% 25%
Menulis 20% 30% 15%
Tatabahasa 10% 20% 30%
Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam
model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii)
menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%.
Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada
beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa,
kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik.
Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan
muzik menjadi kemahiran sampingan.
CONTOH :
Tajuk : Kawan saya.
Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya.
Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya.
Kemahiran Muzik : Menyanyi lagu Kawan Saya untuk mengukuhkan
perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.
Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam
beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata
pelajaran boleh dikukuhkan dengan menggabungjalinkan kemahiran-kemahiran daripada
beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau
tema tertentu.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)

4 b) Kemahiran membaca

c) Kemahiran menulis
Pendidikan Seni : a) Kemahiran melukis
b) Kemahiran mewarna
Pendidikan Muzik : a) Kemahiran menyanyi
2.2 ciri-ciri penggabungjalinan
Pendekatan bersepadu penggabungjalinan ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang
menjadikan pendekatan ini lebih sesuai digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Ciri-ciri tersebut ialah :-

2.2.1

Integrasi beberapa kemahiran seperti kemahiran membaca, menulis,


mengira.

2.2.2

Prosesnya bersepadu dan menyeluruh iaitu pada setiap perkembangan


diselitkan unsure penggabungjalinan ini.

2.2.3

Aktiviti dipelbagaikan dengan menarik sebagai contoh adanya


penggunaan audio dan visual yang lebih interaktif dan menarik minat
murid.

2.2.4

Kemahiran utama menjadi fokus dan kemahiran sampingan juga


dititikberatkan.

2.2.5

Organisasi kemahiran fleksibel.

2.2.6

Kemahiran diintegrasikan saling kukuh mengukuh antara satu sama


lain.

2.3 Cara Pelaksanaan Penggabungjalinan


Strategi penggabungjalinan adalah memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa kemahiran dapat dikuasai
serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
Kemahiran kemahiran ini boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran kemahiran yang
terdapat dalam satu mata pelajaran (intra bidang atau kemahiran kemahiran dari satu mata
pelajaran digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran (inter bidang).

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
Bahan program bahasa adalah diambil dari bidang Kemanusiaan dan Persekitaran. Unsur
5

unsur dari mata pelajaran seperti Sains, Geografi, Sejarah, Sivik, Kesihatan, Seni Lukis dan
lain lain pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam
dan Manusia.
Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu (Rujuk
Lampiran) , pelaksanaan pendekatan Gabungjalin ini dimulakan dengan :

Kemahiran utama di beri fokus. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini, kemahiran utama
yang difokuskan ialah membaca dan menulis isi utama dan isi sampingan pembelajaran.

Kemahiran sampingan dikuasai dahulu untuk kukuhkan kemahiran yang utama iaitu
kemahiran mendengar, berlakon dan bertutur.

Kemahiran utama digunakan diperingkat perkembangan pembelajaran, kemahiran sampingan


digunakan di semua peringkat pelajaran. Kemahiran sampingan seperti kemahiran mendengar
akan digunakan pada setiap langkah dalam pengajaran dan pembelajaran ( rujuk lampiran )

Strategi penggabungjalinan kemahiran hendaklah dirancangkan berdasarkan objektif


pembelajaran, kebolehan dan pencapaian murid. Dalam pengajaran dan pembelajaran ini,
gabungjalin pendidikan muzik dijalankan agar lebih menarik dan pembelajaran lebih
bermakna.

Kemahiran-kemahiran diintegrasikan dalam urutan yang sesuai, setiap kemahiran hendaklah


dikaitkan dengan kemahiran yang berikutnya secara logikal.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
3.0 Kekuatan Pendekatan Penggabungjalinan

Proses menggabungjalinan bertujuan untuk membantu murid dalam penguasaan


pelbagai kemahiran dalam sesuatu masa pengajaran dan pembelajaran secara serentak
serta meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran didalam bilik
darjah. Antara kekuatan pendekatan penggabungjalinan ini ialah :3.1 Gabungjalin ini akan dapat memberi ruang dan peluang kepada pertumbuhan
dan perkembangan murid secara seimbang dan menyeluruh melalui pelbagai
aktiviti yang bakal dilaksanakan dalam setiap peringkat perkembangan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Hal ini juga akan merangsang pembabitan
murid secara aktif seluruh kelas.
3.2 Gabungjalin ini juga sangat penting untuk menarik minat murid terhadap
proses

pengajaran

dan

pembelajaran

transformasi ilmu pengetahuan itu

disamping

menjadikan

proses

lebih bermakna. Dalam penulisan

Rancangan Pengajaran Harian ( RPH ) yang dilampirkan, kemahiran


sampingan seperti mendengar, berlakon akan dapat menarik minat murid.
Gabungjalin matapelajaran pendidikan muzik juga akan menjadikan suasana
pembelajaran lebih menghiburkan dan interaktif.
3.3 Selain itu juga, gabungjalin ini akan meningkatkan kecekapan dalam
melaksanakan aktiviti dalam bilik darjah. Aktiviti yang akan dikendalikan oleh
guru kepada murid akan lebih cekap dan dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh
murid. Antara aktiviti yang mungkin dijalankan ilaha seperti membaca,
menulis, menghurai, mengira, mewarna, menyanyi, melukis, melabel ,
berlakon dan sebagainya akan dilakukan oleh murid dengan cekap dan
berkesan.

4.0 Aplikasi Strategi Penggabungjalinan Dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau
7

beberapa mata pelajaran. Kemahiran-kemahiran tersebut mestilah saling berkaitan antara satu
sama lain. Ia boleh digabungjalinkan sama ada dua atau lebih kemahiran yang ada dalam
sesuatu pelajaran itu. Proses penggabungjalinan berlaku di antara kemahiran yang berkaitan
secara bersepadu serta menyeluruh. Dalam rancangan pengajaran ( RPH ) yang dilampirkan,
kemahiran yang difokuskan dalam pembelajaran ini ialah kemahiran membaca dan menulis
isi-isi penting dalam pembelajaran. Kemahiran ini merupakan kemahiran utama, kemudian
kemahiran sampingan juga dititikberatkan untuk mencapai objektif pembelajaran seperti
kemahiran bertutur, menulis dan berlakon.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu pelajaran adalah dipelbagaikan dengan
cara yang menarik. Di antara pelbagai kemahiran yang digabungjalinkan, salah satu
kemahiran adalah fokus iaitu kemahiran utama manakala kemahiran-kemahiran lain adalah
kemahiran sampingan. Maksudnya di sini ialah dalam konsep penggabungjalinan yang
menghubungkaitkan antara satu kemahiran dengan kemahiran-kemahiran yang lain ini
terdapat banyak kemahiran di mana salah satu kemahiran tersebut adalah kemahiran fokus
atau kemahiran utama dan kemahiran-kemahiran lain yang digabung adalah kemahiran
sampingan.
Organisasi kemahiran-kemahiran adalah fleksibel. Turutan kemahiran-kemahiran yang
digabungjalinkan boleh berubah mengikut situasi. Sebagai contoh dalam pelajaran Bahasa
Melayu ini. Gabungjalin yang akan disepadukan ialah matapelajaran Pendidikan Muzik
dimana unsur lakonan dan penggunaan audio dan visual akan digabungjalin untuk menjadi
satu pembelajaran yang interaktif dan lebih bermakna. Organisasi kemahiran ini adalah
fleksibel dan boleh ditukar mengikut kesesuaian kehendak. Walaubagaimanapun kemahiran
utama tetap diberi penekanan yang lebih.
Kemahiran-kemahiran yang diintegrasikan melalui strategi penggabungjalinan adalah saling
dikukuh dan diterapkan antara satu sama lain. Maksud dikukuh antara satu sama lain ialah
kemahiran fokus dibantu dengan menggunakan kemahiran-kemahiran sampingan yang ada.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
8

5.0 Refleksi
Untuk menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, guru perlu
bijak memainkan peranan mereka agar proses pembelajaran tidak menjadi terlalu
konservatif sehingga membuatkan muris-murid menjadi bosan dan tidak berminat
untuk belajar.
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat yang telah
banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini terutama kepada pihak sekolah
dan pihak-pihak luar seperti perpustakaan daerah Keningau dimana telah membantu
kami untuk mencari maklumat dan bahan-bahan rujukan. Tidak lupa juga kepada para
pensyarah yang membimbing dan memberikan tunjuk ajar. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan seperjuangan yang tidak jemu-jemu berkongsi ilmu dan idea.
Dalam menghasilkan rancangan pengajaran harian ini, saya menggunakan unsur
penggabungjalinan dalam pengajaran ini agar pembelajaran matapelajaran Bahasa
Melayu ini lebih menarik. Namun demikian, saya juga berdepan dengan beberapa
kekangan. Berikut merupakan kekangan yang dihadapi dan disertakan dengan punca
dan beberapa cadangan penambahbaikan. Pengalaman berharga ini akan dijadikan
pengajaran dan panduan untuk menjadi pendidik yang baik.
5.1 Masalah
Dalam menghasilkan penulisan ini, kekangan yang saya hadapi ialah masa
yang terhad dan tidak mencukupi. Sebagai seorang guru, pelajar dan sudah
berkeluarga, saya menghadai kekangan dari segi masa untuk mencari bahanbahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini. Masa yang terhad ini terpaksa
di bahagi-bahagikan antara kerja di sekolah, masa di rumah bersama anakanak dan masa sebagai pelajar.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
9

Selain itu, saya juga menghadapi kekangan untuk mendapatkan sumber


rujukan. Walaupun tajuk penggabungjalinan ini sudah lama di gunakan dalam
bidang pendidikan, namun rujukan tidak begitu banyak di pasaran. Namun
begitu

saya

memanfaatkan

sumber

rujukan

daripada

internet

dan

perpustakaan..

5.2 cadangan penambahbaikan


Dalam berdepan dengan kekangan tersebut, beberapa cadangan penyelesaian
yang perlu saya lakukan pada masa akan datang agar saya dapat mengelakkan
daripada masalah yang dihadapi berulang kembali. Antara cadangan tersebut
ialah saya harus bijak membuat perancangan masa dan dapat membahagikan
masa untuk membuat tugasan dengan secukupnya. Dengan bijak membuat
perancangan masa, tugasan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Selain itu, masalah kekurangan bahan rujukan yang saya hadapi juga dapat
diatasi apabila saya manfaatkan sumber rujukan yang ada di sekeliling seperti
Sumber internet yang merupakan sumber hujung jari saya manfaatkan
sepenuhnya untuk mendapatkan sumber rujukan.

selain sumber daripada

internet, pihak sekolah seperti guru-guru juga boleh digunakan sebagai tempat
untuk berkongsi idea dan berbincang mengenai cara mengaplikasi pendekatan
penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
10

6.0 Rumusan Keseluruhan


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang
dirancang dengan teliti, lengkap serta tepat membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan
dan perasaan hormat murid murid terhadap guru sekaligus membantu membina disiplin
yang positif. Ini kerana guru dapat melaksanakan pengajarannya dengan lancar dan menarik
serta tidak membazir masa dan tidak bertindak dalam keadaan kelam kabut. Tanpa
perancangan yang lengkap dan sistematik, seseorang guru tidak dapat mencapai kompetensi
dalam pengajarannya.
Sebelum melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran, guru harus memahami tugas
tugas yang sebenar semasa merancang persediaan mengajar dan melaksanakannya di dalam
bilik darjah. Dalam pada itu, guru hendaklah memilih sumber pelajaran serta isi pelajaran
yang sesuai. Dengan ada rancangan pengajaran yang sesuai dan berkesan,

objektif

pengajaran yang berkesan akan tercapai. Bagi menentukan objektif pengajaran tercapai, guru
boleh menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk mengukur pencapaian murid
diakhir proses pengajaran dan pembelajaran hari tersebut.
Oleh yang demikian, pendekatan bersepadu penggabungjalinan ini dalam proses pengajaran
dan pembelajaran akan dapat menjadikan ia lebih menarik dan interaktif. Dalam pendekatan
kesepaduan ini setiap pendekatan adalah berbeza dari segi konsep dan cara penggunaannya
merujuk kepada keadaan murid-murid. Kesan daripada penggunaan pendekatan yang sesuai
ialah murid-murid akan mudah faham dan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
dengan cepat dan mudah. Tujuan menggunakan pendekatan yang sesuai ini ialah supaya
11

guru-guru dapat mencapai objektif yang diharapkan.

LAMPIRAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Tarikh
Masa
Kelas
Matapelajaran
Tajuk

:
:
:
:
:

12 0ktober 2011
9.00 10.00 pagi
5 Anggerik
Bahasa Melayu
Adat Perkahwinan Melayu

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
Objektif pembelajaran

12

1. Menyoal dengan menggunakan pelbagai Kata Tanya


untuk mendapatkan maklumat lanjut.
2. Menulis karangan berbentuk frasa yang bertajuk

Hasil Pembelajaran

Majlis Perkahwinan Masyarakat Melayu.


Pada akhir pembelajaran, murid akan menpelajari:
1. Membaca dan mengenalpasti isi utama dan isi
sampingan daripada teks.
Aras 1
-

Membaca dan mengecam isi-isi penting daripada

pelbagai bahan bacaan.


2. Bertanya
tentang
sesuatu

perkara

secara

bertatasusila.
Aras 1
-

Mengemukakan soalan dengan menggunakan Kata

Tanya untuk mendapat penjelasan lanjut.


3. Membina dan menulis Ayat Tunggal dan Ayat
Majmuk dalam suatu penulisan teks suatu tajuk.
Aras 3
-

Menulis cerita berdasarkan suatu tajuk denggan


menggunakan pelbagai jenis ayat.

Pengisian Kurikulum :

- budaya
-

Penerapan Nilai

Kemahiran Gabungjalin

ilmu pengetahuan

berkerjasama

Sopan santun
Hormat menghormati

Menulis

Membaca
Berlakon
Nyanyian

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
Pengetahuan sedia ada
13

- murid pernah melihat majlis perkahwinan di kampung


masing-masing.

Set induksi

( 5 Minit )

Langkah 1
( 20 minit )
berpantun

- Guru memperdengarkan lagu dari laptop kepada


murid.
-

Lagu dipilih ialah lagu saloma Selamat Pengantin


Baru

Guru mengaitkan dengan topik pembelajaran.

- guru menayangkan slaid mengenai adat perkahwinan


Melayu mengenai adat bersanding, berinai dan adat
semasa meminang gadis.
-

Langkah 2

( 20 minit )

- murid melakukan aktiviti lakonan untuk memahami


Dengan lebih lanjut adat bertunang seperti
berpantun.
-

Langkah 3

( 10 minit )
Rumusan
( 5 minit )

Murid diminta meneliti petikan yang diberikan.


Murid disarankan menggunakan kata Tanya untuk
mendapatkan isi penting daripada tayangan slaid.

Membaca bait- bait pantun bersama-sama

- murid di berikan latihan pengukuhan untuk menulis


karangan mengenai adat perkahwinan kaum Melayu.

- guru menanya murid tentang apa yang dipelajari.


- guru membuat rumusan keseluruhan.

RUJUKAN
Laman Sesawang
1. http://www.scribd.com/doc/13804484/TEMATIK-BERSEPADU
http://www.scribd.com/doc/48066053/teknik-mengajar
http://raisingthesoftvolume.blogspot.com/2008_07_01_archive.html
2. http://www.slideshare.com

HBML 4303 Kurikulum dan Perkaedahan dalam Pengajaran Bahasa


Melayu
14

Jumlah patah perkataan : 2580 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai