Anda di halaman 1dari 7

BAB 4: PENGENALAN PENGURUSAN

DEFINISI ORGANISASI
Gabungan dua atau lebih orang yangbekerja secara sistematik dan berstrukturuntuk
mencapai matlamat organisasi.
FUNGSI PENGURUSAN

DEFINISI PENGURUSAN
Pengurusan ialah pencapaian matlamat organisasi secara efektif dan efisien
melaluiproses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber
organisasi.(Richard L. Daft, 2006 m.s 8)
MERANCANG
Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan
tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi untuk
mencapai matlamatorganisasi.
MENGORGANISASI
Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi
untuk melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat
organisasi.
MEMIMPIN/ MENGARAH
Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat
melaksanakan tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai
matlamat organisasi.
MENGAWAL
Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan
pembaikan untuk memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan.

PERINGKATPENGURUSAN

PENGURUSAN ATASAN
1. Bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatuorganisasi secara menyeluruh.
2. Tumpuan kepada perancangan jangka panjang.
3. Menetap dan menggariskan visi, misi, dasar,polisi dan matlamat organisasi serta
membimbing organisasi agar interaksinya dengan persekitaran adalah baik.
4. Lazimnya dipanggil Ketua Pegawai Eksekutif(CEO), President, Vice President.
PENGURUSAN PERTENGAHAN
1. Pengurusan pertengahan adalah bertanggungjawab kepada melaksanakan
segalakeputusan yang dibuat oleh pengurusan atasan.
2. Peringkat pengurusan ini merangka keputusan jangka sederhana berpandukan
objektif pengurusan atasan.
3. Menyelia serta menyelaras aktiviti pengurusbawahan dan kadangkala
bertanggungjawab keatas pekerja organisasi.
4. Membuat laporan kepada pengurus atasan.
5. Cth; Ketua Jabatan, Pengurus Sumber Manusia, Pengurus Jabatan.
PENGURUSAN BAWAHAN
1. Bertanggungjawab ke atas pekerja organisasi yang bukan terdiri daripada pihak
pengurusan.
2. Tumpuan kepada perancangan jangka pendek.
3. Memberi penekanan terhadap tugas penyeliaankerja operasi, perlaksanaan
tugas harian pekerjaagar matlamat organisasi tercapai.
4. Cth; Penyelia Tapak, Ketua Kerani, Penyelia Jualan.

PERANAN PENGURUSAN
PERANAN ialah satu set gelagat yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan
yang disandang.
Berdasarkan Henry Mintzberg (1973) terdapat 10 peranan pengurus yang boleh
dikelaskan kepada 3 bahagian:

PENGURUS SEBAGAI PENJALIN HUBUNGAN (INTERPERSONAL)

Tunggak(figurehead)
Menjalankan beberapa tugas yang berbentuk simbolik atau upacara.
Cth: menghadiri majlis, menyampaikan sijil dan anugerah dan menandatangani
dokumen rasmi.
Ppemimpin(leader)
Mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan pekerja melaksanakan kerja.
Memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan mematuhi apa yang telah dirancang.
pegawai perhubungan(liaison)
Mengekalkan hubungan jaringan (networking) sama ada di dalam atau di luar
organisasi.

Cth: Pengurus berinteraksi dengan pekerja,pelanggan, pembekal dsb.


PENGURUS SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN

Usahawan(entrepreneur)
Berperanan sebagai pemula(initiator), pereka dan penggalak kepada perubahan dan
inovasi.
Cth, CEO sentiasa memperolehi idea-idea baru dan kreatif untuk mempertingkatkan
prestasi syarikat.
Orang yang menangani gangguan(disturbancehandler)
Membuat keputusan atau bertindak serta merta terhadap masalah-masalah supaya
persekitaran organisasi yang berkonflik itu kembali kepada kekuatan yang stabil
danharmoni.
Cth: Tindakan menyelesaikan masalah-masalah seperti mogok, rungutan
pekerja,ketidakpuasan hati dsb.
Pengagih sumber(resource allocator)
Menetapkan bagaimana sumber organisasi yang terhad diagih dan digunakan oleh
semua ahli organisasiuntuk mencapai matlamat organisasi.
Cth: Pengurus mengagihkan sumber-sumber dana, masa, peralatan dansumber
manusia.
Perunding(negotiator)
Mewakili organisasi dalam perundingan yang melibatkan bidang kuasa.
Cth: CEO berunding dengan wakil kesatuanpekerja; Pengurus jualan berunding dengan
Jabatan Pengeluaran untuk mendapatkan tawaran istimewa bagi pelanggan
utamanya.

PENGURUS SEBAGAI PEMBERI MAKLUMAT(INFORMATIONAL)

Pemantau(monitor)
Sentiasa memberi perhatian kepadapersekitaran dalaman dan luaran untuk mengetahui
apa yang sedang berlaku.
Cth: Pengurus sentiasa memantau keadaan sekeliling seperti perubahan dasar
kerajaan, peluang pelaburan baru dan masalah isu yang mempengaruhi
organisasinya.
Penyebar maklumat(disseminator)
Menyebar maklumat penting yang diperolehisama ada dari dalam atau luar organisasi
kepada ahli organisasi.
Cth: Pengurus mendapat tahu tentang pelanggan yang muflis, memaklumkan kepada
pengurus jualan menghentikan bekalan.
Jurucakap(spokesperson)
Mewakili unit/jabatan untuk memberi maklumat yang jelas kepada pihak pengurusan
atasan dalam organisasi atau berkomunikasi dengan individu/kesatuan pekerja di luar
organisasi.
Cth: Pengurus menyampaikan maklumat kepada ahli organisasi dan orang luar
melaluiucapan, laporan dan memo.

KEMAHIRAN PENGURUS
KEMAHIRAN KONSEPTUAL
Kemampuan untuk melihat organisasi secara
keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan
antara bahagian-bahagian dalam organisasi.
Melibatkan proses perancangan dan pengurusan
strategik untuk mencapai matlamat organisasi.
Melibatkan pembuatan keputusan yang kompleks
yang melibatkan kesan jangka panjang.
KEMAHIRAN KEMANUSIAAN
Memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi orang dengan memahami
perasaan,tingkah laku dan sikap orang lain.
Kebolehan berkomunikasi dengan pelbagai golongan manusia atau masyarakat seperti
bertemu dengan pelbagai jenis pelanggan, bermesyuarat dengan pegawai
atasan,berbincang dan berhubung dengan pekerja.
Cth: Pengurus sumber manusia perlu berusaha menangani masalah prestasi pekerja,
membekalkan maklumbalas kepada pekerja, memotivasi pekerja dan mengawal
aktiviti-aktiviti yang membabitkan pengurusan prestasi pekerja.
KEMAHIRAN TEKNIKAL
Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur danteknik dalam bidang tertentu.
Mempunyai kaitan yang rapat dengan aktiviti harian organisasi.
Penguasaan kemahiran teknikal membantu pengurusan atasan untuk merangka polisi,
dasar dan objektif organisasi.
Dapat membantu pengurus peringkat bawahan untuk memberi nasihat, penjelasan dan
tunjuk ajar tentang aspek teknikal secara terperinci kepada pekerja.
PERKAITAN ANTARA JENIS KEMAHIRANDGN TAHAP PENGURUSAN

Anda mungkin juga menyukai