Anda di halaman 1dari 15

1.

0 PENGENALAN

Sebagai seorang guru yang merupakan satu profesion, kita sering lupa dengan kod dan
etika sebagai seorang guru. Etika dan kod etika ini merupakan peraturan dan landasan yang
perlu dituruti oleh seseorang yang bergelar profesional. Malangnya, kebanyakan guru hanya
melihat profesion keguruan ini hanya kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
sahaja dan tidak melihat pada aspek lain menyebabkan ketirisan dalam dunia pendidikan
dewasa ini. Sebagai warga pendidik, kita haruslah sedar bahawa masalah yang kita hadapi
sekarang dan membawa profesion ini kembali ke landasan yang sebenar supaya tidak lari
dari garis sempadan yang ditetapkan.

Etika merupakan satu sistem dasar akhlak, adat dan tingkah laku atau kesusilaan (Dewan
Bahasa & Pustaka) yang merupakan prinsip moral atau set prinsip moral. Etika juga boleh
dikatakan sebagai tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang terhadap masyarakat.
Menurut dari perspektif Islam, merujuk kepada tingkah laku yang betul berasaskan Al-Quran
dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

Manakala, kod etika profesional pula membawa maksud semua garis panduan yang
bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan, dan
peradaban termasuk peranan nilai, setiap tingkah laku profesional dalam masyarakat. Etika
profesional ini mencakupi sebahagian besar kehidupan mereka yang mengamalkan sesuatu
profesion kecuali hal-hal yang benar-benar peribadi. Dalam Islam pula, etika ialah akhlak
yang diamalkan oleh manusia yang bertakwa dalam keseluruhan hidupnya.

Mengambil kira huraian di atas, dapatlah kita membuat konklusi bahawa etika merupakan
satu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Manakala
kod etika pula menjelaskan tindakan-tindakan yang betul yang perlu dituruti dan tindakan-

tindakan salah yang perlu dihindari. Badan profesional tertentu

mempunyai kod etika

tertentu, termasuklah profesion perguruan ini. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai
asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut yang
dinyatakan sebagai Kod Etika. Oleh itu, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku
murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesional masing-masing.
Terdapat 4 Kod Etika Perguruan yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
dalam Tatasusila Profesion Keguruan iaitu:

Rajah 1: Empat Kod Etika Perguruan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.0 ISU YANG DIBANGKITKAN

Paparan isu dan masalah tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru

sering kali

dilaporkan tidak kira melalui media cetak atau media elektronik. Paparan isu ini sering kali
dijadikan isu yang hangat, sensasi dan menjadi topik perbincangan oleh masyarakat di
seluruh Malaysia secara amnya dan di seluruh dunia secara khususnya. Pelbagai masalah
yang melibatkan etika perguruan sering dilaporkan melibatkan beberapa kes tingkah laku
negatif yang dilakukan oleh guru seperti kes rasuah, gangguan seksual, dera dan
sebagainya. Sebagai contoh, isu guru yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual
dengan melakukan seks oral ke atas dua orang murid lelakinya yang berusia 11 tahun
dilaporkan oleh akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 Julai 2011 telah menjadikan isu ini
semakin hangat diperkatakan di segenap lapisan masyarakat. Berdasarkan isu gangguan
seksual yang dilakukan oleh guru yang berumur 30 tahun yang tergamak melakukan
perbuatan tersebut menunjukkan bahawa guru tersebut telah melanggar kod etika

perguruan. Isu gangguan seksual yang dilakukan oleh guru ini semakin berleluasa hari demi
ke hari. Persoalannya, mengapakah isu gangguan seksual ini berlaku?

Sebenarnya, gangguan seksual boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di rumah,


kawasan awam atau tempat kerja. Risiko tersebut juga boleh berlaku di sekolah. Mangsanya
boleh jadi dalam kalangan kanak-kanak sekolah rendah atau remaja sekolah menengah.
Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat pertimbangan bagi mengelakkan
tragedi yang tidak diingini. Mereka ini pastinya belum cukup dewasa untuk membuat
pertimbangan bagi mengelakkan tragedi yang tidak diingini.

Seharusnya, sekolah perlu menyediakan tempat yang selamat untuk belajar. Malangnya
terdapat segelintir pelajar, guru, kakitangan dan ibu bapa yang masih tidak tahu bagaimana
gangguan seksual ini boleh berlaku di sekolah dan apa yang perlu dlaksanakan untuk
menanganinya. Rajah di bawah menunjukkan contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di
sekolah:

Rajah 2 : Contoh jenis-jenis gangguan seksual pelajar di sekolah.

Kejadian gangguan seksual kian berleluasa dewasa ini. Malah, kejadian tersebut begitu
popular di sekolah sehingga menjadi sebutan dalam masyarakat. Malang sekali kerana yang
menjadi mangsanya ialah murid-murid dan pemangsanya pula ialah guru sendiri.

Gangguan seksual yang dilakukan oleh para pendidik ini menunjukkan mereka tidak
bertanggungjawab dalam melindungi anak murid di bawah jagaan mereka. Situasi ini boleh
diibaratkan sebagai harapkan pagar, pagar yang makan padi. Sering kali kita mendengar
terdapat tingkah laku yang negatif yang dilakukan oleh guru tidak kira guru itu muda atau
tua. Ini memberikan gambaran dan persepsi jelas bahawa sekolah bukan lagi institusi yang
selamat dari masalah ini jika hal ini dilakukan sendiri oleh guru.

Kod Amalan (1999) mentakrifkan gangguan seksual contohnya melakukan seks oral ialah
merujuk kepada tingkah laku berunsur seksual yang tidak dingini dan memberi kesan sama
ada secara lisan, isyarat, visual, psikologi atau fizikal. Gangguan seksual boleh dikategorikan
kepada 2 bahagian iaitu gangguan seksual berbentuk ugutan (sexual coercion) dan
gangguan seksual berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi (sexual annoyance).

Gangguan seksual berbentuk ugutan ialah gangguan yang memberikan kesan secara
langsung kepada mangsanya. Contohnya, seseorang pelaku mempunyai kuasa untuk cuba
mengugut mangsanya untuk mendapatkan kepuasan mereka. Manakala gangguan seksual
secara peribadi ialah tingkah laku seksual yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman,
ugutan atau penghinaan. Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentukbentuk gangguan seksual kepada lima jenis iaitu gangguan secara lisan, gangguan secara
isyarat, gangguan secara visual, gangguan secara fizikal dan gangguan secara psikologikal.
Gangguan secara lisan ialah bentuk gangguan yang dapat dilihat dalam penggunaan bahasa
lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan,
komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian,
tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual sehingga seseorang berasa tersinggung,
terhina atau terugut.

Selain itu, gangguan secara isyarat (bukan lisan) ialah gangguan yang dipamerkan melalui
sikap atau perlakuan seseorang yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang
berunsurkan seksual antara lain, seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai,
menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat yang lain. Manakala gangguan secara visual
ialah perlakuan menghantar nota, surat, e-mail, pesanan ringkas (sms), gambar, poster,
objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan
media, peralatan elektronik atau peralatan komunikasi kepada mangsa yang menyebabkan
mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut juga merujuk kepada gangguan seksual.

Di samping itu, gangguan secara fizikal ialah gangguan yang berbentuk sentuhan fizikal
yang berunsur seksual seperti mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga
orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok,
mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung, terhina atau terugut.

Manakala gangguan secara psikologi ialah mangsa cuba merapati secara seksual,
mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual
seseorang sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan
komunikasi kepada mangsa yang menimbulkan tekanan emosi dan mental ke atas mangsa.

3.0 PUNCA TINGKAH LAKU GURU BERKAITAN ISU TERSEBUT

Gangguan seksual seperti melakukan seks oral terhadap murid adalah satu isu tingkah laku
yang negatif yang dilakukan oleh guru sehingga murid tersebut takut untuk ke sekolah.
Keselamatan murid tersebut telah terancam kerana perbuatan yang dilakukan oleh guru
tersebut kerana sangat keterlaluan. Menurut Koss (1990), murid yang mengalami gangguan
seksual iaitu dipaksa melakukan seks oral merasa diri mereka sebagai mangsa dan menukar
corak hidup mereka menjadi pendiam, murung, kurang bergaul dan sebagainya. Murid yang
menjadi mangsa ini melarikan diri dari keadaan tersebut menyebabkan peluang untuk belajar
terkandas sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

Murid yang mengalami gangguan seksual akan menanggung tekanan yang tinggi termasuk
perasaan takut, marah, murung, malu, mudah tersinggung dan kurang motivasi untuk belajar
(Koss, 1990). Keadaan yang dialami oleh murid ini berpunca daripada sikap guru yang tidak
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan murid tersebut. Terdapat pelbagai teori yang
boleh dikaitkan denga punca tingkah laku yang dilakukan oleh guru tersebut terhadap
muridnya. Persoalannya, apakah punca menyebabkan guru tersebut tergamak berkelakuan
sebegitu rupa?

Antara punca tingkah laku negatif yang dilakukan guru bagi kes gangguan seksual ialah
kurang memahami etika keguruan. Guru yang memahami etika keguruan tidak akan
tergamak melakukan perkara sedemikian terhadap anak muridnya sendiri. Sebaliknya, guru
tersebut telah melanggar kod etika guru yang telah digariskan. Ini membuktikan bahawa
guru tersebut tidak mengerti, menghayati dan memahami apa yang terkandung dalam kod
etika guru. Berdasarkan kod etika perguruan, sewajarnya setiap ahli profesion iaitu guru
sudah sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang tidak boleh dilakukan.
Tetapi dalam kes ini, yang terjadi adalah sebaliknya.

Selain itu, punca berlakunya tingkah laku negatif dalam kalangan guru ialah mereka
mempunyai masalah keluarga. Guru yang mengalami masalah keluarga terutamanya yang
kritikal seperti penceraian dan kematian mengalami tekanan dan emosi yang tidak stabil.
Bagi guru yang mengalami krisis rumah tangga , mereka tiada tempat untuk mengadu dan
meluahkan perasaan kasih sayang. Hal ini menyebabkan guru tersebut mengambil jalan
mudah dengan melakukan gangguan seksual kepada anak muridnya sendiri bagi
melepaskan tekanan yang dihadapi oleh mereka.

Menurut teori seksualiti, perkembangan hidup dan tingkah laku manusia adalah didorong
oleh kemahuan, kehendak dan kuasa seksualiti (Abd Rahim, 2003). Di sini jelaslah
menunjukkan bahawa seks adalah satu keperluan asas kepada orang dewasa dan cara
manusia mencapai kehendak dan keperluan seksual pada umurnya untuk mencorakkan
perkembangan tingkah laku, sahsiah, emosi dan moral. Ini menunjukkan bahawa masalah
rumah tangga seperti penceraian menyebabkan keperluan seksual tidak dapat dipenuhi.
Akibatnya, guru terbabit menjadikan murid sebagai tempat untuk melepaskan tuntutan dan
nafsu seksual mereka.

Di samping itu juga, antara punca penyumbang kepada tingkah laku negatif yang dilakukan
oleh guru tersebut ialah pengaruh media massa seperti media cetak dan media elektronik.
Mengikut kajian yang dilakukan, pengaruh media elektronik lebih banyak kesannya
berbanding media massa kerana media elektronik mudah didapati dengan meluas tanpa
sekatan. Pengaruh ini akhirnya mendorong guru tersebut melakukan perkara seumpama itu
terhadap anak muridnya. Pengaruh media massa contohnya seperti media cetak
membolehkan guru tersebut mendapatkan bahan lucah melalui buku, majalah dan
sebagainya dengan mudah seterusnya membuat gangguan seksual kepada anak muridnya.

Manakala melalui media elektronik seperti penggunaan internet, telefon bimbit dan
sebagainya membolehkan bahan-bahan lucah mudah didapati dan mudah dilayari
berbanding medium yang lain. Hal demikian menyebabkan guru tersebut mudah
mendapatkan bahan bagi tujuan yang dikehendaki. Oleh itu, apa yang dilihat, ditonton dan
dipelajari telah diaplikasikan ke atas murid. Kita sudah sedia maklum bahawa kes
keganasan seksual terhadap kanak-kanak di luar negara semakin berleluasa. Mereka turut

dijadikan hamba seks. Dengan kata lain, guru tersebut telah meniru dan menciplak budaya
tersebut yang diperolehi melalui media elektronik yang begitu banyak dewasa kini sehingga
melakukan gangguan ini terhadap anak muridnya sendiri.

Tiada kesedaran dan tuntutan agama juga adalah implikasi negatif kepada tingkah laku guru
tersebut. Kesedaran agama yang kurang terutamanya tentang hukum halal dan haram
menyebabkan seseorang guru tersebut sanggup melakukan perkara terkutuk itu demi
kepuasan mereka sendiri. Sehubungan dengan itu juga, kesedaran agama yang kurang
dengan tidak menggunakan ilmu yang dipelajari dengan sebaik mungkin menyebabkan guru
tersebut tidak dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Guru tersebut
juga tidak menjaga pergaulan beliau dengan anak muridnya sehingga dia sanggup membuat
gangguan seksual ke atas anak muridnya sendiri dan dipaksa menonton video lucah. Maka,
jelaslah bahawa perbuatan yang dilakukan oleh guru tersebut bukan mencerminkan beliau
sebagai seorang muslim yang mengamalkan ajaran Islam dengan baik. Jika difikir kembali,
tidak mungkin akan berlaku kes seumpama ini jika guru tersebut mempunyai kesedaran
agama yang tinggi serta takut akan balasan dari Allah SWT.

Selain itu, punca tingkah laku negatif tersebut ialah pengaruh pil perangsang. Kebanyakkan
kes yang melibatkan gangguan seksual ini sering kali dipengaruhi oleh pengambilan pil
perangsang seperti Viagra yang tidak terkawal dan dijual di pasaran secara terbuka. Apabila
pengambilan pil peransang secara tidak terkawal, keinginan seksual semakin meningkat
menyebabkan berlakulah gangguan seksual ke atas murid. Kebanyakan guru lelaki yang
tidak berkahwin atau telah bercerai yang menggunakan pil perangsang ini akan cuba
membuat gangguan seksual terhadap anak muridnya apabila terangsang. Dalam situasi ini,
guru tersebut hanya ingin memuaskan diri mereka tanpa mengira nasib yang akan menimpa
anak murid apabila berkelakuan negatif seperti ini.

Tambahan lagi, punca yang menyebabkan tingkah laku negatif itu ialah tekanan kerja yang
dihadapi menyebabkan guru tersebut mengalami stress yang tinggi. Mengikut Kyriacou
(2000), stress guru merujuk kepada pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini
seperti tekanan, kekecewaan, kebimbingan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada
tugasnya sebagai guru. Bebanan kerja yang terlalu banyak, dimarahi oleh pihak pentadbir,
disisihkan dan sebagainya adalah contoh tekanan kerja yang dihadapi oleh guru setiap hari
menyebabkan guru itu tidak dapat berfikir panjang, secara tidak langsung mencari jalan lain

untuk melepaskan tekanan yang dihadapi. Guru terbabit membuat tanggapan bahawa
gangguan seksual yang dilakukan itu boleh mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi.
Namun, impak daripada perkara itu lebih teruk daripada apa yang dijangkakan. Selain itu,
pengurusan tekanan yang tidak betul menyebabkan guru tersebut menggunakan murid
sebagai alat untuk gangguan seksual bagi melepaskan tekanan yang dihadapinya.

4.0 IMPLIKASI JANGKA PENDEK DAN JANGKA PANJANG TERHADAP GURU,


PROFESION PERGURUAN SERTA PIHAK-PIHAK LAIN

Sekiranya masalah ini tidak dibendung dengan baik, berkemungkinan besar masalah ini
akan menular dengan lebih teruk lagi. Kesan dan akibat dari perbuatan tingkah laku guru
yang negatif ini bukan sahaja akan memberi kesan kepada diri guru tersebut sahaja, namun
kesannya akan turut dirasai oleh mangsa gangguan seksual, guru-guru lain, sekolah,
masyarakat dan imej negara Malaysia.

4.1 Guru
Antara kesan jangka pendek yang akan menimpa guru yang melakukan perbuatan
terlampau tersebut ialah dari segi hubungan dengan murid. Hubungan guru dan murid
menjadi semakin renggang. Tambahan itu juga, semua murid membenci dan takut untuk
menuntut ilmu dengan beliau. Dalam situasi berkenaan, murid berasa tidak selamat untuk
meneruskan sesi pembelajaran. Selain itu, hubungan guru dan rakan sejawatnya juga akan
musnah kerana mereka hilang kepercayaan terhadap guru tersebut. Secara tidak langsung,
beliau akan mengalami tekanan emosi dan mengalami konflik jiwa yang serius akibat
daripada perbuatan keji itu.

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan
emosi contohnya masalah ketidakfungsian otak, pemakanan dan masalah keluarga. Di
samping itu juga, keluarga guru yang terbabit dalam tingkah laku negatif ini mungkin akan
mendapat kesan yang buruk. Contohnya, keluarga beliau akan dibenci dan dicemuh oleh
masyarakat. Perkara tersebut menyebabkan keluarga beliau akan hidup dalam suasana
yang tidak tenteram. Tambahan lagi, kesan jangka pendek yang akan menimpa guru

tersebut ialah kehilangan pekerjaan dan mata pencarian akibat daripada perbuatannya yang
tidak senonoh itu.

Kesan jangka panjang yang terpaksa ditempuhi oleh guru tersebut pula ialah wujudnya
persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap beliau. Guru tersebut tidak lagi diterima
oleh masyarakat kerana masyarakat akan memandang serong akibat daripada perbuatan
tersebut. Selain itu, guru tersebut akan dipindahkan ke sekolah yang lain bagi menjaga
nama baik sekolah tersebut. Di samping itu juga, guru tersebut tiada tempat dalam
masyarakat dan beliau bukan lagi menjadi guru yang boleh dipercayai oleh masyarakat.

Kesan jangka pendek kepada guru lain ialah masyarakat tidak akan mempercayai bahawa
guru dapat mendidik dan mengajar anak mereka dengan baik sehingga menyebabkan
peranan guru tidak lagi dipandang sebagai satu tugas yang mulia oleh masyarakat. Kesan
daripada itu, guru-guru lain yang tidak bersalah akan diselubungi dengan perasaan malu
terhadap masyarakat dengan tindakan yang dilakukan oleh rakan guru lain yang
berkelakuan negatif.
Manakala, kesan jangka panjang kepada guru yang lain ialah menyebabkan mereka sendiri
tidak lagi berminat untuk meneruskan profesion perguruan. Bidang perguruan akan
mengalami kemerosotan, sekaligus pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak lagi menjadi
keutamaan. Selain itu, guru-guru yang lain pastinya tidak lagi mempunyai perasaan selaku
seorang pendidik jika masalah ini terus berleluasa.

4.2 Profesion Perguruan


Kesan jangka pendek dari tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru terbabit
menyebabkan profesion perguruan dipandang rendah oleh masyarakat. Masyarakat tidak
lagi mempercayai kepada profesion perguruan sehingga profesion ini tidak lagi diperlukan
oleh masyarakat. Selain itu, profesion perguruan tidak lagi dianggap mulia oleh masyarakat
kerana mereka tidak lagi mempercayai bahawa profesion ini dapat membantu anak mereka
untuk mendapatkan pendidikan yang selamat dan berkesan. Tambahan pula, profesion ini
tidak lagi dihormati oleh masyarakat terutama ibu bapa dan murid-murid itu sendiri.

Manakala kesan jangka panjang kepada profesion perguruan akibat daripada perbuatan
negatif tersebut ialah kepada generasi muda. Mereka pasti tidak lagi berminat untuk menjadi
guru. Kesannya, profesion perguruan mengalami kekurangan generasi muda yang berbakat
untuk mendidik anak bangsa. Di samping itu juga, kerajaan tidak lagi dapat melahirkan guruguru yang berkemahiran dalam pelbagai aspek kerana kekurangan generasi muda yang
ingin menceburi bidang perguruan. Mengikut Lilia dan Norlena (1998), penyusutan kuasa
untuk menjalankan tugas secara profesional menyebabkan profesion perguruan menurun di
kaca mata masyarakat.

4.3 Sekolah
Kesan jangka pendek yang menimpa sekolah ialah reputasi sekolah atau nama baik sekolah
akan menurun menyebabkan masyarakat terutamanya ibu bapa tidak lagi menghantar anak
mereka ke sekolah tersebut. Selain itu, sekolah tidak lagi dianggap sebagai sebuah institusi
pendidikan yang memberi pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Manakala, kesan
jangka panjang yang menimpa sekolah pula ialah dilabel sebagai tempat yang tidak
bermoral kerana membiarkan masalah gangguan seksual berleluasa secara tidak terkawal.

4.4 Ibu bapa dan Masyarakat


Kesan pendek dari kes seks oral yang berlaku menyebabkan hubungan ibu bapa dan guru
menjadi renggang kerana sudah tidak wujud

kepercayaan dan kredibiliti guru sebagai

pendidik kepada anak mereka dpertikaikan. Di samping itu juga, masyarakat akan
memandang serong kepada semua pihak termasuklah guru dan pentadbir sekolah.
Manakala kesan jangka panjang yang menimpa ibu bapa dan masyarakat pula ialah guru
dipersalahkan secara total sehinggakan beliau dibenci dan dicaci oleh masyarakat yang lain.
Selain itu, isu gangguan seksual ini dibawa terus kepada pihak atasan seperti polis dan
peguam bagi mendapat keadilan bagi pihak anak mereka. Sekaligus, berita-berita yang
memalukan tentang salah laku guru seperti kes oral seks terhadap pelajar terpampang di
muka hadapan surat-surat khabar sehingga menjadi berita sensasi yang menjatuhkan
maruah diri sendiri, ibu bapa dan masyarakat.

4.5 Mangsa Gangguan Seksual


Kesan jangka pendek yang dialami oleh mangsa gangguan seksual ialah kecenderungan
berdiam diri, bersendirian, murung dan sebagainya. Perkara tersebut menyebabkan mangsa
tidak lagi berminat untuk belajar sehingga prestasi mangsa menurun. Tambahan pula, kesan
jangka panjang ialah mangsa gangguan seksual akan menjadi trauma dengan guru terutama
guru lelaki. Kesan jangka panjang kepada mangsa ialah mangsa mengalami tekanan emosi
dan jiwa yang tinggi sehingga mangsa cuba membuat perkara yang tidak diingini contohnya
membunuh diri dan sebagainya.

5.0 KOD ETIKA GURU YANG BERKAITAN

Kod etika ialah peraturan, adab kebiasan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain
dan aturan ini menegaskan apa yang benar dan apa yang salah. Kod etika guru adalah
peraturan untuk membantu guru yang profesional agar mematuhi prinsip-prinsip yang
termaktub demi menjaga imej profesion. Di samping itu juga, etika dianggap sebagai
pedoman perilaku yang dikenal pasti berkaitan dengan tindakan manusia dalam bahagian
tertentu manakala Bascom (2007) menganggap etika sebagai ilmu mengenai suatu
kewajiban.

Antara fungsi kod etika ialah memberikan pedoman bagi setiap ahli dalam profesion
mengenai prinsip profesionalisme yang dirangka. Ini bermakna setiap ahli yang juga guru
sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan tidak boleh dilakukan. Fungsi kod
etika juga ialah merupakan kawalan sosial untuk masyarakat atas profesion yang berkaitan.
Ini bemakna bahawa etika profesion dapat menyediakan pengetahuan kepada masyarakat
supaya lebih memahami kepentingan suatu profesion. Akhir sekali fungsi kod etika ialah
membantu para profesional mencegah campur tangan pihak di luar organisasi profesion
tentang hubungan etika dalam keanggotaan profesion.

Kod etika perguruan adalah pedoman dan panduan kepada guru dalam menjalankan tugas
mereka dengan bertanggungjawab membimbing murid-murid untuk mencapai kemajuan
sepenuhnya. Di dalam kod etika perguruan terdapat empat tangggungjawab yang perlu
dipatuhi dalam profesion ini seperti yang telah dinyatakan iaitu melibatkan tanggungjawab

terhadap pelajar, tanggungjawab terhadap ibu bapa, tanggungjawab terhadap masyarakat


dan negara serta tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan.

Berdasarkan isu tingkah laku negatif yang dilakukan oleh guru dalam kes gangguan seksual,
kita dapati guru tersebut telah melanggar kod etika perguruan dan beliau tidak menunjukkan
sikap

bertanggungjawab terhadap pelajar.

Dalam kes ini, sepatutnya guru tersebut

mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Namun guru tersebut telah melakukan
perkara yang sebaliknya terhadap pelajarnya. Kes seperti ini tidak seharusnya dilakukan
kerana telah mencemarkan nama baik profesion perguruan. Kesannya, murid tersebut tidak
lagi berasa selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Selain itu, berdasarkan kod etika perguruan, guru sepatutnya bertanggungjawab dalam
menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberi contoh.
Dalam isu gangguan seksual ini, guru tersebut tidak bertanggungjawab dalam memberi
contoh yang baik kepada murid kerana telah menunjukkan tingkah laku yang negatif dengan
membuat gangguan seksual secara terang-terangan ke atas murid tersebut.

Di samping itu kod etika yang terlibat dalam kes ini ialah guru tidak harus bertingkah laku
sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan imej dan sifat profesionalnya, sekaligus akan
menyebabkan hilangnya kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. Tambahan
lagi, guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supaya mereka
dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. Perkara tersebut
berbeza dengan guru yang dengan melakukan sikap yang tidak baik terhadap muridnya.

Demikian juga dengan kod etika bahawa guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibu
bapa' dalam usaha membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat. Maka, guru tidak seharusnya menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibu bapa terhadapnya serta guru tidaklah harus
mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Kod
etika ini jelas menunjukkan bahawa guru yang melakukan gangguan seksual tidak mengikut
kod etika yang digariskan sebagai seorang pendidik. Kesimpulannya, kod etika yang menjadi
panduan kepada semua guru nyata sekali tidak digunakan dan diamalkan oleh guru yang
melakukan tingkah laku yang negatif tersebut.

6.0 CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU GURU YANG NEGATIF

Gangguan seksual yang berlaku ke atas murid bukannya penghujung kepada kes yang
melanda masyarakat kita pada hari ini. Mungkin suatu hari nanti, kes ini menjadi semakin
serius jika tidak ditangani dengan segera. Tingkah laku yang negatif itu boleh dibendung jika
masyarakat berkerjasama dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik untuk mengatasi tingkah laku guru yang
negatif. Melalui kaedah tersebut, kita boleh membangunkan kesedaran guru tentang bahaya
gangguan seksual yang dilakukan oleh mereka terhadap murid-murid. Kebanyakan negara
maju telah memperkenalkan pendidikan seks kepada semua masyarakat bagi mendedahkan
pelbagai isu dalam menimbulkan kesedaran mengenai gangguan seksual seperti
diskriminasi seksual, hak asasi wanita, nilai-nilai baik dalam hubungan antara lelaki dan
wanita, pencabulan, penderaan seksual dan sebagainya.

Justeru, kerajaan atau badan bukan kerajaan perlu memainkan peranan yang penting dalam
menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat khususnya guruguru dalam mengatasi masalah tingkah laku yang negatif. Pendidikan seks bukan sahaja
sesuai kepada murid, guru-guru dan masyarakat namun kepada pesalah gangguan seksual
itu sendiri. Pendidikan seks bertujuan untuk memberi maklumat yang sebenar tentang
kesalahan seksual yang dilakukan lebih-lebih lagi dilakukan kepada murid-murid. Di samping
itu juga, pendidikan seks juga dapat mengetengahkan implikasi dan kesan yang diperolehi
oleh pesalah gangguan seksual jika mereka terus melakukan gangguan seksual kepada
murid-murid.

Selain itu, kursus, ceramah atau bengkel perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan
tingkah laku yang teratur dan bertanggungjawab terutamanya yang melibatkan penjawat
awam khususnya guru. Bagi mengatasi masalah ini hingga ke akar umbi, semua guru perlu
menghadiri kursus yang dikendalikan oleh kerajaan bagi menyedarkan mereka tentang
tanggungjawab sebagai pendidik. Nilai murni seperti kemanusiaan, kasih sayang, nilai moral,
etika, tanggungjawab dan sebagainya perlu di terapkan ke dalam diri semua guru dalam

kursus ini bagi menyedarkan mereka tentang kesalahan gangguan seksual daripada terus
berlaku. Nilai hidup yang positif dapat memelihara mereka daripada melakukan gangguan
seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang sewajarnya dipertahankan. Fullan
(1993) menyatakan bahawa guru melibatkan diri secara produktif dalam proses perubahan,
guru mempunyai tujuan moral yang dikaitkan dengan dengan tugas dan tanggungjawab
mereka.

Selain itu bagi menangani masalah tingkah laku guru yang negatif ini (gangguan seksual),
kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) perlu menggembleng tenaga dengan bersamasama menyediakan kemudahan khidmat kaunseling khususnya kepada murid-murid yang
mengalami gangguan seksual serta guru yang melakukan gangguan seksual. Di setiap
sekolah perlu diwujudkan khidmat bimbingan dan kaunseling yang dikhaskan untuk guru
bagi menangani isu gangguan seksual. Khidmat bimbingan dan kaunseling ini bertujuan
untuk membolehkan guru mendapatkan bantuan dan nasihat daripada pakar kaunseling jika
mereka terjebak dengan masalah ini. Menurut Shertzer dan Stone (1974) mengatakan
bahawa bimbingan sebagai perkhidmatan membimbing individu yang memerlukannya untuk
mencapai kefahaman, pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Penguatkuasaan undang-undang juga adalah satu jalan mudah yang boleh diambil bagi
mengatasi tingkah laku yang negatif. Penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan kes
gangguan seksual dalam kalangan pendidik ini perlulah dibanteras dengan segera supaya
kes seumpama ini dapat diatasi dengan segera.

Penguatkuasaan undang-undang seperti penjara, sebatan, hukuman dan sebagainya


perlulah dikuatkuasakan bagi mengatasi masalah ini agar tidak terus berleluasa. Dengan
adanya penguatkuasaan seperti itu, tingkah laku negatif dalam kalangan guru mungkin dapat
diatasi dan dibanteras dengan segera. Di samping itu juga, guru yang melanggar etika
perguruan perlulah dilucutkan jawatannya. Ini dapat memberi pengajaran kepada guru-guru
yang lain supaya tidak melakukan perkara yang tidak bermoral ini.

6.0 RUMUSAN

Berdasarkan kepada hujah-hujah dan huraian yang telah dikupaskan berdasarkan artikel
tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa setiap guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik,
terpuji, dihormati dan dapat dicontohi oleh murid. Pembentukan sahsiah ini termasuklah
tingkah laku dan sikap yang elok, peribadi yang unggul dan daya kepimpinan yang berkesan.
Kebanyakan kualiti sahsiah seorang guru adalah hasil daripada latihan yang diikuti semasa
menjalani kursus di institut perguruan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat
kejasmanian dan sifat psikologi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran yang
berkesan.

Walau bagaimanapun, sama ada seseorang guru itu menerima latihan perguruan
atau tidak, dia mestilah mempunyai sahsiah diri yang bagus terutamanya terhadap muridmurid. Guru yang mengamalkan budaya pembelajaran pasti tidak akan lari dari tugasnya
untuk mendidik murid-muridnya dengan betul. Selain tugas dalam bilik darjah, guru perlu
mengetahui peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat.

Di samping itu juga, guru seharusnya berjaya mempamerkan penampilan diri


sebagai pendidik yang berkesan. Guru perlulah mempunyai kefahaman terhadap dasar dan
aspirasi pendidikan negara yang jelas dan mantap. Guru yang bersahsiah tinggi akan
menunjukkan etika cemerlang dalam perkhidmatan mereka. Guru dengan etiket sosial tidak
dapat dipisahkan. Etiket sosial merupakan perilaku, budi bahasa, kebijaksanaan, imej,
gerak-geri yang elok yang meyakinkan mengikut kesesuaian semasa berinteraksi
terutamanya dalam perbualan sehariannya. Guru haruslah berupaya menjadi agen
pembangunan dan pembaharuan dalam masyarakat dengan menampilkan etiket sosial yang
disenangi semua.

Guru adalah individu yang sering mendapat perhatian walau di mana sahaja mereka
berada. Segala tindak-tanduknya sentiasa diperhatikan oleh masyarakat sekeliling. Adalah
menjadi kewajipan bagi guru-guru mengamalkan penampilan diri dan menunjukkan
kesantunan yang tinggi untuk memelihara martabat profesion perguruan. Oleh kerana guru
menjadi idola dalam masyarakat, maka guru perlu berupaya menampilkan diri dan
mengaplikasikan nilai-nilai kesantunan supaya dapat menyesuaikan diri dalam apa jua
keadaan yang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai