Anda di halaman 1dari 3

10 Khasiat Dan Kebaikan Buah Apple

1) Baik untuk kesihatan


Epal merah mengandungi beberapa fitokimia penting seperti kuersetin, catechinm phloridzin dan
asid klorogenik. Semua ini adalah antioksidan yang kuat. Hasil kajian epidemiologi
menunjukkan hubung kaitnya dengan kejayaan mengurangkan risiko sakit jantung, beberapa
jenis kanser, asma dan diabetes jenis 2.

2) Baik untuk melawaskan perut dan sembelit


Epal merah kaya dengan serat yang membantu melawaskan perut dan melegakan sembelit.

3) Risiko kanser rendah


Risiko kanser di kalangan wanita yang makan sekurang-kurangnya satu hidangan epal merah
adalah rendah, menurut Kajian Kesihatan Jururawat yang membabitkan 77,000 wanita. Kajian
itu mendapati kanser paru-paru di kalangan wanita berkurangan 21 peratus.

4) Mengandungi serat yang tinggi


Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid, betakarotena danfitokimia.
Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B kompleks.

5) Melambatkan proses penuaan dan untuk kecantikan

Kandungan agen antioksidan yg terdapat dalam epal mampu menentang radikalbebas serta boleh
melambatkan proses penuaan yang menyebabkan kulit wajah cepat berkedut.Ia juga
memperbaiki tekstur kulit wajah dengan memperbaharui sel-sel kulit dengan segera. Purata air
lebih kurang 115.82 gram yang terkandung dalam sebiji epal juga boleh melembapkan kulit yang
kering.

6) Baik untuk menghalang penyakit jantung dan canser


Fitokimia yang dijumpai dlm epal bukan sahaja membantu menghalang salur darah daripada
tersumbat (penting untuk menghalang sakit jantung) malah ia juga menghalang sel kanser
daripada merebak ke seluruh badan untuk keadaan tertentu.

7) Membantu proses mengawal berat badan.


Epal yang mengandungi kandungan serat dan kalori yang tinggi penting dalam membantu proses
mengawal berat badan. Serat boleh melambatkan kita dari berasa lapar manakala kalori pula
dapatmemberikan kita tenaga.

8) Bebas kolestrol dan lemak


kandungan kolestrol dan lemak tidak terdapat dalam epal. sesiapa yang hendak berdiet, epal
sesuai menjadi snek yang terbaik untuk mengalas perut dan juga membantu menguruskan badan

9) Membantu mengekalkan berat badan (epal hijau)


Kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan
berlebihan.

10) Kaya dengan pelbagai khasiat vitamin


vitamin yang terkandung di dalamnya diperlukan oleh tubuh badan kita. antara khasiat yang
terdapat dalam epal. Mengandungi serat yang tinggi dan antioksidan seperti flavonoid,
betakarotena dan fitokimia. Selain itu, ia juga mengandungi vitamin C, vitamin A dan vitamin B
kompleks.

Anda mungkin juga menyukai