Anda di halaman 1dari 3

PELAN OPERASI

PROGRAM SENTUHAN QALBU

1. TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan bagi
melaksanakan Program Sentuhan Qalbu.
2. PENDAHULUAN
Masyarakat sering menganggap bidang perguruan sebagai satu kerjaya yang kurang
professional. Tetapi sebenarnya peranan guru sangat penting kerana guru adalah
sumber penyampai pengetahuan dan kemahiran kepada murid. Selain itu, guru juga
berperanan sebagai tempat untuk memperkembangkan bakat, minat dan kebolehan
pelajar serta sebagai wadah untuk membina daya pemikiran yang kritis dan kreatif murid
sehingga mereka akan dapat menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku di
sekeliling mereka.
Kejayaan seseorang guru dalam kerjayanya sebenarnya bergantung kepada kesediaan
guru untuk memajukan diri dan profesionnya melalui pelbagai aktiviti dan program
pendidikan secara formal, informal atau nonformal. Guru akan melalui pelbagai bentuk
perubahan sama ada di dalam atau di luar profesion. Antara tuntutan dalaman yang
diperlukan ialah kesediaan guru untuk mencuba pelbagai teknik, kaedah serta
pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang efektif di samping menghadapi
perubahan dari segi istilah, kandungan kurikulum dan penggunaan teknologi baru.
3.

MATLAMAT
Membangunkan guru secara menyeluruh dapat membangunkan sistem pendidikan
negara dan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti.

4.

OBJEKTIF
4.1 Melahirkan guru yang sentiasa berfikiran positif
4.2 Membentuk guru yang berperibadi mulia dan mempunyai komitmen yang tinggi
untuk menjayakan apa sahaja program yang dijalankan.

5. SASARAN
Guru yang kurang berpengalaman dan kurang komitmen

6. TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Tarikh

Masa
Tempat

:
:

2 Januari hingga 22 Mac 2013


1 April hingga 24 Mei 2013
10 Jun hingga 6 Ogos 2013
Mengikut kesesuaian
Sekolah masing-masing

( Fasa 1)
(Fasa 2)
(Fasa 3)

7. PENGISIAN KERJA
7.1
7.2
7.3
7.4

Guru yang berpengalaman bertindak sebagai role model, penasihat kepada


guru yang kurang berpengalaman / kurang motivasi untuk memindahkan
perkembangan professional dan peribadinya.
Dilaksanakan secara bersahaja dalam suasana kasih sayang sepanjang waktu.
Proses ini melibatkan pengajaran, bimbingan, memberi galakan, kaunseling dan
membina persahabatan.
Menjemput penceramah/ Pakar Motivasi untuk meningkatkan motivasi guru

8. PENCERAMAH
Dato Dr Fadzilah Kamsah
(Perunding Motivasi )
9. JAWATAN KUASA PELAKSANA
Pengetua dan Kaunselor Sekolah
10. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil
1.
2.

Perkara
Pakej Bayaran Penceramah
Insentif (Cenderamata)

Kos (RM)
25 000
RM25 X 10 orang

Jumlah
25 000.00
250.00
25 250.00

11. PENUTUP
Guru bermotivasi rendah mendapat anjakan paradigma dan seterusnya dapat
menjayakan program-program sekolah /jabatan serta menjadi pendokong dasar-dasar
Kementerian Pelajaran Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai