Anda di halaman 1dari 6

1.

PENGERTIAN
Qarinah

dari

segi

bahasa

bermaksud

beserta,

bersama

atau

bersahabat. Dari segi istilah pula bermaksud sesuatu perkara yang menjadi
dalil ada sesuatu atau tiada sesuatu.
Mengikut pendapat Abdul Karim Zidan, qarinah bermaksud sesuatu
yang mencakupi dan merangkumi setiap yang boleh dijadikan bukti atau
keterangan bagi mensabitkan tentang ada sesuatu atau tiada sesuatu.
Menurut undang-undang, qarinah didefinisikan sebagai fakta-fakta
yang ada hubungan dengan fakta yang lain dengan apa-apa cara yang
disebutkan dalam hukum syarak atau yang dihuraikan dalam perintah ini.
Qarinah termasuk fakta-fakta yang mana meskipun tidak menjadi persoalan,
berkaitan sedemikian dengan suatu fakta sebagai menjadi sebahagian dari
urusan yang sama, samada ianya berlaku pada waktu dan tempat yang
sama atau pada waktu atau tempat yang berlainan.

Contohnya jika A

dituduh memukul isterinya B, apa jua yang dikatakan atau dilakukan oleh A
atau B atau orang-orang yang melihat kejadian memukul itu tidak lama
sebelum atau selepas pemukulan sebagai menjadi sebahagian daripada
kejadian tersebut.
Berdasarkan kepada definisi ini, apa sahaja fakta di dalam apapun
bentuk asalkan ianya tidak bercanggah dengan hukum syarak ia adalah
termasuk di dalam definisi qarinah yang boleh diterima sebagai salah satu
dari bahan bukti di dalam mensabitkan satu-satu kesalahan.

2.

PEMBAHAGIAN QARINAH

2.1

Qarinah Maqaliah
Qarinah Maqaliah ini bermaksud pembuktian berdasarkan perkataan

ataupun maksud daripada perkataan. Contohnya seseorang mengatakan


Aku melihat singa sedang menulis. Perkataan singa itu membawa maksud
1

berani. Oleh itu ayat yang dimaksudkan sebenarnya ialah Aku melihat
orang yang berani itu sedang menulis.
2.2

Qarinah Haliah
Qarinah ini bermaksud pembuktian berdasarkan hal keadaan atau

suasana. Sebagai contoh, seseorang berkata kepada sahabatnya yang


hendak pergi belayar Semoga engkau dalam jagaan Allah. Ayat ini
menerangkan perihal keadaan ketika itu. Oleh itu ayat itu sebenarnya
bermaksud Aku ingin menemani mu dalam pelayaran ini.

3.

PENDAPAT PARA ULAMA TENTANG QARINAH


Dr. `Abdul Karim Zaydan mengatakan bahawa sesuatu qarinah yang

boleh dijadikan bukti adalah sesuatu yang boleh kesan oleh pancaindera
seperti dirasa, dipegang dan sebagainya.. Sebagai contoh, seseorang keluar
dari sebuah rumah dalam keadaan tergopoh-gapah sambil membawa sebilah
pisau dan apabila dilihat di dalam rumah tersebut terdapat orang yang mati
akibat disembelih. Oleh itu, bukti yang jelas ialah pisau yang dibawa oleh
orang itu boleh menjadi punca atau alat untuk membunuh mangsa. Inilah
yang dinamakan qarinah.
Ahmad Fathi Bahnasi pula berpendapat qarinah sebagai hubungan
antara beberapa fakta atau suatu kesimpulan yang dibuat berdasarkan
sesuatu situasi atau fakta. Sementara itu Dr. Wahbah al Zuhayli menjelaskan
bahawa terdapat dua elemen dalam qarinah iaitu; i) perlu wujudnya fakta
yang

jelas yang boleh dijadikan

wujud hubungan

antara

fakta

asas
yang

sesuatu
jelas

tadi

keputusan,
dengan

ii)

perlu

fakta

yang

dipertikaikan atau yang tidak diketahui. Sebagai contoh seseorang yang di


dapati memiliki barang curi, maka fakta yang jelas ialah barang curi itu
berada dalam miliknya. Sementara itu fakta yang tersembunyi atau tidak
diketahui ialah, adakah orang itu pencuri atau tidak.

Daripada pandangan-pandangan ulama di atas, kedudukan qarinah


tidak dapat di pasti dengan tepat adakah ia merujuk kepada fakta atau
keterangan.

Walaubagaimanapun,

kebanyakan

ulama

memasukkan

qarinah sebagai salah satu bentuk keterangan yang boleh membuktikan


sesuatu fakta.
Menurut Al-Qurtubi, ulama fiqah menggunakan ayat petanda yang
menunjukkan sebagai dalil dalam masalah fikh seperti qasamah dan
sebagainya. Sebagai contoh, koyaknya baju Nabi Yusuf dari belakang adalah
qarinah yang menunjukkan bahawa Nabi Yusuf tidak melakukan sebarang
pencerobohan ke atas Zulaikha. Koyaknya baju Nabi Yusuf merupakan
petanda yang menunjukkan tiada pencerobohan berlaku.
Kebanyakan Ulama menerima qasamah sebagai salah satu cara
pembuktian

dalam

kes

pembunuhan

yang

tidak

diketahui

siapa

pembunuhnya. Adalah jelas bahawa lauth ialah sebahagian daripada qarinah


yang menjadi

faktor penting dalam proses

qasamah. Ketika

zaman

pemerintahan Saidina Umar, beliau telah mengenakan hukuman hudud


(zina) ke atas seorang wanita yang hamil tetapi tidak mempunyai suami.
Qarinah yang digunakan di sini ialah hamil tanpa suami.

4.

DALIL GOLONGAN YANG MENOLAK QARINAH


Golongan yang menolak Qarinah bagi menjadi bukti sesuatu kes

mengatakan ianya tidak tetap dan tidak mantap dan telah terbukti bahawa
qarinah

seolah-olah

kuat

tetapi

setelah

diperiksa

ternyata

ianya

lemah. Golongan ini telah menggunakan hadis Rasullullah s.a.w yang


diriwayatkan oleh Ibnu Majjah:
Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasullullah s.a.w telah bersabda : Jika
aku hendak merejam seseorang tanpa keterangan, nescaya aku merejam
perempuan

yang

pada

zahirnya

menimbulkan

keraguan

dari

segi
3

percakapan, keadaannya dan orang yang masuk kepadanya (ke dalam


kediamannya).

6.

6.1

QARINAH DALAM KES-KES HUDUD ( JENAYAH DALAM ISLAM)

KES LIAN
Kes

Hilal

Bin

Umaiyah

merupakan

kes

lian pertama

dalam

perundangan Islam yang boleh diistinbadkan dalam memperakui keterangan


pakar. Kes ini adalah berkaitan dengan penafian Hilal terhadap anak yang
dikandung oleh isteri beliau terhasil daripada gabungan benih beliau yang
sah. Sekiranya terbukti dakwaan tersebut, perkahwinan mereka akan
terbubar secara automatik
Dalam memutuskan dakwaan Hilal tersebut, Rasullulah S.A.W. telah
bersabda:
Lihatlah nanti ciri-ciri anak yang dilahirkan, seandainya anak tersebut
memiliki anak mata yang hitam, berpaha besar dan betis yang berisi, maka
4

sifat-sifat ini lebih mirip kepada lelaki yang dituduh berzina dengan isteri
Hilal, iaitu Suraik bin Sahma.
Sabda Rasulullah S.A.W. tersebut merupakan prinsip Qiyafah (iaitu
penentuan nasab berdasarkan persamaan atau iras di antara seorang
dengan seorang yang lain) yang mempunyai keselarian dan padanan dengan
metodologi ujian DNA yang boleh menentusahkan sesuatu sampel DNA
adalah dari sumber yang sama berdasarkan padanan ciri-ciri DNA yang sama
antara sampel DNA dan sumber DNA.
Setelah isteri Hilal melahirkan anak, bayi tersebut didapati mempunyai sifatsifat menyerupai Suraik bin Sahma, lelaki yang dituduh berzina dengan isteri
Hilal. Maka Rasulullah S.A.W. telah mensabitkan lian.

6.2

KES ROMPAKAN (HIRABAH)


Qarinah juga digunakan dalam kes rompakan (hirabah). Rasullulah

sendiri memerintahkan agar perompak-perompak daripada kaum Urainy


dihukum dengan hukuman hudud hirabah hanya berdasarkan qarinah kesan
tapak kaki unta mereka dan barang-barang rompakan tersebut. Maka tidak
hairanlah mengapa para sahabat Nabi hanya menggunakan qarinah dalam
membuktikan kes jenayah mencuri. Qarinah telah menjadi amalan para
khalifah al-Rasyidin untuk menjatuhkan hukuman potong tangan terhadap
pihak tertuduh yang ditemui memiliki barang curi dan sudah pasti fakta ini
5

(qarinah) lebih kuat daripada pengakuan ataupun keterangan saksi. Hal ini
disebabkan kedua-dua bukti ni masih mempunyai kebarangkalian untuk
menjadi benar atau salah tetapi kewujudan barang curi dalam pemilikan
seseorang ialah suatu bukti yang jelas yang tiada sebarang keraguan
padanya

7.

KESIMPULAN
Kupasan

tentang

qarinah

beserta

contoh-contoh

berikut

telah

membuktikan bahawa qarinah amat penting bagi memenuhi keperluan


sesuatu kes yang berlaku. Qarinah juga tidak boleh digunakan secara
melulu, ia perlu berpandukan kepada prinsip-prinsip syarak. Qarinah yang
digunakan secara melulu, maka akan menyebabkan kezaliman. Namun
demikian, penggunaannya banyak membantu dalam penyelesaian sesuatu
kes. Qarinah itu sendiri menjadi sandaran
dalam

mensabitkan

suatu

atau kekuatan sesuatu bukti

kesalahan

terhadap

seseeorang.

Pengaplikasiannya di dalam kes jenayah Islam memang wujud dan diterima


sebagai bukti atau fakta-fakta yang ada hubungan dengan fakta yang lain
dengan apa-apa cara yang disebutkan dalam hukum syarak.

Anda mungkin juga menyukai