Anda di halaman 1dari 11

Pastikan kita selalu

pergi awal ke sekolah.


Mestilah menghargai
masa ketika
berada di sekolah.
Masa itu emas.

Pakaian sekolah
mestilah sentiasa
bersih
dan kemas. Pakaian
yang kotor dan
berbau mengganggu
tumpuan pelajar
lain di dalam kelas.

Lakukan tugas
mingguan seperti yang
tercatat pada jadual
bertugas dengan
sempurna. Kelas yang
bersih selesa
untuk kita belajar.

Mengulang kaji pelajaran


atau membaca
buku ketika guru tiada di
dalam kelas.
Elakkan berbual kosong.
Banyak membaca
menambah pengetahuan

Jagalah kebersihan
kawasan sekolah.
Beratur ketika berjalan
masuk
ke bilik darjah.
Elakkan berebut-rebut
ketika
membeli makanan di
kantin.

Memberi salam atau


ucap selamat
Apabila bertemu
dengan guru-guru.
Hormati guru-guru
terutama ketika
berada di sekolah.

Hulurkan bantuan
apabila melihat
guru kita membawa
barang yang banyak.
Orang yang ringan
tulang
disenangi semua orang

Ketika berjalan dengan


guru,
berjalanlah di belakangnya.
Jangan berlari dan
mendahului guru kita.
Guru adalah insan yang
mulia
kerana ketinggian ilmunya.

Taati dan dengarilah


nasihat serta
tunjuk ajar guru.
Guru membimbing kita
menjadi
Insan yang berguna.

Raikanlah guru kita.


Berikanlah kad ucapan
atau hadiah
sebagai menghargai
jasa guru. Jasa guru
tidak boleh dinilai
dengan wang ringgit.

Ucapkanlah terima kasih


dan
ciumlah tangan guru kita.
Restu daripada guru
menjadikan ilmu yang
dipelajari akan diberkati
oleh Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai