Anda di halaman 1dari 3

ZAMAN PLURALITI

.Pluralisme adalah satu fahaman yang menyama-ratakan semua agama yang mana
penganutnya mempercayai bahawa semua agama adalah sama benar.
2.Fahaman pluralisme ini juga menyamakan semua agama adalah sama taraf & sama
benar.Ini ternyata sesat.
3.Pada hal jelas dalam al- Quran menyatakan bahawa agama yang benar dan diterima
Allah SWT hanyalah agama ISLAM yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
4.Fahaman pluralisme jelas skali menurunkan taraf agama Islam menjadi sama taraf
dengan agama-agama lain yang bukan Islam.
5.Fahaman pluralisme ini ternyata salah sebab kalau berpendapat semua agama sama
saja maka Tuhan pun samalah,maka musnahlah akidah umat Islam yang bertuhankn
Allah SWT yang tidak beranak dan tidak diperanakkan.Umat Islam tidak menyembah
Tuhan lain selain Allah SWT.
6.Fahaman PLURALISME ini berbeza dengan maksud PLURALITI dalam kontek
beragama dan bermasyarakat.
7.Maksud PLURALITI adalah kepelbagaian seperti kepelbagaian pakaian,kepelbagaian
budaya,kepelbagaian bahasa,kepelbagaian bangsa,kepelbagaian makanan,kepelbagaian
agama dll kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat manusia.
8.Pada hal,maksud PLURALISME merujuk kepada fahaman,konsep dan doktrin yang
dinaungi dalam satu entiti,baik secara eksoterik mahu lun esoterik.
9.Menurut fahaman pluralisme bagi kelompok seperti John Hick berusaha supaya wujud
satu agama baru yang menyatukan semua agama dalam satu entiti secara fizikal.
10.Pelbagai golongan menamakannya sebagai World Religion @ Global Faith @
Abraham Faiths,yang amat aktif membuat promosi tentang idea ini bersama pendita
Yahudi dan rahib-rahib Nasrani.
11.Satu lagi versi pluralisme agama ini disebut sbagai kelompok Transcendentalist @
Pure Metaphysic tajaan Frithjof Schoun.Fahaman pluralisme agama versi ini ialah
semua gama secara rohaniah akan bertemu Allah dan akan selamat dari api neraka jika
kita mengamalkan ajran agama itu,tidak kira agama apa sekalipun sama ada
Budha,Yahudi,Hindu dan sebagainya.
12.Versi pluralisme tajaan Frithjof Shcoun ini mewajarkan cara beribadat yang berbagaibagai kerana bagi beliau setiap agama memiliki cara pa dangan yang berbeza dalam
menyembah tuhan,tetapi mempercayai tuhan yang sama,tuhan yang satu.Doktrin ini

ditolak oleh Islam.Mana boleh menyamakan Allah SWT yang disembah oleh orang Islam
sama dengan tuhan yang disembah oleh orang bukan Islam.
13.Kita mesti faham dan yakin bahawa Allah SWT yang orang Islam sembah adalah
berbeza sama sekali dengan fahaman Allah yang difahami dan disembah oleh orang
bukan Islam seperti Yahudi,Nasrani atau Kristian.Ini kerana kualiti Allah yang sebenar
telah terhakis oleh fahaman dekonstruksionisme tajaan Yahudi-Kristian itu.
14.Ingat,Allah SWT memberitahu bahawa Allah SWT adalah zat yang tidak beranak dan
tidak diperanakkan,tetapi orang Yahudi beriktikad yang Nabi Uzaiyr anak Allah dan
Nabi Isa anak Allah dan juga Allah oleh orang Kristian.Jadi jelas sekali tidak sama
dengan akidah orang Islam.
15.Akidah Islam mengajar cara untuk menyembah Tuhan dan cara beribadat yang
tercetus daripada akidah itu sendiri.Apa saja yang diluar akidah Islam tjdak diiktiraf dan
tidak diterima oleh Allah SWT.
16.Kelompok pluralisme ini keliru bahkan salah bila mereka merujuk kepada
Perlembagan Madinah yang didakwa sebagai pluralisme agama.Pada hal Perlembagaan
Madinah dengan jelas menhebut entiti Yahudi berbeza daripada Islam.
17.Islam menolak pluralisme agama,akan tetapi Islam tidak menolak PLURALITI agama
dan menerima hakikat kewujudan berbagai agama,bangsa,puak,budya,bahasa dsg di
muka bumi Allah ini.
18.Islam mengiktiraf hak-hak mereka,iaitu hak orang-orang bukan Islam untuk hidup
dan beramal dengan ajarn & kepercayaan keagamaan mereka dimana orang yang
berlainan agama daripada agama Islam diberi perlindungan dan kebebasan yang
optimum dalam kegiatan keagamaan mereka.Ini yang dipraktikkan dinegara kita hari
ini.
19.Fahamilah dan bezakanlah antara konsep PLURALISME agama dengan maksud
PLURALITI agama dimana kewujudan pelbagai agama dan bangsa di Madinah ketika
Nabi Muhammad SAW lagi.Kepelbagaian @ pluraliti memang wujud dalam segala hal
hingga kini.
20. Jadi,kita mesti tentang fahaman pluralisme agama habis-habisan, erna ianya satu
ajaran sesat.Adalah sesat bila seseorang mendakwa dan berpendirian bahawa lelbagai
agama yang wujud di zaman Nabi Muhammad SAW itulah pluralisne agama,pada hal
yang wujud dikala itu adalah pluraliti/kepelbagaian agama.
21.Kalu semua agama sama saja,maka tidak perlulah Nabi dan sahabat-sahabat
berdakwah dan berjihad mengajak orang bukan Islam memeluk Islam bahkan
memerangi murtad.
22.Kajilah sejarah Islam,tidak terdapat catatan yang ulama menyamakan agama Islam

dengan agama-agama lain.


23.Soal pluralisme agama ini amat penting difahami.Ini soal akidah yang merupakan
agenda paling besar dalam hidup kita.Sebagai seorang Islam,kita tidak boleh terima
bahawa semua agama sama.Marilah kita kembali kepada wacana ilmu-ilmu Islam yang
sebenar.

Anda mungkin juga menyukai